Friday, May 20, 2011

Restoren Nasi Arab Kuantan

Salam...

Ini kisah yang memang dah agak basi, kejadian sebelum anakanda tak sihat. But then, ibu nak up juga untuk tatapan korang yang sudi menatap..:) Sebenarnya nak lenyapkan dulu hal-hal anak tak sihat dalam kepala walaupun sesaat pun tak pernah boleh lupa sebenarnya. Anyway, Alhamdulillah Faris getting better, semalam sangat bingung dan berbelah bagi samaada nak rujuk Faris ke hospital besar or terus stay at home kasi chance dia recover sendiri. Coz semenjak discharge (Rabu) Faris langsung tak nak makan, just menyusu dan minum air masak semata. Cirit birit still ada, sampaikan dalam masa 2 jam ibu balik untuk tengok dia semalam 5 kali dia berak. So ibu berkira-kira nak bawa ke hospital coz takut Faris dehydrated. Bila pulang dari kerja semalam, tiba-tiba anakanda sebut 'mamam'..bila ibu tanya 'Faris nak mamam?'..dia jawab 'nak'..kebetulan ibu pegang apple, Faris pun sebut 'nak..apel (Apple)'. Secepat kilat ibu kupaskan apple, tapi dia makan just sepotong kecil. Lepas tu ibu cuba suapkan bubur pula, Alhamdulillah hampir habis bubur yang ibu sediakan (separuh dari portion biasa Faris)..So dengan progress tu ibu cancel tuk ke hospital, InsyaALLAH anak ibu semakin sembuh.

Eh..ni entry sal nasi arab..haha..

Just nak berkongsi info dengan penduduk Kuantan..ahaks..korang tau tak di Kuantan pun ada restoren yang menyediakan makanan Arab? Pernah ke cyberjaya bersama my BF dulu tuk makan nasi arab yang sedap, kalau di Kuantan ni if korang berminat leh la try di Restoren Jawaher di Sungai Isap. Ibu pun baru tahu apabila dapat jemputan makan-makan dari ibu saudara ayah..sempena Hari Lahirnya..Jom layan picca

nah makan ko..kompem ibu leh gemuk pas habiskan nih..hehe

di sertakan bersama..sup kambing, sup ayam, ada sayur tatau apa nama, dan manisan

suasana di dalam restoren..cute jek restoren ni..

makanan dah sedia terhidang..jom mamam



Birthday girl..ahaks..Ustazah Fatimah aka mak andak..

Faris with Aki..ini budak sangat nakal malam tu..ibu terpaksa makan selepas ayah siap makan..nasib baik ayah tak habiskan semua lauk..hehe


SEKIAN..wassalam

To Aisha..nanti boleh la mama bawa aisha makan kat sini eh if Aisha datang Kuantan..:)

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

huhuh..x gemor nasi lain selain nasi putih...nasi grg pun x suke....jenuh! :)

kayzie said...

mrs eady: huhu..peminat setia nasi putih ek..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang