Monday, January 31, 2011

Pasport anak, Apa perlu sedia?

Motif topik: ibu tengah excited..hehe
baru jek ambil pasport faris..so maknanya faris leh la nak kemana-mana pasni kan?kan ayah?huhu..ok2..saja jek sebenarnya buat pasport tuh..takde pun plan nak kemana-mana negara luar..ahaks..tak baik tipu kan?

Ada yang bertanya keperluan untuk membuat pasport anak2 kecil nih..so entry kali ni secara ringkas ibu akan terangkan step yang ibu buat k..

1. First step nak kena amik gambar ukuran pasport dl..2 keping gambar di perlukan. Masa nak p amik gambar ayah cakap jangan pakai baju putih, tak sesuai..tapi lupa lak tanya pada jurugambar tu sahih ke tak alasan tuh..hehe..coz latar gambar pasport kalernye biru..so kalau bagi ibu, ok jek baju kaler putih..amik gambar anak-anak, tau jek la camne kan? so make sure p kedai gambar yg tahap kesabaran jurugambarnya tinggi..ahaks..

2. Sediakan salinan mykid, surat beranak anak, dan ic mak or ayah (pemohon) beserta dokumen asal

3. Selepas itu terus ke jabatan imigresen..proses pertama ambil borang dulu..lengkapkan borang dan dokumen yang di perlukan, baru leh beratur tuk dapatkan nombor..sila tunggu anda akan di layan sebentar lagi :)

4. Proses nya sekejap je...pas buat bayaran, proses akan ambil masa lebih kurang sejam tuk dapatkan pasport. Kami start proses dah petang so terpaksa ambil hari bekerja berikutnya.

5. Bayaran untuk anak-anak bawah 2 tahun adalah RM 100 untuk tempoh 3 tahun dan RM150 untuk tempoh 5 tahun..

6. Untuk ambil pasport nanti sila bawa bersama surat beranak or mykid anak.

owh..sebagai ingatan, pemohon dengan orang yang akan ambil pasport mestilah orang yang sama k. So masa nak mohon, mesti kasi ic orang yang akan ambil pasport tu supaya tidak merumitkan anda. Contohnya; si ayah yang uruskan, so ayah la yang kena datang ambil pasport nanti coz masa ambil pun perlukan ic dan tandatangan pemohon. Kes ibu, terlanjur ayah yang mohon tapi bila time nak ambil ayah tak dapat nak ambil. Tapi atas ihsan pegawai tu dia benarkan jugak..hehe..


Di akhir cerita, nikmatilah gambar anakanda tercinta..:)


muka terkezut..ini gambar pertama dan satu-satunya gambar dengan wajah bersedia..lepas gambar ni, Faris duk buat muka so terpaksa redha dengan gambar muka terkezut ni..

Ada cara tuk buat pasport secara online ke?macam pernah dengar jek..ermmmm..

Thursday, January 27, 2011

Dulu dia bf saya..



ooho..cinta tak berbalas..jgn isau..sekarang setia dengan cintaku terhadap suami dan anak..ahaks..layankan coz saya sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sukeeeeeee

Tuesday, January 25, 2011

Bila Faris semakin mengganas

Apa motif laptop ku di sini?

 dah masuk 3 tahun umurnya..cuba anda scroll ke bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


nampak apa yg cuba di tonjolkan?3 tahun gunakan laptop ni..molek ada jek..tak de calar sket pun...tapi gara-gara dak kecik yang semakin mengganas nih..sampai tercabut keyboard laptop ibu..di cungkil sepuas hati..maka kalah la laptop berumur 3 tahun dengan budak tak sampai setahun nih..hehe..
love u sayunk..
**kualiti picca sgt teruk..layankan aje eh...**

wassalam..^__^

Wednesday, January 19, 2011

Bulan Ke 11 Sudah

Jom tengok development Faris sebelum menginjak umur 1 tahun..
Faris sangat suka ajuk perkataan orang sebut..kalau ibu panggil ayah 'abang'..pastu ada la suara kecik ni ajuk 'abang'..tu maknanya dia sedang 'giat' belajar, so kena berhati-hati supaya dia tak belajar perkara yang tak sepatutnya. Memandangkan Faris sangat cepat belajar perkataan yang di ajar padanya ibu decide tuk start perkenalkan Faris dengan huruf jawi dan ABC..
Faris boleh sebut dengan jelas beberapa perkataan seperti, abang, ayah, cicak, abah, air, ball, cat, car, bus
pandai buat bunyi 'bird' jugak..huhu..
Kalau di sebut 'Faris apa?' dia akan jawab 'amsyar' tapi dalam bahasa pelat dia la..huhu..yang ni ibu paling suka..tapi belum berjaya direkodkan..
Gigi..4 batang..2 atas baru beberapa hari lepas nampak dengan jelas..dan 2 di bawah..
Faris dah boleh nak berjalan tapi still takut-takut nak lepas tangan..banyak kali ayah n ibu terpaksa latih supaya Faris berani..tapi kalau masa tak sedar tengah main-main, leh lak tiba2 dia jalan sendiri..
Faris permata hati ibu...video ni ibu n ayah rakamkan semalam..sempat beberapa perkataan jek sebelum dia protes..



video
Permata hati ibu dan ayah..semoga Faris membesar sebagai anak yang soleh dan bijak

Tuesday, January 18, 2011

Syok cuti

Percutian yang tidak di rancang..150111..destinasi sebenar ialah Ipoh tuk menghadiri majlis kawin, Alhamdulillah dapat jugak bawa Faris jalan-jalan sepanjang perjalanan Kuantan -Ipoh..

Bertolak dari Kuantan pada Jumaat petang dan menumpang di rumah Keluarga Nasri di Shah Alam(thanks sudi menerima kehadiran kami sekeluarga..hehe)..alang-alang dah sampai Shah Alam, ayah bawa kita ke ICT..nak jugak tengok macam mana rupa ICT yang di heboh2 kan tu..leh kata hampir semua orang di FB ibu ada gambar di ICT pada satu waktu dulu..


makan-makan sebelum ke ICT..
Komen sket: ermm..boleh la tengok2 pokok palsu berlampu..

Seawal jam 8pagi hari Sabtu kami bertolak ke Ipoh..singgah di RnR tuk breakfast..kemudian terus ke rumah pengantin..Jam 10.30pg dah sampai ke Ipoh..dekat rupanya Shah Alam ke Ipoh..total perjalanan dalam 2 jam jek..Lepas tengok pengantin dan makan kenduri, Faris pun dah start protes..so time tuk bertolak pulang..

 Selamat pengantin baru kepada pasangan Siti Iriaty dan Ashraff..semoga bahagia ke akhir hayat..

"ayah jom balik..Faris dah bosannnnn"
Sebelum balik..alang-alang dah sampai Ipoh..kami singgah di Lost World of Tambun..tak masuk waterpark pun, just tengok2 kedai cenderahati n beli benda wajib..Fridge magnet..

Panas weh Ipoh..kat Kuantan hari-hari hujan..

Cat Faris dan ayah..hehe




Komen sket: syok gak Tambun ni..lagi syok dari Bukit Merah..penilaian berdasarkan jenguk2 dari luar la k..hehe
Then terus bertolak pulang ke Kuantan..sampai di Genting ayah ajak naik Cabel Car..tapi tiba-tiba pulak hujan..memandangkan anakanda sedang lena n hujan..kami batalkan niat..dan di ganti dengan acara mandi manda di Hentian Hutan Lipur Lentang..



Kami memang suka dengan aktiviti air nih..hehe

semuanya dalam satu hari satu malam k..percutian yang tidak di rancang..tapi..sonoookkkk banget..

Monday, January 17, 2011

SIDS dan Risiko bayi tidur meniarap

Kredit to Mawaddah untuk information yang sangat berguna ni..ibu kongsikan di sini supaya semua ibu-ibu di luar sana tau dan untuk pengetahuan ibu jugak..

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?

SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?

`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..


Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?

Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)


Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?

Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...

Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...

Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..

Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...

Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)

Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..

Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...

Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?

Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Faris pun memang sejak dalam pantang suka tidur meniarap..tapi ibu tak pernah tinggalkan, sentiasa pantau coz memang pernah terbaca tentang bahaya tidur meniarap ni cuma tak berapa jelas seperti penerangan Mawaddah ni..

Tentang mitos dan kepercayaan ini memang di akui..bukan sahaja cerita tentang tidur, macam-macam lagi yang berkaitan anak ni..terutama kalau hal menyusu anak..nasihat ibu..apa-apa pun kita nak buat, biarlah informasi dan pengetahuan tu kita dapat dari kajian (pembacaan dari sumber yang boleh di percayai atau bertanya pada yang pakar) kita sendiri, kita yang faham sendiri bukan dari penceritaan orang lain semata-mata.


























Faris dapat kad kahwin

Wahhh..anak ibu dapat kad kahwin..ini yang pertama untuk Faris k..

Terima Kasih tuk bakal pengantin yang sudi mengundang..InsyaALLAH Faris datang memeriahkan majlis..
Waktu ibu still dalam pantang, Faris dapat pos laju pertama dari aunty Zarina..:)..tapi lupa lak ibu nak amik gambar..hehe

Friday, January 7, 2011

Steamboat day with officemate


Jamuan steamboat kami ni dah macam pre celebration tuk chinese new year coz tema malam tu merah, hitam n putih..memandangkan ayah tiada so sambutan ini hanya untuk orang bujang perempuan sahaja..hehe..

meriah kan makanan kami?alhamdulillah kekenyangan semuanya

 selain makan-makan..ada aktiviti tukar-tukar hadiah jugak..ahaks..seronok dapat hadiah..

lepas tu sesi wajib..fotografi..sambil-sambil tengok album kawin ibu..**windu ayah..huhu

lepas ni leh plan lagi..cara yang sangat sesuai untuk ibu meluangkan masa bersama rakan-rakan

Thursday, January 6, 2011

Tidur pun mesti ada style

Jom tengok gambar nak???taknak??sila klik X di  sebelah kanan atas skrin anda..hehe..

Faris 3bulan
dari waktu dalam pantang suka tidur macam ni..

 Faris 5 bulan
apa lah yang di pikirkan sampai kena menongkat kepala


Faris 6 bulan
berfikir lagi..bijak anak ibu nih..


Faris 9 bulan
ni kalau dah penat, mulut pun sampai senget-senget dah

Faris 10bulan
ketiduran sambil pegang payung..kepenatan selepas mandi pantai. Memang kesukaan dia, sekali dah pegang mainan sampai tidur pun takkan di lepaskan

Tapi...most of the time..favourite style dia masa tidur...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tidur menonggeng..
Permata hati ibu...lebiu sayang 
sowi pic dari hp so kureng sket kualiti nye..

Tuesday, January 4, 2011

Entry pembuka 2011

Assalamualaikum tuk semua..

Hepi new year!!masih dalam minggu pertama di tahun baru kira ok la kan??hiks..bila ada ayah di rumah blog memang kurang di beri perhatian coz teman real dah ada kan?so teman maya leh di rehatkan sebentar..ok..stop membebel..

Sedang tersengih-sengih sorang waktu menaip entry ni..nak tau kenapa?coz 2010 berlalu dengan meninggalkan sangat baaaaaaanyak kenangan manis yang tak mungkin hilang dari ingatan ibu..especially dengan kehadiran my lil precious..kehadiran Faris yang membuatkan hari-hari ibu di 2010 kelam-kabut, tonggang terbalik dan berkejaran..tapi semua itu sangat berbaloi dan itulah punca semua kegembiraan, senyuman dan kebahagiaan kepada ibu dan ayah..so hope ibu akan menjadi ibu yang lebih terurus di tahun baru ini..ahaks..

Semoga ALLAH sentiasa merahmati keluarga kita dan memberikan hari-hari yang terbaik untuk kita lalui sepanjang tahun ini..Ibu harap juga perjuangan ibu untuk menyusukan Faris sentiasa di permudahkan..Alhamdulillah tuk segala nikmat dan kurniaan dari NYA..thank you ALLAH

owww..sebulan lagi anakanda akan genap 1tahun..sungguh masa terbang dengan sangat cepat..hehe..

wassalam...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang