Friday, August 12, 2011

Sudah ada pengganti

Monolog..

"Wahai jam..apalah nasibmu sekarang? Adakah kau kini berada di tangan seseorang yang bangga menggayakan jam yang bukan hak miliknya? Atau kau di hantar ke kedai jam terpakai menunggu tuan barumu? Mungkin juga, kau telah diberikan atau di jualkan kepada seseorang. Siapa pun pemilikmu, aku harap dia akan menjagamu lebih baik dari aku. Tapi kalau dia cuai dan meninggalkanmu biarlah aku pula yang menjadi orang yang menjumpainya.."

ahaks..leh gitu? nanti kalau ibu yang jumpa dan ibu ambil, kira ibu la pula ambil barang orang tanpa izin kan?
**teringat lak zaman sekolah dulu pernah buat karangan 'aku sebuah jam'..hehe**

Terkilan masih berbekas di hati, kali terakhir ibu hilang barang kesayangan di sebabkan sifat pelupa dan cuai ini adalah semasa kehilangan cincin ibu. Cincin murah, bukan emas tapi tetap punyai nilai memori yang tinggi. Sejak itu, ibu tidak pernah tanggalkan barangan tanpa meletakkan di dalam beg coz bimbang ibu terlupa. Takdir ALLAH dah tentukan jam itu bukan milik ibu selamanya..REDHA...

Alhamdulillah..semalam ibu sudah pun mendapat pengganti jam yang hilang, jangan terkilan ye wahai jam, sayangku padamu tetap tidak berbelah bagi (haha..bajet cam jam baca blog ni). Ayah ke KL lg semalam, pergi selepas sahur dan pulang ke Kuantan semula sebelum berbuka. Kebetulan office ibu buat majlis berbuka. So ayah sampai jam7 terus drive ke office ibu. Ibu dan Faris duduk di belakang kerana car seat Faris berada di tempat duduk sebelah pemandu. Tiba-tiba ayah cakap pada ibu 

ayah : kenapa dengan seat Faris ni?
ibu : (just jawab tanpa melihat pada seat) kenapa?ima takde buat apa-apa
ayah: tengok lah ni..kenapa dengan seat Faris ni
ibu : (jenguk ke depan) kenapa?takde apa-apa pun..

Selepas 2 kali bangun dan duduk sambil menjenguk ke depan (seat Faris), baru ibu perasan ada kotak di atas seat Faris..pembalut kotak ada gambar jam di hadapannya. Ibu terus terjerit bila tengok kotak jam tu, sangat familiar coz ayah ada jam dari brand yang sama..Ayah senyum tengok ibu excited, ibu senyum meleret sampai ke telinga (ok..tipu..takde la sampai telinga tapi memang lenguh la mulut senyum lama sangat kan?ahaks). Faris gelak-gelak tengok ibu senyum. Sekarang pun, bila tengok pada jam, ibu akan senyum sendiri..ahaks..

Janji jam ni ibu akan jaga lebih berhati-hati..ayah kata kalau yang ni hilang, ayah pula yang menangis..huhu..

to my lovely hb: Thanks..semoga rezeki abang semakin murah..love u sayunk....muah..mmuuah..haha

10 comments:

~izan~ said...

Alhamdulillah...patah tumbuh hilang berganti la ni yer..mesti hepi sgt tu...hehe..

tp yg lama ni kdg2 penuh dgn sentimental value kan =)

ADAN + LINA said...

TANIAH dapat Jam baru...
Pandai cara your hubby "SUPRISE" kan you...
Biasalah...orang lelaki ni memang kadang kala akan buat sesuatu yang sang isteri tidak menduga...!!!

~ yus ~ said...

kan..dapat pun jam baru...

yg lama tidak di lupa, yang baru pengubat hati kan kayzie..:)

MommyAqil said...

wahh so sweet..bestnyaaa dpt jam baru...lebih bermakna pemberian dari husband tersayang kan...tahniah kayzie..

mamaNoriz said...

owhhhh, hepinye!!!

baik tul cik abe tu, sungguh memahami...

klu kasi masa pagi raya mesti lagi best kan sbb pakai baju cantik, dpt lak jam baru...ekeke

so kayzie kena balas la, serve special kat abg syg tu...hihihi

wahida said...

uolls ni mmg sweet kapel...

:: Mrs.Eady :: said...

wah suka nyer.... :)

kayrul-shah said...

salam kenal...

bestnya dapat pengganti jam yang dah hilang...raya2 nie ramai yang beli jam raya ye..kayrul pun belikan husband jam raya sempena untuk anniversary lagi 2 blan..kiranya advance hadiah la..hehhehe

kayzie said...

thanks sume: alhamdulillah..:)

Ummi Ummair said...

wahh..so romantik..bestnye dpt jam baru dr yg tersayang. pasni jaga baik2 tau jam tu..
;)

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang