Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemenangan

Salam 
3 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..
Selepas itu..InsyaALLAH semua umat Islam akan meraikan Hari Raya sebagai tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa..
Salam Syawal in advance kepada semua kerana mungkin ini hari terakhir ibu dapat bersiaran..hehe..
Selepas ini just bw dari phone je ke rumah kawan-kawan..

Sempena Syawal yang bakal tiba..
ibu memohon maaf seandainya ada ayat dan komen ibu  selama ini menyinggung perasaan sesiapa..
Semoga Syawal memberikan seribu kebahagiaan dan keberkatan kepada semua..


Selamat Hari Kemerdekaan ke 54 juga..

Salam Merdeka Raya..:)

TATA....

wassalam...

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday - Faris Amsyar




Ini bukan cita-cita saya...adiossss..

Tuesday, August 23, 2011

Homeschooling- Jom Belajar Mengaji

Salam..

Alhamdulillah minggu lepas sebelum kami pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama atuk, datang encik posmen menghantar barangan yang ibu beli secara online 2 hari sebelum itu. Ibu berbelanja untuk anakanda lagi. So lepas ni anakanda kena la rajin belajar k, ibu pun kena la lebih rajin mengajar..hehe..Ibu harap sebelum usia 2 tahun anakanda dapat mengenali semua huruf (erk..6 bulan sahaja lagi..)InsyaALLAH

Ini yang ibu beli...hadiah tuk anakanda sempena genap usia 1 tahun 6 bulan..:)

boleh klik :: online shop :: if berminat
ini buku baru Faris. Sebelum ini ibu gunakan Iqra', kaedah al Barqy ini berbeza dari cara ibu mengajar sebelum ini. So ibu perlu master kaedah mengajar dulu sebelum dedahkan Faris pada cara ini. Ibu perlu fikir dulu samaada untuk gunakan cara al Barqy atau teruskan dengan cara ibu sebelum ini.

Flashcard 3 set..1 untuk ibu gunakan semasa mengajar, 1 tuk di tampal di bilik yang ibu jadikan bilik 'study' Faris dan 1 ibu simpan tuk menggantikan mana-mana kad yang rosak nanti.
ibu baru je tengok website Islamic parenting tadi, falashcard ni sudah kehabisan stok..Alhamdulillah sempat ibu belikan tuk Faris.

Thanks to Puan Lina Karim untuk emel yang memberitahu adanya stok flashcard tersebut, coz kalau nak cari di kedai memang sangat susah, ibu dah cari di banyak kedai di Kuantan dan Kemaman. Ibu memang sentiasa menanti emel dari Puan Lina Karim coz suka dengan update seperti perkembangan anak-anak kecil yang pandai mengaji..boleh di jadikan idola Faris..:)

Kemudahan sudah tersedia, semoga ibu semakin rajin untuk mengajar anakanda..hehe..

Monday, August 22, 2011

Raya Sakan

Salam..

Puasa..ibu pernah dengar, puasa bukan ibarat tebu, semakin hujung semakin hilang manisnya, so biarpun  puasa sudah hampir sampai ke penghujungnya jangan sampai kita terlalu terleka mengejar persiapan raya sampaikan membiarkan bulan ini berakhir begitu sahaja..(**nasihat tuk diri sendiri juga)

Tak sedar jek kan?Minggu depan jek dah nak raya. Sepasang lagi baju raya ibu masih pada tailor, baju Melayu Faris dan ayah pun sama. Minggu lepas dengan bersemangatnya ibu mohon cuti hari Jumaat, memandangkan ayah cuti Jumaat, so ibu mohon cuti supaya dapat luangkan masa tuk shopping raya bersama ayah. Kami tinggalkan Faris di Taska, ok ni first time ibu buat macam ni, sebenarnya supaya anakanda dapat makan n rehat dengan baik. If ikut ibu, susah pula nak makan n memakan masa pula tuk ibu dan ayah mencari barang-barang.

Tujuan utama untuk setelkan barang-barang ibu dan ayah, mencari tudung dan sedikit persiapan lain. Tapi lain pula jadinya, perjalanan kami sentiasa terhenti di kedai baby. Kesudahannya barang-barang untuk anakanda pula yang kami dapat. Sedangkan pakaian Faris semuanya dah lengkap di beli semasa ke KL pada awal puasa lepas. Kata ayah "Tahun ni ayah nak bagi Faris raya sakan, walaupun dia tak faham lagi apa itu raya"..haisshhhh..ok ke camtu?

Tambah lagi 3 helai pakaian untuk anakanda dan sepasang kasut baru..

 Baju tu pilihan ibu, kasut pilihan ayah..brand feveret ayah, so Faris terpaksa menurut walaupun untuk kasut ke2...huhu
Baju ni, ayah berkenan, baju melayu jawa katanya..padahal kita ni mana ada yang berdarah jawa..huhu

ibu?weekend ni kena pulun cari tudung..sementara tu ibu perlu siapkan yang ini dahulu..
ce teka..ce teka...huhu..

semangat nih, baru pas beli segala barangan tuk memulakan projek menjahit manik (sdn.bhd)..sambil tunggu kereta ayah di cuci, ibu ambil peluang tuk merasmikan projek..nantikan hasilnya k..:))

Kalau berjaya siap..leh la 'beraya sakan' kalau tak sempat siap???jawab la sendiri..hehe

Thursday, August 18, 2011

Menu Berbuka Bersama Ibu Mertua

Salam Ramadhan..

Ini kali pertama ibu up gambar menu berbuka kan?Kebetulan semalam kami bercuti sempena Nuzul Quran, ibu pun buat menu ikut pilihan ayah, tapi still ciri-ciri utamanya mesti yang mudah di sediakan. Kalau rumit dan memakan masa ada risiko ayah berbuka dengan air je coz kena ambil kira masa 'berkasih sayang' untuk anakanda. Sepanjang memasak sure anakanda akan tarik ibu ke depan, nak isi minyak la katakan..hehe

Semalam kami berbuka beramai-ramai, ibu dan ayah menjemput nenek dan aki, keluarga ayah long, keluarga ayah ngah, pak su, mak lang dan tok andak berbuka bersama di rumah. Ibu rela memasak seorang coz kebetulan ibu dah beraya..:)

Jom layan menu kami seramai hampir 15 orang..

Siakap Stim
* Ibu gantikan asam boi dengan belimbing buluh, coz tak jumpa asam boi Halal di pasar..rasanya tetap mantop..yang penting ayah suka..:)

  Ayam Percik
*Gambar tak berapa menarik kan?ambil gambar pun lepas dah siap berbuka ni, tak sempat nak snap gambar sebelum di jamu..Ini yang tiggal sebagai juadah bersahur ayah..

Sambal Petai
Teringat pada atuk..atuk balik kampung bulan puasa ni, bila buat sambal petai takde geng lak nak makan, buat masa ramai orang camni baru la laku coz ayah tak makan petai



Gulai Lemak Jantung Pisang
*Ini feveret ibu..sepanjang zaman..ngeh2..sedapnya kalau ada daging salai..ibu just letakkan ikan bilis..nak mudah katakan..hehe..yang penting semua orang makan dengan berselerakan?
 

Tuesday, August 16, 2011

Nasihat dari anak

Salam Ramadhan..

Esok kami akan bercuti, cuti nuzul Al-quran, dengan bonus yang baru masuk semalam, kompem Kuantan akan penuh sesak. Meriahlah jalan raya, pasar raya, dan segala kedai yang menjual persiapan raya. Kompem malam ni, tauke-tauke yang dah sememangnya tak nyenyak tidur sejak awal bulan, langsung tak dapat nak tidur dek kerana sibuk mengira duit keuntungan...hihi..

So esok ayah boleh berehat, selepas hujung minggu ayah minggu lepas di habiskan untuk menjaga Faris coz ibu terpaksa bekerja. 

Ini kisah semalam, tentang anakanda yang semakin petah berkata-kata. Jumaat ini InsyaALLAH anakanda genap 1 tahun 6 bulan..

Semalam, dalam perjalanan dari taska ke rumah..

Faris : ibu..
Ibu : ya Faris..
Faris : ayah work...ibu nangan (jangan) nangis tau...
ibu : ***gelak

Boleh pulak anakanda ibu nasihatkan ibu..itu adalah ayat yang selalu ibu beritahu pada Faris setiap kali hantar Faris ke taska. Anak ibu semakin petah, Ibu suka (ada ke ibu yang tak suka??hehe)..ibu happy melayan kerenah anak ibu. Lagi suka coz kebanyakan perkataan yang keluar jelas dan tidak pelat. Syabas bete...

Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti..hehe..

Friday, August 12, 2011

Sudah ada pengganti

Monolog..

"Wahai jam..apalah nasibmu sekarang? Adakah kau kini berada di tangan seseorang yang bangga menggayakan jam yang bukan hak miliknya? Atau kau di hantar ke kedai jam terpakai menunggu tuan barumu? Mungkin juga, kau telah diberikan atau di jualkan kepada seseorang. Siapa pun pemilikmu, aku harap dia akan menjagamu lebih baik dari aku. Tapi kalau dia cuai dan meninggalkanmu biarlah aku pula yang menjadi orang yang menjumpainya.."

ahaks..leh gitu? nanti kalau ibu yang jumpa dan ibu ambil, kira ibu la pula ambil barang orang tanpa izin kan?
**teringat lak zaman sekolah dulu pernah buat karangan 'aku sebuah jam'..hehe**

Terkilan masih berbekas di hati, kali terakhir ibu hilang barang kesayangan di sebabkan sifat pelupa dan cuai ini adalah semasa kehilangan cincin ibu. Cincin murah, bukan emas tapi tetap punyai nilai memori yang tinggi. Sejak itu, ibu tidak pernah tanggalkan barangan tanpa meletakkan di dalam beg coz bimbang ibu terlupa. Takdir ALLAH dah tentukan jam itu bukan milik ibu selamanya..REDHA...

Alhamdulillah..semalam ibu sudah pun mendapat pengganti jam yang hilang, jangan terkilan ye wahai jam, sayangku padamu tetap tidak berbelah bagi (haha..bajet cam jam baca blog ni). Ayah ke KL lg semalam, pergi selepas sahur dan pulang ke Kuantan semula sebelum berbuka. Kebetulan office ibu buat majlis berbuka. So ayah sampai jam7 terus drive ke office ibu. Ibu dan Faris duduk di belakang kerana car seat Faris berada di tempat duduk sebelah pemandu. Tiba-tiba ayah cakap pada ibu 

ayah : kenapa dengan seat Faris ni?
ibu : (just jawab tanpa melihat pada seat) kenapa?ima takde buat apa-apa
ayah: tengok lah ni..kenapa dengan seat Faris ni
ibu : (jenguk ke depan) kenapa?takde apa-apa pun..

Selepas 2 kali bangun dan duduk sambil menjenguk ke depan (seat Faris), baru ibu perasan ada kotak di atas seat Faris..pembalut kotak ada gambar jam di hadapannya. Ibu terus terjerit bila tengok kotak jam tu, sangat familiar coz ayah ada jam dari brand yang sama..Ayah senyum tengok ibu excited, ibu senyum meleret sampai ke telinga (ok..tipu..takde la sampai telinga tapi memang lenguh la mulut senyum lama sangat kan?ahaks). Faris gelak-gelak tengok ibu senyum. Sekarang pun, bila tengok pada jam, ibu akan senyum sendiri..ahaks..

Janji jam ni ibu akan jaga lebih berhati-hati..ayah kata kalau yang ni hilang, ayah pula yang menangis..huhu..

to my lovely hb: Thanks..semoga rezeki abang semakin murah..love u sayunk....muah..mmuuah..haha

Tuesday, August 9, 2011

Hilang yang tiada gantinya

Selamat berpuasa..

Mesti sekarang ibu-ibu sedang sibuk mencari idea juadah berbuka untuk hari ini kan? Rezeki berbuka ibu, ayah dan Faris tahun ini sangat meriah. Alhamdulillah. 2 kali dapat berbuka di hotel atas tajaan bos ayah. Walaupun jauh ke Kemaman, tapi ayah perlu juga pergi. Penat ayah berganda, mujur balik kerja awal, pick up ibu dan Faris dan berpatah balik ke Kemaman. Baru tadi ayah telefon, hari ini ada jemputan lagi, lebih jauh dari semalam. Tapi hari ini ibu minta ayah tolak, penat pergi-balik, dapatlah ayah berpeluang  tarawikh di masjid pula malam ni.

Semalam kami pulang ke rumah agak lewat. Sudah separuh perjalanan, tapi terpaksa berpatah balik ke hotel. Gara-gara ibu tertinggal jam tangan di surau hotel. Sedih sungguh mengingatkan jam ibu, lebih-lebih lagi itu adalah jam tangan hadiah hantaran dari ayah. Walaupun semalam dapat berita pengumuman pemberian bonus kepada kami kakitangan kerajaan tapi tetap tak dapat melegakan hati ibu..ahaks..Ibu tinggalkan pesanan pada pihak hotel. Harapan ibu, di bulan mulia ini, orang yang terjumpa jam ibu di bukakan hatinya untuk pulangkan kembali jam ibu ke pihak hotel. Janganlah di jadikan harta, coz ibu tertinggal di tempat wuduk, ibu percaya yang datang semua berniat untuk solat, dan InsyaALLAH punya hati yang mulia..

Pengajaran jugaklah untuk ibu, selalunya ibu akan masukkan semua barangan yang ibu tanggalkan ke dalam beg. Tapi kenapalah semalam ibu tinggalkan di tempat wuduk. Sepatutnya dah sedia maklum bahawa anda itu PELUPA...uwaaaaaaa

tinggal kenangan..sob..sob..
Jam tangan ibu
14.03.2009 - 8.08.2011

masih berpeluangkah untuk kita bersama wahai jam...ahaks...

Monday, August 8, 2011

Kisah Faris dan ....

Salam..

Hari ini, hati ibu sangat gembira. Riang ria hari puasa..hehe.untuk hari pertama Faris 'menurut' nasihat ibu. Setiap hari sepanjang perjalanan ke Taska, ibu akan pegang tangan Faris dan bercakap memujuk anakanda. Setiap hari apabila di tinggalkan di Taska anakanda tentu akan menangis, walaupun teacher memujuk, anakanda pasti kuat berpaut pada ibu. Tapi hari ini, buat pertama kalinya, anakanda redha di dukung teacher :)..langsung tak menangis, even bila ibu salam, cium dan cakap bye2 pun anakanda tak menangis. Berbeza dengan sebelum ini, baru beri salam pada teacher anakanda dah menangis..hehe. Alhamdulillah, mungkin anakanda sudah semakin faham dengan nasihat ibu sepanjang dalam kereta. 

ibu: sayang..ayah pergi mana?
Faris : work..
ibu: ibu pergi mana?
Faris : **diam sambil pandang ibu
ibu: ibu pun work sayang..Faris kena pergi mana?
Faris : school..
ibu: pandai anak ibu..anak ibu tak boleh nangis-nangis k..ibu bukan tinggal Faris..ibu ambil semula bila ibu habis work, Faris kena duduk dengan teacher dan kawan-kawan k. Mesti jadi good boy, nanti petang ibu ambil Faris..

Selalunya itulah dialog ibu dengan Faris, sepanjang lebih kurang 5minit perjalanan, ibu nasihatkan benda yang sama. Anak ibu dah besar, bak kata Ummu Muhammad, anakanda ibu dah boleh jadi abang long..ahaks..

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cerita pasal menambah ahli keluarga, hujung minggu lepas ke KL mengikut ayah yang perlu menghadiri mesyuarat. Dapat cerita tentang, seorang kawan kepada kawan ibu, yang berjaya bersalin normal selepas csar untuk anak yang pertama walaupun anaknya pertamanya belum berusia setahun sewaktu dia mula mengandung.

Kemudian semalam, Ayah ceritakan tentang isteri client nya yang berjaya bersalin normal semasa usia anak pertama (csar) baru setahun lebih..

Hari ini pun baru dapat tahu, kawan ibu kembali menambah ahli walaupun anak sulungnya (csar) baru berusia setahun..

So apa kesimpulan yang dapat anda buat dengan cerita-cerita di atas?ahaks..

ibu: Perancangan ALLAH itu yang terbaik..ibu mengharapkan dapat bersalin normal untuk yang kedua sebab itu ibu masih ada perasaan takut dan masih awal..kalau tengok Faris sekarang (1 tahun 5 bulan) memang ibu dah terasa rindu nak pegang baby..ahaks..tapi yang terbaik hanya DIA yang tahu...kita hanya merancang..

Sekian...

Sunday, August 7, 2011

Tempat berbuka paling HOT

Salam Ramadhan..

Sekejap je dah seminggu kita berpuasa. Terlalu cepat masa berlalu,jangan di biarkan berlalu tanpa pembaharuan, paling penting hari ini lebih baik dan mendapat lebih keberkatan dari hari semalam..InsyaALLAH

Penat kejar masa nak masak selepas balik kerja kan? tapi berbaloi coz ibu lebih suka makan masakan di rumah daripada di beli walaupun tak sesedap mana tapi tetap berselera..heehe. Masakan pun simple aje, coz masa yang ada sangat terhad. InsyaALLAH hari ini boleh buat persiapan masak awal. Seminggu berpuasa tapi rasanya baru 3 hari kami berbuka di rumah..hehe..Minggu awal puasa pun dah dapat jemputan berbuka di tempat lain. rezeki jangan di tolak kan?Tapi yang tak bestnya kalau berbuka di luar ni, kalut nak masak tuk sahur.

Minggu lepas, ayah mengajak ibu ke bazar Ramadhan di Taman Kerang, bazar yang besar di Kuantan, first time pergi bazar coz sebelum tu, ayah just bawa Faris tuk elakkan ganggu ibu masak. Niat asal just nak beli kuih untuk berbuka, tapi tiba-tiba ayah ajak berbuka di atas padang. Setiap tahun dah menjadi tradisi warga Kuantan berbuka di atas padang berhadapan dengan masjid Kuantan. Seawal pukul 6 petang, padang sudah hampir penuh. Tanpa sebarang persiapan awal, kami pun join yang lain, bersila atas padang untuk berbuka. Alas kami hanya baju hujan atuk dan penutup cermin kereta. Pakai apa yang ada, coz bimbang anakanda gatal-gatal kalau duduk di atas rumput. Berbuka ala kadar dan cepat-cepat pulang supaya tak terlewat tuk solat.

Layan pics yang tak seberapa..:)
 anakanda makan awal..tapi masa berbuka pun dia kalut nak makan sama..

 nampak 3 orang budak berlari-lari ke sana sini atas padang tu. tak puasa ye dik?dah petang pun banyak lagi tenaga..hehe
tau apa aktiviti diorang? tu..kutip gelang getah..banyak hasilnya, tak sempat pula nak tanya apa diorang buat dengan getah gelang tu.

masa ni awal jugak la lagi, kalau tak salah baru 6.30ptg..tapi dah ramai orang kan?
takde kerja kan?huhu..sebenarnya tahun lepas pun ayah ada ajak, tapi Faris kecil lagi masa tu, so kali ini permintaan ayah di perkenankan..:)

sekian sahaja..jom kita ke dapur..

~~SELAMAT BERBUKA~~

Wassalam..


Thursday, August 4, 2011

Faris 1st Sports day

salam..

Ini kisah sudah lama berlaku..22 Julai yang lalu..baru punya masa mahu update...hehe..entah kenapa sangat kurang masa yang di luangkan di depan laptop di tambah pula mood yang semakin jauh di tiup angin bayu..^___^..wajib la di ceritakan coz tujuan blog pun untuk tatapan anakanda di masa akan datang, so wajib la ada cerita anakanda. Tak perlu cerita panjang-panjang..jom layan picca..

 acara di mulakan dengan perarakan kanak-kanak 2 tahun..faris paling muda yg len sume dah 2thun ++..huhu

 kusyuk tengok persembahan kanak-kanak comel ni

 cuba perhati betul2 gambar ni..sebelum acara Faris dah nangis coz nampak ayah yang cuba ambil gambar dia..
so terpaksa la ibu tunggu di garisan penamat dan ayah pegang di garisan mula
tiup wisel..faris lari ke arah ibu..acara lari sambil bawa bola, tapi dia dah ngamuk taknak pegang bola..

 antara acara yang diadakan

 mood dah ok pas habis acara..walaupun nangis tapi berjaya juga dapat no2..huhu
mood dah ok..habis semua acara di masuk semula ke gelanggang..berkejaran dengan kanak-kanak lain..
huh..penat tengok teacher diorang handle kanak-kanak ni..haha

Acara penyampaian hadiah..ayah kata ibu tak pandai ambil gambar..jauh sangat..huhu..sowi..anyway..ibu bangga dengan Faris..len kali kena jadi juara dan jangan nangis-nangis tau..

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday - Thanks abang

~Sambal Sotong Cynta Ramadhan~

ahaks..air tangan ayah..thanks sudi ambil alih tugas memasak di kala ibu kehabisan bateri..lebiu
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang