Thursday, May 2, 2013

Ayman 11 Bulan

Salam..

Dah pun masuk bulan Mei..lagi 13 hari genap usia adik 1 tahun..huisshhh..teringat lagi saat manis menahan contraction dan saat sebak bila nurse beritahu bukaan dah 6cm selepas 10 minit berada dalam wad..fuhhh..Alhamdulillah tercapai hasrat nak melahirkan secara normal..:)

Seperti yang di ketahui umum (cheewah)..kemalasan menulis di blog sangat menyerlah menyebabkan tak banyak update sal adik..huhu..ada pun sikit-sikit, tumpang kat cerita abang or cerita mengarut ibu..

Hari ni adik dah 11++bulan. Alhamdulillah sejak semalam adik dah berani berdiri sendiri tanpa berpaut. Cuma melangkah je  takut, even kalau di pimpin sekejap je dia melangkah sebelum terus duduk. Adik berjalan sebelum 15hb ni tau. Tak syok la kalau g 'sana' nanti adik masih berdukung..hehe..

Perkataan dari mulut adik masih belum ada yang jelas. Cuma dengar sipi-sipi perkataan seperti 'car', lampu, turtle. Yang jelas, hanyalah 'ayah'...:)

Alhamdulillah adik semakin paham dengan setiap arahan dari orang. Feveret dia sekarang nak tunjuk sana sini..Semua yang dia nampak dia akan tunjuk dengan jari telunjuk dia. Pegi mana-mana mesti tunjuk lampu, adik sendiri pun dah faham kalau kita tanya mana lampu. Adik juga cekap tiru gaya orang. Nampak ayah pegang termometer tuk cek suhu, dia pun buat perkara yang sama. Setiap kali pegang henpon di buatnya gaya bercakap di telefon. Pantang nampak perkara baru semuanya di cuba, sebab tu ayah selalu pesan, "jangan buka drawer/ almari depan adik, nanti hari-hari dia nak buka". Pendek kata lagi bagus dia tak tahu..huhu..Ibu suka adik mula belajar kenali benda-benda di sekeliling adik. Semakin aktif juga nak mengenal huruf sampaikan habis flash card huruf hijaiyah abang jadi makanan adik. Adik makan kad tu sebab nak bagi cepat ingat kot..haha.

Cuma masalah sekarang adik semakin susah nak berpisah dengan ibu la plak. Pantang hilang je kelibat ibu dari pandangan adik kompem adik menjerit. Y dik?y??..hehe

Masalah yang paling buat ibu susah hati dengan adik..Adik lansung taknak terima botol susu. Sekarang, di taska adik minum susu ibu menggunakan sudu. Ibu pernah menggunakan syringe dan cawan kecil untuk adik. Kalau botol langsung adik tolak. Aduhai..Ibu risau dengan kuantiti susu yang adik terima setiap hari. Risau kalau pengasuh tak dapat mencari masa mengadap adik tuk suapkan  susu tu. Setiap hari sebelum hantar adik ibu bisik supaya adik boleh minum susu macam kawan-kawan adik yang lain. Harap-harap satu hari nanti adik redha dan boleh terima botol sepanjang berada di taska k. Ibu gigih pam hari-hari dik..susu tak pernah kurang, mencukupi untuk adik, harapnya yang adik terima lebih banyak dari yang terbuang. :(

Selit cerita abang...budak yang semakin petah bercakap. Setiap malam macam-macam yang di bebelnya ceritakannya sebelum tidur. Sampai satu hari ibu tengah mamai ter'sound' abang : "tidurlah abang, membebel jek"..pastu ada la bunyi teresak-esak kat belakang ibu (kesian abang). Sensitif sungguh anak bujang ibu ni..huhu..Alhamdulillah ada pertambahan surah. Abang berjaya dengan izin ALLAH menghafal surah al kautsar. Menjadikan 4 surah hafazan abang setakat ni. Panjang lagi perjalanannya.

p/s : ini memang sekadar coretan tanpa gambar..:)..adik jangan kecik ati, ibu dah semakin malas menulis..:(

Wednesday, April 24, 2013

Bubur Ayman (Senang & segera)


Salam...

Permintaan dari sahabat..ini cara ibu menyediakan bubur Ayman. Ibu gunakan beras perang kerana khasiatnya lebih berbanding beras putih. Beras perang masih mempunyai lapisan dan khasiat yang tiada pada beras putih. Atau secara mudahnya, dari pelbagai proses lagi di perlukan bagi menyediakan beras putih berbanding beras perang termasuklah proses 'polishing'. Untuk maklumat terperinci bagi persoalan 'Kenapa BERAS PERANG', rajin-rajinkan diri meng 'google' k atau boleh baca di SINI

Di sini ibu nak kongsikan cara penyediaan bubur Ayman Zafran. Oleh kerana anakanda duduk di taska, jadi banyak stok makanan 'segera' tapi homemade di perlukan supaya ibu dapat pastikan kerja waktu pagi ibu menjadi mudah.:)



Rendam Bijirin Anda, di sini ibu baru tahu keperluan untuk merendam bijirin termasuk beras. So untuk proses yang pertama, selepas di basuh beras akan di rendam semalaman.



Kemudian, beras tadi di toskan airnya sebelum di jemur di bawah panas matahari sehingga kering.

Siap di jemur beras perang Ayman akan di sangai di atas kuali tanpa minyak. Sangai sehingga beras perang kelihatan perang..hahaha (gurau)..sangai sampai beras nampak sedikit garing bukan rentung ye.


Kemudian, kisarkan beras. Ini adalah hasil kisar untuk Ayman yang sudah hampir setahun, bagi peringkat awal bolehlah kisar sehingga menjadi serbuk supaya teksturnya haluuuussss. So serbuk beras yang sedap lagi berkhasiat (yang penting bukan makanan segera) boleh di simpan di dalam peti bagi menjamin keselamatan beliau..hehhe..

Cara Masak??

Peringkat awal, ibu masak menggunakan api dapur sahaja. Masukkan air dan serbuk beras, kacau supaya ia masak sekata dan tidak bergumpal. 10 minit siap yang ni baru betul-betul 'cepat di masak sedap di makan..hehe'. Coz peringkat awal, Ayman belum di perkenalkan dengan protein (ayam/ikan) so ibu just campurkan dengan puri (samaada frozen atau fresh). Sekarang bila dah boleh dipelbagaikan ibu gunakan kaedah slow cook. Masukkan dalam periuk sebelum masuk tidur, bangun pagi bubur sedia di hidang or di masukkan ke dalam termos tuk tujuan pengeposan ke taska..hehe..So jom kawan-kawan, sediakan sendiri bubur anak-anak anda kerana ianya semudah kita memasak mi meggi..haha..


**Perbincangan di IKIM semalam tentang doa-doa semasa memasak, baca lah apa-apa doa untuk kebaikan anak-anak/ suami ye. Selawat, doa, bacaan ayat quran atau zikir semuanya amalan yang kita boleh amalkan sambil memasak..Insya ALLAH semuanya bertujuan untuk mendatangkan kebaikan :)


Wassalam

Monday, April 15, 2013

Gigi sulung

salam...

Sekadar nak berkogsi rasa excited..hehe..gigi pertama adik aka ayman zafran (genap 11bulan hari ni) dah menampakkan rupa..:)

Alhamdulillah, agaknya demam adik 2 bulan lepas adalah petanda kemunculan gigi tersebut la kot. Sekarang dah belajar menggigit, saja la tu nak test kehebatan bergigi :)..Gigi sulung abang Faris keluar masa umur abang hampir 10bulan, so adik terlewat sebulan dari abang..takpe sayang, gigi je kot..hehe..

Perkembangan anak ni kadang-kadang buat ibu-ibu stress. Bukan stress sebab yang perlu pun. Bagi ibu, setiap anak tu berbeza, antara adik beradik pun berbeza ini kan pula berlainan mak ayah =) So bukan cepat dan lambat yang menjadi ukuran.Tidak perlu stress sebab anak jalan lambat, bercakap lambat or even lambat bebas diapers. Satu rahmat dan keistimewaan untuk anak-anak yang semuanya cepat, tapi jangan jadikan bebanan fikiran kalau lambat berbanding anak orang lain. Bimbing mereka secara perlahan-lahan jangan mengasak sampai semuanya nak di percepatkan.

Abang Faris 3tahun masih menggunakan botol susu, pada ibu yang penting abang Faris minum susu, which is penting untuk pembesarannya. Tentang botol tu, perlahan-lahan ibu akan cuba gantikan dengan cawan (apa kena mengena botol dengan gigi?)


sekian
Wassalam..



abang dulu tunjuk gigi

punca stress anak : ibu usaha nak ambil gambar gigi pertama..haha


nangis kejap je


dah..tak boleh tengok dah...:|











Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang