Wednesday, December 28, 2011

Contest:Impian Menjadi Realiti

salam..



Dengan rasa rendah diri..ahaks..ibu mengumumkan untuk join contest ini..
Sila klik di banner atau di sini untuk memahami syarat pertandingan dan leh la kita sama-sama memeriahkan contest dari Cik Kumbang ni..

1. Templete yang menjadi idaman hati ibu..ahaks..mengikut syaratnya boleh  dilukis dan tampal di entry..
tadaaaa....




cantik tak?seyes malu nak tunjuk lukisan sendiri..eh..ni hasil kerja pakai tangan k bukan kaki..tapi nak buat camne, bakat seni yang ada sangat terhad sebab tu teringin dapatkan design Cik Kumbang yang cantik lagi bijaksana..ahaks..

Background color idaman adalah biru muda..:)
2. Blog yang menjadi pujaan hati ibu..
 # of course la blog Cik Kumbang dan blog2 yang di 'design'kan olehnya
dan yang ini

3. dengan ini ibu berbesar hati untuk tag..


Dengan ini..tolonglah bersama-sama mendoakan kejayaan ibu..bertuahlah harapnya..untuk masa depan yang lebih ceria..huhu..

wassalam..

Tuesday, December 27, 2011

HB kekasih hati ku

Salam..

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran ayah..
semalam Faris pun berjaga hingga hampir pukul12 malam. Mungkin anak ibu pun menunggu detik 12 malam tuk jadi orang pertama
wish birthday ayah tp kecundang setengah jam sebelum waktunya..huhu.


Untuk sayunk
Ima sentiasa doakan abg sentiasa di pelihara dan di lindungi Allah. Semoga setiap pekerjaan abg di berkati dan beroleh kejayaan.
Dengan bertambahnya umur abang semoga hari mendatang akan memberikan lebih kebaikan dan abang sentiasa menjadi hamba Allah yg lebih baik dr hari sebelumnya
Thanks untuk segala yang abang buat untuk keluarga kita..ima, Faris n baby sayunk abang banget..;-p

Happy Birthday My Love..


Thursday, December 22, 2011

1 bentuk penganiayaan

salam...

Anak bukan untuk di aniaya k..pengabian tanggungjawab terhadap anak juga di kira sebagai penganiayaan. So sebagai peringatan kepada diri sendiri n ibu bapa lain yang sudi memba
ca, sila jangan sia-siakanmasa kecil anak anda kerna masa itu tak mungkin akan berulang..huhu..stop membebel meraban..nak tanya pendapat korang..adakah perbuatan ini di kira sebagai satu penganiayaan?Hehe..


hi..




Tuesday, December 20, 2011

Kembali

Salam...

Lama tak bersiaran sebagai diri sendiri dek kerana tekanan emosi yang di alami..haaha..besar gak rupanya kesan berjauhan dengan anak dan suami kepada ibu..eh..correction..dulu-dulu selalu jek kena tinggal dengan ayah, tapi tak down mana pun..tetap boleh tabah dan kuat. Tapi bila kena tinggalkan Faris rasa cam lumpuh sebelah badan, nak buat apa pun tak sekuat diri sendiri..huhu..

ALHAMDULILLAH.. sekarang dah kembali bersama selepas 2 minggu yang sangat memenatkan. Kursus berjalan lancar, sangat seronok dapat pengetahuan dan info baru dari Proffesor2 dari UUM yang sudi berkongsi ilmu mereka. InsyaALLAH segalanya akan di gunakan untuk menjadikan ibu pendidik yang lebih baik dan dapat melahirkan generasi yang punyai hala tuju dalam hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat. Betapa pentingnya elemen akhirat tu semua orang perlu sedar k, jangan nanti cerdik tapi tersalah pilih jalan. Seperti yang berlaku kepada saudara kita di Dublin yang berkahwin dengan kaum sejenis..nauzubillah..semoga di jadikan pedoman kepada semua..

Betapa cepatnya perkembangan anakanda sehinggakan 2 minggu tak berjumpa rupanya dah banyak yang ibu ketinggalan. Kali pertama dukung anakanda semasa Faris sampai di UUM, ibu terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya..anakanda dah pandai menyusun ayat dengan baik.."ibu..ada apa dalam car?" itu soalan anakanda bila nampak ibu meletakkan 'hadiah' untuk Faris ke dalam kereta. Sekarang lagi seronok bercakap dengan Faris. Cepatnya anakanda membesar..:)
 
 feveret kartun Faris..

 Ini adalah pelaburan ayah di Padang Besar semasa datang untuk menjemput ibu habis berkursus..huhu..Bangga ibu sebab anakanda dah mahir control sendiri kereta ni sendri pada hari ke2 berlatih..:)..Sekarang dia akan marah if ayah gunakan remote tuk control dia memandu..


Semalam bersamaan 19 Disember 2011, anakanda genap 1 tahun 10 bulan.. 

Ada yang menyedihkan ibu di sebalik kegembiraan melihat anakanda membesar. Selepas pertemuan semula kami (cheewah..cam lama jek terpisah..haha), Faris seakan-akan lupa dengan perkataan 'neneng'..adoi luluh hati ibu, sampai ada satu malam ibu nangis tersedu-sedu sebab Faris tidur tanpa minta 'neneng' dari ibu, Panik ayah masa tu coz tatau punca tiba-tiba ibu berdrama..Malam ke2 berjumpa, ibu yang sengaja suakan, kemudian Faris sambil tersengih-sengih beritahu ibu "ada lagi ibu..ada lagi"..kemudian ayat yang sama dia ulang kepada ayah dan aki nya..Ibu belum bersedia tuk lepaskan bf sepenuhnya. Kejam ke??

Wednesday, December 7, 2011

Im so down n demotivated

Salam Hari ini adalah hari ke3 berkursus..tapi pada ibu dah terasa seperti 1bulan berada di sini. Tajuk entry menggambarkan perasaan dan emosi ibu sekarang. seriously lansung tak boleh nak fokus kepada tujuan sebenar ke sini kerana fikiran jauh melayang. Bila hati dah rindu,fikiran pun tak menentu, jiwa rasa sendu, badan rasa kaku, makan pun tak lalu.. Mungkin kerana ibu bukan orang yang fokusnya pada kerjaya, family come first,kerjaya tak tau di tangga ke berapa..hehe. So sangat terbeban akal dan jasad bila berjauhan dengan anak sebegini. insaf..selepas ni ke mana pun ibu perlu pergi, anak-anak tetap ibu akan pastikan bersama. Ada kawan dari Melaka, 'sewa' freelance pengasuh, bawa ke sini untuk menjaga anaknya.Alangkah indahnya kalau ada yang berkerjaya seperti itu di Kuantan..huhu Kesian pada Faris, 3 malam tidur tanpa neneng. Semalam ibu kol, Faris pesan 'ibu belikan oren ya'..ayah bagi tau, dia selalu pujuk diri sendiri ' ibu work jauh, nnt ibu balik kan'..ayat biasa Faris bila ayah beritahu tak boleh neneng..Ibu rindu pada ayat Faris 'ibu..nak neneng'..bila ibu gurau2 tak bagi 'ibuuu nak neneng satuu'..:)..Faris dah faham, dah pandai, ibu bimbang Faris rasa di tinggalkan. Buat ibu sendu lagi..im not strong enough..terutama kalau pasal anak..:)..tak sama dengan perasaan masa berjauhan dengan ayah walaupun ibu tetap rindukan ayah.. Looking at the bright side...mungkin di sini ibu dapat memberi ruang dan masa untuk diri sendiri,itu kata seorang kawan, ikhlas dari hati "ibu tak perlu bercuti dari menjadi ibu dan isteri' coz itu kerjaya sepanjang hayat ibu. Cuma di sini ibu dapat lebih masa tuk ajar 'adik' membaca kalam Allah. Adik kekuatan ibu sekarang, tempat ibu berkongsi rasa.. Sowi..blog bertukar menjadi tempat luahan perasaan seketika, itu sememangnya tujuam blog ini,diari peribadi..thanks kpd yang kasi support..:), hanya ibu2 yang memahami hati ibu kan?

Monday, December 5, 2011

Salam dari utara

Salam orang utara..

Salam juga untuk yg di timur dan selatan..:)

Ibu jauh di utara sekarang, boleh di katakan penghujung jalan..di UUM Sintok..Kursus selama 2 minggu di sini..Bermula semalam, selepas hampir 10jam perjalanan..Terpaksa menabahkan hati yang kureng tabah untuk tinggalkan suami dan anakanda jauh  di Kuantan. 2 minggu..owwh..sangat dan tersangatlah lamakan?

Semalam ibu takung sebaldi air mata..hihi..bertemankan selimut yang ayah dan ibu biasa gunakan dan bantal Faris. Selimut dan bantal ayah yang tinggalkan untuk ibu, buat pengubat rindu katanya, tetapi ibu dah salah gunakan buat 'pencuci mata'..ya saya sangatlah mudah menitiskan air mata..sob2..hehe..hope tak menurun kepada baby, coz hari ini ibu berjaya cekalkan hati, tengok frame gambar ayah dan Faris pun ibu senyum je..hehe..banyak bekalan sebagai ingatan kepada hero-hero ibu..:)

Janji ayah, hujung minggu ni ayah akan kembali ke sini bersama Faris, coz ayah akan bercuti seminggu  bermula minggu hadapan. Tapi berdasarkan perjalanan kami semasa datang ke sini, ibu rasa tak sampai hati nak minta ayah datang lagi, lebih-lebih lagi apabila dia tak sempat menikmati rehat hujung minggu. Kesian tengok ayah drive jauh-jauh seorang diri. So kalau ibu cukup tabah dan Faris tiada masalah, mungkin ayah hanya perlu datang 2-3 hari sebelum ibu tamat kursus coz sejurus tamat kursus, kami perlu ke Kuala Terengganu untuk kenduri kahwin mumy (adik ibu) sebelah lelaki.

Ayah memang hebat, ibu tahu ayah mampu menjaga Faris. Semalam adalah malam pertama Faris tidur tanpa ibu. Seperti biasa jam 4.30 pagi Faris terjaga mencari neneng, setengah jam ayah memujuk. Walaupun kepenatan kerana baru sampai rumah jam 2 pagi, ayah tetap bangun melayan kerenah anakanda. So ibu harap, anakanda akan lebih 'ok' selepas ini k..

Semoga di permudahkan urusan ibu dan ayah..semoga perjalanan kursus ini berjalan dengan lancar dan semoga anakanda di berikan kesihatan yang baik di sana..amiin..


Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday - Adikku Seorang Isteri

inilah puncanya rumahku sepi..
Congrats to my sis..the one and only
26/11/11

Thursday, November 17, 2011

Jom p Singapore =)

Salam

Selain daripada Universal Studio dan Zoo Singapore, nak tau ke mana lagi kami sepanjang 5 hari berada di sana? Korang DIWAJIBKAN tuk jawab 'nak' k walaupun entry ni berjela panjangnya..hehe..Jom share..

Marina Bay

Di sini boleh ibu kategorikan sebagai tempat melepak la kot. Tengok Merlion Statue (separuh singa n separuh ikan) yang paling besar di Sigapura (8.6 meter) sambil menghirup udara segar dari Sungai Singapura (sungai kan?). Hebat bila di pikirkan semua bangunan yang ada adalah di bina atas tanah sungai yang di tambak. Di Marina Bay ni juga ada petunjukan air (erk..betul ke ayat tu?), air pancut macam di taman KLCC tu, tapi di sini lagi canggih dan romantik gitu. Setiap pancutan air tu di pancarkan laser dengan wajah orang. (ishh..seyes tak reti nak buat ayat tuk terangkan keadaan tu). Bila saksikan pertunjukan itu, tiba-tiba mood romantik datang..ahaks. Terbukti coz masa tengah syok dia ambil video merakam pertunjukan tersebut tiba-tiba datang tuk kiss ibu dan Faris..haha. Faris pula seronok coz ada buih-buih yang keluar untuk menambahkan lagi suasana romantik di situ, sambil melayan lagu dan pancaran lampu mengiringi pancutan air.


 Merlion Statue..anakanda dah lena tidur masa ni..
Di Sungai ni juga korang boleh tour menaiki bot, kami tak berkesempatan.
Untuk melihat pertunjukan air yang ibu ceritakan tu, sila berada di hadapan Merlin Hotel k, berhadapan/ seberang dengan Merlion Statue ni.




Sands Skypark


Di belakang kami yang macam sampan tu adalah Sands Skypark dan Hotel Marina, Sand skypark ni pun salah satu tarikan di Singapore, korang leh google untuk further info k..hehe. Serius kagum dengan design hotel dan skypark nih..ermm

 Tiket tuk naik ke Skypark ni berharga Sin$ 20. Berada di tingkat 52, KL tower lagi tinggi kan?hehe. Tapi pelancong hanya dapat melawat di sebelah bahagian skypark sahaja manakala sebelah lagi merupakan antara fasiliti untuk tetamu hotel, contohnya swimming pool
Korang leh klik link ni tuk tau lebih tentang sands skypark ni

 View dari atas..kadang-kadang rasa pening duk atas ni..huhu

Kualiti gambar kureng kan?problem sket dengan kamera masa nih..tangan gegar mungkin coz ayah nebes duk tinggi2..haha


Bugis Street


Tak banyak bergambar di sini. Bugis Street ni berdekatan dengan Arab Street. Arab Street adalah tempat mudah untuk mendapatkan makanan halal. Kami sentiasa ke sana menaiki MRT memandangkan hanya selang satu stesen, tempat yang selesa untuk menjamu selera dngan tidak ragu-ragu dan murah.
Bugis Street ni banyak menjual cenderahati, kami hanya mendapatkan FM dan beberapa cenderahati lain  di sini.


Orchard Road

Sepanjang Orchard Road ni terdapat banyak shopping mall. Kebanyakan shopping mall di sini buka hingga lewat malam, kami pernah masuk ke shopping mall untuk mencari diapers pada pukul 11.30 malam..hehe..Memandangkan datang ke Sigapore dengan bajet ala kadar, dan memang bukan tempat yang sesuai untuk berbelanja pun di sini, jadi kami hanya mencuci mata dan meninggalkan kesan tapak kaki..hehe


Bagi ibu, kalau korang kaki tinjau, sesuai je nak ke Singapore nih, tapi bagi kaki shopping, kena betul2 ready dengan duit berkepuk la kot kalau nak shopping di sini coz perbezaan mata wang sangat terasa. So kalau berkesempatan pergi jangan jadi seperti kami terlupa untuk ke Underwaterworld (hanya teringat semasa odw ke zoo..huhu), coz underwaterworld Singapore adalah yang terbesar di Asia.

Singapore pun ada Bird Park, Jurong Bird Park, tapi kami korbankan tempat itu coz memikirkan nanti bosan lak anakanda tengok semuanya burung, nampak sama di mata mereka..huhu

Selain itu, kami juga tak berkesempatan untuk ke Kampung Glam, salah satu destinasi yang di promote oleh hampir semua pemandu teksi Melayu yang kami jumpa. So mungkin akan ad 2nd trip ke Singapore pada tahun-tahun akan datang..hehe


ok tak entry gabung camni?takut tak berkesempatan nak buat entry banyak2 (harap tak merapu), coz pasni akan busy dengan majlis perkahwinan adik perempuan ibu. So termakbul dah niat tuk sharing dengan korang..:)

Wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Zoo Singapore

Salam..

Baca karangan ni dulu sebelum layan gambar k..hehe

Hari terakhir (skip dulu cerita hari ke2-4..hehe) kami di Singapura kami ke Zoo Singapore, memandangkan flight balik Malaysia tanah tumpah darahku pada pukul 6.30 ptg, awal pagi kami dah check out dari Hotel. Dari hotel yang berada dalam bandar ke Zoo kami menaiki teksi mengambil masa 30 minit. Zoo sememangnya destinasi 'mesti pergi' memandangkan bawa anak..So apa yang menarik di zoo Singapura berbanding zoo lain?huhu

Pada ibu, dalam banyak-banyak zoo yang ibu pergi, zoo Singapura sangat bersih dan tidak berbau (kecuali di bahagian penempatan badak), untuk ibu yang sedang mengandung, hidung sememangnya sangat sensitif dengan bau-bauan, siap stand by tisu di tangan, sebab selalunya even tak pregnant pun ibu kureng dgn bau zoo. Tapi memang tak perlu pun k tutup-tutup hidung. Satu lagi yang ibu suka, kebanyakan monyet dan burung di sini tidak di kurung dalam sangkar, seperti monyet dan burung di zoo lain. Semuanya berada dalam keadaan terbuka dan bebas. Pandai pengurusan zoo memastikan binatang tu tidak lari kan? Tapi tidaklah dengan binatang buas, kalau Harimau Putih di zoo Singapore ni pun di biarkan bebas, memang ibu tak jejak zoo lagi dah..huhu


Sebelum masuk zoo..Faris nak naik bebau (kerbau) atuk..



 Gambar atas dan bawah semasa kami menyaksikan aksi singa laut yang charming ni..hehe..terhibur dengan aksinya..habis show Faris bangun, tepuk tangan sambil jerit 'woww..yeaa..nak lagi'..haha

 Betapa kusyuknya dia tengok singa laut tu beraksi..

 macam-macam jenis monyet dan keluarganya ada di zoo ni..yang ni berpagar k, seram kalo tiba-tiba dia melompat atas kita..

 pertunjukan ke2 yang kami tengok, aksi gajah asia..gajah dari malaysia dan indonesia..hehe..if korang pergi nanti sila ambil seat depan kalau nak merasa air semburan dari gajah-gajah ni..hehe

Faris dan lion..anakanda dapat parut di zoo ni..penat duduk dalam stroller, ibu kasi peluang dia berjalan, alih-alih jatuh pula..

Anakanda memang sukakan binatang macam ayah..ibu layankan aje..papepun, syok dan puas hati..:)

Tuesday, November 15, 2011

Singapore 1st day

Salam..

Kami tiba di Changi Airport Singapore lebih kurang pukul12 tengahari, terus ke Hotel Grand Park untuk check in dan tinggalkan beg. Terharu dengan company ayah coz berikan bilik special untuk kami..huhu. Dapat check in di bilik untuk ahli Crystal Club Park Hotel. 

Selepas check in dan solat terus kami keluar untuk ke Universal Studio memandangkan keesokan harinya, training ayah dah bermula. Sepanjang di sana kami banyak menggunakan perkhidmatan teksi dan MRT.Tiba di Universal Studio sekitar pukul 2 petang. Tiket masuk sebanyak Sin$ 66 untuk dewasa, kanak-kanak Sin$48 tetapi kami gunakan master card untuk dapatkan diskaun sebanyak 30%..untung k untuk pengguna master card..



 Buruk pulak rasa gambar nih, perut boncet..haha..topi nih leh pakai FOC k, tuk ambil gambar..

 Cekcik..

 Masuk store Jurassic Park, anakanda minta dinasour tu pulak..tak berbaloi shopping di Singapore k..mahal untuk kita..

 Ni di rumah shrek..
suka tengok anakanda pun sibuk nak tarik, tapi tarik kaki ibu..huhu

 Apa nama tuk watak zebra  dalam cte maagascar nih?terkezut dia sebab ayah naik..berat..haha

Anakanda takut dengan hampir semua maskot di situ..huhu..monster katanya..

Sebahagian gambar kami di sana, kalau ikutkan hati banyak yang nak di kongsi, tapi letih nak upload banyak-banyak..haha..seronok di sini

Antara aktiviti kami di sini, menonton tayangan 4D shrek, menaiki boat ke 'alam madagascar' yang sangat menarik, dan ayah berpeluang naik roller coaster yang sangat menyeramkan..huhu..Sangat selesa dan tak perlu bersesak coz pergi pada hari biasa, kalau pergi weeekend rasanya sure berlaga bahu..


**Tekenang masa ke Disneyland Paris dulu bila ke sini, tapi di sana outdoor game di sana banyak..harap ada rezeki tuk ke Disneyland sekali lagi bersama anak-anak..=)

Friday, November 11, 2011

Salam 11.11.11

Salam untuk sahabat di Malaysia..

Cheewahh..hehe..ibu dan Faris pada tarikh 11.11.11 sekarang berada di Singapura..Percutian tanpa perancangan awal. Hari ini adalah hari ke4 sebenarnya kami di sini, tiba pada tengahari Selasa dan akan pulang pada hari esok. Tujuan sebenar adalah mengikut ayah yang di hantar untuk menjalani kursus selama 4 hari di sini.

Percutian ini bukan di rancang awal, tapi memandangkan ada rezeki untuk bercuti ke Singapura dengan kos yang sangat menjimatkan, so kami tidak lepaskan peluang. Ayah hanya redeem point Enrich Malaysian Airlines untuk tiket ibu, memandangkan tiket dan penginapan ayah di tanggung sepenuhnya oleh company. Perbelanjaan untuk tiket Faris pula hanya RM88, sangat bajet..:) Alhamdulillah, point enrich ayah dapat di gunakan sebelum sebahagiannya expired pada hujung tahun ini.

So far, seronok berada di sini tapi hati tetap rindukan negara sendiri..hehe..Kalau nak di bandingkan antara 2 percutian pada tahun ini, antara Bandung dengan di sini, sangatlah jauh bezanya. Perbezaan yang paling ketara adalah dari segi makanannya. InsyaALLAH nanti ibu akan kongsikan serba sedikit pengalaman di sini.
p/s; janji dengan mumy faris, nanti Faris balik Faris tolong prepare barang-barang mummy tuk majlis hujung bulan ni..:)

apa korang buat untuk mengabadikan tarikh 11.11.11??

Wassalam..:)


Thursday, November 3, 2011

Cacing oh cacing

Salam..

Di luar hujan sangat lebat, perut dah memulas dan beberapa kali dah vibrate, tapi nak keluar tu rasa cam sedikit 'bercinta' mengenangkan ketiadaan payung..

So rasa nak sharing ilmu yang baru ibu google..

Biasa dengar dulu-dulu, orang selalu kata 'jangan jalan tak pakai kasut nanti cacing masuk kaki'..korang percaya?haha..ibu yang sememangnya tiada pendidikan biologi (ada kena mengena ke?) memang langsung tak percaya..camne lak cacing leh korek kaki?(camtu la lebih kurang pemikiran ibu)..Tapi bila jumpa  artikel ini, yang ditulis oleh Dr Zubaidi bin Hj Ahmad rupanya kata-kata yang ibu anggap sebagai hanya untuk menakutkan itu ada kebenarannya..hehe..sedikit info yang ibu boleh kongsikan dari artikel tersebut..

Bagaimana cacing boleh masuk ke dalam tubuh kanak-kanak
1.  Apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan secara tidak sengaja terutama makanan yang tidak di masak dengan sempurna
2. Kanak-kanak yang mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan
3. Kulit kaki yang terdedah (haha..seyes doktor yang bagi tahu..so 'nanti cacing masuk' tu sila percaya k..hehe)

Simptom yang di sebabkan oleh cacing dalam tubuh
1.anemia (kurang darah merah)
2. kurang selera makan
3. cepat rasa lemah dan letih
4. abdomen yang kembung

Telur cacing ini akan menetas dalam usus kecil, membesar dengan mendapat zat makanan dari usus ketika proses pengahadaman. Cacing dewasa akan mengawan dan bunting, selepas itu bergerak ke usus besar dan raktum. Telur cacing akan di keluarkan melalui najis. Cacing akan mengambil nutrien makanan yang di serap ketika makan menyebabkan tubuh mengalami kekurangan zat makanan yang boleh menyebabkan fizikal kanak-kanak mudah terganggu dan cepat berasa keletihan

Ini yang dikatakan kecil-kecil cili padi..hehe..kecil api boleh membawa masalah besar terutama kepada kanak-kanak. Silalah baca yang selanjutnya tentang jenis-jenis cacing dan kesannya dalam artikel tersebut untuk lebih memahami k..


Wassalam..

Blog has been removed

Salam...

2 hari lepas ibu mengalami masalah untuk membuka blog. Awal pagi masa bw, ibu dah mula bermasalah untuk tinggalkan komen. Tengahari dapat call dari ayah, mengatakan dia gagal buka blog ibu. "Blog has been removed" tertera apabila ayah masukkan url ibu. So ibu pun mencuba untuk log in, juga gagal. Setelah di selidik dan cuba menggunakan bantuan en google, membuat verification untuk password dan emel dan menjawab soalan-soalan 'rahsia' dari en google barulah ibu kembali dapat menjejakkan diri ke blog ini. Itu adalah kali pertama ibu mengalami masalah begitu, Apa Puncanya? kalau ada yang tahu dan pernah mengalami, please share supaya selepas ini ibu akan lebih berhati-hati. Hampir-hampir hilang blog, rasa macam nak menangis pun ada. Ibu nak anak ibu baca semua catatan ibu ni nanti, so janganlah terjadi apa-apa yang boleh menghalangnya..hehe..

p/s: pagi ni kenyang dengan breakfast yang disediakan oleh ayah, roti arab + kari segera + air milo..thanks ayah..love u so much..:)

Wassalam..

Monday, October 31, 2011

Faris 20 bulan | Budak kampung

Salam..

Dah lama rasanya tak menulis atau update perkembangan Faris dengan entry khas untuk anakanda seperti ini. Selalunya cerita perkembangan anakanda di selit dalam entry lain. Untuk kali ni ibu buat entry khas pula..

20 Bulan sudah usia anakanda, kurang 4 bulan genap 2 tahun..


Alhamdulillah, syukur sangat kerana pada usia belum mencapai 2 tahun ALLAH berikan pelbagai kepandaian yang sesuai dengan usia anakanda ketika ini..

*huruf A, B , C, W dan O..:)..pelik kan kenapa W dan O? huruf lain Faris masih ingat-ingat lupa, untuk W dan O, anakanda memang hafal mungkin kerana bentuk yang lebih mudah di ingati. Ibu suka gunakan buku bergambar untuk memperkenalkan huruf. Menulis huruf di kertas dan meneka huruf bersama-sama sudah menjadi aktiviti wajib setiap hari kami bertiga.

* Faris sudah boleh mengira 1 - 10 tetapi hanya mengenal nombor dalam bahasa inggeris sahaja. Cuma mood mengira tak selalunya ada. Bila ada mood, anakanda akan mengira, tapi bila di suruh, Faris akan mengira main-main pula..
Ibu selalu mengira jumlah kenderaan yang kami nampak di jalan raya sekiranya ke mana-mana, tanpa di sangka suatu hari anakanda mengira sendiri.."one car, two car..."..Alhamdulillah

*Huruf jawi anakanda baru mengenal Alif, Ba dan Ta. (Ibu perkenalkan dengan sebutan baris atas.)
Mengajar anakanda megaji memang mencabar, sesi membaca iqra' ibu dan ayah bergilir menjadi tok guru selepas solat Maghrib, sengaja biasakan jadual sebegitu sejak kecil walaupun hanya dapat beberapa minit dan kekadang saat untuk menarik perhatian anakanda supaya duduk diam
Tampalan flash card huruf jawi di bilik Faris dan penggunaan buku bergambar juga membantu. Cara pengajaran sambil main-main sangat sesuai untuk usia Faris kerana sangat mustahil untuk dapatkan fokus anakanda.:)

* Surah Al Ikhlas anakanda dah boleh sambung dari bacaan ibu, tak sabar untuk mendengar Faris membacanya dengan lancar. InsyaALLAH tak lama lagi..Ibu usahakan supaya anakanda dapat menghafal surah al Ikhlas dan Surah Al Fatihah sebelum mnginjak usia 2 tahun..Semoga ALLAH memberkati usaha ibu dan ayah.

*Anakanda dah ada 12 batang gigi, gigi taring dah cuba menampakkan diri, so kena semakin rajin menggosok gigi. Ibu masih menggosok gigi anakanda tanpa penggunaan ubat gigi

*Anakanda sangat petah bercakap, kalau ke mana-mana mesti akan ada yang terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya..kadang-kadang ibu pun kembali berfikir dari mana perkataan itu di pelajari.
contoh beberapa hari lepas
Ibu: Faris sayang ibu tak?
Faris : entahlah..
ibu tak pasti Faris faham atau tidak dengan maksud 'entahlah' tapi kebiasaannya Faris akan menjawab 'sayang'..:)
Seronok melayan Faris bercakap coz selalunya perkataan yang keluar akan membuatkan ibu dan ayah tergelak, tak menyangka perkataan itu keluar dari mulut anak kecil kami :)

*Berat badan anakanda..oh sangatlah ringan, hanya 8.8kg. Anakanda sangat kuat makan tetapi aktif. Tidak dapat di sangkal lagi, anakanda mengikut gen ibu, tahap metabolisma tinggi..hehe :)

* Faris sangat kuat mengigau, bercakap dalam tidur. Mungkin kerana terlalu keletihan di siang hari sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..:)

* Faris sangat suka menulis dan melukis

* Sejak bayi sehingga sekarang (masih bayi kan?) anakanda takut dengan bunyi dari blender, vakum dan mesin-mesin. 

Itu yang boleh ibu kongsikan setakat ini..dan gambar ini pengubat rindu ibu kepada anakanda..
Aktiviti anakanda bila balik ke kampung atuk, kampung sebelah ayah aktiviti agak terhad coz kekurangan ruang tanah, bila balik ke kampung ibu, Faris seronok 'mengotorkan' diri. Ibu suka Faris berpeluang bermain tanah dan kotoran seperti ibu zaman kanak-kanak dulu..:)


Ini aktiviti semalam, sibuk dengan chain saw atuk, mengikut atuk ke kebun getah orang untuk mencari kayu api persediaan untuk kenduri mumy tidak lama lagi. walaupun baju kotor dan penuh kesan gigitan nyamuk di tangan, kaki dan kepala tetapi anakanda memang tak nampak penat langsung..



Tiga gambar di atas adalah aktiviti semasa balik raya lepas, bermain tarik upih bersama sepupu dan pak long..di rumah sendiri tak merasa aktiviti seperti ini..:)

Wassalam..

Sunday, October 23, 2011

Menyusu semasa hamil

Salam..

Jumaat lepas baru ibu di berikan kekuatan untuk berjumpa doktor. Sebelum tu, dah beberapa kali ayah minta dan bawa ibu ke KMC, untuk check up dan dapatkan pengesahan dari doktor, tapi ntah kenapa tuk 2nd time ni, debaran tu melebihi masa pregnant kan Faris..huhu..

Jumaat lepas, ibu decide untuk ke poliklinik, so alhamdulillah, sure la +ve pregnancy test. Mengikut perkiraan doktor, hari ini ibu genap 10minggu, expected due date 23 Mei 2012. Then, peluang ini  ibu gunakan untuk bertanya kepada doktor berkenaan breastfeeding. Kata doktor, 'no problem, u still can continue coz sampai satu tahap, susu akan berubah rasa, kadang-kadang ada anak yang stop sendiri bila tak berkenan dengan rasa susu tu, tapi ada juga yang terus menyusu', itu lebih kurang ayat doktor tu. 

Pernah seorang kawan nasihatkan ibu untuk berhenti menyusukan Faris atas alasan ' kesian kan baby', menurut doktor tu, tiada istilah kesian coz yang supply zat sume adalah ibu, so ibu perlu ambil suplemen seperti kalsium 1200mg sehari (doktor bekalkan ibu tablet 300mg, so makan 4kali sehari) dan start dengan obimin bila masuk 3 bulan sebagai sumber zinc etc. So rasanya tak timbul istilah abang curi zat adik..hehe..Sorry kalau penerangan ibu buat korang kompius, kalau nak lagi jelas better dengar sendiri apa doktor cakap coz maybe lain orang, berbeza kondisi, dan tak mustahil kalau lain doktor, lain pandangannya.

Ada juga yang takut dengan risiko keguguran, ibu pernah baca tapi lupa nak simpan sumbernya, risiko keguguran untuk bf semasa hamil sangat rendah. Bf memang boleh menyeababkan pengecutan rahim kan? Tapi mengikut sumber tu, ada beberapa kondisi yang meletakkan kita sebagai berisiko tinggi, salah satunya adalah kalau pernah mengalami keguuguran, 2 lagi faktor mereka yang berisiko ibu tak ingat..huhu..camne ni?info pun tak berapa lengkap..ibu nak cakap banyak pun risau kalau ada yang kata ibu memandai kan?So better rujuk pada yang lebih pakar untuk lebih jelas..:)Wallahualam..

Faris memang ibu dah ajar dengan FM, standby untuk siang hari coz ibu takut kalau sumber kalsiumnya tidak memenuhi keperluan seharian. Tapi setakat ni, dia memang tak berkenan dengan FM, lebih rela minum air masak dan tunggu kepulangan ibu. Tapi pelik, ibu tak rasa apa-apa bila tengok pembaziran FM tu, sebotol atuk sediakan langsung tak di minum berbeza perasaannya kalau tengok Faris tak habiskan EBM yang ibu tinggalkan dulu..hehe..Alhamdulillah ibu masih lagi berdaya untuk memberikan haknya. Ibu perasan sekarang, kalau neneng pun, Faris tak neneng lama, seolah-olah hanya untuk melepaskan gian sahaja. InsyaALLAH bila masuk 3 bulan nanti, ibu akan berjumpa pakar pula untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan memastikan yang terbaik untuk kedua-dua buah hati ibu..:)

Kesimpulan mengikut pandangan ibu yang kurang arif ini, sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan kepada baby dalam kandungan, anak dan ibu, ibu boleh teruskan menyusu. Tapi kalau memudaratkan, ibu pun akan memilih jalan untuk stop..:)

Ibu harap, ALLAH sentiasa permudahkan segalanya, lindungi anak dalam kandungan ini dan memberikan ibu kekuatan untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat Faris dan adik..:) Ibu hanya mengusahakan apa yang terdaya dan berserah.

p/s: sekadar perkongsian dan juga ilmu untuk mendidik diri sendiri. Feel free tuk berikan pendapat sekiranya ada pandangan lain yang boleh di kongsikan untuk manfaat bersama..Thanks..

Sejak akhir-akhir ni, entry bosan jek kan?tanpa gambar lagi..hehe..

Wassalam..

Thursday, October 20, 2011

Header Baru ;p

Salam

Akhirnya..ada juga perubahan pada blog ibu...Tengok blog orang lain tiap-tiap bulan bertukar, touch up sana sini, blog ni masih di tampuk lama..ahaks..nak buat camne kalau dah tuan empunya blog 'terlalu kreatif' bab men'design' dan meng'edit' gambar..haha. Seriously memang ibu tak pandai nak edit gambar, bukan edit aje, amik gambar pun selalu fail..hehe..dah ramai blogger yang ambil tempahan buat header kan? Tapi belum sempat ibu nak mencuba, cuba main-main sendiri dulu ni..hehe

So dengan adanya header baru yang tak seberapa ni (di harap korang tak gelak)..haha..berubahlah sedikit pemandangan blog ibu..:)

Ada sedikit masalah yang memerlukan bantuan kamu yang pakar..camne nak 'centre' kan header tu ek??senget camtu rasa cam tak siap jek (terlalu ke kiri)..So please kalau ada yang pndai..TUNJUK AJARKU SIFU...

p/s: edit cam kanak-kanak jek rasanya..huhu..tapi halal la ek..janji header baru..ahaks..

Wednesday, October 19, 2011

Bukan Wordless Wednesday

Salam..

Tiada WW hari ni coz ibu rasa nak berceloteh..banyak kategori nih..kita tengok satu persatu k..eheh

Mood
ok..yang ni kategori pertama, coz tanpa mood memang tak kemana. Al kisahnya, kalau masa pregnant Faris, mood menulis sangatlah berkobar-kobar, sehingga terciptanya blog ini. Tapi sekarang? Mood dah jauh melayang bersama bayang-bayang, di terbangkan layang-layang..ahaks..Mood membaca masih ada, sebab tu blog kawan-kawan still ibu kunjungi walaupun ibu sudah lebih seminggu sepi tanpa entry..huhu

Penyusuan
Ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan Faris setelah ibu mengandung lagi sekarang. Target ibu mahu menyusukan Faris sehingga 2 tahun, bak kata Ummu Muhammad untuk dapatkan PHD, tapi setelah di berikan rezeki anak ke2 ini, ibu tidak dapat menjanjikan PHD kepada Faris. Hanya ALLAH yang mengetahui setakat mana penyusuan ini akan di teruskan, ibu hanya berserah. Kalau pada ibu, selagi ibu larat dan tidak memudaratkan, ibu akan terus memberikan yang terbaik buat anakanda. Setakat ini, Alhamdulillah rezeki anakanda masih ada, cuma kadang-kala yang menjadi halangan adalah keadaan ibu. Alhamdulillah sekali lagi coz ibu tidak mengalami alahan kuat, hanya pening dan kurang selera makan. Namun mungkin kerana hormon, ibu merasa sakit setiap kali Faris menyusu lama. Mengikut pembacaan ibu, nipple akan menjadi lebih sensitif ketika hamil, mungkin itu puncanya.

Pam Beralih Tangan
Ibu sudah mula berhenti mengepam sejak Faris berhenti dari sekolah dan kembali tinggal di rumah dei bawah jagaan atuk. Setiap waktu tengahari ibu akan pulang untuk menyusukan Faris memandangkan stok sangat tidak memberangsangkan (boleh bajet kan sampai mana tempoh penyusuan ini :(..). kebetulan ada ibu baru di pejabat ibu, yang bersungguh untuk memberikan susu ibu kepada anaknya, tetapi di sebabkan ketiadaan pam yang sesuai, dia tidak dapat menyediakan stok yang mencukupi. Akibatnya, dia menggantikan susunya dengan susu lain untuk anaknya. Ibu dengan rela memberikan pam ibu kepadanya, akan rasa bersalah kalau tidak cuba membantu sedangkan ibu mampu untuk membantu. Sayang, kerana ibu tersebut punya tekad, Alhamdulillah kini anaknya kembali di bekalkan dengan susu ibu dan tidak perlu bekalan tambahan selain susu ibunya.

Pengajaran untuk bakal ibu juga, seperti yang ibu beritahu kepada sahabat ibu..persediaan itu penting, jika tidak mampu membeli pam sebelum bersalin, mungkin sebagai alternatif, lengkapkanlah diri dengan ilmu seperti 'Teknik Marmet'. Tekad sahaja tidak menjamin kejayaan tanpa ilmu pengetahuan.

20 bulan
Alhamdulillah..anakanada ibu Faris Amsyar genap 20 bulan hari ini (berbaki 4 bulan tuk melengkapkan 'pengajian dan mendapat PHD). Setakat ini, ibu cukup bersyukur dengan perkembangan anakanda. Petah berkata-kata, dan jarang perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat ibu faham kerana sebutannya jelas. Hampir tiada langsung 'pelat'. Faris dan kebanyakan kanak-kanak sememangnya di anugerahkan dengan ingatan yang kuat, syukur Alhamdulillah kerana nikmat itu sangat membantu untuk ibu mengajar Faris. Cepat mengenal barang, mengingati nama dan mengenal huruf sudah cukup buat ibu rasa sangat bersyukur dan bertuah. Sekarang, Faris selesa di panggil abang..seronok tengok riak wajah dia bila menyebut dirinya sendiri sebagai 'abang Faris'. InsyaALLAH anak ibu akan menjadi abang yang baik. Kadang-kadang perkembangan Faris membuatkan ibu terasa seperti masa terlalu cepat berlalu, semakin lama semakin hilang 'baby' ibu, kerana Faris semakin membesar. 

4 kategori cukup lah kot..hehe..panjang pula coretan kali ini. Memakan masa lebih 2 jam untuk mengarang, coz mood on n off..hehe..

Wassalam...*_*

Wednesday, October 12, 2011

Siapalah Aku?

Salam..

Hari ni sesaja rajin nak lawat nuffnang, bukan nak tengok hasil kutipan tabung blog coz dah tahu tak mencapai lagi tahap meriah cam orang lain. Bila duk tengok statistik terus tersengih sendiri. Nak tau sebab apa?

Mai tengok nih..


Terharu pun ada..ada yang cari blog ni dengan kata kunci 'blog kayzie'..hehe..sure kenalan ibu tapi lupa nama blog kan? Thanks kerana gigih gak cari gunakan kata kunci begitu, pasni ibu nak try search dengan kata kunci yang sama coz nak tengok hasilnya..:)

Kata kunci lain yang membawa trafik ke blog ini kebanyakannya tentang Bandung, sejak dari ibu up kan cerita tentang tu sampai sekarang. Tapi jumlah pengunjung tu takde lah seramai mana..hehe..


Yang ni pun rasa nak gelak, selalunya dari Indonesia jek, tapi kali ni dari Sudan dan US pun ado..hehe..info apalah yang dapat membantu mereka ya? Ikhlas dari hati, tak mencari publisiti atau nama coz ibu menulis kisah hidup dengan anak, suami dan keluarga tercinta sahaja. Namun bila ada yang sudi membaca dan menjalin silaturrahim di dunia maya ni, ibu sangat-sangat bersyukur dan menghargainya.. THANKS again

 Sabda Rasulullah SAW
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..."
InsyaALLAH semoga kita tergolong dalam golongan itu..:)
Blog ni nak dikatakan ilmiah sangat tu tidak lah, tapi ibu harap sekurang-kurangnya ini bukan penulisan yang sia-sia, dapat memberi ilmu atau info walau sebesar zarah..InsyaALLAH 

Wordless Wednesday - Mengimbau Kenangan



Ambil mood..huhu..leh kan?

Tuesday, October 11, 2011

Risiko Mengandung Selepas Cesarean

Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..


Jarak kehamilan selepas cesarean 


Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan (rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan lebih cepat dan baik.

Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan berkembang di sana.

Bahagian bawah rahim mula berkembang pada tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika hendak bersalin.

Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

Satu lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik (uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~

Masa yang paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.

Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.

Jangan gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.

Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218 
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

Wallahualam..

Monday, October 10, 2011

Berita baik itu

Salam semua..

Happy working di pagi Isnin..:)

Still ingat berita gembira yang nak ibu kongsikan tu?
Ramai yang teka ibu pregnant..apa la korang ni..
sebenarnya..


















Korang memang pandai..haha (beria jek enter bebanyak..haha)
Alhamdulillah bakal berempat tahun depan..di jangka hujung Mei 2012..
Doakan kesihatan ibu dan baby ya..

So..
Faris Amsyar bakal jadi abang..hehe
Alhamdulillah setakat ni cuma menghadapi pening-pening dan kesukaran memilih makanan yang dapat memenuhi selera..
Ibu harap ibu akan sentiasa sihat dan kuat, tak kena alahan yang kuat supaya dapat tumpukan perhatian pada keluarga..

Happy sangat
coz kali ni ayah ada dengan ibu dari awal pregnant, masa pregnant kan Faris, dari mula tahu pregnant ibu tak jumpa ayah, share berita baik itu pun melalu phone dan chatting sahaja. Ayah betul2 tinggal dengan kita selepas ibu mengandungkan Faris 6bulan..
sekarang zaman offshore dan training dah berlalu..Alhamdulillah..:)
So kali ni, lega sikit coz ayah leh tolong mana yang patut..:)

Faris dah tahu 'dalam perut ibu ada baby'..so pantang tengok ibu baring..mesti dia cakap
'sian ibu..ibu sakit'..hehe


Faris dah nak jadi big brother..:)

Alhamdulillah..

Thursday, October 6, 2011

Nasyid | Doa Dhuha


Sebelum ni dapat dengar di IKIM masa hantar Faris ke school..sekarang tak dapat dah dengar radio waktu yang sama. Lama ibu mencari nayid ni coz tatau kumpulan mana yang nyanyikan..Alhamdulillah hari ini dapat, nak share dengan kawan-kawan. Doa dhuha yang di nasyidkan. Semoga kita bersama mendapat manfaatnya..

*kalau ibu tak salah, doa yang di tulis dalam jawi itu ada sedikit kesalahan, so mungkin bila nak baca dari tulisan itu kena berhati-hati coz macam ada 'baris' yang tertinggal kalau ikuti betul2 bacaan dari UNIC sendiri..

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday - Anak Soleh



Thank You ALLAH

*__*

Tuesday, October 4, 2011

Cuti-cuti keluarga


Salam..

Entry ni sepatutnya di publish minggu lepas, tapi selepas selesai aje upload gambar, dapat call dari atuk Faris, beritahu Faris menangis tak berhenti sambil cakap sakit telinga..itulah permulaan bagi kes warded minggu lepas..mujur ibu tinggalkan anakanda dengan atuk (tak pergi school) coz minggu sebelum itu anakanda dah tunjuk tanda-tanda awal jangkitan telinga tu.

Kami ke Mersing pada 16 dan 17hb Sept lalu sempena majlis pertunangan ayah teh (abang ayah), hampir semua adik beradik ayah join sekali kecuali ayah de yang berada di Rawang tak dapat nak join..So sebelum majlis pertunangan buat majlis ala-ala Family day lah pulak..huuhu..Bukan senang nak bercuti ramai-ramai memandangkan semua dah ada commitment kerja dan keluarga masig-masing..

Kami menginap di Homestay Air Papan..harga dan keadaan bilik memuaskan hati. Selesa dan bersih, itu yang menjadi keutamaan..:)

Kebetulan view homestay ni adalah pantai Mersing, maka syok la anak-anak dan mak anak tak kurang bapak-bapaknya sekali nak terjun pantai. Anakanda yang masih selesema kami hadkan aktiviti airnya. Tak mungkin dapat halang terus kan bila dah nampak 'kolam' dia terbentang luas depan mata..hehe

Jom layan gambar mandi-manda..gambar homestay langsung tak ambil..coz kami antara keluarga yang lambat sampai, so bilik kami dah penuh dengan barang persendirian dan hantaran, tak sampai hati nak ambil gambar..hehe

Antara yang semangat nak mandi..nenek siap beli seluar baru lagi coz tak bawa seluar spare tuk mandi..huhu




Ayah ibu dan Faris..kompem la lagi semangat kalau dengan laut ni..hehe











orang lain dah start main air, ayah layan Faris main ball dulu..so takde la lama sangat Faris berendam nanti..hehe


ayah ngah demam..so just dating bersama mak ngah di tepi pantai..hehe



suka-suki


kami lagi


dah bosan di Pantai sambung di swimming pool lak..kebetulan keluarga kami je waktu tu..Ibu dah tak join coz dalam cubaan memujuk anakanda naik cepat..

Balik dari Mersing, dapat good news..hehe..nanti kita share k..

wassalam..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang