Thursday, April 26, 2012

Consultation for VBAC

Salam...

Isnin lepas ibu dan ayah berjumpa dengan doktor O&G di HTAA. Tujuannya adalah untuk menentukan MOD (method of delivery) untuk kelahiran kali ini. Memandangkan abang Faris keluar ikut tingkap, so kami nak dapatkan nasihat dan pemahaman yang jelas bagi menghadapi kelahiran kali ke2 ini. Ramai dah kawan-kawan ibu yang berjaya dengan VBAC (Vaginal birth after csar), so hopefully dengan izin dari NYA ibu berpeluang untuk merasa kelahiran normal.

Alhamdulillah penerangan doktor tu sangat jelas..so ibu nak kongsikan bersama ibu-ibu yang mungkin mengalami situasi yang sama.

Peluang untuk VBAC
Peluang untuk VBAC adalah antara 70% - 80%..means antara 7-8 ibu daripada 10 ibu yang melahirkan secara csar untuk kali pertama,  berjaya normal untuk kali ke2. Bila kali ke2 berjaya normal chances untuk kelahiran normal kali ke tiga meningkat kepada 90%.

Situasi Menuggu Kelahiran
Menurut doktor, selepas bukaan 4cm atau selepas ketuban pecah, ibu akan di beri peluang 6-8jam untuk melahirkan anak. Maksimum hours adalah 8jam untuk menunggu bukaan penuh. Selepas 8 jam, sekiranya belum mencapai bukaan sepenuhnya, emergency csar akan di jalankan untuk mengelakkan risiko rahim pecah. 

Bagaimana boleh berlaku rahim pecah? 
Contraction yang kuat atau terlalu lama untuk baby, boleh menyebabkan baby dalam keadaan stress. Bekas jahitan ibu merupakan kawasan yang lemah, jadi sekiranya bayi menolak dengan kuat pada bahagian tersebut, risiko untuk berlaku pendarahan sangat tinggi. Untuk mengelakkan pendarahan dan rahim pecah, emergency csar akan di jalankan.. DONT WORRY K..kita doa sama-sama, jalan buka dengan cepat dan tidak perlu tunggu sehingga 8jam..

Kesan induce
Ibu pernah terbaca peluang untuk melahirkan secara normal akan berkurang sekiranya ibu di induce. So soalan ibu terjawab semasa perjumpaan ini. Menurut doktor, induce takkan mengurangkan peluang untuk normal kerana dos yang di berikan tidak akan sama dengan ibu yang melahirkan kali pertama atau kelahiran normal sebelumnya. Untuk bekas csar, doktor tidak akan berikan sehingga full dos.

Nasihat dari Doktor
Ibu mencari hospital yang menyokong VBAC, sebab itu ibu ke GH kali ni (abang Faris dulu di KMC), dengan penerangan dari doktor ini juga akan membantu untuk ibu decide nak deliver di hospital mana..hehe..Sebab itu ibu perlukan sesi ini, supaya ibu boleh membuat keputusan untuk setiap suggestion doktor nanti, takdelah main setuju jek..huhu. Doktor pun ada beritahu, ibu boleh pilih di mana nak melahirkan memandangkan ibu faham dengan situasi yang bakal ibu hadapi. Menurut doktor juga, kita boleh menggunakan sebarang pain relief yang di sediakan di hospital semasa menghadapi contraction. Pain relief seperti epidural atau pethidine tak akan mengganggu proses untuk normal malah mungkin membantu. Kerana pain relief ini akan membolehkan ibu lebih fokus kepada kelahiran dan tidak panik. If nak tahu lebih, lanjut tentang pain relief sila klik  DI SINI

Penjelasan doktor pada hari itu sangat memuaskan hati ibu, selepas sesi soal jawab, doktor scan baby. Alhamdulillah kedudukan baby ok dan berat baby 2.5kg. Doktor pun memberi support yang positif membuatkan ibu bertambah positif. INSYAALLAH dengan keberkatan dari NYA ibu berharap kali ni, adik boleh keluar secara normal. Tapi ibu tak akan merisikokan nyawa adik sekiranya ibu memang telah di tentukan untuk terpaksa di csar juga kali ke2 ni. Risiko dan situasi yang ibu perlu tahu tentang keadaan ibu pada kelahiran kali ke2 ni, insyaALLAH akan membantu ibu dan ayah untuk membuat keputusan yang terbaik.

Usaha dah  di buat, doa sentiasa di pohon dan sampai masanya nanti bertawakallah..sesungguhnya DIA yang menentukan yang terbaik..:)

"Ya ALLAH semoga dengan segala keberkatan  dan rahmat dari MU ,KAU permudahkanlah bagiku. Permudahkanlah dan janganlah ENGKAU sukarkan. Kerana sesungguhnya memudahkan adalah mudah bagi MU. Dan sempurnakanlah dengan kebaikan..AMIIN..."

Thursday, April 19, 2012

Update abang dan adik :)

Salam...

Semakin hari semakin berkurang entry dalam blog ni..harap lepas adik lahir, mood menulis ni kembali semula..huhu..

Alhamdulillah..hari ini 19.4.12 genap usia anak ibu 2 tahun 2 bulan..dan sepenuhnya telah berjaya meloloskan diri daripada ketagihan neneng..dengan sendirinya..huhu..cuma support dari ayah masih di perlukan coz kadang-kadang abang Faris akan merengek manja dan boleh berlarutan hingga menangis dan mengamuk minta neneng. So ayah akan serta merta bertukar jadi 'horse' atau 'crocodile' (Faris naik atas belakang) tuk alihkan perhatian Faris daripada ketagihannya..huhu..

Dugaan juga nak melepaskan Faris dari ketagihannya..tapi terlalu privasi untuk di ceritakan kepada umum..apa-apa pun ibu bersyukur, Faris semakin faham susu ibu bukan lagi untuk dia..sob..sob..(ibu pun sedih sebenarnya..)

Alhamdulillah juga..minggu depan genap 9bulan adik dalam kandungan ibu..insyaALLAH ibu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menanti kehadiran anakanda kedua. Minggu depan juga, ibu perlu ke hospital besar untuk temujanji O&G..temujanji ini di aturkan oleh doktor di Klinik Desa, tempat pemeriksaan harian ibu bagi menentukan Method of Delivery (MOD), memandangkan ibu bersalin secara ceaserean sebelum ini.

InsyaALLAH, mulai bulan depan, keluarga kita akan bertambah ahli, so ini adalah bulan terakhir untuk anakanda Faris menjadi satu-satunya anak ibu. Selepas ini, Faris akan berkongsi kasih dan belajar mencurah rasa kasih kepada adik pula..:)

Doakan segalanya di permudahkan untuk ibu k..n in case kalau ini adalah entry terakhir sebelum ibu melahirkan (almaklumlah mood menulis sepoi-sepoi bahasa)..ibu ingin MEMOHON MAAF kepada semua pembaca dan rakan blogger sekiranya ada penulisan ibu yang pernah mengguris perasaan korang semua..peace no war..

Aktiviti setiap petang : bersenam bersama abang Faris..:)


Abang baca iqra' bersama ayah..semoga abang menjadi abang yang baik dan anak yang soleh..:)

Monday, April 9, 2012

Melegakan sakit semasa pelahiran

Salam...

Ibu nak share satu artikel yang mungkin berguna untuk semua ibu-ibu..ibu dapatkan dari BabyCentre Malaysia. Bila dah nak masuk 9bulan (sekarang 34minggu), mood untuk study persiapan untuk melahirkan semakin menjadi-jadi..harap-harap masa sakit nanti still ingat semua amalan ni..huhu

Cara semulajadi untuk melegakan sakit semasa kontraksi

1. Dapatkan Kehangatan
- Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda.
selain itu, boleh juga gunakan botol berisi air panas atau untuk ibu..ibu pilih bertungku kot..itu kalau masih di rumah la kan?
dan..
cara kedua adalah melalui urutan
-Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit-

2. Pernafasan
-Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.
3. Berehat
Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.

4. Menukar Posisi
- Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
 
Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit
Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.
Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.
**ibu sedang 'study' cara bernafas ni..tapi kalo ikut pengalaman lepas, bila dah sakit habis semua ilmu lesap..huhu..
Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.
**sangat penting ada peneman waktu ini, sekurang-kurangnya dapat mengalih perhatian kita daripada hanya memikirkan tentang sakit
Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.
• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.
Kipas diri anda dengan kipas elektrik.
• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menghapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!
**perbanyakkan lah zikir dan doa waktu ni..
• Pegang tangan suami anda.
**bila dah sakit, bukan setakat pegang..habis ku pulas-pulas tangan suamiku..hehe
• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.
• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif!
**serius susah nak bergurau waktu nih..tapi ibu akan cuba..hahaha
• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).
Dengar musik untuk membantu anda relaks.
**atau mungkin lebih selesa dengan alunan ayat al quran..kalo di izinkan, harap masih ada kekuatan untuk membaca sendiri..
Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.
Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).
Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.
Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.
• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.
Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.
Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.
• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!
• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.
Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.
Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.
Cuba tidur dalam masa antara kontraks

**kepada semua yang bakal melahirkan..SEMOGA DI PERMUDAHKAN...amiin..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang