Kebetulan banyak terbaca cerita sal cara pemakanan anak kebelakangan ni, so ibu teringat kenangan awal-awal kasi Faris makan dulu. Zaman ibu kecik-kecik dulu (sekarang pun kecik gak..huhu), since arwah mak ibu takde, ibu adik beradik di jaga nenek n ibu saudara (waktu atuk kerja). Mok de( gelaran ibu saudara ibu) selalu 'membebel' coz kami adik beradik memilih makan, bila dia dah masak banyak (macam-macam lauk) tak berhabis pulak..haha..kesian mokde..ibu pun dah mula merasai 'kepeningan' tu walau dengan anak seorang ni..Selera..siapa boleh jangkakan?
Faris so far tak banyak masalah,6 bulan pertama Faris just bf secara eksklusif (tanpa air dan makanan lain selain susu ibu). Masuk 6-9 bulan ibu mula berikan Faris bubur cair (blend hancur sepenuhnya) dan puree buah atau sayur boleh tengok sini. Macam-macam buah ibu cuba tuk tau kegemaran Faris,antaranya la kan betik, epal, avocado, kiwi, pisang, kentang, labu, brocoli, n carrot. Paling Faris suka adalah betik. Kalau dengan anak-anak ni memang kena banyak buat eksperimen kan?Tak banyak post tentang resepi or makanan Faris, coz ibu malas..hehe..
Makanan rutin sampai sekarang still lagi bubur nasi + sayur + ikan/ikan bilis/ayam/daging. Kebiasaanya, hari kerja ibu akan masak terus bubur dalam rice cooker Faris, kadang-kadang pula ibu akan buatkan nasi dan masak lauk berasingan tuk ubah selera anakanda (resepi yang sempat ibu masak sebelum pergi kerja pagi tadi = nasi + pucuk dan soon masak air + ikan goreng..malas kan?) Tak sempat nak sediakan berjenis-jenis lauk.
Bila dah masuk umur 1 tahun, anak ibu dah pandai memilih, lebih2 lagi sebab dah pandai minta n tolak. So kalau di paksa juga makan nasi, mula lah 'taknak..taknak nasi' sambil geleng kepala dengan bersemangatnya dan kadang-kadang tepis pinggan. If dah tahap dia malas makan, memang tak boleh nak paksa dah.. Cuma satu yang ibu suka, mungkin kesan dari makan bubur blend sekali dengan sayur yang ibu biasakan dulu, so Faris dah terbiasa dengan rasa sayur, sampai sekarang kalau nasi dia dah taknak, hulur je pinggan dia akan kutip segala sayuran dalam pinggan. Harap sampai ke besar la suka makan sayur tu.
Sekarang selera Faris pada nasi memang tak boleh nak jangka, kebiasaanya memang tak habis nasi or bubur yang ibu sediakan (tak sedap ke sayunk?), sebab itu pagi-pagi ibu terpaksa juga masak benda lain sebagai pilihan tuk anakanda. Selain nasi, Faris memang penggemar pasta, kalau tak sempat sediakan spaghetti carbonara (feveret anakanda) ibu just rebuskan pasta yang berwarna warni tu aje. Faris ratah begitu sahaja sebagai sarapan..huhu..Tentang berat, memang tak perlu risau, coz ibu pun susah nak naik berat (asek turun jek). So memang tak syak lagi Faris mewarisi kecomelan ibu..^__^..
opps..thanks to ayah jugak..selalu tolong masakkan bubur Faris..:)
opps..thanks to ayah jugak..selalu tolong masakkan bubur Faris..:)
panjang lak celoteh ibu hari ni..thanks sudi membaca hingga ke akhirnya..:)
***sekadar coretan daku tuk anakanda di kemudian hari tiada tujuan tuk mengajar k..peace..
kebuasanmu menawan hatiku..hehe..
buah hati ibu..:)
14 comments:
ada masa boleh share resepi spaghetti tu. hehe. gigi Faris mesti banyak kan. Kakal tak reti lagi la kunyah². dia main telan je.
berat tak naik xper..asalkan sihat..hehehe
pandainya faris mkn sayur...jeles auntie...auntie dah besar ni pun tgk sayur gak nak mkn...huhu....
gagah sungguh atas kude kaki tu ;)
wardah: gigi 4 ats n 4 bwh..huhu..dia mkn cam
org tua..knyah gg dpn..haha
mumy2k: tu la..dl isau gak tp doc kt graf dia still nrmal so takpel..hehe
kak wahida: setakat ni suka la tatau la kl nnt ikut jejak aunty..huhu
ummu muhammad: dia blas dndam kot sbb sllnya dia kena ikat kat car seat..ehe
hmm.. kite belum cube bagi dia buah.. sekarang pun makan nestum sajork sbb mommynye sangat kemalasan!huhu
wahh taste western ni ank ibu..hihihi..tp alhamdulillah sbb fariz nak jgk mkn sayur sebab sekarang bdk2 nmpk sayur mcm nmpk ubt..selalu je tolak...Semoga Fariz akn lebih berselera lagi lepas ni masakan ibu buat k..Gud Boy!!
myamyza: faris tak suka nestum..dah penah try, mgkin coz dr awl2 dia mkn mmg buatkan bbur, kalo p jln mana2 pun bw gak rice cooker dia sbb dr awl mmg dia bnyk mkn nasi bbur..:)
mommyaqil: haha..tu la,mmg dia berselera bagi jek apa dia suka..:)
cergas.... sekarang pun baby kak liza nak suap sendiri je.
hehe..tula..syok gak ajar mkn sndr tp pastu kompem kena mandi n mop lntai..haha
Post a Comment