Dah penghujung Mei..sekejap jek rasa dah nk masuk Jun...bila ibu belek semula diary ibu ni..Mei meninggalkan banyak kisah yang agak berlainan dengan bulan sebelumnya..
Sakit itu Nikmat
Keluarga kita di uji. Tetapi sakit pun sebahagian nikmat ALLAH kan, asalkan kita redha pasti nampak nikmat di sebaliknya. Teringat masa ibu pilih nama untuk blog ni..seseorang pernah beritahu macam tak elok letak 'perfectlife of mine' coz katanya nobody perfect melainkan ALLAH..itu sememangnya benar..tetapu pada ibu, adanya gembira, sedih, suka dan duka itulah yang menjadikan hidup ibu sempurna..ibu percaya semua orang pernah merasai sakit, sedih dan duka..terpulang kepada individu untuk melihat dari sudut yang bagaimana. Seperti kata pepatah orang-orang kampung kita..hehe 'you will never meet a perfect guy but there's always one guy that is perfect for you' (faham kan kaitannya?haha)..so terpulang kepada penilaian masing-masing tentang apa yang menjadikan kehidupan kita sempurna. Untuk ibu ini adalah kehidupan yang paling sempurna..
Semoga Masih Ada Peluang Ke2Bulan ni juga ibu dapat satu peluang yang memang ibu idamkan..yang memang ibu harapkan. Alhamdulillah berjaya terpilih untuk menyertai bengkel laktasi tetapi sedihnya ibu terpaksa menolak. Entah macam mana ibu boleh tak perasan dengan tarikh yang di berikan. Ibu perlu megendalikan kursus pendek di Kolej (14 Mei) pada tarikh yang sama dengan tarikh bengkel (14- 16 Mei). Silap ibu coz tidak betul-betul meneliti setiap emel yang di kirimkan. Walaubagaimanapun sememangnya ada hikmah di sebalik kejadian itu, di takdirkan selepas kelas pada 14 Mei kesihatan anakanda merundum dan di masukkan ke wad pada malam tersebut ceritanya di sini. Bayangkan kalau ibu dan Faris berada di bengkel laktasi pada masa tu, kompem gelabah nak uruskan anakanda..cantik aturan ALLAH..:)..So ibu terpaksa redha..mohon ibu dapat peluang ke2 untuk menyertai bengkel tersebut..
Esok dah bermula kehidupan di bulan Jun pula..Ready tuk meriahkan Jun..:)