Monday, December 13, 2010

Kalaulah ibu dapat gantikan Faris

Anak ibu baru jek tertidur..puas ibu dodoi n pujuk..menangis dengan air liur yang sentiasa meleleh, ibu tahu anak ibu tak sihat..waktu macam ni ibu berharap sangat kalau Faris boleh bercakap, beritahu ibu mana tempat sakit n apa yang boleh ibu buat..sedih hati ibu..

Faris demam sejak Jumaat malam haritu, ibu n ayah sangka demam biasa beralih bulan or sebab anak ibu nak tumbuh gigi..tapi rupanya anak ibu kena jangkitan Hand foot and mouth disease, tak pasti dari mana jangkitan tu berpunca. Sabtu malam Faris langsgung taknak menyusu dengan ibu, ibu dah terasa pelik coz selalunya ibu adalah ubat penenang Faris, lagi-lagi bila anak ibu demam. ibu n ayah bertambah risau bila nampak ada bintik-bintik berair di tapak kaki dan tangan Faris. Bila ke GH semalam (ahad) baru la dapat jawapannya..tapi still ibu n ayah tak berpuas hati memandangkan doctor di GH hanya berikan ubat demam biasa. Sedangkan anak ibu langsung tak dapat makan n menyusu. Selepas ke KMC tengahari tadi n dapat ubat tuk kurangkan sakit dalam mulut baru la anak ibu dapat menyusu n makan. Sayu hati ibu tengok Faris makan selepas 2 hari tak makan or menyusu seperti kebiasaannya. Alhamdulillah hari ni demam Faris dah kurang n anak ibu semakin aktif n kurang menangis. Ulser dalam mulut masih banyak, tapi ibu harap Faris kuat tuk lawan sakit tu. 2 hari tak makan buatkan anak ibu nampak susut, hilang perut buncit. Ibu pun alami bengkak *b coz faris langsung tak nyunyut walaupun ibu dah tambah kekerapan mengepam. Harap jangan lah ibu demam pulak. Ibu harap ALLAH pelihara Faris supaya Faris cepat sembuh. Sekarang tanpa ayah di rumah dan Faris yang tak sihat, ibu tahu ibu perlu lebih kuat...


6 comments:

Anonymous said...

dear..jgn sedih2..sabar ye... kalao u demam...or baby demam.. vitamin c tu u patah dua and then u mkn 2 biji

Anonymous said...

dear.. Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan...
Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah... akak doakan semuanya smbuh seperti biasa.. once a while baby akan demam utk bina antibodi... kene sabar jaga anak demam kay

Anonymous said...

cepat2 sembuh ye syg!!cian je dia..moga2 xde pape la pasni...utk ibu,jg diri baik2,k :)

~azrah~

nas said...

ya allah kene jangkitan tu ke.sian nye dia kecik lg plak tu.sabar ye.semoga faris cpt sembuh n sehat spt biase k.aminnn...

Unknown said...

siannye faris..moga cepat sembuh yea..

kayzie said...

thanks tuk doa semua..alhamdulillah faris dah boleh makan n nyusu cam biasa..tu dah ckup lega..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang