Showing posts with label dEmam. Show all posts
Showing posts with label dEmam. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Esok Puasa?

Selamat tengahari ibu-ibu dan bapak-bapak..

Apa aktiviti hari ini? ke pasar untuk membeli bahan mentah? ke bandar untuk membeli persiapan raya? atau di dapur menyediakan juadah untuk bersahur?
InsyaALLAH esok kita semua akan berpuasa dan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah tahun ini, ibu dan Faris dapat berpuasa sepenuhnya bersama ayah. Tahun lepas, ayah berpuasa di Kuala Lumpur dan hanya pulang pada hujung minggu sahaja.

Ibu sedang memasak singgang tulang, perlu di masak awal supaya keenakanya lebih terasa untuk di makan di waktu sahur nanti..hehe..anakanda sedang tidur, menanti anakanda bangun untuk ibu ke kedai berdekatan, ibu mahu beli santan untuk bubur pulut hitam hidangan makan petang nanti. Apa menu kawan-kawan?

Seminggu ibu berehat daripada blog, tapi dapat juga sekali sekala menjenguk blog kawan-kawan. Sebenarnya anakanda demam sejak Ahad lepas, berpanjangan pula demamnya kali ni. Alhamdulillah semalam suhu dia turun ke suhu normal selepas hampir seminggu demam. Kesian anak ibu, selepas 4 hari demam ibu bawa Faris ke KMC, doktor arahkan untuk di masukkan ke wad tetapi ibu enggan memikirkan ibu mahu cari alternatif lain. Tujuan ke hospital cuma untuk pastikan Faris tidak mengalami demam lain seperti denggi. Selepas sah ujian darah untuk denggi negatif, ibu cuba cara lain. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, air bacaan ayat suci Al-Quran berjaya dapat mengembalikan kesihatan anakanda. Sepanjang demam, Faris langsung tak mahu berenggang dari ibu, sepanjang malam mahu bergayut neneng dengan ibu. Akibatnya ibu pula mengalami sakit belakang sehingga mengganggu tidur.

Banyak cerita yang belum ibu ceritakan di diari untuk anak ibu ini, InsyaALLAH esok akan ibu sambung bercerita tentang hari sukan Faris. Hari ini ibu bersiaran (ahaks) khas untuk mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada semua kawan-kawan alam maya ibu dan semua yang sudi membaca. Maaf kepada geng blogger Pahang, untuk kali ke2 ibu masih belum dapat sertai perjumpaan.
Semoga bulan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Tidak sabar untuk bawa anakanda bertarawikh.InsyaALLAH..


Tuesday, April 26, 2011

Gambar Faris di HTAA

Dah lama ibu berniat nak upload gambar-gambar ni..bukan gambar tuk pengalaman yang manis tapi perlu la ada dalam blog ini..dah namanya blog ni di dedikasikan untuk anakanda ibu kan?so biar anakanda dapat tengok satu hari nanti, kisah kali pertama Faris masuk hospital. Berapa dah entry sal ni jek kan?korang bosan ke?ada aku kisah??heehhe..jom layan gambar..(sume dari hp, cam melampau lak nak bawa dslr masa anak nangis-nangis nak kena cucuk kan?)


pukul 3 pagi ++..ini lah first time masuk drip tu..2 doctor tu baik je suh ibu tunggu tepi kalau nak tengok gak..Faris meraung-raung masa ni..Ayah tolong snap..


Malam pertama di HTAA..berpeluh-peluh tidur pas penat meraung..kira-kira pukul 4 pagi baru Faris dapat tidur

nak mandi, ibu sarungkan plastik supaya tak basah, if basah nak minta nurse tukar balutan dia meraung-raung lagi, so ibu balutkan jek..

Hari ke2 (Isnin), Selera makan bubur air tangan ayah

cek tekanan darah, hari Isnin dah tak menangis

Kelakar anak ibu, tangan yang ada drip tak sakit, tapi sibuk ngadu sakit tangan yang ada tag nama dia tuh..

Hope pasni anak ibu sihat sentiasa..di jauhkan dari penyakit dan di jauhkan dari orang yang berniat jahat..semoga anak ibu sentiasa di peihara dan di lindungi..Amiin

Thursday, April 21, 2011

Anak Demam Panas

Hari ini genap seminggu Faris keluar dari wad, waktu mula-mula keluar demam dia still on off..kebiasaanya badan dia akan panas menjelang malam (Alhamdulillah, dah 2 malam suhu dia normal). Kebiasaanya suhu mencecah sampai 38 ++..di sebabkan panas dalam badan tu mata dia selalu bertahi, ala-ala sakit mata (masih lagi). Di tambah pulak selesema dan batuk. Sekarang tiap kali batuk dia akan muntah, kadang-kadang ibu sengaja tekan lidah dia masa dia batuk dengan harapan kahak akan keluar. Ibu rasa lega bila dia muntah coz akan terkeluar segala lendir dan kahak sekali. Tapi ibu still mencari info dan bertanya betul ke amalan tu tidak mendatangkan bahaya pada Faris.

Bila anak demam, penting bagi ibu untuk kemana-kemana bersama termometer. Ibu beli termometer ni since Faris 2 bulan lagi coz in case kalau demam senang tuk ibu pantau suhu badan Faris. Untuk baby, suhu 38 darjah celcius tu dah di kategorikan tinggi, bahaya coz setengah baby boleh sampai kena sawan bila badan terlalu panas. Kebiasaannya ibu dan ayah akan basahkan badan dan kepala Faris tuk turunkan suhu. Amalan orang tua-tua, biasanya 'Jangan mandi kalau demam'..TIDAK BOLEH diamalkan untuk demam especially demam panas. Doktor memang nasihatkan supaya mandikan dan kalau boleh pakaikan pakaian yang boleh membebaskan haba badan dia dengan baik. Ibu perhatikan if Faris di pakaikan pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang, suhu badan dia akan cepat naik, mungkin sebab haba badan tak dapat di bebaskan.

Ada sahabat ibu yang bertanya, perlu ke bawa ke doktor coz anaknya demam on off dah hampir seminggu. Apa yang ibu amalkan, demam normal yang ibu boleh terima hanya 2 hari, suhu kurang dari 39 dan Faris masih boleh bermain dan makan seperti biasa. Maksud boleh terima adalah ibu just berikan ubat demam or bawa berjumpa doktor ke klinik biasa. If suhu mencecah 39 atau demam lebih 2 hari dan Faris berubah menjadi pasif ibu memang tidak teragak untuk bawa ke hospital atau berjumpa pakar. Sebab itulah Faris dulu di tahan di wad, ibu bawa Faris ke GH coz suhu mencecah sampai ke 39 walaupun selepas 2 jam di berikan ubat ikut bontot. Ibu rasa lega bila Faris di tahan dan di beri pemeriksaan penuh. Walaupun tiada apa yang mudarat, sekurang-kurangnya kita tahu kondisi sebenar anak yang memang tak mampu nak beritahu apa yang dia rasa.

Sekarang memang tengah musim demam kot, waktu Faris di tahan di wad HTAA, ramai kanak-kanak lain yang hampir sebaya Faris di tahan di wad kerana demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru. Jangkitan kuman di paru-paru memang mudah menyerang kanak-kanak terutama masa mereka demam. Alhamdulillah Faris selamat dari kuman-kuman tu, cuma ibu risau macam mana nak deal dengan mata Faris tu.

So kepada ibu-ibu, pantau lah demam anak-anak anda k..Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan aktif bermain kerana gelak tawa mereka adalah syurga kebahagiaan ibu-ibu..kan??
Anak ibu..hari dah genap 1 tahun 2 bulan 2 hari..:)


senang nak tau kalau ini budak tidak sihat..sebelum ni kalau demam pun still aktif cam tak demam, tapi kali ni demam melentok setiap masa..sekarang semakin pulih semoga cepat hilang semua virus-virus yang masih tinggal..

Monday, April 11, 2011

Faris masuk hospital

salam.. anakanda ibu buat pertama kalinya di masukkan ke wad..Bermula pada hati Khamis,Faris demam dengan suhu 37++ je..Hari Jumaat ibu dapat panggilan dari teacher mengatakan Faris kena sakit mata..kesian ibu tengok keadaan Faris masa ibu datang ambil,suhu semakin naik 37.9,mata penuh dengan tahi mata sampai tak boleh buka mata. So ayah dan ibu bawa faris ke klinik pakar kanak-kanak,doktor kata bukan sakit mata just jangkitan kuman dari selesema. Ibu risau sebab hingus Faris terlalu pekat,sedikit berbau dan kehijauan..Doktor beritahu sebab tu selesema tu efek mata Faris.. Balik dari klinik demam faris semakin pulih,tapi keesokannya (Sabtu) suhu naik semula menjelang petang..ayah masuk ubat ikut bontot petang dan sekali lagi pada pukul 10 malam,2 jam selepas itu suhu meningkat tinggi sampai 39.8, mata pula semakin bertahi dan kemerahan..ayah dan ibu risau sebab suhu semakin tinggi..so kami terus ke hospital besar.. Faris di tahan coz demam dengan suhu yg tinggi,tonsil dan jangkitan pada mata. Menurut doktor, ada 3 penyakit yang menyerupai tanda-tanda yang ada pada Faris. 1. Ada kemungkinan campak,coz campak pun berkemungkinan bermula dengan demam,tonsil, dan merah di mata. 2. kemungkinan coxsackie tapi kemungkinan besar bukan coz Faris tiada bengkak pada hujung jari 3. penyakit yang ketiga ibu tak ingat..sowi..huhu so di sebabkan hari ini adalah hari ke 5 faris demam,doktor decide tuk mula kasi antibiotik. Hope dengan antibiotik ni Faris akan sembuh menandakan FAris tidak di jangkiti 3 penyakit di atas. Doakan anak ibu cepat sembuh..ibu berkampung di hospital memandangkan anakanda tak berapa nak makan coz sakit tekak,hanya susu ibu yang dia selera.. Thanks tuk doa kawan-kawan ibu di FB. Anak ibu kena cepat sihat k..anak ibu sangat anti dengan doktor dan nurse,nampak je doktor or nurse masuk bilik terus menangis..

Monday, December 13, 2010

Kalaulah ibu dapat gantikan Faris

Anak ibu baru jek tertidur..puas ibu dodoi n pujuk..menangis dengan air liur yang sentiasa meleleh, ibu tahu anak ibu tak sihat..waktu macam ni ibu berharap sangat kalau Faris boleh bercakap, beritahu ibu mana tempat sakit n apa yang boleh ibu buat..sedih hati ibu..

Faris demam sejak Jumaat malam haritu, ibu n ayah sangka demam biasa beralih bulan or sebab anak ibu nak tumbuh gigi..tapi rupanya anak ibu kena jangkitan Hand foot and mouth disease, tak pasti dari mana jangkitan tu berpunca. Sabtu malam Faris langsgung taknak menyusu dengan ibu, ibu dah terasa pelik coz selalunya ibu adalah ubat penenang Faris, lagi-lagi bila anak ibu demam. ibu n ayah bertambah risau bila nampak ada bintik-bintik berair di tapak kaki dan tangan Faris. Bila ke GH semalam (ahad) baru la dapat jawapannya..tapi still ibu n ayah tak berpuas hati memandangkan doctor di GH hanya berikan ubat demam biasa. Sedangkan anak ibu langsung tak dapat makan n menyusu. Selepas ke KMC tengahari tadi n dapat ubat tuk kurangkan sakit dalam mulut baru la anak ibu dapat menyusu n makan. Sayu hati ibu tengok Faris makan selepas 2 hari tak makan or menyusu seperti kebiasaannya. Alhamdulillah hari ni demam Faris dah kurang n anak ibu semakin aktif n kurang menangis. Ulser dalam mulut masih banyak, tapi ibu harap Faris kuat tuk lawan sakit tu. 2 hari tak makan buatkan anak ibu nampak susut, hilang perut buncit. Ibu pun alami bengkak *b coz faris langsung tak nyunyut walaupun ibu dah tambah kekerapan mengepam. Harap jangan lah ibu demam pulak. Ibu harap ALLAH pelihara Faris supaya Faris cepat sembuh. Sekarang tanpa ayah di rumah dan Faris yang tak sihat, ibu tahu ibu perlu lebih kuat...


Tuesday, July 13, 2010

Rumahku..syurgaku

camne la nak jadi blogger tegar camni??selalu jek fail curi masa tuk berblog..ehhehe

Dah lama tak update..kali ni nak ceritakan al kisah tentang aktiviti minggu lepas..hik..asyik sal wiken jek kan??nak buat macam mana..status masih lagi 'ibu tinggal'..so weekend jek la aktif dengan aktiviti bersama keluarga nih..

Faris kena tahu nih..
ayah balik awal minggu lepas sebab dapat mc..ayah demam+batuk dan selesema..dah lama ayah tak kena demam, kali terakhir sebelum Faris lahir..demam teruk sampai kena tahan wad masa tuh..walaupun ayah demam..tapi ayah layankan jugak aktiviti yang memang dah di rancang sebelum tu..hari sabtu,pergi weds aunty enol di Dewan Jubli Perak Kuantan bersama dengan mama zima n family yang datang bermalam di rumah kita buat pertama kali..

Sabtu malam pulak memenuhi keinginan mama zima yang teringin makan satay zul..tapi malangnya satay ayam jek tinggal..lain sume habis..laku betol, baru kul9 malam sume dah habis..

Ahad pagi plan nak balik Ceneh, bawa Faris jumpa nenek n aki tapi ayah pulak nak setelkan hal rumah..aktiviti gantung menggantung yang dah tertangguh coz minggu lepas kita ke KL..syok pulak bila tengok hasilnya..bila dah selesai aktiviti menggantung tu baru lah balik ke ceneh..petang pulak kita ke ECM tuk beli barang rumah..dan ayah sempat singgah ke nursery tuk beli rumput..sepanjang duduk rumah lansung ayah tak makan ubat..ibu pun salah..just ingatkan tapi tak pastikan ubat tu masuk mulut ayah sebab ibu asek kalut dengan Faris jek..sian ayah..huk..sorry sayunk..

ermm..ada beberapa gambar tuk tatapan nih..hehe..saksikanlahhhh..


hehe..ni hasil tebukan ayah yang pertama..masa ayah siapkan ibu sibuk jemur kain so tak sempat nak amik gambar masa dalam proses..lack tu beli kat ikea..murah aje k..ayah pesan jgn letak segala mak nenek atas tuh..'baiklah!!'
plan asal nak letak cermin..tapi bila berpeluang ke ikea..ibu pun tukar plan..hehe
ni masa tengah kusyuk menebuk tuk gantungan ke2..ayah tak perasan ibu snap gambar..safety penting ek..engineer katanye..pakai safety goggle n earplug..nasib baik tak pakai safety boot jek..huhu
hehe..saja suh ayah pose sikit..faris masih tidur dengan lenanya..senang ayah n ibu nak setel kerja..hehe
ni hasil gantungan ke2..nenek belikan ni..sekurang2nya takde la kosong dinding tuh..i'ALLAH ada rezeki lebih akan ada sesuatu di bawah itu nanti..

gantungan ke3 adalah jam..hehe..so tak perlu la gambar kan??..tapi kalo tengok gambar 1st leh nampak jam yang tergantung di sebelah kiri itu ya..

 sekian sahaja (skema)
terima kasih kerana sudi membaca ya..hehe

eh cupp..nak masuk gak gambar ibu n mama zima di satay zul..hehe..

adiosss

Monday, May 3, 2010

dEmam laGi

tak cukup tido..tak cukup rest..akibatnya demam lagi..tambahan pulak sekarang memang musim panas..rumah ni lak kalau malam macam duk dalam sauna..sabotaj tuan umah la tu..lambat buh air cond..huhu..bila aku demam..yang paling merisaukan adalah waktu menyusu..nak susukan faris risau kalau anak ibu ni lak demam nanti..tapi alhamdulillah sebelum ni dah 2kali demam tak pernah lagi terjangkit..kali ni pun harapnya tidak la..
ibu kepenatan coz sejak masuk rumah belum dapat rehat yang mencukupi..mengemas dan melayan anak ibu yang sorang ni (tu baru anak sorang..haha)..pastu lak sabtu malam baru ni buat sembahyang hajat, bacaan yasin dan doa selamat sempena masuk rumah..kenduri kecil-kecilan je..tambahan pula kenduri last minit..jemputannya sanak saudara terdekat dan beberapa orang kawan ofis..i'ALLAH lepas ni akan buat akikah untuk faris baru leh jemput ramai2..

semalam faris dengan rasminya botak..bercukur di hari ke tujuh....puluh tiga..huhu..semakin bolat lak muka bila dah botak..pencukurnya adalah ayah..

hope ibu sembuh sepenuhnya cepat-cepat..penat bila demam ni..semalam suhu 38.6 tapi pagi ni dah turun sket..hope esok dah kuat seperti biasa..hehe..doakan ibu k sayunk..

Thursday, December 17, 2009

hOspitalized

apa kes ntah..ibu n ayah sama2 merasa msuk wad kali nih..hari tu masa di BTN ibu check in di hospital melaka..hehe..tapi pemenang utama ayah la..berjaya menang pakej 'percutian' di Kuantan Medical Centre (KMC) selama 4 hari 3 malam..huhu..maybe ayah penat sangat..since balik dr offshore  belum dapat rest yang cukup..semua waktu cuti penuh dengn macam2 aktiviti..almaklumlah nak dapat cuti tu susah..so after dis..ayah kena spend time tuk bersenam..tapi bila ek??balik kerja pun dah hampir di penghujung magrib..cuti pulak sehari jek seminggu..so maybe kita kena beli exercise kit untuk indoor jek..ibu teman ayah di hospital sampai hari akhir ayah di hospital,ibu pulak yang demam..yang kesiannye ayah jaga ibu lagi susah dari masa ibu jaga ayah..coz badan sangat la lemah bila kena demam dalam waktu preg ni..berdiri lama sket pun dah rasa nk pitam..nurse pun pelik bila masuk bilik, bukan ayah yang baring atas katil, tapi ibu..huhu..alhamdulillah sekarang 2-2 dah sihat n sudah boleh menjalankan aktivit harian macam biasa pas 1 week off..mohon ALLAH kurniakan kesihatan yg baik selepas ini..amiiin
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang