Friday, June 1, 2012

Berpantang vs Pantang Larang

Salam...

Hari ni masuk hari ke 17 ibu berpantang selepas bersalin. Ayman Zafran buat rekod baru, hari ke 17 baru nak tercabut tali pusat..huhu..pagi tadi selesai di mandikan ayah, barulah tali pusat adik tercabut. Selingan kisah yang nak ibu ceritakan. Sebenarnya nak sharing cerita sal berpantang..hehe

Sejak dari keluar hospital hingga ke hari ke 14, ibu berpantang di rumah kita dengan di jaga oleh ayah. Atuk (bapak ibu) pun tinggal di rumah kita untuk membantu meringankan kerja ayah. Semua kerja ayah yang buat, atuk pula tolong jadi peneman Faris ketika ayah sibuk menguruskan ibu dan adik. Selepas hari ke 14 hingga ke hari ini ibu di rumah nenek kerana ayah akan mula bekerja pada minggu depan (selepas 3minggu bercuti).

Pantang selepas bersalin dalam masyarakat Melayu ni ibu rasa banyak versi (cheewah..tetiba..huhu). Dari segi makanan, penjagaan termasuk pantang larangnya. Walaupun ibu berpantang dengan ayah di rumah, tapi makan minum ibu sangat di jaga..haha..ayah lagi details daripada nenek (ma ayah). Setiap kali menyediakan makanan, ayah akan larang ibu ke dapur. Ibu sangat-sangat bersyukur dan hargai segala pengorbanan ayah. Bukan senang bagi ibu untuk ayah melakukan semua tugasan rumah, termasuk memasak, membasuh, mengemas dan ke pasar di samping melayan kerenah isteri dan anak.Sekarang bila berada di rumah nenek, semua tugas masih ayah yang lakukan kecuali memasak. :)..Thanks tuk nenek coz sudi menjaga ibu..:)

Antara menu berpantang daripada Chef Fakhrurazi:
#1 ikan bakar (selar, tenggiri, haruan)
#2 ikan stim (selar, tenggiri, haruan) -----> all time favourite..haha
#3 masak singgang (tenggiri)
#4 sup haruan -----> makan sekali pasti tak nk lagi..haha..cannot go lah
#5 sup sayur ------> sawi + brocoli + carrot
#6 sayur stim ------>carrot & brocoli
#7 tempe bakar -------> yang ni ayah buat sebab ibu dah bosan dengan mkanan yang sama..so ayah nak cuba tuk pelbagaikan, ibu minta goreng tapi ayah tak kasi makan goreng-gorengan lagi even dengan minyak yang sedikit so dia bakarkan..1st time makan tempe bakar..haha...
#8 lempeng (bancuhan tepung + air semata) tuk breakfast 
#9 minum air rebusan kurma hitam+ kurma merah + longan ------> ni sebagai minuman sepanjang hari, di minum panas menggantikasn air masak kosong

Setiap petang pula, ayah akan belikan kuih lompat tikam (makan tanpa santannya) dan kuih koswi (betul ke ejaan camni ek?..huhu)..kuih yang sama ibu makan setiap petang selain daripada biskut kering..haaha..

Bukan senang kan nak memenuhi selera orang berpantang ni, kadang-kadang sibuk nak pikirkan menu untuk ibu, sampaikan ayah tak sempat nak masak makanan untuk dia. Akibatnya satu rumah makan makanan berpantang jugak..haha..

Alhamdulillah..dengan jagaan makan dan amalan berpantang lain yang masih ibu teruskan ke hari ini, ibu dah cecah berat ideal 46kg (berat akhir semasa mengandung 55kg)..haha..tapi memandangkan lama lagi masa tuk berpantang, so tak mustahil lah kalau berat ibu semakin turun menjunam selepas ini..haha..

Apa yang ibu amalkan sepanjang berpantang? sama kot dengan orang lain..

#1 Mandi herba..dari hari pertama di rumah, mandian ni ibu beli dalam paket (macam uncang teh yang besar) di kedai ubat cina memandangkan ibu berpantang sendiri, so memudahkan ayah tuk menyediakan air mandian ibu.Cuma pada hari ke 6,7 dan 8 ibu di mandikan oleh tukang urut dengan rebusan daun (pandan + mengkudu + *daun2 yang tak dapat di kenal pasti)

#2 Bertungku..setiap hari pagi dan petang

#3Bengkung..yang ni pun pakai setiap hari..memang ada bagusnya suami pakaikan sebab tangan diorang ni kuat kan?cepat kempis perut sebab kena jerut dengan kuat hari-hari..berbaloi-baloi bila setiap hari tengok makin panjang lebihan kain bengkung tu..hahaa..kalau nk lebih mudah lewh pilih premium beautiful kot..huhu

#4 Berurut...Ibu berurut agak lambat kali ni atas sebab-sebab tertentu..hehe.hari ke6 baru berurut dengan tukang urut jawa.

#5 ubat-ubatan..ibu makan herba tuk buang angin dan buang darah kotor, tapi di sebabkan Ayman kena jaundis, ibu stop dulu. Akar kayu pun dah stand by, sama seperti masa Faris dulu ibu akan mula minum bila habis pantang supaya tak jejaskan Ayman.

# Berstokin..kecuali ke tandas..huhu

Dalam berpantang ni pun banyak pantang larangnya kan? yang selalu ibu dengar kena jaga ibu jari kaki, tak boleh terserampuk atau terlanggar sesuatu..sebab apa ek?tapi sepanjang dalam pantang hampir hari-hari kaki ibu kena pijak dengan Faris..huhu..selain tu, pantang yang paling major utama..pantang dot..dot bersama suami..haha..yang ni pada yang berani mati jek berani langgar kot..tak nk describe lebih kang blog ni bertukar jadi blog 18sx lak..

Anyway..selamat berpantang bagi yang baru melahirkan..marilah kita sama-sama meneruskan hari-hari yang agak memeritkan tekak ni (sebab banyak benda takleh makan kan?)

Untuk ibu, ada 27 hari lagi tuk meneruskan pantang, if korang ada menu yang menarik selain dari yang di senaraikan (daging dan ayam masih lagi dalam larangan)..please share..

 ikan stim bersama sayur-sayuran..100% air tangan suamiku tercynta..tengkiu sayunk..

nasi panas + singgang tenggiri + tempe bakar..huhu

 ibu dan anak-anak..tak sabar nak berkejaran dengan 2 hero ni..lebiu
**susah tul nak dapat gambar ayah..orang busy la katakan..huhu

**apa yang paling korang teringin makan pas habis pantang?hari ke 45, ibu nak makan eskem magnum :)

14 comments:

Unknown said...

oh dah berpantang ya kayzie...

Tahniah, sedap nama Ayman Zafran.

Anak akak yg sulung Aqil Zafran, nama depan je lain...hehe.

akak biasa masa pantang pun berat turun menjunam, lepas pantang naik balik...huhu.

@LeenShamsh said...

wah suami kite same spesis keh8! tak kekok buat keje rumah..

p/s: kayzie dah balik asal..dah cantik!! tak nampak pun org dalam hari..jeles2..berat akhir ngandung tu same dgn berat kite zaman ank dare..mringanyelah ibu faris nih

kayzie said...

kal yus: hrp2 org pun leh gmuk sket pas pntang nnt..huhu..sama lak ek nama ank kita...:)
ummu muhammad: syukur kan dpt suami ringan tulang..sbb tu bila dia takde rs ssh sgt nak handle hal umah..haha..dlm
pntang ni,bila ad org dtg tgk husben yg handle sume, diorg akn ckp 'beranak la rmai2 coz laki rjin jg..' kembang semangkuk isterinya..:)..hope kerajinan dia berkekalan

mamaainamishanis said...

Lain negeri lain pantang larangnya kayzie..mcm kat kelantan, xleh makan ikan bilis, tp kat belah utara, dorg mkn ikan bilis lak time pantang..daging n ayam bakar boleh je makan kan? cuma kena jaga2 makan ikan, elakkan yang gatal dan bisa.. xsedap ke sup haruan? dyt hari2 mkn time dlm pantang, sedap jer letak byk halia ngan bwg putih.. pastu kami kat kelantan hari2 kena minum air rebusan manjakani ngan akar kayu 'spekedere'...hihih..sonok baca bab2 pantang larang ni, time dlm pantang dlu mmg hari2 sarch info bab2 pantang...=)

Rosmawani♥ said...

Wah detail :) suka :p pndai en.asben masak :) alhamdulillah dh lmt bersalin... Doakn ros plak.. Hihihi

wida said...

seronoknya baca pengalaman org berpantang..
x sabar nak melahirkan jugak ni.

tna said...

tna pantang 2 weeks aje mak tna jg..selebeynye pantang ngn husband aje..alhamdulilah get husband yg memahami n ringan tulang..terharu rsnyer ya dak..:)
b4 g keje siap2 kan bb n tna..siap2 kn makanan n br hubby gerak g keje..:)
tna nyer resepi sup haruan + halia..ayam black pepper ..ikan bilis black pepper..daging black papper..mkn bersama2 bubur ns pns2..yummy..
pg bf milo + biskut oat..hihi..

kz dh kurus..tna 2 weeks pas deliver turun byk gak..tp mybe sbb bdn naik sgt byk time preggy..
2months naik keje still rs kurus lg..but after 1 months dh rs bdn naik blk..huhuh..
skrg rs cam nk diet ..tp wisau production turun lak..so diet bile rs cam gemuk aje..hahaha..

btw selamat berpantang..:)

*tak sabar nk tggu bih pantang ya..sabar sabar..

kayzie said...

dayat: sni pun ma bg mkn ikn blis..ayam n dging lum
mkan,kl ms faris dl pas 2mgg dh mkn sup aym..air rebusan tu pahit gle kan?dh ad stand by akar kayu tp lum stat mnum..hehe

kayzie said...

ros n wida: hehe..slamat melahirkan..i'allah slamat semuanya nnt..:)..pnjg rsnya ms pntang kali ni

kayzie said...

tna: bgusnya faiz..andak ni cuti 3mggi sempat la org sihat,pasni dia dh kje tak smpai ati gak nk suh wat sume bnd..untg dpt yg rjin tlg n memahami gtu n kita pun kena la pndai tolak ansur gak kan?bila tak smpai hati buat gak sndr,hr ke5 org dah menyapu 1 umah sbb sian tgk andak bnyk bnd nk kena handle..huhu..tp wat ms dia kluar g psar,tkut kn mrah..hrp2 hbis pntang ni naik la berat,taknk jd cam pas beranak faris,mmg kurus kering..

tna said...

alhamdulilah ..
yups kadang2 tuh rs cam cian kt dia sume nk kena buat n handle..
tp kiter pun takde laa nk mintak yg bukan2 kn...huhuh
mn yg leh wat sendli kter wat sendli..huhuh..
tp byk lg husband yg buat kn..
tna lak nk kurus.dh rs sgt bdn naik sgt byk nih..hihihi..:P
kz jenis metabolisme tggi nih..hihihi ..selamat menggemukkan diri :P

@LeenShamsh said...

tgk ayah faris pun tau ni jenis syg family.. ;) sayang ibu lebih lagi ;) mudah2an bercinte sampai syurge! doakan kite jugak..nk bersalin ni takut jadinye..anak kawan baru meninggal baru lahir..sedeh n ngeri T_T

kayzie said...

ummu muhammad: ya Allah..hrp tabah la mak nye tu..sedih mmg sedih tp dia org terpilih..ad kegembiraan kmudian hr nnt..jgn isau sgt k,nnt darah naik ssh lak..hehe..i'Allah smoga semuanya slamat n mudah nnt..:)

Fazira Aziz said...

Pengalaman pantang setiap org berbeza kan? Biasa ibu dalam pantang ada masalah nak buat stok susu. Ira ada share kat blog ira: http://www.momsmilkyway.com/2013/03/tips-mengepam-semasa-pantang.html

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang