Thursday, April 21, 2011

Anak Demam Panas

Hari ini genap seminggu Faris keluar dari wad, waktu mula-mula keluar demam dia still on off..kebiasaanya badan dia akan panas menjelang malam (Alhamdulillah, dah 2 malam suhu dia normal). Kebiasaanya suhu mencecah sampai 38 ++..di sebabkan panas dalam badan tu mata dia selalu bertahi, ala-ala sakit mata (masih lagi). Di tambah pulak selesema dan batuk. Sekarang tiap kali batuk dia akan muntah, kadang-kadang ibu sengaja tekan lidah dia masa dia batuk dengan harapan kahak akan keluar. Ibu rasa lega bila dia muntah coz akan terkeluar segala lendir dan kahak sekali. Tapi ibu still mencari info dan bertanya betul ke amalan tu tidak mendatangkan bahaya pada Faris.

Bila anak demam, penting bagi ibu untuk kemana-kemana bersama termometer. Ibu beli termometer ni since Faris 2 bulan lagi coz in case kalau demam senang tuk ibu pantau suhu badan Faris. Untuk baby, suhu 38 darjah celcius tu dah di kategorikan tinggi, bahaya coz setengah baby boleh sampai kena sawan bila badan terlalu panas. Kebiasaannya ibu dan ayah akan basahkan badan dan kepala Faris tuk turunkan suhu. Amalan orang tua-tua, biasanya 'Jangan mandi kalau demam'..TIDAK BOLEH diamalkan untuk demam especially demam panas. Doktor memang nasihatkan supaya mandikan dan kalau boleh pakaikan pakaian yang boleh membebaskan haba badan dia dengan baik. Ibu perhatikan if Faris di pakaikan pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang, suhu badan dia akan cepat naik, mungkin sebab haba badan tak dapat di bebaskan.

Ada sahabat ibu yang bertanya, perlu ke bawa ke doktor coz anaknya demam on off dah hampir seminggu. Apa yang ibu amalkan, demam normal yang ibu boleh terima hanya 2 hari, suhu kurang dari 39 dan Faris masih boleh bermain dan makan seperti biasa. Maksud boleh terima adalah ibu just berikan ubat demam or bawa berjumpa doktor ke klinik biasa. If suhu mencecah 39 atau demam lebih 2 hari dan Faris berubah menjadi pasif ibu memang tidak teragak untuk bawa ke hospital atau berjumpa pakar. Sebab itulah Faris dulu di tahan di wad, ibu bawa Faris ke GH coz suhu mencecah sampai ke 39 walaupun selepas 2 jam di berikan ubat ikut bontot. Ibu rasa lega bila Faris di tahan dan di beri pemeriksaan penuh. Walaupun tiada apa yang mudarat, sekurang-kurangnya kita tahu kondisi sebenar anak yang memang tak mampu nak beritahu apa yang dia rasa.

Sekarang memang tengah musim demam kot, waktu Faris di tahan di wad HTAA, ramai kanak-kanak lain yang hampir sebaya Faris di tahan di wad kerana demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru. Jangkitan kuman di paru-paru memang mudah menyerang kanak-kanak terutama masa mereka demam. Alhamdulillah Faris selamat dari kuman-kuman tu, cuma ibu risau macam mana nak deal dengan mata Faris tu.

So kepada ibu-ibu, pantau lah demam anak-anak anda k..Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan aktif bermain kerana gelak tawa mereka adalah syurga kebahagiaan ibu-ibu..kan??
Anak ibu..hari dah genap 1 tahun 2 bulan 2 hari..:)


senang nak tau kalau ini budak tidak sihat..sebelum ni kalau demam pun still aktif cam tak demam, tapi kali ni demam melentok setiap masa..sekarang semakin pulih semoga cepat hilang semua virus-virus yang masih tinggal..

11 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah faris makin sht...ibu tu jgn lupe jg keshtn gak ye.kalau ibu sakit,sape plk nk jg faris...neway smg kamu sht2 slalu yer...take care.muahhhhh
~~anty azrah~

kayzie said...

tengkiu azrah..hehe..

kurus said...

alhamdulillah semakin sihat .. memang kena jaga sgt2 .. skrg nie musim sakit mcm2 ... hati ibu mana yg x risau kan ..

soo adik kena jaga diri jugak tau :)

Anonymous said...

most welcome :)

kayzie said...

kak ieda: yupp..thanks.:)

NrlAidaHml said...

Kayzie...aqil pon tgh demam jugak sekarang ni..risau dah ni..tunggu esok kalo tak lega mmg kena bwk pg hospital la...

ALhamudillah Faris dah sembuh...

myamyza said...

hmm..budak kecik kalau demam memang kesian kann?? cemane la dia rase sakit demam tu..kite yang dewase ni pun tak tertahan..

http://mummymyza.blogspot.com/

i follow

sharkcreep said...

i follow u..follow me back k? :)

Anonymous said...

kayzie...thanks for the info..alhamdulillah, faiq pun dh btmbah sihat skrg.cuma kdg2 meragam mgkin sbb letih + x cukup tido masa demam hari tu..info dr kwn2 mmg amat berguna di kala bingung memikirkan apa yg perlu di buat di kala anak sakit...

~~kak salina~~

kayzie said...

mumyaqil: musim kan skrg?hrp aqil cpt sihat..anak sakit kita pun ssh hati..
mumymyza n shark:thanks
kak salina: alhamdulillah..moga faiq cpt2 sihat cam biasa..Faris pun dah sihat, baru sonok tgk dia mkn slera..bdan susut sgt hmpir 2 mgg tak sihat

mummy2k said...

alhamdulillah..dah semakin sihat yer?anak2 mummy pun slalu on/off gak demam...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang