Thursday, December 30, 2010

Esok Jumaaat..esok cuti

Tahniah..tahniah tuk pasukan bola sepak Malaysia..hehe..walaupun semalam duk sibuk main bola dengan si kecik ibu sampai terlupa ada siaran langsung perlawanan disiarkan di TV1..almaklumlah tak pernah kadang2 jek 'ter'tukar ke chanel tuh..ibu start tengok pada 10 minit terakhir perlawanan jek..tapi alhamdulillah tanpa sokongan ibu, Faris n atuk pun Malaysia tetap JUARA...huhu..Malaysia memang hebat..semoga bola sepak Malaysia terus cemerlang gemilang dan terbilang..^__^

Oleh itu (hikss..skema)..ibu ucapkan terima kasih pada semua pemain dan penyokong yang bertungkus lumus memastikan pasukan Malaysia berjaya..kerana kejayaan anda telah memberikan ibu CUTI pada hari esok...yihaaaa...sekarang pun dah macam hilang mood nak bekerja coz dah start memikirkan aktiviti untuk hari esok..

Tuesday, December 28, 2010

Jalan sedang dibaiki- Sorry for the inconvinience caused

Suka tak dengan background blog nih?ibu suka tapi...erm..tengok bahgian atas tuh..kurang tak menarik kan?teringin nak dapatkan header tuk blog sendiri..tengah usha2 camne nak buat..ada yang  berbisnes membuat header tuh kan?tapi lum jumpa lagi tempatnya..harapkan ibu..owwhh..mungkin tidak..semakin cacat nanti rupa blog ini..hehe..ada sesiapa yang kreatif nak tolong buatkan??tak cukup tapak tangan faris, tapak tangan ibu, ibu tadahkan..hehehe.. buat masa sekarang biar aje begini..hehe..nak kena mengepam so tak rela korbankan waktu itu..nanti petang sambung semula.. ohh sorry takde cerita sal jalan yang terlibat di sini..saja propa..huhu..

Sorry for the inconvinience caused

Monday, December 27, 2010

Selamat ulang tahun kekasih hatiku

Dialah cintaku..
Dialah kekasihku
Dialah sahabatku..
Dialah hartaku..
Dialah hadiah paling berharga dari Mu tuhanku..

Tiada kata yang dapat luahkan betapa sayangnya ima pada abg..macam yang selalu abg kata 'abg sayunk ima sebanyak titisan ujan'..tak terkira..ima tak dapat nak samakan dengan apa-apa pun coz memang tak dapat nak di luahkan dengan kata-kata..ima cuma berharap dapat jadi yang terbaik tuk abang sepanjang 7 tahun kita berkenalan, bercynta , berkahwin n menjadi ibu n ayah sekarang..^_^

Selamat ulang tahun yang ke 26 dan selamat ulang tahun perkenalan kita yang ke 7..love u with all my heart..



Selamat ulang tahun sayunk..
Hope abang suka hadiah dari ima n Faris..huruf 'F' (Faris) dalam kad abang tuh, Faris yg tulis..satu huruf jek dapat control dia tuk dengar cakap ima..pastu dia rampas terus pen dari ima..hehe..

Ima doakan supaya abang sentiasa di berikan kesihatan yang baik..
semoga urusan seharian abang di permudahkan..
semoga  abang sentiasa di lindungi dan di pelihara..
dan semoga abang sentiasa menjadi suami dan ayah yang terbaik dan sentiasa berada di jalan Nya..



p/s: ima tau abang akan baca..mesti abang tak suka dengan gambar tu kan?tu la,ima suh pose betul2, abg main2..huhu..tapi takpe, ima yang nak tengok,abg tak suka takpe..ahaks..jangan tersengih-sengih sangat,nnt org kata abg tak betul sengih sorang...;p

Saturday, December 25, 2010

Apa yang saya suka tentang Kuantan

 Banyak benda menarik di Kuantan..Tapi yang paling best adalah pantai-pantainya..


Pantai Teluk Cempedak..biasanya menjadi tempat tumpuan ramai..


Pantai Balok..i like..tempat yang sesuai tuk ber'picnic' coz banyak pokok-pokok besar tuk berteduh..


 
Pantai Batu Hitam..pasirnya halus so seronok anak-anak nak explore dunia baru..:)



Pendek kata..ibu suka tinggal di Kuantan coz ibu suka pantai-pantainya..bila rasa nak bersantai, pantai lah menjadi pilihan kami sekeluarga..:)
Baru semalam bersantai ke Pantai Batu Hitam..Faris syok makan main pasir..thanks to mummy coz tolong amikkan gambar kita semalam..^_^

Friday, December 24, 2010

Berakhir sudah penantian selama 20bulan

Akhirnya selepas 20 bulan menanggung rindu (ahaks),sahabat baik ibu kembali..selepas 10bulan lahirkan Faris akhirnya bendera merah kembali berkibar..yihaaaa..huhu..terasa perubahannya coz dah terlalu lama meninggalkan ibu..syukur alhamdulillah kemuculan semula ni tak macam waktu dulu-dulu..Kalau kawan2 sekolah,uitm or kawan sekerja sure still ingat macam mana keadaan ibu tiap kali jepun menyerang..Alhamdulillah kali ni dia datang 'senyap2'..sampaikan ibu boleh outing ke pantai n melayan anak bujang ibu main bola lagi.kalau tak dulu hari 1 n 2 kompem sepanjang hari bertemankan stokin,minyak panas dan tungku(iron or botol air panas)..syukur tak terkata n diharapkan bulan2 pasni pun macamni la..

owhh teringat minggu lepas ada tonton whi..topik pasal senggugut n kaitannya dengan hamil..dulu pun pernah risau pasal ni coz ramai yang akan katakan 'ermm susah nak dapat anak ni nanti' tiap kali tengok ibu senggugut tapi alhamdulillah ALLAH permudahkan (selepas 6minggu berkahwin) dan ramai jugak kawan-kawan ibu yg senggugut tahap gaban tiap bulan (muntah,pitam or krem) tapi alhamdulillah berjaya hamil di awal perkahwinan..so pada ibu no worries la untuk bakal-bakal ibu yang alami senggugut (i mean,if korang senggugut tidak bermaksud tidak boleh hamil..)apa-apa pun check dengan doctor untuk lebih comfirm k..:)

Tuesday, December 21, 2010

Lepaking di Bukit Merah Laketown Resort

Still ingat status fb ibu 'cuti-cuti malaysia'??..kami bercuti di Bukit Merah Laketown Resort..Kalau makanan dah leh kata basi dah..tapi cerita dan memori sepanjang masa leh dikenang kan?so ini cerita lum basi even dah agak lama berlalu..hehe..delay coz masalah men'download' gambar..plan asal ayah nak bawa kita ke Langkawi tapi memandangkan musim cuti sekolah n hujan..cancel jek..apa-apa pun..jom layan gambar..


::ni gambaq bilik penginapan kami..syiok gak coz sekelilingnya air jek..nama pun water chalet kan, sepanjang di sini kami menggunakan khidmat abg buggy coz nak save tenaga kaki..hehe::




lepak-lepak dalam bilik tuk sesi bergambar dulu..hehe..


::Di Bukit Merah ni ada la beberapa tempat yang kita leh lawat selain waterparknya (leh rujuk sini)..semua entrance fee leh tahan gak harganya..kami amik water combo package,RM60 seorang, n dapat masuk eco park+waterpark n orang utan island
1st tempat, ecopark..dpt tengok binatang n pertunjukan burung kakak tua yg cerdik..pas tu jalan-jalan kaw sekitar..anakanda yang dah keletihan tertidur sudaa..so syok la ibu n ayah dapat memanjakan diri
Penat drive jauh2..kami berurut dulu..RM3 tuk 15 minit..berbaloi..hehee

pastu kasi ikan makan kaki lak..huuhu..tengok gambar tuh..seyes geli..taknk try dah..huhu..faris masih lagi tidur

 ayah, Faris n ibu..pemandangan malam di Bukit Merah..hihi

Hari ke2 kami ke waterpark pulak..kuar bilik dah tengahari coz dari pagi ujan lebat..so korbankan orang utan island..terus mandi manda di waterpark dengan gumbiranya...

 Faris men air..suka banget dia..nanti ajar ibu berenang k




siap salin baju semua..terus dia mengamuk..keletihan..masuk kereta terus tidur..
cuti-cuti mesia selepas sebulan ayah tinggalkan kami sangat berbaloi-baloi..syok n hepi banget..thanks to ayah 4 da great plan..

Monday, December 20, 2010

Ada sesiapa berminat dengan Botol susu Avent (BPA free) 11oz

oh my..ibu sangat la rabun cuai..Petang tadi semangat nak rasmikan botol susu baru tuk mengepam, selepas koyakkan plastik serakusnya...

keluarkan botol "eh..pesal cam besar sangat jek??"..
telek punya telek pada botol "ya ALLAH 11oz ke??"
refer balik pada kotak "memang sah aku salah beli!"
terus kol ayah nak bg tau salah beli botol "erm..tak angkat la pulak"
so simpan balik botol...sterelise botol lama jek..

al kisahnye..baru hari ni botol tu di keluarkan dari kotak..tak sampai 10minit dah masuk kotak semula..cuma plastik cover kotak jek dah koyak rabak..nak simpan cam lama jek lagi baru leh di gunakan coz anakanda tersayang masih menggunakan botol 4oz (itupun tak pernah penuh sebotol sekali minum)..tujuan ibu beli botol tu pun untuk gantikan botol mengepam..nak guna 11oz cam besar sangat..tak tercapai dek akalku..(ayah cakap, "takpela botol besar,leh motivate susu tuk keluar lagi banyak"..thanks ayah 4 da sweet thought)tapi ibu tak cukup yakin leh dapatkan hasil pam sampai 11oz ..buat masa sekarang ibu hanya perlukan botol susu 9oz jek..

so...kepada sesiapa yang..

merancang nak beli botol susu baru..or
tukar botol susu baru..or
saja-saja nak try botol avent..or
nak hadiahkan kepada kawan yang baru dapat baby..hehe..or
nak membantu saya dapatkan kembali wang tuk di laburkan kepada botol yang sepatutnye??hehehe...

silalah tinggalkan pesanan tuk pengesahan harga k..(ibu beli dengan 20% discount dari harga asal) 

Sunday, December 19, 2010

Target atuk tuk cucu kesayangannya

Siapa lagi kalau bukan Faris Amsyar..satu-satunya cucu atuk buat masa ni..hehe..target atuk supaya Faris boleh berjalan masa 9bulan coz sejak 7bulan lagi Faris dah bertatih dapat melangkah dan berdiri sendiri so atuk semangat nak ajarkan cucunya jalan cepat..hehe..tapi nampaknya belum berjaya, buat masa sekarang paling banyak pun 8 langkah pastu Faris nak jatuh..latihan giat berjalan tiap petang if tak hujan..huhu..tapi dah banyak kali tak berlatih coz Faris tak sihat n petang memang selalu hujan..sekarang dah sihat boleh lah sambung praktis..
Faris menjalani proses latihan berjalan..huhu..semua ni atuk punya idea

kadang dia bertatih, bila dah penat dia berjoget lak..sekarang asek nak orang pimpin bawa dia pusing rumah, kalau dah pandai jalan sendiri habislah semua tempat dia tawaf nanti..

selingan..latest pic of my beloved son with his cousin..18/12/2010..today Faris dah genap 10 bulan..2bulan jek lagi tuk genap setahun..cepat kan?=)



Thursday, December 16, 2010

Jom kongsi doa untuk anak kita

::Baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

~~Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. InsyaALLAH dapat membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran.


::Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

~~Seeloknya di baca ketika memasak, diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


::Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak menelaah buku-buku dan membaca al-Quran.


::Surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”


::Doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,
“ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa”

Dan

::Surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”



Sebaik-baik memohon doa adalah diwaktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

p/s:  ada satu lagi amalan tapi tak ingat baca di mana. sentuh ubun anak, baca al fatihah dan selawat. Sambil tuh leh la 'nasihatkan' anak..

Selamat Beramal..=)

Monday, December 13, 2010

Kalaulah ibu dapat gantikan Faris

Anak ibu baru jek tertidur..puas ibu dodoi n pujuk..menangis dengan air liur yang sentiasa meleleh, ibu tahu anak ibu tak sihat..waktu macam ni ibu berharap sangat kalau Faris boleh bercakap, beritahu ibu mana tempat sakit n apa yang boleh ibu buat..sedih hati ibu..

Faris demam sejak Jumaat malam haritu, ibu n ayah sangka demam biasa beralih bulan or sebab anak ibu nak tumbuh gigi..tapi rupanya anak ibu kena jangkitan Hand foot and mouth disease, tak pasti dari mana jangkitan tu berpunca. Sabtu malam Faris langsgung taknak menyusu dengan ibu, ibu dah terasa pelik coz selalunya ibu adalah ubat penenang Faris, lagi-lagi bila anak ibu demam. ibu n ayah bertambah risau bila nampak ada bintik-bintik berair di tapak kaki dan tangan Faris. Bila ke GH semalam (ahad) baru la dapat jawapannya..tapi still ibu n ayah tak berpuas hati memandangkan doctor di GH hanya berikan ubat demam biasa. Sedangkan anak ibu langsung tak dapat makan n menyusu. Selepas ke KMC tengahari tadi n dapat ubat tuk kurangkan sakit dalam mulut baru la anak ibu dapat menyusu n makan. Sayu hati ibu tengok Faris makan selepas 2 hari tak makan or menyusu seperti kebiasaannya. Alhamdulillah hari ni demam Faris dah kurang n anak ibu semakin aktif n kurang menangis. Ulser dalam mulut masih banyak, tapi ibu harap Faris kuat tuk lawan sakit tu. 2 hari tak makan buatkan anak ibu nampak susut, hilang perut buncit. Ibu pun alami bengkak *b coz faris langsung tak nyunyut walaupun ibu dah tambah kekerapan mengepam. Harap jangan lah ibu demam pulak. Ibu harap ALLAH pelihara Faris supaya Faris cepat sembuh. Sekarang tanpa ayah di rumah dan Faris yang tak sihat, ibu tahu ibu perlu lebih kuat...


Monday, December 6, 2010

Tak sabar menanti

tak sabar ibu tunggu gigi pertama anak ibu..since minggu lepas dah nampak 2 batang gigi bawah faris..belum keluar sepenuhnya tapi dah terasa if ibu sentuh gusi faris..tak sabar menunggu..pasni leh ibu ajar faris gosok gigi pulak k..berapa lama la nak tunggu gigi faris keluar eh? nota kaki: faris di rumah bersama ayah coz ayah masih bercuti..means tertangguh lg plan nak hantar ke taska coz ayah nak jaga faris after hmpir sebulan tak jumpa..bila la ibu nak biasakan faris tuk duk di taska ni???

Wednesday, December 1, 2010

Pengasuh or Taska what say u?

Dilema ibu bekerjaya selalunya tentang penjagaan anak (huh..intro dah macam intro artikel pama..kekeke). Betul kan?serba salah tul..bila di pikir-pikirkan kedua-duanya ada pro n cons, pilihan atas kita. Tentu la semua nak yang terbaik tuk anak kan? Situasi ibu sekarang, sangat la serba salah, tapi setelah di tapis dan di nilai akhirnya ibu pilih Taska. Pendapat ibu (setelah di survey di kaw sekitar..hehe)

Segala peralatan dan perabot di taska memang telah di sediakan untuk kegunaan dan keperluan anak kecil berbanding rumah (pengasuh) yang mempunyai banyak perabot tuk kegunaan keluarga. But still kita perlu pastikan Taska pilihan kita di daftarkan dan pekerjanya telah mendapat kursus asas penjagaan anak. Ibu dah terjah beberapa taska, tengok keadaan dan bagaimana penerimaan kanak-kanak tu terhadap penjaganya. Taska yang tak kasi ibu masuk dengan pelbagai alasan terus di reject secara automatik..hehe..InsyaALLAH anak kita akan dijaga di samping akan di ajar mengikut aktiviti yang telah di rancang berbanding di rumah, dan i'ALLAH kita kenal siapa yang menjaga anak kita. If di rumah (pengasuh) mungkin kita hanya kenal pengasuh tanpa tahu isi rumah yang lainnya.

Perbandingan yang ibu buat tu atas pandangan peribadi semata-mata, berdasarkan situasi dan penilaian ibu sendiri. Dah survey beberapa pengasuh tapi tak mencapai apa yang ibu harapkan. Lebih-lebh lagi sebab breastfeed, susah nak cari yang sanggup terima. Sampaikan ada pengasuh yang tanpa segan silu bagitahu ibu, nak kasi Faris air masak jek sepanjang waktu ibu kerja coz tak rela nak kasi susu ibu pada Faris..Bagus jugak dia terus terang, senang ibu nak reject..huhu..Mana pun pilihan kita, pastikan kita nilai setiap aspek,  bertuah bagi ibu-ibu yang dapat pengasuh yang betul-betul ikhlas menjaga anak kita seperti anak sendiri dan tak semua taska mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh JKM, so pilihlah yang terbaik. Selebihnya hanya perlu berserah kepada ALLAH, mohon perlindungan ALLAH agar anak kita sentiasa di pelihara. Setiap perkara perlukan pengorbanan, tak mungkin kita akan dapat segalanya tanpa perlu korbankan sesuatu kan? So pasrah n rehda jek..

Sunday, November 28, 2010

Panicking..am i losing it???help

Petanda apakah ini? baru je last Friday pam still dapat hasil seperti biasa..tetapi kenapa semalam tiba2 berubah?panik...panik..panik..ada kemungkinan ke susu leh kering tiba-tiba??
wut should i do?
takut n panik lagi bila malam tadi Faris menyusu sambil marah-marah..ibu tau petanda apa tu, sure anak ibu tak puas menyusu sampai kami sama-sama berjaga dari kul1 sampai hampir pukul3, macam-macam cara ibu cuba walaupun di tengah malam..dalam pikiran sekarang 'i need a booster'..n i need to know y also..sehingga petang tadi susu still tak menggalakkan..tiap kali pam nak dapatkan 1oz pun susah banget...y la??sekarang ibu usahakan tuk buat powerpumping..hope akan ada perubahan..

Ya ALLAH Ya Matin..semoga kau berikan petunjuk dan permudahkan perjalanan penyusuanku..Amiin

Wednesday, November 24, 2010

Ibu tinggal Part 2

kadang-kadang bila berjauhan ni syok gak kan?bukan maksudnya ibu suka selalu di tinggalkan tapi bila berjauhan ni dapat refresh rasa cinta semula..cheewaaah..huhu..opps sebelum di teruskan..kepada pembaca lain (anak ibu,wajib baca k(bila la ni?))kalau rasa tak sesuai tuk pembacaan sila berhenti di sini k coz memang isi kandungan blog ni lebih kepada cerita peribadi.tapi takde yang censored pun..promise!hehehe

Just nak menceritakan perihal ayah dan ibu..tahun ni kerap ayah kerja di luar, kerap juga mencari ikan di laut even di musim tengkujuh..hehe..tapi apa yang ibu suka pabila berjauhan cenggini ayah memang tak pernah lupa tuk kontek ibu. Ibu suka dengan cara kami berhubung, coz terasa mencabar (hehe). Sebelum ni, ibu boleh kontek ayah melalui phone dan internet. Kami beremel dan mukabuku. Phone lak memang takleh bawa ke sana,just ibu yang leh kol ayah melalui control room, ayah leh kol ibu just malam jumaat..so apa-apa yang ibu nak buat ibu akan beritahu ayah melalui emel. Kadang-kadang emelnya just 'ima nak keluar dengan Faris'..hehe. Apa yang seronok? Seronok coz bila tengok inbox emel semuanya nama ayah..huhuhu..dah bertukar dengan inbox handphone..nasib baik ada teknologi kan?

Kali ni ayah naik lama..dah masuk hari ke 18 masih takde ciri-ciri akan balik..kali ni ayah leh sms ibu via komputer dia. Tatau la pakai software apa, ibu rasa tak penting tuk ibu paham kot..hehe. Tapi ibu takleh kol ayah, ayah lak leh kol ibu, camni lagi syok coz ayah leh kol banyak2 kali dan tak kira masa. Kalau sebelum ni ibu leh kol malam jek, itupun try nak dapat kol sampai 30 kali percubaan (susah nak menembusi talian, cam nak kol hotfm lak),dapat cakap 3minit jek.Kali ni, setiap apa yang kita buat ayah minta gambar..hantar ke mana? hantar ke emel ayah la..latest emel ibu pagi ni bila sampai office...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaaa....
hehe..comot, serabai kan? tapi ayah tetap puji..tak percaya?ni ayat dari sms ayah..huhu

"comeynya baby abg arini..sape amikkan gmbr ima?"

tipukan?ibu tau tipu tapi tetap anggap betul jek..ahaks..Faris rindu ayah?ibu lagi rindu..kita sama-sama tunggu ayah balik k..

Tuesday, November 23, 2010

Kekal Romantik

Tips tuk suami isteri mengekalkan kebahagiaan dan ke romantikan d' amour...renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

Amalan Harian...
::Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing
::Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian dengan dakapan dan ciuman di bibir
::Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan.
::Sentiasa ucapkan kata-kata I Love You sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur
::Sentiasa mencari peluang untuk lunch bersama kerana pastinya tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja
::Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Cari Masa Untuk Bersama
::Luangkan masa untuk berbual tentang apa-apa sahaja sebelum tidur
::Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca surat khabar, yang pernting anda berada di sisi
::Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang
::Amalkan solat berjemaah semasa di rumah
::Biasakan bergilir gelas atau pinggan makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan
::Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkhan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari
::Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya

Lakukan Sesuatu yang luar biasa
::Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya
::Sentiasa kenang perngorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga
::Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu..

Petikan dan olahan artikel dari Pesona Pengantin Dis 2010.

p/s: bahagiakan harimu with love..love..n love..(hikss)

Monday, November 22, 2010

Di mana2 pun boleh..



Tiba-tiba teringin nak post kan gambar nih..picca Faris dengan 'milk dispenser' nya..hehe..syok kan jadi ibu?Motif entry..terasa sangat bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan, nikmat yang tak putus dan rezeki anak yang melimpah ruah ini. Semoga susu ibu akan terus dapat memenuhi keperluan Faris dan semoga ibu akan terus kuat tuk menjalankan tanggungjawab ibu menyusukan Faris.
senangkan dengan BF nih..tak perlu nak angkut segala macam alatan dan perkakasan tuk membancuh susu bila nak keluar. just gunakan teknik 'selak dan sumbat' aje..hehe..dari dulu berangan nak beli nursing cover tapi tak tercapai. Alhamdulillah setakat ni tak menghadapi sebarang kesulitan tuk menyusukan Faris di mana sahaja. Selalu ayah akan cover kan. Pakaian pun penting. If ke tempat yang memang ramai orang dan susah cari tempat 'menyorok' ibu akan pakai baju yang memang khas tuk nursing, mudah tuk di selak. tapi kalau ke mall yang memang khaskan bilik tuk menyusu pakai apa pun tak kisah. Kan best kalo bilik menyusu di sediakan di semua mall or mungkin boleh di buat macam tandas awam tu, leh ada kat tepi-tepi jalan..hehe

Alhamdulillah

Alhamdulillah atas nikmat dan pemberian dari Nya..anak ibu cukup 9 bulan 3 hari lepas..bermakna sudah 9 bulan juga, ibu berjaya memberikan hanya yang terbaik tuk anak ibu..mohon ALLAH panjangkan nikmat ini. InsyaALLAH sekurang-kurangnya hingga 1 tahun dan seboleh-bolehnya hingga anak ibu berusia 2 tahun. Ibu sekarang dalam proses nak memilih taska tuk Faris..berat hati sebenarnya tapi sampai bila atuk nak jaga Faris. Ibu kasihan kan atuk even atuk sendiri sanggup nak jaga Faris n taknk ibu hantar Faris ke taska. Semoga ALLAH berikan petunjuk supaya ibu dapat buat keputusan terbaik tuk anak ibu.

9 bulan Faris baru pandai merangkak. Selama ni just dalam posisi merangkak, tapi bila nak gerak terus meniarap. Tapi 2 hari lepas Faris dah mula merangkak, tak kisah la lambat pun sayunk asalkan ibu dapat saksikan aksi anak ibu merangkak macam kanak2 lain. Sure bila ayah balik nanti dah laju anak ibu merangkak. 

Alhamdulillah tuk kesihatan dan kecerdasan yang ALLAH kurniakan untuk anak ibu. Semoga anak ibu sentiasa di pelihara dan dilindungi oleh ALLAH. Amiin.. 


gambar yg tak berapa berkualiti..eheh

::tengah pikir2..perlu ke beli 2nd fridge coz selalu kena berkira tuk beli bahan mentah coz susu Faris memenuhi ruang yang ada (daging korban orang kasi pun tak dapat nak simpan banyak, orang kasi kita, ibu kasi orang lain sampai pakcik tukang yang tengah wat umah kita pun ibu kasi..tapi memang bagus di sedekahkan kan?hehe.).::

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha untuk ayah

Salam aidiladha tuk ayah yang berada jauh di lautan..hehe.. Kesian ayah raya di lautan, demi mencari rezeki untuk anak dan isteri..ahaks..plan asal ibu nak raikan raya ni di rumah kita even tanpa ayah. Tapi aki n nenek nak Faris balik ceneh. Untuk ayah..selamat hari raya aidiladha, maaf zahir batin. ibu n Faris rindu ayah  banget n semoga ayah sihat sentiasa. Love u...mmuuaahh

Besar ikan ayah dapat nak bawa balik tuk kita..hihihi..tangkap ikan bnyak2 k..:)

Tuesday, November 16, 2010

Pabila berdua

Dah seminggu ayah ke laut mencari ikan di musim tengkujuh..hihi..sabtu lepas ibu dan Faris buat keputusan nak duk rumah berduaan jek..tak mau balik cenor or ceneh..sebenarnya ibu ada agenda, kalau balik kg sure tak sempat nak mengemas rumah coz balik semula ke rumah sure dah malam sebelum hari bekerja. Ibu dapat kerjasama penuh dari Faris coz kira-kira jam 8 pagi selesai keje lap2, sapu2, mop2, basuh2, jemur2 baru lah Faris bangun..hihi..thanks sayunk (kalau la ayah ada, mesti semua tu ayah dah setelkan..huks)..satu lagi bila berdua ni semangat nak mengepam tu lagi berkobar coz bebas pam di mana sahaja (just pastikan semua tingkap, pintu n langsir di ttup jek)

Di sebabkan kerjasama yang sangat baik di pagi hari maka tengahari (hehe) ibu 'hadiahkan' Faris dengan aktiviti shopping bersama ibu..pas pulang dari shopping barang dapur (ketagih lak rasa nak keluar berdua dengan Faris coz anak ibu sangat la tertib duduk di car seat...hihi)., ibu buat aktiviti sendiri..membina studio di bilik tidur..hihihi..n hasilnya..dapat la banyaaaaaaaak gambar Faris..i like..






Wednesday, November 10, 2010

Taman Keluarga

sudah hampir 3 minggu rasanya tak bawa Faris keluar bermain di luar rumah..samaada di laman rumah or di playground taman perumahan kami..antara sebab musababnya ialah cuaca yang tak mengizinkan, sekarang selalu hujan/gerimis sepanjang hari dan Faris pun baru sihat dari demam panas last week. Faris suka keluar, keluar ke depan pintu pun dah cukup buat dia hepi apalagi kalau dapat naik kereta lagi la dia suka..Tengok la kegembiraan anak ibu ni bila bermain di taman..


::di laman rumah::
selalu tinggal dia camni bila ayah n ibu nak berkebun or cuci kereta..:)

::main gelongsor::

::suka sangat dia::

::anak ibu n ayah::

::satu hari nanti ibu dah tak perlu riba Faris bila nak main buai::
::smile::

Saturday, November 6, 2010

Lunch ayam kukus

ok puan-puan..selamat datang ke rancangan di dapur bersama ibu faris..ahaks..

hari ni sesaja gatal nak berkongsi resepi lunch kami sekeluarga..mana la tau leh di jadikan idea tuk diner korang or lunch esok kan?coz resepi yang sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama tuk di sediakan..

Bahan-Bahannya:

Ayam
Sos Tiram
Garam

Di kisar/ di tumbuk
Halia
Bawang putih
Serai

Caranya:
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas kemudian kukus aje (ibu kukus dalam periuk nasi Faris)..ibu n ayah makan dengan penuh selera nasi putih +ayam kukus + sup kosong (just letak celery n carrot)..Simple sesangat kerana ibu takde dapur..dah berapa hari kerja memasak (tanpa penggunaan api k) di buat di ruang tamu coz dapur sedang di kerjakan oleh si tukang..

errr..gambar yang tak memenuhi 'eyes eat first' (tapi ibu kental nak letak gak..hiks) coz 'dad eat first'..huhu..tak sempat nak snap ayah dah mencubit..u can do it better than this..chaiyukkk..adios

Thursday, November 4, 2010

Campak ke?

my lil precious demam panas..hari ni dah masuk hari ke3. Faris stat tnjuk simptom demam pada malam selasa (2 nov)..next day suhu badan Faris 38+,so afyer balik kerja terus ibu n ayah bw faris ke klinik..but malam tu suhu makin meningkat lak..malam semalam suhu naik smpai 39..Sian anak ibu taknak tdo,kepala panas sgt so ayah sll basahkan kepala Faris..sangkaan awal kami FAris demam nak tumbuh gg..di sebabkan semalam suhu still tinggi (39++), kami bw faris jmp pakar di KMC pulak..(isau pny pasal)..doc kasi antibiotik tuk pantau selama 2 hari..so esk if suhu still sama kena wat blood test..sembuh cepat k sayunk..anak ibu ni masa tampal cool fever atas dahi pun nangis cam sakit,tak sanggup rasa kalau tgk Faris di cucuk. Pas mandi tadi,atuk perasan ada bntik merah di paha n badan FAris..ermm ni yang ibu kompius..adakah??

Monday, November 1, 2010

Kerana Sayang

1 November..catat sejarah pulak untuk ibu tahun ini..kenapa tiap kali marah mesti termenangis eh?tak suke..tak suke..tak suke..lagi-lagi bila termenangis di hadapan mereka-mereka yang di marahi..so apa  yang akan mereka pikir eh?menunjukkan kelemahan diri sendiri?menagih simpati?sebak?camne lah kalau nak marah Faris nanti eh?anak ibu baikkan?jangan buat ibu marah k..

Kenapa ibu marah-marah?Marah sape?nak tau...


Go to fullsize image
::takde la sampai macam ni k..::

huhuhu..marahkan students tersayang..kalau dah sayang sure la bukan marah saja-saja..student zaman sekarang, langsung tak sama dengan student masa ibu belajar dulu (bunyi cam dah lama sangat la pulak zaman ibu belajar kan?..huhu). Semuanya tunggu di suap..nganga jek mulut..cikgu takde tak boleh buat..angin satu kepala bila assignment yang di tinggalkan untuk di siapkan lebih 2 minggu lepas tak siap..apa yang buat ibu panas, minggu lepas dah pesan ala-ala ugutan

'kalau tak hantar tugasan saya, saya tak masuk kelas minggu depan..korang belajar sendiri!!'
~dengan harapan semua hantar lah..tapi kuciwa, sebelum ke kelas pagi ni, hanya ada 6 assignment je daripada total 27 org pelajar..tak sampai suku pun yang hantar tuh)..huh..~

lepas sebakul membebel..tanya sorang2 mana la tau semua demam kura-kura or ada alasan yang boleh cairkan hati ibu ni..tapi malangnya memang semuanya disebabkan penyakit yang sama



sakit MALAS


camne tak tercabar kesabaran ibu coz ini bukan kali pertama..ibu tak suka marah diorang, tak pernah pun marah tak bersebab..tapi kalau perangai macam ni yang di bawa, macam mana nak teruskan ke peringkat lebih tinggi or camne mereka nak bekerja?Habis membebel terus tutup muka dengan fail (sorok sebab termenangis)..nasib baik cepat cool n teruskan dengan sesi mengajar..mana yang tak buat, di ARAHKAN untuk siapkan even dengan tulis tangan..

salah ke ibu marah?

apa-apa pun marah bukan tujuan utama, tapi nak menyatakan kekecewaan terhadap perangai yang mereka tunjukkan, semuanya sebaya dengan adik-adik ibu di rumah, so mengajar diorang sama cam harapan ibu tuk tengok adik-adik berjaya..mungkin coz selama ini terlalu banyak bergelak tawa dengan diorang dan ini hasilnya..

tapi sebelum tamat kelas...diorang datang bersalaman macam biasa n minta maaf..so dah boleh senyum walaupun masih lagi ku keciwa..












Friday, October 29, 2010

Kekal Cantik Walau Menyusu

Sumber : Utusan Online

Artikel sebenar boleh di baca di sini. Ibu just nak mengaitkan artikel ini dengan pengalaman peribadi k

 Adakah korang rasa menyusukan bayi boleh menyebabkan payu dara cepat kendur?
Selalu jugak terdengar kawan-kawan sebut hal ni..ternyata menyusu tidak menjadi punca perkara itu k..Sila baca..

“Pandangan itu tidak benar sama sekali,” kata Kaunselor Laktasi dari Pusat Perubatan Prince Court, Chuah Pek Chin. Beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang perbidanan berkata, menyusu tiada langsung kaitan dengan payu dara kendur dan ‘mahkota’ wanita itu tetap berubah bentuknya apabila sampai masanya.
Perubahan bentuk payu dara, katanya, disebabkan rangkaian tisu-tisu pada bahagian itu lemah sejajar dengan peningkatan usia. Malah wanita yang tidak pernah menyusukan sekali pun akan mengalami pengenduran payu dara lebih awal sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam. Bagi Pek Chin, menyusu sebenarnya mempunyai seni tersendiri. Ibu-ibu katanya, perlu tahu cara yang betul melekap bayi ke payu dara, barulah penyusuan akan berjaya.

Ibu-ibu yang menyusu juga sebenarnya memiliki payu dara yang lebih cantik dan penuh. Pemakaian coli yang sesuai untuk menyokong payu dara yang penuh amat membantu dalam mengekalkan bentuknya. Bagaimanapun katanya, selepas bercerai susu ibu-ibu akan mendapati payu dara mereka sedikit ‘jatuh’ daripada biasa. “Namun beberapa bulan selepas itu, hormon akan kembali stabil dan mereka perlu melakukan senaman untuk membuatkan ia kembali kepada bentuk asal,” kata Pek Chin yang pernah berkhidmat di Eropah dan Singapura.

Apa yang ibu dapat bila menyusukan bayi?
Semestinya bonding tu yang sangat bernilai untuk ibu. Tetapi banyak lagi kebaikannya..Antaranya menurut artikel ini:

::Menyusu dapat membantu ibu-ibu menjadi lansing secara semula jadi dengan lebih pantas kerana lemak yang berlebihan akan di bakar ketika menyusu.
huhu..yang ini sangat berkesan (melampau-lampau lak kesannya) kepada ibu..kalau tak percaya jom kita berjumpa..ahaks..
::Menyusu dapat mengurangkan risiko obesiti jangka masa panjang
Pemakanan yang seimbang juga penting apabila kita menyusu. Antara yang perlu di titik beratkan adalah:
::pengambilan makanan berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai vitamin.
::sebanyak 700 hingga 800 kcal diperlukan untuk pengeluaran susu yang mana 500 kcal diperolehi daripada diet harian. Manakala 250 hingga 300 kcal lagi daripada penyimpanan lemak dalam badan. Bagi ibu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan pula katanya, mereka tidak memerlukan kalori tambahan.
::Pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam penghasilan susu. Bagaimanapun kata beliau, meminum susu tidak bererti memperbanyakkan susu badan. Yang paling utama adalah pengambilan cecair bagi menggantikan air yang hilang melalui penyusuan.
::Ibu menyusu perlu mengambil banyak sayur segar, produk tenusu rendah lemak, daging merah dan juga protein,” katanya.

::Pengambilan kafein pula katanya perlu dihadkan antara satu atau dua cawan saja sehari, itu pun selepas menyusukan bayi. Jika tidak, bayi akan meragam dan tidak selesa.

::Mengenai pengambilan suplemen pula, Pek Chin berkata sebenarnya ia tidak perlu jika kita mengambil makanan yang berkhasiat. Namun, ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan suplemen yang dipreskrip doktor atau juga mencuba petua bergantung kepada keselesaan mereka.

::vitamin B6 diketahui mampu meningkatkan pengeluaran susu

::Bagi ibu yang mengamalkan vegetarian pula, mereka mungkin mengalami kekurangan vitamin B12 yang terkandung dalam protein haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil suplemen tambahan mengikut panduan yang diberikan pakar.


Sekian...

Wednesday, October 27, 2010

Faris @ Cameron

Seminggu ibu bercuti tuk ikut ayah berkursus di KL..Sepanjang cuti of course la 24/7 Faris dapat direct feeding dengan ibu. Faris memang suka bergayut dengan ibu, bila direct feeding sejam sekali mesti mau dan gayut dengan kadar masa yang lama (balas dendam agaknya)..Faris suka, ibu lagi suuukaaaa banget..Suka bila dapat belai Faris or dodoi Faris sambil menyusukan Faris..suka bila Faris tergelak bila ibu nyanyi (bila buat bunyi pelik or tukar nada lagu)..bahagia banget..lagi suka bila Faris menyusu sampai tertidur..love u my dear

Lari tajuk sikit (sebab tiba2 ter'feeling' dengan rasa kasih sayang yang melimpah terhadap anakanda..hehe)..don't worry coz entry ini tiada cerita panjang..hanya pics yang akan menceritakan segalanya..hehe..kejadian berlaku last weekend (23 n 24 Okt 2010) kali pertama Faris di bawa ke Cameron Highland. Ayah bawa kita cuti2 selepas shopping2 di KL..hehe (rasuah dari ayah selepas di tinggalkan hampir 24 hari). Syok ber'hari' keluarga di sana. Kami menginap di Equtorial selama 1 malam je..tapi cukup seronok coz dapat makan angin sejuk dan berkenalan dengan orang Cameron yang peramah dan baik hati (special thanks tuk pakcik jaga toilet..**macam la pakcik tu baca kan?hehe**)

di Butterfly farm..


Even in holiday..Faris tetap dapat merasa air tangan ibu..thanks to hand blender n periuk nasi Faris. Bergegar hotel hari2 ibu blend nasi Faris..hehe


Faris jadi maskot stoberi..hehe

Pick ur own strawberry..tips nye jgn pegang buah k..nanti buah cepat rosak..**Faris dah ngantuk.. 


Kami di ladang teh
p/s: dari KL ke Cameron kami ikut Tapah..sangat memeningkan walaupun dekat..odw balik ikut jalan baru..masuk kat Ringlet (simpang sebelah shell n Sek. Ringlet) keluar ke Sg Koyan, Kuala Lipis dan terus keluar ke Karak..even jalan kecik dari Raub nak ke Karak tapi lebih selesa dan tak pening2..tapi lebih selamat untuk tidak memandu di waktu malam k..***sekadar pandangan peribadi

Tuesday, October 19, 2010

8 months


Again..time flies..hari ini 19 Oktober 2010 anak ibu genap 8 bulan, lagi 4 bulan akan genap umur setahun..Sekali lagi anak ibu menyambut ulang bulan di Novotel, sebelum ni sambut ulang bulan ke 2 pun di sini coz mengikut ayah..hari ini pun atas alasan yang sama, ikut ayah berkursus. Ibu ada google satu artikel untuk child's development.Sekadar tuk di jadikan rujukan dan panduan untuk di fikirkan aktiviti yang sesuai tuk membantu perkembangan anak ibu.
Remember, each baby is unique and meets physical milestones at his or her own pace. These skills are simply a guide to what your baby has the potential to accomplish - if not right now, then shortly.

Sitting, Crawling and Standing
 Now that he's eight months old, your baby is probably sitting well without support and may be crawling or moving about by bottom shuffling (scooting around on his posterior using a hand behind him and a foot in front of him to propel himself). He's probably starting to pull himself up to a standing position while holding onto furniture. In fact, if you stand your baby next to the sofa, he'll probably be able to hold himself up, hanging on for dear life and using the furniture for support.

This newfound mobility means that your baby is now entering the land of bumps and falls. These are an inevitable part of childhood, and although your heart may occasionally skip a beat or two, try to enjoy watching your baby explore his surroundings and discover his limits. Restraining your innate desire to protect your child allows him to grow and learn for himself. However, do make every effort to make your home safe for your child. For example, you should secure fragile objects (so they won't topple) and keep rickety furniture in rooms that don't get much baby traffic.

::memang anak ibu tengah enjoy explore cara berdiri dan berjalan..kalau di pimpin tangan langkah punya la panjang..dah pandai nak imbang badan ketika berdiri dan sangat suka berpaut pada apa saja tuk berdiri. tapi anak ibu still tak boleh merangkak..hehe..sangat penting k tuk tak tinggalkan apa-apa yang tak patut pada level yang boleh capai..

Using His Hand
Your baby may start looking for dropped objects and use his index finger to point at them. He's also good at using his fingers to scoop up a piece of food and hold it with his fist closed, and he's learned to open his hand and fingers at will to drop and throw objects. He's probably beginning to master the pincer grasp, the delicate manoeuvre that lets him pick up small objects with his thumb and first and second fingers.


::Tangan dia memang sangat cepat menggapai apa saja sekarang ni..kalau nak suapkan makanan kadang-kadang terpaksa berebut sudu dengan Faris..=)

Getting More Emotional
By now your baby's emotions are becoming more obvious. He may perform tricks, such as throwing a kiss to familiar people, and may repeat his act if applauded. Over the next few months, your child may learn to assess and imitate moods and might show the first stirrings of empathy. For instance, if he sees someone crying, he may start crying, too.


::hihi..memang sangat obvious..kalau bawa ke tempat ada baby lain, bila baby nangis dia pun ikut nangis..tapi aritu ibu buat2 nangis, Faris datang letak kepala atas riba ibu, Ibu stop crying Faris sambung main, then ibu wat nangis lagi Faris datang semula ( nak pujuk la tu..). Ayah kata Faris sensitif macam ibu..hehe

Dealing With Separation
At this age, most babies have typically already begun to show the signs of separation anxiety. Your baby may start to be shy or anxious around strangers, especially when tired or irritable, and when you're out of sight and not with him, he'll become upset. Although it's hard to see your baby distressed, it's important to let him experience this. When you leave your baby and return, proving that you always come back, you're helping him develop trust and the ability to form attachments to other people.

When you leave your baby, kiss and hug him and tell him you'll be back. If he's frightened or just falls apart, take the extra time to calm and reassure him. It's hard not to cry when he starts crying, but your breaking down only prolongs the agony. It may help to have someone else he's familiar with (not a new baby sitter) there to calm him. If your baby gets anxious about nighttime separations, spend some extra cuddle time reading, snuggling, and softly singing together with him before you put him to bed.

Some babies are good at separations and some aren't - it depends on their temperament. Every child is different, as is the amount of reassurance each needs. If you know your baby needs more calming, don't feel bad about giving it or worry that you're just drawing out the process. You know your child better than anyone else, so follow your instincts.


::adventure betul kalau nak keluar kerja sekarang, dah nampak ibu bersiap mesti nak dukung, bila dah dukung, atuk nak ambil dah taknak..paut bahu ibu sekuat hati ( dah tau bakal ditinggalkan)..
 
Exploring Objects
Most babies now explore objects by shaking them, banging them, dropping them, and throwing them before falling back on the tried-and-true method of gumming them. The idea that you do something to an object is beginning to emerge, so an activity centre with lots of things your baby can bang, poke, twist, squeeze, shake, drop, and open will fascinate him.

At this stage, babies like to see things fall down, get picked up (by you, of course), and then get thrown down again. Your baby isn't trying to goad you with this cycle; he just finds the spectacle interesting and naturally wants to see it again and again.

Your baby now understands how objects relate to one another, too. For example, he realises that smaller things fit inside bigger ones. He'll easily find something you hide, and he'll point or look at the correct picture when an object is named. And over the next few months, he'll start to use objects for their intended functions - brushing his hair, drinking from a cup, and babbling on his play phone.


:: memang sangat suka jatuhkan barang sekarang..kasi kat tangan dia n saja2 dia jatuhkan..itulah cara baby belajar rupanya..so sabar jek la kalau kena ambil barang jatuh berulang kali k. Faris bukan aje explore barang..posisi menyusu pun dia explore..hehe..sekarang macam-macam posisi menyusu, sambil meniarap, menonggeng ,berdiri n macam-macam gaya yang kadang-kadang buat ibu tergelak jek..hehe
Improving Vision
Your baby's  vision is now almost adultlike in its clarity and depth perception. Though his short-range sight is still better than his long-range sight, his vision is good enough to recognise people and objects across a room.

::Alhamdulillah semoga anak ibu membesar dengan sihat dan cergas tuk menjadi anak yang soleh. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dan memelihara anak ibu..Amin

 


Sunday, October 17, 2010

Faris @ TC

Faris bertatih with ayah..
seronok eh sayunk jalan2 dgn ayah after 3 weeks++ tak jumpa ayah..

see the smile..he love his ayah so much..=) 


Faris with ayah..
 insan kesayangan hamba...


ni aktiviti semalam..Faris di Teluk Cempedak (TC)..bersantai sambil berkasih sayang...ahaks..hepi weekend semua..

Tuesday, October 12, 2010

Nyamuk

gara-gara seekor nyamuk ::ibu terjaga dari tidur:: ::ibu berjaga-jaga agar Faris tak digigitnya:: ::ibu tercari-cari:: ::berusaha tuk membunuh beliau..;p:: ::ibu menulis entry tuk blog kita nih (motif):: ok..entry yg sgt tidak bermanfaat untuk di baca..sekadar mencuri sedikit masa anda untuk mengenangkan betapa besar kuasa/pengaruh seekor nyamuk..hehe..tak sanggup rasa membiarkan anak kecilku di gigit nyamuk..nyamuk dah berjaya di tampar tapi mata pulak dah segar.. goodnight *____*

Sunday, October 10, 2010

:r:i:n:d:u:

Kerana rindu kan ayah ibu menggeledah barang2 lama kami yang ibu simpan di rumah atuk..faris tidur sejak pukul3.30 tadi..mumy n pak long dah balik ke rumah sewa masing2..ibu n faris balik kuantan malam ni..so ibu sorang2 buat aktiviti sendiri..bukan senang ibu nak dapat free time camni..hehe.. Syok tengok barang-barang lama tadi..terungkit semula semua memori cinta (cheewah) yang dah hampir 7 tahun berlalu..banyak lagi barang-barang yang ayah kasi ibu simpan baik-baik even kebanyakannya bukan dalam keadaan asal lagi dah..hehe (entry ni menggunakan khidmat iphne so ibu upload picca kmudian k)..
::ibu senyum sendiri tengok belon yg dah mengecut pemberian ayah masa bday ibu ntah yg ke berapa (takdpt recall)..masa tu jalan2 ke tasik titiwangsa n ad clown tgh hiburkan budak2..ayah minta clown buatkan bunga n nyanyi lagu 'hepi bday' tuk ibu..:)
 ::daun yang ayah tulis 'i luv u' pun still ibu simpan..yg ni ibu igt..ayah kasi masa thun 2005..daun tu dari seksyen 8 BAngi..:)
::next..tisu yang ayah simpul n buat jadi cam bunga..hehe..tak igt bila dpt,tapi yang pasti ibu hargai even benda tu free..yg penting ayah yg kasi..:)
::yang ibu paling sedih..kaktus yang ayah kasi..ayah pesan suh jaga macam ibu jaga hubungan ibu n ayah..ibu usaha jaga..balik cuti,ibu bawa kaktus sekali,tapi bila balik semula ke uitm,ibu tertinggal kaktus di rumah..ibu pesan pada pak long suh tolong jaga..tapi kecewa bila balik tengok kaktus 'terjun' tingkap (tak salahkan paklong)..dah terkeluar dari pasu..tapi sampai sekarang, pasu n tanahnya ibu still simpan..hehehe..
::paper clip froggy n jam froggy..ibu suka froggy so dulu bila ayah jumpa apa2 barang froggy ayah akan kasi ibu..hehe..
::banyak lagi benda2 yang orang akan kata 'tu pun nak simpan?' yang ada dalam simpanan ibu coz memang ibu sangat menghargai kenangan..ibu akan simpan sampai bila-bila

ibu rindukan ayah sebenarnya..ahaks..dah lebih 2 minggu tapi belum kompem bila balik..ayah pun dah ngadu bosan tengok laut,tapi nak buat macam mana. Tanggungjawab kerja tu perlu diselesaikan..syukur coz boleh kol tiap malam (even kena dail sampai 30kali baru dapat)..so dapat jugaklah ayah tau apa aktiviti kita ber2..hope ayah cepat balik coz ibu dah tatau nak geledah apa dah pas ni..hehehe..

Friday, October 8, 2010

Anak ibu @7 bulan

Sekarang anak ibu kurang 2minggu nak menginjak ke 8 bulan..dah makin besar dan terasa terlalu cepat masa berlalu..lama tak bercerita tentang kepandaian terbaru anak ibu..buku catatan milestone Faris ada 2..satu pemberian kawan ayah (aunty zarina) dan satu lagi pemberian hospital..tapi jarang ibu update dalam tu..selalu jek terlupa..so rujukan ibu buat masa ni adalah blog semata2..seminggu anak ibu selsema dan batuk..alhamdulillah dah pulih..sekarang anak ibu semakin lasak dan excited tuk explore persekitaran..ada jek benda yang di capai teruama bila Faris meronda dalam keretanya (walker) ::lupa ibu nak snap picca Faris dalam walker::

ibu syok dengar Faris 'bercakap'..baru 2 hari lepas dah belajar vocab baru 'mamammama'..dah pandai sebut
::abah (ayah)
::abu (ibu)
::bye (bye)
::pas (kipas)

anak ibu dah belajar berdiri n memanjat sekarang..awal2 dulu bila berdiri tanpa ada yang pegang Faris akan menjerit (takut kot bila terasa takde tangan yang pegang seperti biasa)..sekarang dah excited nak berdiri dan meniti ke mana aje..terutama bila di umpan dengan mainan yang di sukai..

ayah tak sabar nak balik tuk tengok skill baru Faris..lagi-lagi skill meluncur dalam walker..hehe..(bila ayah nk habiskan 2minggu dia yang dah lebih 2 minggu tuh?..hehe)

ibu akhiri entry ni dengan luahan hati ibu ni (poyo sket coz tgh tggu masa nak balik jumpa Faris..hehe)

im so thankful 4 all this precious moment..da gift i hv n there is no word to express my feeling..as a 1st time mum, its always be my challenge for all ur milestone..ur my happiness, ur my strength..n ur my everything..a reason for a better life..coz i always want da best for u...love u my dear Faris Amsyar..

Tuesday, October 5, 2010

Al Fatihah

Takziah tuk mama Zima..mama baru kehilangan anak ke2 yang telah di jemputNya sebelum sempat melihat dunia..baby meninggal dalam perut besar kemungkinan kerana tali pusat berbelit..baby lemas coz makanan semua tak sampai ke baby..Alhamdulillah selepas lebih seminggu mama zima menunggu masa untuk lahirkan baby..akhirnya malam tadi, Selasa pukul 12.13am baby selamat di lahirkan secara normal..mama n abah sangat la tabah..ibu pulak yang terpaksa menahan air mata takut mengganggu emosi diorang..Alhamdulillah tuk kekuatan yang ALLAH berikan tuk kita semua menghadapi saat-saat ini..Tuhan merancang segalanya..anak itu akan menjadi saham mama di akhirat kelak..InsyaALLAH..yang penting sekarang, semoga mama jaga kesihatan..


Al Fatihah...


Tuesday, September 28, 2010

Tanpa Tajuk

terasa cam dah lama sangat tak menjengah blog..kenapa??busy mengatasi segalanya..hihi..banyak yang nak di coretkan sebenarnya tapi masa tak mengizinkan..

di office..
sedang sibuk gara-gara audit..selama ni duk bersenang lenang wat keje ikut mood..tapi di sebabkan minggu ni ada audit so gelabah la menyiapkan semua kerja..minggu lepas pun mood nak wat kerja datang dah nak hujung minggu..hihi..gara-gara lama sangat bercuti raya..

di rumah...
sebagai isteri....
oh ibu kembali menjadi ibu tinggal..hehe..nak buat macam mana..suami ku pergi mencari rezeki..ayah pergi offshore tuk 2 minggu bermula Rabu lepas..nanti kita tengok kali ni punya 2 minggu macam mana..hehe..so ibu tinggal dengan Faris n atuk..kesian ayah di laut sorang-sorang membanting tulang tuk kesenangan kita bersama..nanti ayah balik kita buat sumting tuk hilangkan penat ayah k..

sebagai ibu...
Faris demam..ya anakku yang telah masuk 7 bulan pada 19 sept lepas di landa demam..jangkitan tak dapat di kenal pasti dari mana tapi besar kemungkinan masa riang raya hari tu..First demam Faris..nak kata suhu tinggi tu tidak la sangat tapi batuk dan selesema yang agak teruk untuk di hadapi seorang baby..sian anak ibu..dah lama ibu tak berjaga malam sejak habis pantang..tapi dalam masa Faris batuk n selesema ni selalu la berjaga malam..anak ibu tak selesa nak tidur coz hidung tersumbat,so nak ibu dukung jek selalu..kalau la ibu dapat gantikan Faris..ibu harap sangat2 Faris cepat sembuh..anak ibu kuatkan??

Pertama kali jadi ibu ni memang gelabah la sikit..lagi-lagi bila anak tak sihat kan?sejak Faris batuk n selesema ni dah 3 kali ibu bawa Faris jumpa doktor..hehe..1st time (13 sept, raya ke4) peringkat awal
selesema,masa tu hidung berair jek terus ke klinik kanak-kanak..ayah ada lagi so ayah temankan..lepas ke klinik tu Faris dah beransur pulih..tapi lepas ayah ke offshore Faris dah start batuk pulak,malam tu memang ibu tak tidur coz Faris start batuk n selesema semula,esoknya (23Sept) ibu MC (bos tak baca kan?..hehe) tuk bawa Faris ke KMC..hujung minggu lepas ibu n Faris ikut atuk balik Chenor..malam Sabtu suhu Faris naik 38 so esoknya ibu bawa pulak Faris ke Hosp Temerloh..doktor nasihat ibu jangan risau sangat, habiskan makan ubat dari KMC tu dulu..hehe..ibu bukan apa..takut bila dengar orang kata baby senang kena jangkitan bila demam or batuk so better amik langkah berjaga-jaga kan?ayah pun risau..kami beremel dah macam orang bermesej guna phone lak..setiap minit hantar emel sampaikan berita tentang Faris..thanks to unlimited tenet service yang ayah reg tuk ibu..hehe..syukur jugak leh kontek ayah.kalau tak lagi la ibu kelam kabut..anak ibu dah pandai..nampak jek ibu pegang picagari terus nak lari kat atuk..takut nak makan ubat sampai taknk buka mulut..haishhhh..

Panjang pulak entry tak bertajuk nih..tapi penting ni coz cerita demam Faris yang pertama..nanti Faris dah besar mesti tahu apa ibu n ayah buat bila Faris sakit..supaya Faris pun pandai jaga ibu n ayah bila kami sakit nanti k...


anak ibu..di peringkat awal selesema..hehe..sihat cepat k good boy..

Wednesday, September 22, 2010

Riang Ria Raya

Ibu nak buat sedikit corat coret hari raya..almaklumlah pertama kali beraya bersama si kecil. Meriah dan kalut sama naik jek..huhu..Tiap kali nak keluar beraya kena la ikut mood anak ibu, kalau mood nak tidur jawabnya cancel la nak beraya..Seronok beraya dan seronok bercuti selama 2 minggu coz ayah pun cuti. Faris pun mesti seronok coz 24-7 dapat neneng dengan ibu..Tema tahun ni biru..Suka tengok Faris pakai baju melayu..tahun depan leh cari samping lak..

di pagi raya


::Kami::

Bersama aki n nenek
::pagi raya pertama di ceneh, kemaman::


Bersama atuk di chenor
::terus balik chenor petang raya pertama::


Paksu, mummy, pak long
ibu, atuk, ayah n Faris
::susah nak snap pic ni coz anak ibu bad mood, baru bangun tido::

::Raya Ke3::
sempat lagi pose even kepenatan

Raya ketiga busy sikit tuk keluarga ibu n ayah..pagi buat 'makan2' di rumah atuk sempena pertunangan pak long..selepas selesai majlis pertunangan pak long di Kerambit, ayah terus memecut ke Ceneh coz adik ayah iaitu Mak anjang Faris pun bertunang pada hari yang sama..semoga kedua-dua pasangan di berkati hingga ke jinjang pelamin..

::with mak anjang::

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang