Sunday, May 22, 2011

Kenapa anak sakit walaupun menyusu susu IBU?

Salam

Alhamdulillah ibu dapat jawapan kepada persoalan seseorang tentang kenapa Faris tetap sakit walaupun menyusu susu ibu. Ibu memang pembaca setia majalah PAMA semenjak dari mula mengandungkan Faris lagi, so PAMA keluaran JUN 2011 memberikan ibu jawapan kepada persoalan ini..Dalam ruangan soal jawab laktasi seorang ibu musykil dengan keadaan anaknya yang hanya menyusu susu ibu tetapi kerap sakit. Ibu ringkaskan jawapan yang di berikan oleh Pakar Laktasi Rita Rahayu Omar untuk kita kongsikan..

1. Berdasarkan pemahaman umum, bayi menyusu susu ibu LEBIH SIHAT daripada yang menyusu susu formula. Asas dalam memahami bayi yang menyusu susu ibu tidak jatuh sakit seperti bayi yang menyusu susu formula adalah berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Ia menyatakan, jika terdapat peningkatan penyusuan susu ibu yang sederhana seluruh dunia, kadar penyakit di kalangan bayi akan turun mendadak.

2. Maksudnya ialah antara 1000 bayi menyusu susu ibu dan 1000 bayi menyusu susu formula, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih sihat dan kurang sakit. JIKA MEREKA SAKIT, MEREKA MUDAH SEMBUH.

3. Kandungan susu ibu berubah berdasarkan keperluan bayi. Sebagai contoh, ibu yang melahirkan bayi pramatang memiliki susu ibu tinggi lemak dan protein khusus membantu dalam pertambahan berat badan bayi. Ibu yang sakit dengan strep akan menghasilkan antibodi dalam susu bagi melindungi bayi daripada di jangkiti strep.

4. Bayi yang ditinggalkan di Taska terdedah kepada perlbagai jenis kuman dan virus. Sedangkan ibu bayi tersebut tidak terdedah kepada kuman dan virus berkenaan. Oleh yang demikian, ibu tidak dapat menghasilkan antibodi secara semulajadi bagi di salurkan kepada bayi untuk mencegah penyakit di Taska. Penyelesaiannya, ibu perlu menghabiskan beberapa waktu di Taska untuk memberi peluang tubuh bertindak balas demi menghasilkan perlindungan untuk bayi.

5. Penyusuan susu ibu berterusan memberi perlindungan dan merupakan sumber makanan berkualiti selagi bayi di susukan dengan susu ibu. Susu ibu tidak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada penerimanya. Seperkara yang perlu diingat ialah anda TIDAK MEMERLUKAN diet sempurna dalam menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi.  

Pada ibu, sakit itu adalah Reminder kepada kita sebagai Hamba ALLAH, tetapi jawapan di atas #4 mungkin yang paling tepat kenapa Faris mudah di jangkiti penyakit sepanjang di Taska. Walau apa pun, selain kerana khasiat susu ibu itu sendiri, ibu terus menyusukan Faris tanpa campuran susu formula sehingga ke hari ini adalah kerana momen tidak ternilai yang ibu dapat apabila menyusukan Faris. Ibu belum bersedia untuk berhenti daripada dapat membelai dan bercerita dengan Faris setiap kali menyusukan Faris. Momen itu ibu takkan dapat sekiranya ibu hanya memberikan botol untuk Faris menyusu. Ikatan yang terjalin sepanjang menyusukan Faris itu adalah momen paling berharga kepada ibu..Thank You ALLAH..

12 comments:

@LeenShamsh said...

artikel yg sgt berharge! maksudnye kite kene pegi tmpt die diasuh utk hasi;kan antibodi mengikut keperluan tempat...ibu faris perlu segere! ;)

kayzie said...

ummu muhammad: begitulah nampaknya..hehe..

Izwa Kamaruddin said...

good info darling...bkn la makne nyer kite BF anak,anak kiter lgsg x sakit kan?

wahida said...

batapa beruntung menjadi wanita...

silent^reader said...

dear ibu kayzie..
everything happens for a reason..
kite manusia hanya berusaha,mungkin itu kehendak yang Maha Esa.. kemujaraban susu ibu itu pun datang daripada Dia.. moga niat suci ibu akan sentiasa diberkati ALLAH.. insyaAllah..

kayzie said...

armouris: thanks

kayzie said...

mrs eady:yupp..:)
kak wahida: ur rite..:)

kayzie said...

silent^reader: yess no doubt..artikel ni di harap dapat membantu mereka yang rasa sangsi dgn khasiat susu ibu apabila anak sakit..terutama seseorang yg membuatkan saya 'sedih' di entry sebelum ni..sakit sebahagian drpd kehidupan, saya terima itu seadanya..manis dan pahit itu yg menciptakan 'hidup yg sempurna'..wallahualam

@LeenShamsh said...

kayzie kite mohon olah n copy yg kayzie share ni ;)

kayzie said...

silakan ummu muhammad..:)

Mek Rose said...

sape org yg bengong sgt tanye soklan camtu tu?? grrr sy plak yg emo. tu kan semua keja tuhan. takde kene mengena ngan susu ibu. susu ibu anugerah tak ternilai dari Allah..pasai penyakit plak, tu pon kerja Allah...ish2...

kayzie said...

ibu rafiq: akak emo sy dah speechless..huhu..biarkan org begitu terjun dgn labu2nya..:D

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang