Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Blog has been removed

Salam...

2 hari lepas ibu mengalami masalah untuk membuka blog. Awal pagi masa bw, ibu dah mula bermasalah untuk tinggalkan komen. Tengahari dapat call dari ayah, mengatakan dia gagal buka blog ibu. "Blog has been removed" tertera apabila ayah masukkan url ibu. So ibu pun mencuba untuk log in, juga gagal. Setelah di selidik dan cuba menggunakan bantuan en google, membuat verification untuk password dan emel dan menjawab soalan-soalan 'rahsia' dari en google barulah ibu kembali dapat menjejakkan diri ke blog ini. Itu adalah kali pertama ibu mengalami masalah begitu, Apa Puncanya? kalau ada yang tahu dan pernah mengalami, please share supaya selepas ini ibu akan lebih berhati-hati. Hampir-hampir hilang blog, rasa macam nak menangis pun ada. Ibu nak anak ibu baca semua catatan ibu ni nanti, so janganlah terjadi apa-apa yang boleh menghalangnya..hehe..

p/s: pagi ni kenyang dengan breakfast yang disediakan oleh ayah, roti arab + kari segera + air milo..thanks ayah..love u so much..:)

Wassalam..

Thursday, October 20, 2011

Header Baru ;p

Salam

Akhirnya..ada juga perubahan pada blog ibu...Tengok blog orang lain tiap-tiap bulan bertukar, touch up sana sini, blog ni masih di tampuk lama..ahaks..nak buat camne kalau dah tuan empunya blog 'terlalu kreatif' bab men'design' dan meng'edit' gambar..haha. Seriously memang ibu tak pandai nak edit gambar, bukan edit aje, amik gambar pun selalu fail..hehe..dah ramai blogger yang ambil tempahan buat header kan? Tapi belum sempat ibu nak mencuba, cuba main-main sendiri dulu ni..hehe

So dengan adanya header baru yang tak seberapa ni (di harap korang tak gelak)..haha..berubahlah sedikit pemandangan blog ibu..:)

Ada sedikit masalah yang memerlukan bantuan kamu yang pakar..camne nak 'centre' kan header tu ek??senget camtu rasa cam tak siap jek (terlalu ke kiri)..So please kalau ada yang pndai..TUNJUK AJARKU SIFU...

p/s: edit cam kanak-kanak jek rasanya..huhu..tapi halal la ek..janji header baru..ahaks..

Wednesday, October 12, 2011

Siapalah Aku?

Salam..

Hari ni sesaja rajin nak lawat nuffnang, bukan nak tengok hasil kutipan tabung blog coz dah tahu tak mencapai lagi tahap meriah cam orang lain. Bila duk tengok statistik terus tersengih sendiri. Nak tau sebab apa?

Mai tengok nih..


Terharu pun ada..ada yang cari blog ni dengan kata kunci 'blog kayzie'..hehe..sure kenalan ibu tapi lupa nama blog kan? Thanks kerana gigih gak cari gunakan kata kunci begitu, pasni ibu nak try search dengan kata kunci yang sama coz nak tengok hasilnya..:)

Kata kunci lain yang membawa trafik ke blog ini kebanyakannya tentang Bandung, sejak dari ibu up kan cerita tentang tu sampai sekarang. Tapi jumlah pengunjung tu takde lah seramai mana..hehe..


Yang ni pun rasa nak gelak, selalunya dari Indonesia jek, tapi kali ni dari Sudan dan US pun ado..hehe..info apalah yang dapat membantu mereka ya? Ikhlas dari hati, tak mencari publisiti atau nama coz ibu menulis kisah hidup dengan anak, suami dan keluarga tercinta sahaja. Namun bila ada yang sudi membaca dan menjalin silaturrahim di dunia maya ni, ibu sangat-sangat bersyukur dan menghargainya.. THANKS again

 Sabda Rasulullah SAW
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..."
InsyaALLAH semoga kita tergolong dalam golongan itu..:)
Blog ni nak dikatakan ilmiah sangat tu tidak lah, tapi ibu harap sekurang-kurangnya ini bukan penulisan yang sia-sia, dapat memberi ilmu atau info walau sebesar zarah..InsyaALLAH 

Friday, September 9, 2011

2 Tahun Sudah

Happy Birthday to you
Hari ini genaplah kamu berusia 2 tahun
Tanpa di sangka 2 tahun lalu pada tanggal yang sama 9 September, kamu wujud dalam hidupku..
Terima Kasih kerana muncul dan menjadi temanku
Semoga segala memori yang ku simpan bersamamu akan kekal hingga ke akhirnya
Agar kau dapat menjadi pencerita aku suatu hari nanti..

::Khas untuk blog ku..ahaks...::

Tak sangka ibu dapat bertahan berblog sehingga ke hari ini. Daripada awal kemunculan dulu hanya 1 entry sebulan, sekarang dah bertambah dan semakin berkembang maju. Walaupun tak berapa maju dan berjaya setaraf dengan blogger-blogger glamour seperti kak wahida da story teller dan punyai ramai follower seperti kak diana senyum sokmo tapi ibu cukup sayaaaaaaaaaang pada blog ini.

Ibu mula berblog semasa mengandungkan Faris, pada masa itu ibu selalu melawat blog ibu-ibu untuk menggali ilmu keibubapaan dan ilmu tentang penyusuan bayi. Blog kak sarah adalah blog pertama yang ibu jumpa dan ikuti sehingga sekarang. Tertarik dengan kemampuan dia untuk menyusukan anak pertamanya dahulu, kemudian ibu jumpa dengan blog lain seperti ummi ummair. Cukup memberikan manfaat yang berharga dalam memastikan ibu berjaya untuk menyusukan Faris dari awal kelahiran. Alhamdulillah..

Blog ini lah yang memperkenalkan ibu kepada kawan-kawan maya ibu seperti kak yus, kak izwa, kak maya, dan ummu Muhammad dan ramai lagi (sorry tak dapat nak type semua) . Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi melalui penceritaan dah cukup membuatkan ibu rasa rapat dan menghargai mereka seperti sahabat lain. Sebab itu kalau ibu tiada entry baru, ibu hanya membaca cerita-cerita mereka untuk melengkapkan hari ibu.

2 tahun usianya bersama 102 follower..ahaks..jangan gelak k..secara jujurnya, ibu tidak kisah dengan jumlah follower tetapi yang penting ibu berharap dapat mencatatkan segala kenangan ibu bersama keluarga kecil kita agar suatu hari nanti, Faris dapat membaca semula segala coretan ibu.

Kepada yang sudi follow dan tanpa jemu memberikan komen pada setiap entry ibu di ucapkan Terima Kasih, belum pandai nak buat giveaway tu semua, mungkin akan belajar selepas ini supaya dapat ibu hargai jasa mereka yang sudi menjadi teman tapi mesra ku..hehe

Sekian sahaja ucapan hari jadi untukmu wahai blogku..insyaALLAh kalau ada kerajinan yang lebih ibu akan cuba mengubah rupamu nanti, touch up sikit2..huhu..

wassalam...


eh kenapa masa 1st year dulu takde camni ek?huhuhu...



Tuesday, July 12, 2011

Ce tolong cte

Ibu pening dengan blog ni..kenapakah takde keluar 'button' follow kat atas daripada header blog nih ek?

(sebaris dengan kongsi,laporkan salah guna dll tuh?)
Masalah ni sebenarnya dah beberapa minggu gak jadinya, dah puas duk sign out tapi tak jugak menjadi. Coz bila ibu sign out dia terus masuk ke dashboard lak..pesal ek?Yang peliknya if ibu buka blog ibu daripada henpon, keluar lak 'button' follow kat sebelah 'button' share/kongsi tuh. Maka dek kerana masalah ini, terpaksalah buka dari henpon if nak mengikut blog rakan-rakan  lain. Leceh tuh...dah le kalau di klik pada follower pada sidebar blog memang sampai ke malam duk 'loading' memanjang...pe kes ek??tau la follower tak ramai (tengkiu pada yg sudi..hehe), dia terus tak mau kasi ibu amik tau hal2 follow molow..huhu

ce sesapa yang tau tolong beritahu...

p/s: guna font kaler merah tapi bukan tanda marah..hihi..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang