Tuesday, February 26, 2013

Abang 3 Tahun


Salam..

Sebelum berakhirnya bulan Febuari harap-harap, entry ini berjaya di post..hehe..

19.2.2013 lalu genap 3 tahun ibu melahirkan anakanda sulung kami, Faris Amsyar...aduh..terasa masa terlalu pantas berlalu, sampai tak sedar baby yang dulunya ibu dodoi dah berlari..

Anak yang dulunya merengek sekarang tak pernah diam dan tak pernah berhenti bertanya....ada jek soalan yang membuatkan ibu mati akal tuk menjawab. Ada sahaja ayat yang membuatkan ibu dan ayah ketawa..

Anak yang dahulunya manja sekarang dah semakin bijak menjaga adik. Walaupun kekadang terlebih manja daripada adik tapi sifat penyayang abang semakin menyerlah. Abang yang sekarang menjadi rakan berebut mainan tuk adik..:)

19.02 lepas..ibu dengan di bantu oleh ayah menyediakan sedikit 'bekalan' untuk di bawa ke sekolah abang. Semuanya DIY dan yang lebih memenatkan semuanya berlaku pada saat-saat akhir, gara-gara ibu dan ayah tiada plan lengkap. Tapi Alhamdulillah, yang penting anak ibu happy pada hari tu..:)

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun menjaga abang, Allah berikan ibu kesihatan yang baik supaya ibu dapat berikan yang terbaik untuk abang. Semoga anak ibu membesar menjadi anak soleh kebanggaan ibu dan ayah, anak yang dapat membela agama dan menjaga adik-adik kelak.:)

ibu sediakan 'resume biodata' ringkas abang sepanjang 3 tahun..hehe

Nama Samaran : 
 Abang Faris, ultraman taro (kalau dia tengah layan adik, nak kena guna nama samaran camni..huhu)
Cita- cita : Ultraman Taro Doktor (sejak abang umur setahun ibu dah gelarkan abang 'Doktor Faris'..so ni cita2 abang or ibu??hehe)

Makanan Kegemaran : 
Faris Amsyar memang anak mat saleh soleh sebab tu feveret dia..Roni cheese (makaroni cheese), spaghetti carbonara, char kue teow (melayu sket)

 ermm..yummmeh.. :)


Snek Kegemaran : 
cheese, yogurt
Air Kegemaran : 
Tea O dan watermelon juice
Buah Kegemaran :
 Epal dan tembikai

Animasi Kegemaran : 
Cars, Transformers
Cerita Kegemaran :
 Semua Superhero (Ultraman, Batman, Spiderman, ironman, Ryukendo)
Koleksi Animasi : 
Cars dan Bumblebee


Hobi 1 :
 Layan youtube 'search key' >>> cars mcqueen, transformers, upin ipin
Hobi 2 :
 download dan main game di tab dan hp ibu

Haiwan Kegemaran:
Kerbau atuk..hehe..
 
Hafazan Doa :
 Doa sebelum makan, doa selepas makan, doa tidur, doa masuk tandas dan doa berbuka puasa (doa berbuka puasa dia hafal melalui rancangan upin dan ipin..bagus gak ada upin ipin nih..)
Hafazan Surah : 
Al fatihah, Al Ikhlas, An Nas (bila ntah nak bertambah ni?)In Syaa Allah..

Sukan Kegemaran :
 Bola Sepak, Badminton, Berbasikal
Tempat Lepak Kegemaran : 
Taman Permainan dan Pantai





 #####################Faris 3 Tahun ##################


 baby ibu..

 birthday boy nak kasi goodie bag + cupcake

'sape nak hadiah??'
 kawan-kawan yang berkongsi kegembiraan bersama abang :)
thanks tuk teacher dan kawan-kawan yang bagi peluang ibu dan ayah temankan abang 'makan kek' petang tu..hehe..


 cupcake tuk kawan-kawan abang..thanks ayah coz tolong ibu :)


 abang pun sibuk nak tolong..tolong sepah + makan

i love u sayang...abang baby ibu selamanya..:)

REKOD..huhu: pagi 19.02 abang menangis sakan tak nak ke sekolah..ayat meruntun jiwa yang berjaya buat ibu menangis pagi tu..'ibu jangan hantar abang g school..ibu jaga lah abang..'..sebelum ibu keluar tinggalkan abang di sekolah sempat lagi bagi satu ayat meruntun jiwa 'ibu..abang sayang ibu..' dengan suara yang sgt syahdu..ni semua gara-gara abang tak cukup tidur temankan ibu bereskan segala persiapan tuk 19.02..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang