Salam..
Baca karangan ni dulu sebelum layan gambar k..hehe
Hari terakhir (skip dulu cerita hari ke2-4..hehe) kami di Singapura kami ke Zoo Singapore, memandangkan flight balik Malaysia tanah tumpah darahku pada pukul 6.30 ptg, awal pagi kami dah check out dari Hotel. Dari hotel yang berada dalam bandar ke Zoo kami menaiki teksi mengambil masa 30 minit. Zoo sememangnya destinasi 'mesti pergi' memandangkan bawa anak..So apa yang menarik di zoo Singapura berbanding zoo lain?huhu
Pada ibu, dalam banyak-banyak zoo yang ibu pergi, zoo Singapura sangat bersih dan tidak berbau (kecuali di bahagian penempatan badak), untuk ibu yang sedang mengandung, hidung sememangnya sangat sensitif dengan bau-bauan, siap stand by tisu di tangan, sebab selalunya even tak pregnant pun ibu kureng dgn bau zoo. Tapi memang tak perlu pun k tutup-tutup hidung. Satu lagi yang ibu suka, kebanyakan monyet dan burung di sini tidak di kurung dalam sangkar, seperti monyet dan burung di zoo lain. Semuanya berada dalam keadaan terbuka dan bebas. Pandai pengurusan zoo memastikan binatang tu tidak lari kan? Tapi tidaklah dengan binatang buas, kalau Harimau Putih di zoo Singapore ni pun di biarkan bebas, memang ibu tak jejak zoo lagi dah..huhu
Sebelum masuk zoo..Faris nak naik bebau (kerbau) atuk..
Gambar atas dan bawah semasa kami menyaksikan aksi singa laut yang charming ni..hehe..terhibur dengan aksinya..habis show Faris bangun, tepuk tangan sambil jerit 'woww..yeaa..nak lagi'..haha
Betapa kusyuknya dia tengok singa laut tu beraksi..
macam-macam jenis monyet dan keluarganya ada di zoo ni..yang ni berpagar k, seram kalo tiba-tiba dia melompat atas kita..
pertunjukan ke2 yang kami tengok, aksi gajah asia..gajah dari malaysia dan indonesia..hehe..if korang pergi nanti sila ambil seat depan kalau nak merasa air semburan dari gajah-gajah ni..hehe
Faris dan lion..anakanda dapat parut di zoo ni..penat duduk dalam stroller, ibu kasi peluang dia berjalan, alih-alih jatuh pula..
Anakanda memang sukakan binatang macam ayah..ibu layankan aje..papepun, syok dan puas hati..:)
8 comments:
wahh..bestnya faris dpt pegi zoo. Ummair usahkn nak pergi zoo singapore, zoo negara pn blm penah pegi. last akak pegi zoo masa ngandungkan ummair 6 bln. tak aci kan?haha..
a'ahkan bnyk2 tempat zoo kami bertige tak pernanh pegi..boleh ajak ayahlah cuti2 malaysie ni heheh
p/s: sebnanrye ibu muhammad yag malas nak berpanas keh8!
sgtt seronok!
best kan zoo spore?
beza dgn kite ek...
nampak seronok si faris..
akak plan nak gi gak bulan 12 ni..huhu, harap je dekat tpi ketinggalan ...ngeh ngeh ngeh
ummi ummair: ayah faris suka p zoo..zoo kecik di Kuantan ni dah lbh 10x pegi, suka bw Faris tgk binatang..huhu
Ummu Muhammad: boleh2..pergi balik ari stay di jhor pun ok..ibu faris pun kureng dgn zoo tp sbb 2 hero tu minat ikutkan jek..hehe
kak noriz: aah..sgt beza..mmg dia yg plng sonok..hehe..
seronoknya dapat g zoo yer faris?hadiff ngan haikal pun dah lama xpegi...
elephant tu dh mcm pakai baju kurung! comey.
alahai,dpt parut plak yer..takpe,kenangan tu.mujur sikit je,takpe hero kuat!
wah ni baru lagi kan? hoho..sbb ada gajah warna warni (elephant parade singapore 2011) tuh...woahhh
Post a Comment