Thursday, May 19, 2011

Berhenti dari Taska?

Anakanda ibu Faris Amsyar dah genap 15 bulan hari ini..ini lagi kisah anakanda masuk hospital selepas kes ni..kali ni pakej 4 hari 4 malam di Kuantan Specialist Hospital..
Puncanya : cirit birit bermula sejak pulang dari taska pada Hari Jumaat (13 Mei 2011), but Faris still aktif dan selera makan macam biasa. Sabtu petang mula muntah-muntah, even minum air masak pun muntah. Ibu cuba berikan air glukos, lepas 4 kali muntah tapi tetap jugak muntah berterusan dan Faris semakin lemah. Dari pukul 6 petang hingga 9 malam Faris dah muntah 10 kali. So terus ke hospital dan Faris di tahan.
Rawatannya : Doktor ambil darah dan keputusan darah menunjukkan Faris di jangkiti virus. So kena masuk air (total sepanjang di hospital = 7 botol), antibiotik dan ubat tahan muntah. Alhamdulillah sejak masuk air, muntah dah berkurangan kepada 2-3 kali sehari tetapi cirit birit still berterusan.
Semalam Faris dah keluar wad, tapi still cirit birit, mengikut doktor ia akan berterusan mungkin sampai seminggu untuk pulihkan semula usus. Kesian anak ibu. 

Di hospital yang sama, 2 orang kanak-kanak dari taska Faris pun di tahan atas sebab yang sama..
Entah virus apa yang menyerang, sampaikan ibu dan ayah yang menjaga Faris pun berjangkit sama, cirit-birit dan muntah-muntah. Tapi berbeza bila orang dewasa yang kena, ibu rasa lemah tapi ibu tau Faris mesti lagi lemah. Anak ibu still tak nak makan, hanya minum air dan neneng. Semoga anak ibu cepat sihat dan ibu harap ini kali terakhir Faris warded. Tak sanggup dah tengok Faris sakit.


SELINGAN: Perkembangan @ 15 bulan Faris keluarkan 1st ayat 'sakit kaki' pada hari pertama di hospital..dah semakin banyak perkataan yang boleh dia sebut dan dah kenal anggota badan (mata, telinga, nose, gigi, belly button, nonet dan kaki) tak sabar nak tunggu Faris betul-betul pandai cakap..nak layan soalan dan ngomelan anak ibu..:)


Atuk dah bising-bising, "setahun atuk jaga Faris tak pernah masuk hospital, pergi school (taska) baru 2 bulan dan 2 kali masuk hospital"..motif atuk cakap macam tu supaya ibu dan ayah tak lagi hantar Faris ke school, atuk nak jaga Faris..ibu buntu..PERLU BERHENTI DARI TASKA OR TERUSKAN???

Ibu tak salahkan taska, coz sememangnya bila buat keputusan untuk hantar Faris ke taska perlu sedia menerima dan menghadapi risiko penyakit berjangkit ni. Tapi adakah berhenti dari taska akan jadi penyelesaian?erm..HELP ME PLEASE

EXTRA : sentap dengan pertanyaan seseorang, "Faris sakit?bukan ke kalau minum susu ibu antibodi kuat dan susah sakit?kenapa Faris sakit jugak eh?"..Ya ALLAH..ibu tak perlu jawab ini..dia sepatutnya tahu itu bukan soalan yang baik, sebagai seorang Hamba ALLAH dia tahu jawapan pada soalan bodoh dia tu. Yang paling utama, ibu sedih coz dia pun seorang ibu...if dia menyusukan anak dia, ibu doakan semoga anak dia sentiasa sihat coz ibu risau if anak dia sakit terus dia stop menyusu nanti..

14 comments:

myamyza said...

acik doakan moga faris senantiasa sihat2 dan ceria2 selalu ya..

violet said...

salam sayang buat faris dari ummi aiman..
hehe, k.zy, membesarkan bb ni mmg byk halangan dan rintangan. apepun decision yg ko buat, make sure that is better solution for him.

tp, personal opinion aku la kan..
anta kt taska mmg berisiko mcm yg ko amik tu(ko ade tulis kt entry ni)..even kt mn2 pun berisiko, cuma taska ni lebih ramai bebudak,means lbh besar risikonye..
so, y not ko stop kan je faris dr tempat tu..since atuk faris pun macam berminat nak kg faris..hehe (bukan amik kesempatan, tapi for faris). or, mungkin saje virus2 tu dtg ms ni je coz skangpun cuaca tak brape elok, udarapun kurang segar..means, leh le kalu ko nak sambung letak faris kat taska tu. or, ko leh survey lagi tempat baru utk faris berkawan ^_^

again, buat le keputusan yg terbaik utk faris ye..

jadi ibu kene tabah tengok anak sakit kan?? rasa macam nak take over je sakit diorg tu kan..huhu..
btw, dah panjang membebel ni, take care!!

Anonymous said...

faris..cepat sihat ye...
kz..ak penah pull out hatta dari taska hospital sg buloh sebab hatta kene konjunktivitis yg sgt teruk...nyaris xscrapping mate die..sume sebab pekerja taska yg saket mata n xnak cuti...geram..irresponsible..n da banyak kali kantoi xjaga keselamatan bb bawah jagaan diorang...letak bb yg leh golek2 kat atas meja yang tinggi..gune rocking chair hayun bb kuat2..serik=(

Izwa Kamaruddin said...

semoga faris cepat sembuh...

btw...bkn bermakna susu bdn tu terus x dpt sakit..hurm..ape la org tu..

Anonymous said...

kz...tadi dah comment tapi xtaula nape macam hilang jek..so tulis lagik..
serik hanta taska...sebab macam2 perkara penah jadik kat hatta...pull out tros sebab sgt xpuas ati ngan cara diorang jaga anak..wpon anta kat taska hospital sg buloh...

@LeenShamsh said...

sabalah...manusia memang mcm tu..sepatutnye disaat2 mcm ni berkatelah yg baik2 sebagai tanda sokongan..insyaAllah faris takde apelah..insyaAllah sistem imun die sedang bertindak melawanlah tu..ambil masa..percaya dengan hikmah susu ibu yg Allah kurniakan ok ibu! jgn down dgn kate2 mereke2 yg prejudis dgn janji2 Allah! semoga sentiasa dlm redho Allah insyaAllah! ;)

kayzie said...

myamyza: thanks acik..:)

kayzie said...

ajar: thanks umi aiman..aku still berbelah bagi..atuk mmg nk jg faris tp aku lak kesian tkut atuk tak larat..nk anto taska kesian kat faris lak..so tatau mn yg nk di korbankan..nway thanks

kayzie said...

shima: siannya hatta sampai kena camtu ek?tu la ssh taska ni, tkut gak kl dpn kita je pura2 jg anak elok. sape jg hatta skrg?ssh hati bila pk sal ni..

kayzie said...

ummu muhammad: thanks..awal2 dgr ayt org tu mmg saya down sgt..smpai ajak hb bli susu fm..tp bila pk smula, takde guna nak terasa ngn ayat mcm tu..kesian pada org yg berfikiran mcm tu or mgkin dia terlupa nk control mulut..so let it be..:)

sweetlavender86 said...

ciannyee faris!cepat2 sihat ye.lamenye die sakit.adam hari tu muntah2 dua hari pun dah sampai lembik.kak kayzie kdg2 mungkin mknan yg diorg sedia kan mybe xbersih atau xsesuai untuk perut faris.doc ckp jugak najis budak pun boleh sebar kn virus.yelah.kt sane pun sume budak2.kdg2 cm pampers budak2 yg dah gune mungkin diorg xurus kn dgn betul.lagi ramai budak yg diorg jage lagi bnyak la penyakit yg akan terdedah.zura rase mungkin kak kayzie boleh try taska lain.mg kite kene try mane yg sesuai dgn anak kite.faris blum jumpe lagi tu taska yg sesuai.try crik taska untuk budak bwh 4 tahun..ape2 pun bnyk kn bersabar je.ni sume dugaan allah.budak2 mmg senang kene penyakit.

.waniey jamaludin. said...

hAtta skang anta uma pengasuh jek.senang nak pantau..lagipon kat uma org xramai sgt orang..plus ak dapat oang jaga die yang sangat bagus...really concern..susa nak dapat da macam die...kite yg bekerja ni mmg needs sum1 yang boleh dipercayai utk jg permata hati kite - shima

kayzie said...

untung hatta dapat pengasuh bgus..mmg ssh nk dpt yg btul2 ikhlas jg anak kita skrg..aku prnah try pgsuh tp smggu aku anta faris dpt lebam2 blkg telinga n mata.aku panas bl aku tny jwpnnya 'tatau' means dia tak ckup peka ngn ank aku or dia nk smbunyi sumting.dats y aku stop n cr taska..

SMH said...

Umur 15 bulan,duduk dgn atuk dulu pun xpe.nanti dah4-5 hantar la taska.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang