Monday, August 22, 2011

Raya Sakan

Salam..

Puasa..ibu pernah dengar, puasa bukan ibarat tebu, semakin hujung semakin hilang manisnya, so biarpun  puasa sudah hampir sampai ke penghujungnya jangan sampai kita terlalu terleka mengejar persiapan raya sampaikan membiarkan bulan ini berakhir begitu sahaja..(**nasihat tuk diri sendiri juga)

Tak sedar jek kan?Minggu depan jek dah nak raya. Sepasang lagi baju raya ibu masih pada tailor, baju Melayu Faris dan ayah pun sama. Minggu lepas dengan bersemangatnya ibu mohon cuti hari Jumaat, memandangkan ayah cuti Jumaat, so ibu mohon cuti supaya dapat luangkan masa tuk shopping raya bersama ayah. Kami tinggalkan Faris di Taska, ok ni first time ibu buat macam ni, sebenarnya supaya anakanda dapat makan n rehat dengan baik. If ikut ibu, susah pula nak makan n memakan masa pula tuk ibu dan ayah mencari barang-barang.

Tujuan utama untuk setelkan barang-barang ibu dan ayah, mencari tudung dan sedikit persiapan lain. Tapi lain pula jadinya, perjalanan kami sentiasa terhenti di kedai baby. Kesudahannya barang-barang untuk anakanda pula yang kami dapat. Sedangkan pakaian Faris semuanya dah lengkap di beli semasa ke KL pada awal puasa lepas. Kata ayah "Tahun ni ayah nak bagi Faris raya sakan, walaupun dia tak faham lagi apa itu raya"..haisshhhh..ok ke camtu?

Tambah lagi 3 helai pakaian untuk anakanda dan sepasang kasut baru..

 Baju tu pilihan ibu, kasut pilihan ayah..brand feveret ayah, so Faris terpaksa menurut walaupun untuk kasut ke2...huhu
Baju ni, ayah berkenan, baju melayu jawa katanya..padahal kita ni mana ada yang berdarah jawa..huhu

ibu?weekend ni kena pulun cari tudung..sementara tu ibu perlu siapkan yang ini dahulu..
ce teka..ce teka...huhu..

semangat nih, baru pas beli segala barangan tuk memulakan projek menjahit manik (sdn.bhd)..sambil tunggu kereta ayah di cuci, ibu ambil peluang tuk merasmikan projek..nantikan hasilnya k..:))

Kalau berjaya siap..leh la 'beraya sakan' kalau tak sempat siap???jawab la sendiri..hehe

13 comments:

myamyza said...

kite pon macam tu gak, pegi kedai baju je mesti ada untuk anakanda.. selalu ingat anak kan???

diana said...

baju anak2 ni comel..
sebab tu kalau tersinggah kedai baju2 baby ni
kompem melayang duit..
hahahah

ieda said...

alhamdulillah persiapan ala kadar itu lebih penting .. akak punn x beli lagi baju melayu zahrien huhuhu :)

wida said...

untungnya faris..byk baju ry.

~ yus ~ said...

kasut clarks ya untuk Faris?

Raya sakan Faris tahun ni..hehe

Kalau siap manik tu di jahit pada baju, blink-blink nampaknya tahun ni mama Faris..hehe

Salam Aidilfitri kayzie..

Maaf zahir dan batin

:: Mrs.Eady :: said...

daku pun baru nak jahit manik kat baju..hukhukhkuk..

kayzie said...

myza; tu la pasal..sentiasa igt kat dia..takde dia pun dpt gak bnd baru

kayzie said...
This comment has been removed by the author.
kayzie said...

k.diana: tu la pasal, tak jumpa bju kita pun takpe,cuci mata tgk baju2 diorg pun dah hepi.hehe

kayzie said...

kak yus: ayahnye mmg peminat clarks..takleh nk wtpe dh..haha
mrs eady: marilah kita jhit berjemaah..hehe..ssh gak nk cari msa tuk menjahit ni..

kayrul-shah said...

kalau dah ada anak nie..semuanya nak beli untuk anak jer..kita dapat lambat pun takpe..hehehe

~izan~ said...

haa nnt akak plak tempah manik kat sini..akak pun punya hazabedah nk siapkan manik2 baju anak2 akak sebab byk keje lain lagi huhu...

nnt tepek sini bling2 tu k.. =)

kayzie said...

kak izan: tuk sndiri pun semput kak..haha..ok nnt org tepek..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang