Acara jalan-jalan cari makan di Bandung ni kira macam kemuncak percutian..hehe..Kalau pergi ke Bandung memang tak perlu risau dengan makanan mereka. Selera meraka lebih kurang je dengan selera orang Malaysia, kadang-kadang makanan diorang tu ibu rasa lebih sedap daripada di Malaysia..hehe..Sepanjang di Bandung kami merasa makanan SUNDANESE dan MASAKAN PADANG. Itu adalah makanan femes ames di sana. Masakan Sunda ni kebanyakan nasi nya di masak dengan bahan-bahan lain seperti daging, ada juga yang di masak dalam buluh dan di balut daun pisang. So aromanya pun dah cukup menyelerakan. If makanan Padang, cara hidangannya sangat berbeza, macam-macam jenis lauk diorang hidangkan, leh di katakan lebih 10 jenis lauk. Jangan korang sentuh semua jenis lauk, yang di hidang tak semestinya perlu di bayar, hanya yang di sentuh sahaja yang akan di kira.. Haishh..tak pandai la nak cerita lebih-lebih sal makanan ni coz tak sempat nak interview supir..hehe..tapi memang tak rugi merasa makanan diorang. Memang sedap, mungkin pasni p Bandung leh fokus tuk Jalan-Jalan Cari Makan aje..hehe..Jom layan pics
di BALIBU restoren, kami suka ambil tempat macam ni supaya senang nak kepung dak kecik tu
sup bontot goreng..enak banget..sup ekor sebenarnya..huhu
menu kami di BALIBU, nasi timbel ayam komplit..ini adalah makanan Sunda, diorang punya set mesti dengan nasi, ayam or ikan, ulam-ulaman dan sambal..simple tapi marvellous
Sunda lagi..
Di KARAMBA restoren kami makan ikan terbang..huhu
ini pula masakan padang..tengok tu..macam-macam lauk yang buatkan air liur meleleh..uhuhu..makan 3-4 jenis lauk baru dalam RM 20..berbaloi kan?
di SEDERHANA, restoren masakan Padang yang galmour di sana, banyak cawangan dan ada sediakan tempat mainan tuk kanak-kanak..
ibu tengah berkira-kira nak makan yang mana satu..haha..
teh botol..tiada di Malaysia kan?agak pekat sikit bagi ibu teh o dia ni..anyway sedap dan berjaya hilangkan dahaga selepas keletihan shopping..huhu..
Kebanyakan restoren di Bandung ni menyediakan musolla, mudah tuk kita kan..
**********************************KAMPUNG DAUN*******************************
KAMPUNG DAUN..restoren yang paling istimewa di hati kami..ahaks..malam terakhir di sana, supir bawa kami ke sini. Mengikut supir, ini tempat wajib pergi..
Memang istimewa tempat ni, terletak di kawasan pergunungan berhampiran dengan TENGKUBAN PERAHU (next entry). Sejuk dan nyaman banget di sini. Nak basuh tangan pun takut coz rasa cam basuh dengan air batu..sejukkkkk..
Suasananya ala-ala dalam hutan gitu coz mereka menerapkan natural konsep. Sesuai dengan suasana yang nyaman dan aman
Hujung minggu tak payah la korang plan nak ke sini, memang beratur tunggu meja nanti..
gelap la pulak gambarnya..huhu..susah tul nak ajak dak kecik ni bergambar, dia excited berjalan
dan teroka tempat yang luas ni.
Di sini tempat makan semuanya dalam pondok-pondok..syok siap leh baring-baring..
Tidur pun enak ni..hehe
Ini juadah kami malam tu, NASI LIWET..hah..jangan ingat di Malaysia je glamer dengan liwat-liwat ni..haha..di Bandung pun liwet menjadi rebutan k..oppss..haha..tak de pulak gambar nasi liwet ni, nasinya duk dalam periuk bertutup tu..nasi dia di masak dengan pelbagai ramuan, sampaikan si kecik tu makan nasi semata-mata..sedap katanya...anyway di sini pun ada di sediakan western menu untuk mereka yang tak berminat dengan Indonesian Special..
So kalau ke Bandung jangan lupa pergi ke Kampung Daun k..45minit dari Bandar Bandung..jauh tapi insyaALLAH berbaloi..:)
dadaaaaa..
4 comments:
terliuuuuuuuuurrrrr :)
bestnyaaa..
sup bontot...?kalau kat sini komfem takde siapa nak makan...heee
first time dgr nama nasi liwet...hehe..
Post a Comment