Monday, July 4, 2011

Cikgu bertemu Cikgi

Khamis lepas ada lawatan dari sebuah sekolah ke kolej ibu. Ibu langsung tak amik tau dari sekolah mana. Just prepare tuk demo yang perlu di tunjukkan pada diorang pada hari kejadian jek. Pelajar seramai 40 orang dan cikgu-cikgu pengiringnya seramai 5 orang. Bila terpandang salah seorang cikgu yag hadir barulah terdetik hati ini nak bertanya dari mana rombongan tersebut. Ku fikir ingatan daku ni sangat la lomah, rupanya salah sangkaanku..hehe.. serius terperasan dan teringat pada wajah salah seorang cikgu tersebut. Itulah cikgu ibu pada suatu ketika dahulu..hehe..Al maklumlah masa sekolah menengah dulu ibu sempat bersekolah di 3 sekolah berlainan, so agak lambat nak recall wajah2 yang hampir2 hilang dari kotak ingatan ni (cheewah).

Part yang paling best, masa ibu duk berkira-kira nak beritahu cikgu tersebut bahawa 'aku anak muridmu'..tiba-tiba cikgu yang tegur ibu 'ini anak murid saya kan?'..dengan muka bangga dan gumbira ibu akui..'ya cikgu, saya pun perasan cikgu tadi' (apa punya anak murid, patutnya ibu tegur dulu kan?bersalah rasa)..Cikgu pun terkejut tengok anak muridnya dah bekerja malah dalam profesion yang sama sebagai tenaga pengajar. Ibu pula terkesima dengan ke 'awet' 'muda' an cikgu tu? Berapa umur dia ek dapat maintain dengan wajah sweet cam langsung tak berubah dengan waktu dia mengajar ibu 14 tahun lalu???..Boleh ke ibu maintain camtu?(ahaks..motif)

Moral of the story di sini, sebagai pendidik ni paling best bila di hargai oleh pelajar kan?Bukanlah di hargai dengan hadiah apatah lagi wang ringgit, pada ibu cukup dengan sapaan or senyuman dan yang paling penting, jumpa dengan bekas pelajar yang dulunya sangat degil tapi 'mejadi orang', tak kisah sekecil mana kejayaan diorang yang penting 'menjadi'. Kalau zaman ibu dulu, kalau terserempak dengan cikgu masa tengah 'dating' or lepak kedai mamak ngan kawan-kawan memang rasa segan sangat-sangat. Tapi zaman sekarang, student pakai baju tak cukup kain, 'terkeluar' sana sini (padahal bertudung di kolej) tanpa segan silu datang tegur, seolah-olah nak beritahu 'inilah aku yang sebenarnya'..

zaman dah berubah..................

9 comments:

maya amir said...

wahhh bestnye dpt jmpe cikgu lama;)

@LeenShamsh said...

ank murid yg baikk!! jasanya mukenang heee

anda ditag! http://attuffahumairah.blogspot.com/2011/07/princess-solehah-1st-giveaway.html

Izwa Kamaruddin said...

wahh..suka nyer :)

kayzie said...

maya: hehe..best
ummu muhammad: i'll check it out..:)
mrs eady: sukee banget

LYAfrina said...

rindu nk jumpe cikgu2 lama..esspecially cikgu2 y sekepala y meninggalkan kenangan y best spnjang bsekolah dulu..

arwah ayah lya pon cikgu gak & kedua-dua org kakak lya folow jejak arwah ayah.lya je y x jd cikgu..

Mek Rose said...

hehehe..betul2..tu la bes jd pendidik..akan dikenang..tapi sy takleh jd cikgi kot..tak sabor orgnye..ahhahaha

sonot kan dpt jumpe cikgu2 kita dulu..:-)

azhariahzuber said...

sampai mas akita akan berada di situ kan..hehe

ummiross said...

seronok kan dapat jumpa cikgu kita dulu2...

wahida said...

baru aku tau ko ni cikgu rupanya...

gud profession!! banyak pahala tu...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang