Showing posts with label sweetHome. Show all posts
Showing posts with label sweetHome. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Stepping stone

Ini aktiviti minggu lepas..ibu join kursus menghasilkan stepping stone anjuran Kolej ibu. Seronok jugak sekali sekala lari bidang ni, walaupun buat kerja tengah panas terik. Insaf jugak memikirkan betapa susah rupanya nak menghasilkan stepping stone ni. Kursus diadakan di perkarangan surau Taman Pandan Aman dan di sertai lebih 20 orang peserta yang kebanyakannya adalah wanita..
ahli kumpulan ibu sedang tekun siapkan frame tuk stepping stone kami..ibu tak ingat dah berapa lama tak pegang tukul..sampai bengkok-bengkok paku ibu kerjakan..huhu

dah siap frame, proses tuang simen ke dalam frame lak..


dah siap masuk simen, tunggu lebih kurang 30 minit sebelum proses deko menggunakan batu-batuan..hehe..

sambil-sambil tunggu simen..posing dulu..cam kanak-kanak lak rasa..ibu jek mak orang, yang sebelah kiri paling hujung ibu mengandung n yang lain bujang terang tang-tang lagi..hehe
erk..abaikan pakaian buruhku yang tak berapa sesuai itu..yang penting semua kerja ibu buat k..hehe

yang tengah tu design pertama ibu..ngeh2..haruslah 'F'untuk anak ibu n ayah..nak pijak pun sayang nih..hehe

hasil 'kreativiti' kami..hehe..di sebabkan cuaca hari tu agak redup, so lambat tuk keringkan produk kami ni, so kena tunggu lama sikit untuk di pasarkan..hehe..


Semua peserta berkobar-kobar buat stepping stone ni, ada yang sanggup buat semula keesokan harinya coz produk diorang tak menjadi (pecah)..berbaloi-baloi belajar benda ni, pasni tak perlu beli di kedai k..kita design sendiri jek untuk rumah kita k..korang nak tempah??ngeh2...

Friday, January 7, 2011

Steamboat day with officemate


Jamuan steamboat kami ni dah macam pre celebration tuk chinese new year coz tema malam tu merah, hitam n putih..memandangkan ayah tiada so sambutan ini hanya untuk orang bujang perempuan sahaja..hehe..

meriah kan makanan kami?alhamdulillah kekenyangan semuanya

 selain makan-makan..ada aktiviti tukar-tukar hadiah jugak..ahaks..seronok dapat hadiah..

lepas tu sesi wajib..fotografi..sambil-sambil tengok album kawin ibu..**windu ayah..huhu

lepas ni leh plan lagi..cara yang sangat sesuai untuk ibu meluangkan masa bersama rakan-rakan

Tuesday, July 13, 2010

Rumahku..syurgaku

camne la nak jadi blogger tegar camni??selalu jek fail curi masa tuk berblog..ehhehe

Dah lama tak update..kali ni nak ceritakan al kisah tentang aktiviti minggu lepas..hik..asyik sal wiken jek kan??nak buat macam mana..status masih lagi 'ibu tinggal'..so weekend jek la aktif dengan aktiviti bersama keluarga nih..

Faris kena tahu nih..
ayah balik awal minggu lepas sebab dapat mc..ayah demam+batuk dan selesema..dah lama ayah tak kena demam, kali terakhir sebelum Faris lahir..demam teruk sampai kena tahan wad masa tuh..walaupun ayah demam..tapi ayah layankan jugak aktiviti yang memang dah di rancang sebelum tu..hari sabtu,pergi weds aunty enol di Dewan Jubli Perak Kuantan bersama dengan mama zima n family yang datang bermalam di rumah kita buat pertama kali..

Sabtu malam pulak memenuhi keinginan mama zima yang teringin makan satay zul..tapi malangnya satay ayam jek tinggal..lain sume habis..laku betol, baru kul9 malam sume dah habis..

Ahad pagi plan nak balik Ceneh, bawa Faris jumpa nenek n aki tapi ayah pulak nak setelkan hal rumah..aktiviti gantung menggantung yang dah tertangguh coz minggu lepas kita ke KL..syok pulak bila tengok hasilnya..bila dah selesai aktiviti menggantung tu baru lah balik ke ceneh..petang pulak kita ke ECM tuk beli barang rumah..dan ayah sempat singgah ke nursery tuk beli rumput..sepanjang duduk rumah lansung ayah tak makan ubat..ibu pun salah..just ingatkan tapi tak pastikan ubat tu masuk mulut ayah sebab ibu asek kalut dengan Faris jek..sian ayah..huk..sorry sayunk..

ermm..ada beberapa gambar tuk tatapan nih..hehe..saksikanlahhhh..


hehe..ni hasil tebukan ayah yang pertama..masa ayah siapkan ibu sibuk jemur kain so tak sempat nak amik gambar masa dalam proses..lack tu beli kat ikea..murah aje k..ayah pesan jgn letak segala mak nenek atas tuh..'baiklah!!'
plan asal nak letak cermin..tapi bila berpeluang ke ikea..ibu pun tukar plan..hehe
ni masa tengah kusyuk menebuk tuk gantungan ke2..ayah tak perasan ibu snap gambar..safety penting ek..engineer katanye..pakai safety goggle n earplug..nasib baik tak pakai safety boot jek..huhu
hehe..saja suh ayah pose sikit..faris masih tidur dengan lenanya..senang ayah n ibu nak setel kerja..hehe
ni hasil gantungan ke2..nenek belikan ni..sekurang2nya takde la kosong dinding tuh..i'ALLAH ada rezeki lebih akan ada sesuatu di bawah itu nanti..

gantungan ke3 adalah jam..hehe..so tak perlu la gambar kan??..tapi kalo tengok gambar 1st leh nampak jam yang tergantung di sebelah kiri itu ya..

 sekian sahaja (skema)
terima kasih kerana sudi membaca ya..hehe

eh cupp..nak masuk gak gambar ibu n mama zima di satay zul..hehe..

adiosss

Tuesday, June 1, 2010

weekend

wiken bersama Faris dan hb..
minggu lepas pun kita habiskan masa bersama di rumah..lepak..tidur n mengemas umah..seronok rasa..dulu sebelum ada Faris..hujung minggu ibu n ayah memang akan keluar..tak kira ke mana..menghabiskan masa di luar coz dah penat duduk rumah sepanjang weekdays..aktiviti wajib adalah tengok wayang..


tapi sekarang....


terbalik dah pulak..weekend lagi syok lepak di rumah..menghabiskan masa di rumah sambil melayan kerenah Faris..sabtu ibu jadi tenaga pengajar bagi kursus sanitasi makanan untuk ibu-ibu tunggal..ahad sepenuhnya masa di luangkan di rumah..aktiviti minggu lepas mengemas dalam rumah..minggu ni....

ayah mmg rajin..sume pkok kat umah dia yg tanam..ibu tlg kotorkan tgn sikit2 jek..kekeke..skrg dia takde siap pesan 'jgn sampai pokok semua mati'..huhu..
to abg: abg dah susah2..ima akan tolong jaga..percayalah..hehe
ni baru sikit..dah banyak pokok kat rumah sebenarnya..tapi tak sempat snap..sumber: dari umah ayah mertua..hehe..pick and carry dari ceneh..

hehe..bawa faris keluar sekali sebab ibu menolong ayah..Faris duk dalam stroller dia sambil tengok ibu n ayah bercucuk tanam..so sesi bf pun di luar rumah..opps..jgn risau..takde aksi 18sx k..


Monday, April 26, 2010

KeRja..rUmah dan EBM

huh..hbis sudah cuti selama 65hari..hari ni ibu mulakan kerja dengan mood yang ala2 ceria gtu..haha..tapi dalam hati dan fikiran ni takde pikir lain selain anak ibu....hari ni jugak 1st time ibu pisah lama dengan faris..baru sampai ofis ibu dah terpikirkan faris..n ibu wonder macam mana la ayah boleh berjauhan dengan faris..kesian ayah still di KL sorang-sorang..

memandangkan kita baru jek balik kuantan sabtu lepas..dan masuk rumah baru keadaan memang amat menyesakkan mata..huhu..ibu belum habis kemas..harap-harap bila balik kerja sempat la ibu sentuh sikit2..harap dapat kemaskan sebelum wiken depan..

kerja??erm..setakat ni terkawal..lum nampak cam banyak kerja..masih lagi mencari mood nak mulakan kerja nih..tapi happy coz pagi2 dah ada orang puji cantik,,,muahahahah..kasi chance la ibu nak perasan sikit ek..mana la tak nampak cam cantik..dah sebelum ni diorang tengok ibu gemok n pucat tanpa make up..huhu..

dah puas Faris bercuti di KL..jalan-jalan ikut ibu dan ayah..dan bercuti dengan kakak aisha..so pasni kena duk rumah tunggu ibu balik kerja jek k..huhu..hari ni gak 1st day tuk anak ibu minum susu botol..harap stok EBM mencukupi..terasa berdebar gak nih..takut jek kalo tak cukup stok memandangkan ibu lama stop buat stok EBM bila dah habis pantang aritu..macam mana nak buat stok kalo dah kita tak duduk rumah sendiri kan?tapi Faris jangan risau..ibu akan pastikan cukup keperluan Faris..malam tadi pun 3 kali ibu bangun perah setiap 2jam..lenguh tangan ni coz setiap kali ibu bangun tuk pam, Faris pun bangun nak menyusu..so terpaksa la..sebelah tangan pangku faris n sebelah lagi pegang pam..apa-apa pun ibu rela coz itu yang ibu pilih..teringat kata-kata ayah sebelum balik KL tu..'abang yakin ima boleh buat..isteri abang kuat'..thanks tuk ayah coz sentiasa sokong ibu..

ok la..ibu nak mengepam kejap..sebelum balik tengah hari ni...tak sabar nak jumpa Faris..tunggu ibu ye sayunk...mmuuaahhhhh

Sunday, February 7, 2010

penat mengejar masa

demi masa..huhu

banyak sungguh perkara yang perlu di setelkan sebelum tibanya masa bercuti yang panjang untuk ibu..baru semalam ayah luahkan rasa penat dia 'hari cuti kita lagi penat dari hari bekerja'..ermmm memang pun..ayah cuti just hari sabtu dan satu-satunya hari yang ibu dan ayah gunakan sepenuhnya (dari awal pagi sampai malam) untuk selesaikan bermacam2 urusan sebelum sepenuhnya masa kami di gunakan untuk jaga sayang nanti..kalau hari biasa memang tak sempat nak buat apa2 memandangkan ayah balik dari kerja pun dah hampir waktu magrib..ermmm

selepas subuh..
ayah akan ke taman bandar untuk bersenam..sebelum ini ibu akan temankan tapi semalam udah tidak mampu nak temankan coz kaki ibu bengkak dan sangat la sakit bila nak berjalan (dah semingu kaki membengkak)..so ayah kasi ibu rest kat rumah jek

lepas tu pergi ke KMC tuk check up baby..sekarang dah setiap minggu kena check up..dah 38 minggu ( baby masih selesa di dalam)..check baby hari sabtu coz ayah pun nak 'jumpa' baby..

then, mesti pergi cari barang2 untuk rumah..ayah tengah berusaha supaya rumah kita setel hujung bulan ni..sekarang wiring in progress..semua kipas n lampu yang nak di pasang dah di beli..semalam sudah setel beli cat dan tempah langsir..fuuhhhh...kiranya semalam last thing in our list yang nak di setelkan..buat masa sekarang semua persiapan basic jek untuk rumah tu coz after bb lahir masih belum tinggal kat situ..just siapkan rumah supaya boleh pindahkan barang dari rumah sewa nanti..

selalunya dah dekat magrib baru sampai rumah..lepas tu siap2 untuk balik ceneh lak..ayah tak berani tinggalkan ibu seorang diri setiap ahad..ahad ayah kerja, so sabtu malam mesti balik ceneh..

sebenarnya ayah tak percaya nak tinggalkan ibu seorang sebab ibu akan buat kerja rumah yang semestinya dia tak izinkan ibu buat..huuhhu

so sekarang ibu hanya menuggu masa untuk menyambut kedatangan sayang ke dunia ni..ayah pun dah tak sabar..dulu masa ibu masuk hospital dan di beri 2 kali suntikan matangkan paru2 baby semua orang assume ibu akan lahirkan baby awal..tapi nampaknya bb masih selesa dalam perut..hehe..ibu tak kisah..yang penting bb sihat..semoga masa yang bakal tiba dapat ibu dan ayah hadapi dengan tenang dan segalanya di permudahkan oleh ALLAH s.w.t..


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang