Tuesday, October 4, 2011

Cuti-cuti keluarga


Salam..

Entry ni sepatutnya di publish minggu lepas, tapi selepas selesai aje upload gambar, dapat call dari atuk Faris, beritahu Faris menangis tak berhenti sambil cakap sakit telinga..itulah permulaan bagi kes warded minggu lepas..mujur ibu tinggalkan anakanda dengan atuk (tak pergi school) coz minggu sebelum itu anakanda dah tunjuk tanda-tanda awal jangkitan telinga tu.

Kami ke Mersing pada 16 dan 17hb Sept lalu sempena majlis pertunangan ayah teh (abang ayah), hampir semua adik beradik ayah join sekali kecuali ayah de yang berada di Rawang tak dapat nak join..So sebelum majlis pertunangan buat majlis ala-ala Family day lah pulak..huuhu..Bukan senang nak bercuti ramai-ramai memandangkan semua dah ada commitment kerja dan keluarga masig-masing..

Kami menginap di Homestay Air Papan..harga dan keadaan bilik memuaskan hati. Selesa dan bersih, itu yang menjadi keutamaan..:)

Kebetulan view homestay ni adalah pantai Mersing, maka syok la anak-anak dan mak anak tak kurang bapak-bapaknya sekali nak terjun pantai. Anakanda yang masih selesema kami hadkan aktiviti airnya. Tak mungkin dapat halang terus kan bila dah nampak 'kolam' dia terbentang luas depan mata..hehe

Jom layan gambar mandi-manda..gambar homestay langsung tak ambil..coz kami antara keluarga yang lambat sampai, so bilik kami dah penuh dengan barang persendirian dan hantaran, tak sampai hati nak ambil gambar..hehe

Antara yang semangat nak mandi..nenek siap beli seluar baru lagi coz tak bawa seluar spare tuk mandi..huhu




Ayah ibu dan Faris..kompem la lagi semangat kalau dengan laut ni..hehe











orang lain dah start main air, ayah layan Faris main ball dulu..so takde la lama sangat Faris berendam nanti..hehe


ayah ngah demam..so just dating bersama mak ngah di tepi pantai..hehe



suka-suki


kami lagi


dah bosan di Pantai sambung di swimming pool lak..kebetulan keluarga kami je waktu tu..Ibu dah tak join coz dalam cubaan memujuk anakanda naik cepat..

Balik dari Mersing, dapat good news..hehe..nanti kita share k..

wassalam..

10 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

dah tau mesti pregnant ek?hehehehe...

fazrulnoor said...

hai :) kat mane ni

Amy Syaquena said...

seronok habis masing2 main air ye hehe...

ieda said...

seronoknya dikkk
bercuti ramai2 mcm nie .. mandi manda .. susah nak dpt situasi mcm nie kannn happening ! :)

mamaNoriz said...

ewah, sedondon biru dgn bola seklai ek...
hehehe

best ek mkn angin sekeluarga ni...

good news apa tu?
faris dpt adik ke?

Ummi Ummair said...

ada good news?? mcm suspen..je.hehe

kayzie said...

haha..apa kes sume teka preg jek ni?haishhh..tunggu k..

wahida said...

alhamdulillah..faris dah sihat...

happeningnya family ko nok...tumpang happy...

cepat hapdet gud news tu...

~izan~ said...

ye la,pakej bola sekali biru ek ehehe..

ni good news baby baru yer hehe..

~ yus ~ said...

seronok bercuti satu keluarga ramai2 mcm ni kan...

p/s:apalah berita gembira tu ya?

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang