Tuesday, May 31, 2011

Tinggalan Mei

Salam..

Dah penghujung Mei..sekejap jek rasa dah nk masuk Jun...bila ibu belek semula diary ibu ni..Mei meninggalkan banyak kisah yang agak berlainan dengan bulan sebelumnya..

Sakit itu Nikmat
Keluarga kita di uji. Tetapi sakit pun sebahagian nikmat ALLAH kan, asalkan kita redha pasti nampak nikmat di sebaliknya. Teringat masa ibu pilih nama untuk blog ni..seseorang pernah beritahu macam tak elok letak 'perfectlife of mine' coz katanya nobody perfect melainkan ALLAH..itu sememangnya benar..tetapu pada ibu, adanya gembira, sedih, suka dan duka itulah yang menjadikan hidup ibu sempurna..ibu percaya semua orang pernah merasai sakit, sedih dan duka..terpulang kepada individu untuk melihat dari sudut yang bagaimana. Seperti kata pepatah orang-orang kampung kita..hehe 'you will never meet a perfect guy but there's always one guy that is perfect for you' (faham kan kaitannya?haha)..so terpulang kepada penilaian masing-masing tentang apa yang menjadikan kehidupan kita sempurna. Untuk ibu ini adalah kehidupan yang paling sempurna..

Semoga Masih Ada Peluang Ke2Bulan ni juga ibu dapat satu peluang yang memang ibu idamkan..yang memang ibu harapkan. Alhamdulillah berjaya terpilih untuk menyertai bengkel laktasi tetapi sedihnya ibu terpaksa menolak. Entah macam mana ibu boleh tak perasan dengan tarikh yang di berikan. Ibu perlu megendalikan kursus pendek di Kolej (14 Mei) pada tarikh yang sama dengan tarikh bengkel (14- 16 Mei). Silap ibu coz tidak betul-betul meneliti setiap emel yang di kirimkan. Walaubagaimanapun sememangnya ada hikmah di sebalik kejadian itu, di takdirkan selepas kelas pada 14 Mei kesihatan anakanda merundum dan di masukkan ke wad pada malam tersebut ceritanya di sini. Bayangkan kalau ibu dan Faris berada di bengkel laktasi pada masa tu, kompem gelabah nak uruskan anakanda..cantik aturan ALLAH..:)..So ibu terpaksa redha..mohon ibu dapat peluang ke2 untuk menyertai bengkel tersebut..


ibu cuai membaca emel-emel sebelum ini, harap ada peluang ke2..


Esok dah bermula kehidupan di bulan Jun pula..Ready tuk meriahkan Jun..:)

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

lumrah hidup kiter rase semua tu....ade suka duka & semua keindahan 'rase' itu :)

mummy2k said...

setiap apa yang Allah kurniakan mesti ade nikmat disebalikNya...

kurus said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya .. percaya lah :)

wahida said...

harap faris terus sihat...amin...

Unknown said...

kayzie..akak pun dpt tawaran kursus tu tp last minit x dpt pegi coz suami xleh cuti smpai 2 hari. ummair plk xde org jaga. dgr kabarnya yg pegi x smpai pn 10 org. kwn akak yg jd urusetia mesej akak pg 14hb tu n suruh dtg jgk segera tp malangnya akak ada kt kg ms tu. klau dh xde rezeki ada je halangannya kn? diorg tsilap pilih tarikh sbnrnya tu, patutnya wat time cuti kat sini, bkn time cuti sama cam KL.
klau tak kita dh boleh jumpa n kenal lg dekat kat sana kn? xde jodoh nampaknya. cuma bersua di alam maya. :)

kayzie said...

ummi ummair: yeke..kbetulan lak akak pun tak dpt g ek..tu la, takde rezeki nk pergi n b'jmp..hehe..hrp2 next time ad peluang nk g..:)

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang