Sunday, August 7, 2011

Tempat berbuka paling HOT

Salam Ramadhan..

Sekejap je dah seminggu kita berpuasa. Terlalu cepat masa berlalu,jangan di biarkan berlalu tanpa pembaharuan, paling penting hari ini lebih baik dan mendapat lebih keberkatan dari hari semalam..InsyaALLAH

Penat kejar masa nak masak selepas balik kerja kan? tapi berbaloi coz ibu lebih suka makan masakan di rumah daripada di beli walaupun tak sesedap mana tapi tetap berselera..heehe. Masakan pun simple aje, coz masa yang ada sangat terhad. InsyaALLAH hari ini boleh buat persiapan masak awal. Seminggu berpuasa tapi rasanya baru 3 hari kami berbuka di rumah..hehe..Minggu awal puasa pun dah dapat jemputan berbuka di tempat lain. rezeki jangan di tolak kan?Tapi yang tak bestnya kalau berbuka di luar ni, kalut nak masak tuk sahur.

Minggu lepas, ayah mengajak ibu ke bazar Ramadhan di Taman Kerang, bazar yang besar di Kuantan, first time pergi bazar coz sebelum tu, ayah just bawa Faris tuk elakkan ganggu ibu masak. Niat asal just nak beli kuih untuk berbuka, tapi tiba-tiba ayah ajak berbuka di atas padang. Setiap tahun dah menjadi tradisi warga Kuantan berbuka di atas padang berhadapan dengan masjid Kuantan. Seawal pukul 6 petang, padang sudah hampir penuh. Tanpa sebarang persiapan awal, kami pun join yang lain, bersila atas padang untuk berbuka. Alas kami hanya baju hujan atuk dan penutup cermin kereta. Pakai apa yang ada, coz bimbang anakanda gatal-gatal kalau duduk di atas rumput. Berbuka ala kadar dan cepat-cepat pulang supaya tak terlewat tuk solat.

Layan pics yang tak seberapa..:)
 anakanda makan awal..tapi masa berbuka pun dia kalut nak makan sama..

 nampak 3 orang budak berlari-lari ke sana sini atas padang tu. tak puasa ye dik?dah petang pun banyak lagi tenaga..hehe
tau apa aktiviti diorang? tu..kutip gelang getah..banyak hasilnya, tak sempat pula nak tanya apa diorang buat dengan getah gelang tu.

masa ni awal jugak la lagi, kalau tak salah baru 6.30ptg..tapi dah ramai orang kan?
takde kerja kan?huhu..sebenarnya tahun lepas pun ayah ada ajak, tapi Faris kecil lagi masa tu, so kali ini permintaan ayah di perkenankan..:)

sekian sahaja..jom kita ke dapur..

~~SELAMAT BERBUKA~~

Wassalam..


9 comments:

@LeenShamsh said...

bestnyeee...mcm tepi pantai..cantik view masjid tu...org kuantan hidup bersatu je nampak boleh berkumpul mcm tuh.. ;)

~izan~ said...

uishh mmg glamer tmpt berbuka ni dik..smpai masuk dlm paper dulu hehe...tp akak tak pernah lg buka kt sini..nnt nk try gak la,nk solat pun senang,dekat je dgn masjid tepi tu =)

slmt masak2 dik..akak ptg ni tolong mak je masak2.. =)

SemuaTentangKita said...

hehehe..budak2..

Hannan lak bila sy tanya tak nk puasa ke? Dia jawab "tak..ticer tak bagi..six years jer boleh puase..nanti hannan lapar..ha, macamne?..sabooo jer la dengar jawapan dia tu..

Izwa Kamaruddin said...

mmg hot u!heheehehe..

NrlAidaHml said...

wahh happeningnya tempat ni even bulan puasa tapi ramai org yg beriadah kan..Kayzie,sy pon suka mkn kt rumah lebih rileks sikit..hehehhe..

kayzie said...

ummu muhammad:kan?cntik msjid tu..mmg sronok tgk rmai2 leh berkump..:)

kayzie said...

kak izan: oww penah msuk paper ye kak?mmg glamer la ek tmpt ni..huhu..br nak msuk 3thun duk ktan,3kali pose..hehe

kayzie said...

mrs haris: heheh..ticer ckp camtu ssh la nak jwb blik..

NM02 said...

uishhh... mesti best ek

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang