Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Last Entry pasal Bandung

Salam..
hah..pergi 5 hari tapi entry sampai sebulan gitu..hahaa..korang bosan?ni dah last entry so amik la hati tuan tanah tuk kali terakhir ini k..haha..

Sudah..ada kepayahan tuk ibu menaip..gara-gara anak teruna punya kerja kreatif la ni..p cungkil huruf 'H' pada keyboard ni..so pasni kalau ibu dah speed menaip n bnyk typo korang tau siapa yang perlu di persalahkan k..hehe..(lebiu my anakanda)..

Sebelum masuk isi utama..hehe..nak bercerita hal ketiadaan air di Kuantan ni..bukanlah seluruh Kuantan tetapi rasanya di kebanyakan taman perumahan kawasan berdekatan office ibu  terlibat. Kecoh Indera Mahkota 2 takde air..office pun terlibat sama, sampaikan ramai yang tergendala nak melunaskan hajat pagi ni..Nampaknya masuk Zohor nanti kosong lah office..alasan, air takde so takleh nk solat kat office..huhu..ibu pun nak kena balik solat di rumah la nampaknya..boleh la balik basuh kain sekali..ahaks..haisshh tak baik..:p

Last entry sal Bandung ni nak sare gak dengan korang..kalau p Bandung p la tempat ni..supir kata, ramai yang tak mau pergi..paham..coz kebanyakan yang p Bandung tujuan nak shopping..tapi seyes..kalau korang pergi tempat ni korang tak menyesal..memang syok dan layan habis..

SAUNG ANGKLUNG UDJO

ibu ada simpan pamplet dia coz nak share dengan korang aktiviti sepanjang di sana, tapi dah entah ke mana lak pamplet tu..rasanya dah jadi roket anakanda kot..serba sedikit la k..kat sana korang akan di di ulit dengan persembaan mainan angklong yang memukau, di persembahkan oleh kanak-kanak..kanak-kanak secomel umur 4 tahun..ada juga tarian ala-ala burung merak, kuda kepang, persembahan angklong ala2 okestra pun ada..lagu-lagu yang diorang mainkan memang akan buatkan korang terpegun. Selepas tengok persembahan, sesi seterusnya belajar bermain sendiri pulak, gurunya sendiri anak kepada pengasas SAUNG ANGKLUNG ini turun padang tuk ajarkan semua penonton cara bermain angklong, korang dapat sorang satu..pinjaman je k..leh main sendiri, syok sangat. Sesi terakir, penonton akan di ajak untuk 'berdansa' bersama anak-anak ini, pandai mereka mengiburkan penonton yang kebanyakannya adalah mat n minah saleh..

Tengok budak berbaju merah yang berada di atas tandu tu..4yrs old ok..

Kuda kepang

Meriah sangat..colorful..

 Faris memang kusyuk layan masa ni..


sesi tuk penonton pula cuba mainkan

Faris pun dapat setelah mengorat awek tu..pemain angklung juga..yang sebelah Faris baru berumur 4 tahun..

comel sangat budak-budak ni..siang ke sekolah dan petang diorang belajar dan berlatih untuk persembahan di sini..



sesi terakhir..penonton di ajak turun ke gelanggang..si kecil tu pun excited..

Ok lega dapat habiskan semua tentang Bandung, untuk sare dengan korang dan untuk rujukan sendiri di kemudian hari juga..Siapa yang pernah ke sana komfirm akan teringin ke sana lagi kan? Still segar dalam ingatan keadaan di sana. Terbayang wajah anak-anak muda menyanyi sambil memetik gitar yang mengarapkan sedikit belas dari  insan-insan pemurah, penjual air dan majala yang cuba menjualkan barangan mereka pada kami yang berada di dalam kereta, atau lelaki yang cuba membersihkan cermin kereta dengan bulu ayam semasa kereta berenti di lampu isyarat. Semuanya kerana mencari rezeki, boleh di katakan tiada yang ibu jumpa duduk di tepi jalan hanya menghulur tangan kosong coz semuanya ingin dapatkan wang dengan menjual sesuatu servis atau produk..mereka susah tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha kan?Syukur dengan keadaan kita di sini..

owh..sebelum terlupa..jangan terlepas mencuba cookies di Kartika Sari dan Brownies di Amanda Brownies k..Boleh jamin..korang comfirm nak lagi..:)
Amanda brownies..ibu suka brownies original n tiramisu..

Sebelum berakir..layankan gambar2 ni..


Sangat banyak tenpat untuk mencuci motor di sana..sowi picca kureng berkualiti

ini...ATM drive tru..Malaysia tiada kan???

wassalam...

p/s: penat tambahkan 'h' pada ayat2 di atas..mana yang tertinggal harap di maafkan..

Monday, May 23, 2011

Tengkuban Perahu

Salam..

Sambung semula tentang Bandung..:)..ini bukan tentang shopping. Tempat menarik yang boleh di lawati, kira aktiviti selain shopping yang boleh korang buat bila ke sana..Kami berkesempatan ke Tengkuban Perahu, atau dalam bahasa kita Perahu Terbalik..hehe. Tengkuban Perahu ini adalah tempat gunung berapi yang masih aktif, sebab itu kami diingatkan untuk keluar awal pada hari tersebut coz bila petang gas yang keluar dari sana agak kuat baunya.

Perjalanan ambil masa kira-kira 45 minit dari bandar. Sebelum sampai ke Tengkuban Perahu ini supir ada beritahu, ramai penjual yang akan mendekati kami nanti. Kalau tak nk beli tak perlu tawar menawar coz nanti korang akan di paksa beli. Harga barangan yang di jual di Tengkuban Perahu juga agak mahal berbanding yang boleh kita dapati di bandar. Tetapi kata supir agak menginsafkan..hehe..katanya, "Tetapi pak kalau niatnya nak membantu orang-orang di sana, nda salah tuk membeli"..ibu suka ayat dia..positif sangat kan?

Ini serba sedikit gambar semasa kami di sana..
gambar ini di ambil semasa perjalanann ke airport..pemandangan sebenar rupa Tengkuban Perahu..bentuknya macam perahu yang ternbalik kan??dari situ lah agaknya asal usul nama dia kan?

hah..tengok dengan mata sendiri..macam mana lak rupa kalau nak 'meletup' eh?subhanallah..

ibu kagum dengan barang2 ukiran ini..corak itu adalah corak asal batang pokok tersebut,ada pokok keluarkan corak batik eh..korang da tau?ibu baru tau..kagum.......huhu

kami..cari orang Malaysia jugak minta ambilkan gambar coz kalau korang minta orang-orang sana perlu ada upahnya k..

Sejuk ala-ala Cameron Highland..


Satu lagi kawah gunung berapi di Bandung adalah Kawah Putih, tapi kami tak pergi coz perjalanan ke sana ambil masa 2jam dari tempat kami menginap..

Sekian..wassalam..

Thursday, May 12, 2011

Makan-makan di Bandung

Salam..

Acara jalan-jalan cari makan di Bandung ni kira macam kemuncak percutian..hehe..Kalau pergi ke Bandung memang tak perlu risau dengan makanan mereka. Selera meraka lebih kurang je dengan selera orang Malaysia, kadang-kadang makanan diorang tu ibu rasa lebih sedap daripada di Malaysia..hehe..Sepanjang di Bandung kami merasa makanan SUNDANESE dan MASAKAN PADANG. Itu adalah makanan femes ames di sana. Masakan Sunda ni kebanyakan nasi nya di masak dengan bahan-bahan lain seperti daging, ada juga yang di masak dalam buluh dan di balut daun pisang. So aromanya pun dah cukup menyelerakan. If makanan Padang, cara hidangannya sangat berbeza, macam-macam jenis lauk diorang hidangkan, leh di katakan lebih 10 jenis lauk. Jangan korang sentuh semua jenis lauk, yang di hidang tak semestinya perlu di bayar, hanya yang di sentuh sahaja yang akan di kira.. Haishh..tak pandai la nak cerita lebih-lebih sal makanan ni coz tak sempat nak interview supir..hehe..tapi memang tak rugi merasa makanan diorang. Memang sedap, mungkin pasni p Bandung leh fokus tuk Jalan-Jalan Cari Makan aje..hehe..Jom layan pics



di BALIBU restoren, kami suka ambil tempat macam ni supaya senang nak kepung dak kecik tu


sup bontot goreng..enak banget..sup ekor sebenarnya..huhu


menu kami di BALIBU, nasi timbel ayam komplit..ini adalah makanan Sunda, diorang punya set mesti dengan nasi, ayam or ikan, ulam-ulaman dan sambal..simple tapi marvellous

Sunda lagi..


Di KARAMBA restoren kami makan ikan terbang..huhu

ini pula masakan padang..tengok tu..macam-macam lauk yang buatkan air liur meleleh..uhuhu..makan 3-4 jenis lauk baru dalam RM 20..berbaloi kan?

di SEDERHANA, restoren masakan Padang yang galmour di sana, banyak cawangan dan ada sediakan tempat mainan tuk kanak-kanak..


ibu tengah berkira-kira nak makan yang mana satu..haha..

teh botol..tiada di Malaysia kan?agak pekat sikit bagi ibu teh o dia ni..anyway sedap dan berjaya hilangkan dahaga selepas keletihan shopping..huhu..

Kebanyakan restoren di Bandung ni menyediakan musolla, mudah tuk kita kan..

**********************************KAMPUNG DAUN*******************************

KAMPUNG DAUN..restoren yang paling istimewa di hati kami..ahaks..malam terakhir di sana, supir bawa kami ke sini. Mengikut supir, ini tempat wajib pergi..
Memang istimewa tempat ni, terletak di kawasan pergunungan berhampiran dengan TENGKUBAN PERAHU (next entry). Sejuk dan nyaman banget di sini. Nak basuh tangan pun takut coz rasa cam basuh dengan air batu..sejukkkkk..
Suasananya ala-ala dalam hutan gitu coz mereka menerapkan natural konsep. Sesuai dengan suasana yang nyaman dan aman
Hujung minggu tak payah la korang plan nak ke sini, memang beratur tunggu meja nanti..


gelap la pulak gambarnya..huhu..susah tul nak ajak dak kecik ni bergambar, dia excited berjalan
 dan teroka tempat yang luas ni. 


Di sini tempat makan semuanya dalam pondok-pondok..syok siap leh baring-baring..

Tidur pun enak ni..hehe

Ini juadah kami malam tu, NASI LIWET..hah..jangan ingat di Malaysia je glamer dengan liwat-liwat ni..haha..di Bandung pun liwet menjadi rebutan k..oppss..haha..tak de pulak gambar nasi liwet ni, nasinya duk dalam periuk bertutup tu..nasi dia di masak dengan pelbagai ramuan, sampaikan si kecik tu makan nasi semata-mata..sedap katanya...anyway di sini pun ada di sediakan western menu untuk mereka yang tak berminat dengan Indonesian Special..

So kalau ke Bandung jangan lupa pergi ke Kampung Daun k..45minit dari Bandar Bandung..jauh tapi insyaALLAH berbaloi..:)

dadaaaaa..

Tuesday, May 10, 2011

Shopping di Bandung- Part 2

Selain FO yang kami cover sepanjang 4 hari di sana, destinasi shopping yang femes ames di Bandung adalah PASAR BARU. Bangunan 7 tingkat, tingkat 1 - 6 adalah kedai, tingkat 7 pula parking. Penat weh nak round 6 tingkat tu..ada lebih 300 kedai dalam Pasar Baru ni..bukan ibu yang kira, supir yang bagitau k..Kami ke sini siap dengan stroller, so takde la penat nak gendong anak coz di sini pun di sediakan lift mudah untuk bergerak dengan stroller. Tingkat bawah agak sesak dan tak selesa coz panas, anak pun asek mengamuk sepanjang di tingkat bawah. Diorang dah kelaskan barangan yang di jual di setiap tingkat, tapi tak sempat pula ibu nak rekodkan..hehe. Tapi sepanjang di sana, setiap tingkat pun ibu jumpa penjual telekung. Di sini leh tawar menawar k. Tingkat 6 Pasar Baru adalah food court, kami pening nak pilih barang masa shopping, bila lapar naik ke tingkat 6, pening lak nak pilih kedai makan. Kompius pun ada, ada setengah kedai duk kata HALAL tapi patung dewa ala dewa Hindu kat depan kaunter..

Tempat shopping ke3 yang kami terjah adalah tempat jualan barangan kulit iaitu JALAN CIBADUYUT. Barangan kulit yang di jual di sini adalah dari Home Industry. Maknanya diorang buat di rumah, tapi kualiti nya bagus..HB beli jaket kulit dan belikan ibu kasut kulit..:)..tak berjenama pun tak kisahlah asalkan mutunya setanding gitu..hehe..Harganya pun sangat berbaloi-baloi.



ini di Jalan Cibaduyut...tiada gambar yang proper, coz kami sangat fokus semasa shopping..haha..tak sempat nak bergambar..ibu beli tauhu cheese..sedap gak..terliur lak bila tengok gambar ni..huhu

Sepanjang jalan di Bandung ni memang banyak gerai jalanan,macam-macam yang diorang jual..kesian tengok. Selain gerai, ada juga yang tawarkan macam-macam khidmat, ada yang sampai jadi tukang sapu cermin kereta dengan bulu ayam, menyanyi pada pemandu kereta, dan menjual majalah dan air bergerak semata-mata untuk mencari rezeki. Diorang susah, tapi diorang sanggup lakukan pelbagai kerja untuk mendapatkan wang. Insaf bila tengok keadaan diorang.

Jalan di Bandung ni sangat berbeza dengan Malaysia..kenderaan takde yang laju-laju pun..ibu rasa paling laju diorang pecut, 60km sejam kot..bak kata supir, saman laju memang mustahil..huhu..
tapi menakutkan tengok diorang memandu, coz lampu isyarat tu tak menjamin apa-apa. Lampu merah pun diorang main redah je jalan..huhu..yang ajaib nye kemalangan memang kurang. Coz diorang guna peraturan sendiri berdasarkan tolak ansur...Kita orang Malaysia yang dah biasa ikut peraturan jalan raya ni memang rasa seram sikit la tengok..huhu

ok..to be continue...dadaaaaaaa..hehe

Monday, May 9, 2011

Shopping di Bandung - Part 1

Shopping memang asyiiik banget di Bandung ni..Sangat banyak FACTORY OUTLET. Tapi pandai-pandai la tengok harga coz di FO ni tiada tawar menawar k. Ada juga sesetengah FO yang harganya tinggi berbanding FO lain. Yang paling syok..semua FO ada banyak baju anak-anak yang murah. So memang setiap kali masuk FO kompem si kecil ibu dapat baju or seluar baru..Antara FO yang femes dan wajib pergi (bukan wajib beli k) RUMAH MODE. Ikut kata supir jalan Riau dan Dago yang banyak FO. Di sini FO pun berdekatan sebab tu ada kawan-kawan yang pergi menginap di hotel berlainan setiap malam untuk mudahkan diorang nak shopping tanpa perlukan supir. Sebut aje mau shopping apa, handbag boleh cari di Terminal Tas dan Rumah Tas (ibu suka di sini), atau kasut dan beg jenama tempatan di Elizebeth. Pakaian anak-anak, semua tempat pun ada, di ANAK KECIL memang di khaskan untuk anak-anak. Barangan batik dan kebaya eksklusif di *ibu terlupa..dan Jeans di TOKO TIGA..

RUMAH MODE
~pakaian lelaki +wanita +anak-anak~


RUMAH TAS
Shopping handbag selain dari TERMINAL TAS


~Banyak pilihan..ibu nak pilih handbag Faris sibuk nak neneng~

ANAK KECIL
 ~pakaian anak-anak..rambang mata di buatnya..di sediakan juga ruang bermain untuk anak-anak~



FASHION WORLD

~cantik kedai ni..semangat nak shopping..huhu~

Batik Eksklusif..lupa nama kedai**
Banyak pakaian batik indon/ jawa di sini..cantik dan kalau convert harga dalam duit Malaysia tetap berbaloi..Tapi kami just tengok-tengok je, nak beli batik nak pakai masa bila lak kan?huhu

~nak ke ayah pakai baju camni?hehe~

TOKO 3

Dipanggil Toko 3 coz 3 kedai (Toko) di gabungkan

Banyak gila pilihan jeans di sini..

Selain FO, ada tempat lain yang menjadi serbuan pelancong untuk shopping..tunggu next entry k..dadaaa

Sunday, May 8, 2011

Hotel di Bandung - Sukajadi Hotel

Sepanjang kami di sana..inilah hotel yang kami menginap..

Makanan (breakfast) sangat memuaskan hati..waktu di Malaysia berbeza dari Bandung iaitu sejam lebih awal, jadi setiap hari, jam 9 pagi (Malaysia) iaitu 8am Indonesia, kami akan breakfast di Suka Coffee House dan juga tapau buburnya untuk makan tengahari anakanda..hehe..So di mana kami berada, kira-kira jam 1 (waktu Malaysia) ibu or ayah akan suapkan Faris bubur yang di masukkan dalam termos. Tapi kena beringat, bubur harus anakanda makan dalam masa 4 jam selepas di tapau,so bubur still panas dan selamat. Bila Faris kenyang, baru lah ibu dan ayah leh fokus shopping dengan tenang..hehe. Makanan lain seperti biskut dan nestum juga ibu bawa in case anakanda tak berselera dengan bubur.:). Tapi sepanjang di sana memang Faris tak pernah tolak bubur Suka Coffee House ni..

Hotel 3 bintang ini sudah cukup selesa untuk kami, yang penting, amenities nya lengkap selain di sediakan juga bath tub dan mini bar dalam bilik. Swimming pool pun ada, tapi tak pernah kami gunakan coz air di sana sangat sejuk. Bandung adalah kawasan pergunungan, sebab itu lah cuaca pun sentiasa redup dan mendung, bak kata supir 'kemaraunya jarang sekali buk'. Itu juga adalah salah satu sebab kenapa Belanda memilih Bandung sebagai tempat diorang melepak sepanjang pemerintahan di Indonesia.

Faris ready nak terjun..



Di sini, iron tak di hantar ke bilik, tetapi mereka akan iron kan pakaian kita dengan bayaran. Dobi pun di sediakan, harga dobi pun tak mahal, serendah RM1 jek k..Ok stop sal sejarah dan segala..korang layan lak picca kami yang seterusnya..hehe


lorong menuju ke bilik-bilik di hotel Sukajadi


hari terakhir di sana..menunggu supir tuk ke airport

Bilik kami..

 ada nyamuk, tapi takla banyak cam dalam hutan..maybe coz cuacanya selalu sejuk dan malam selalu hujan kot..tuk orang yang sensitif dengan kehadiran nyamuk walaupun seekor macam ibu, elok la siap-siap bawa ubat nyamuk k..

Hmapir semua premis di sana pamerkan patung-patung macam ni, pengaruh hindu kah?lupa lak nak tanya
supir.
si comel ibu..lebiu la anakku

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang