Tuesday, October 11, 2011

Risiko Mengandung Selepas Cesarean

Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..


Jarak kehamilan selepas cesarean 


Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan (rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan lebih cepat dan baik.

Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan berkembang di sana.

Bahagian bawah rahim mula berkembang pada tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika hendak bersalin.

Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

Satu lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik (uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~

Masa yang paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.

Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.

Jangan gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.

Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218 
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

Wallahualam..

67 comments:

Izwa Kamaruddin said...

insyallah akan dipermudahkan semua nyer...

saya pun c-zer..oh dua-dua saya c-zer :)

~izan~ said...

insyaAllah semua selamat dik.. akak yg kedua caeser..

bagus info ni.cousin akak anak dia baby kecik lg kuar caeser pastu dia pregnnt lg,Alhamdulillah..semua selamat.dunia perubatan skrg semakin canggih.dan doa banyak2 semoga semua dipermudahkanNya...

kayzie said...

mrs eady: yup..amiin
kak izan: kenapa yg 2nd csar kak?leh tau?tula..kalo yg 2nd ni pun terpaksa kena csar jugak sy redha kak..tp kalau dpt normal..alhamdulillah,merasa kedua2nya..:)

tna said...

insya Allah babe..
mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya..
Rezki Allah dh bagi..insya Allah ada hikmah n kebaikan disebaliknya yg kiter sebagai umatNya tak tau..
setiap anak tuh kn rezki..amin amin...

kayzie said...

tna:like..like ur comment..sgt stuju..amiin..

@LeenShamsh said...

adik abg faris dah berpe bulan? insyaAllah boleh..teruskan usahe! ;)

Unknown said...

akak anak 1st ceaser pastu ke-2 normal...jarak setahun je...

alhamdulillah tak pape...

dan akak lagi suka ceaser sbb senang jaga...nak pantang pun tak lama2..., cian husben kan, hahaha

link donlod tu -
http://jieazzmovie.net/

kayzie said...

ummu muhammad: faris skrg nk msuk 20bln..nnt adik dia lahir dia 2thn 3 bln..insyaAllah

kayzie said...

mamanoriz: tak mustahil kan kak?kalo leh nk nrmal la,pas merasa nrmal nnt br leh bezakan cam
yg dh akak rs..huhu..tp tul,bnding ngn org nrmal csar mmg sng skit ms pntang..

sweetlavender86 said...

insyallah kak kayzie.xpe.dah dekat 2 thun dah pun.org lain yg pregnent balik czer mse anak b4 umur 1 thun pun alhamdulillah xde pape.sumenye rezeki allah nk bgi.take care!

anamizu said...

semoga dipermudahkan segalanya kan kak..insyaallah selamat..
ANAK kan amanah org kate :)



luv,
cik ana

kayzie said...

zura: tula..hehe..insyaALLAH..tq..zura tc gak..:)
ana: yes..anak pembawa rezeki..:)..tq

NrlAidaHml said...

Wahh sgt ketinggalan rasanya..maklumla dh lama tak bukak blog kan..hihihi...anyway really happy for you dear..Jg kandungan leklok ye...Faris dah nak ade adik la...hihihi

namn said...

thanks for sharing info ni.scary jugak tp insyaAllah Dia pasti memudahkan utk ibu semula kayzie

mummymieyra said...

Salam kak...mira skunk ni dah disahkan mengandung anak second kak...anak pertama ceaser pada 30/9/11...tapi anak meninggal kerana uri lekang....saya sekurang sgt tak tenteram coz byk sgt pendapat pendapat pasal ceaser.....saya pun takut kak....sekarang usia kandungan saya 5 minggu...mohon pendapat akak yerk....tq

kayzie said...

salam dik..akak ni bkn la pakar nak kasi pendapat..tp as a mother n org islam..apa yg akak leh kata kita just leh tawakal..ALLAH dah kasi n anak tu rezeki kan?even akak skrg pun tawakal jek kalo 2nd pun kena csar,yg pntg anak sihat,bezanya tak dpt la nk anak rmai2 kan?hehe..i'ALLAH takde pape. coz ada kwn akak yg preg lbh awal dr mira, 3 bln lepas bersalin csar anak pertama dia mengandung n alhamdulillah dapat normal tuk anak 2nd..thanks sudi singgah, tahniah tuk preg n take care k..:)

Anonymous said...

Assalamu'alaikum puan blogger...

Sy jumpa blog ni masa buat searching berkenaan mengandung selepas czer.
Sy pregnant after 1 yr czer-bersalin twin pula. Mkan pil perancang,tp pregnant pula. Pada mulanya agak risau jga, sbb x nak apa2 berlaku pd baby dan diri sendiri..sbb baru setahun, kan?! Tp bla jumpa Doc dan scan baby semua...
alhamdllah, nmpaknya positif utk bersalin normal dan Doc cadangkn bersalin tak cecah 40 wks(Doc ckap kut baby terlebih besar hehe..)
Anak sy ramai..dh nk masuk 7 org dgn umur ni hehe.Hubby ckap xpe sbb smua ni reqki. Wpun agak sibuk ngan study, smpat lg tmbah anak huhu..smpai the dean trperanjat bla bgtau bil.anak.
Bila free selalu kumpul info ttg pengalaman2 ibu yg pregnant slps setahun brsalin czer dan boleh bersalin normal..asalkan ibu mmg tiada masalah lain sebelum2 ni.
Happy jga jumpa ibu2 di sini..anyway thanks ttg perkongsian cerita dr tuan rumah dan ibu2 lain.

Anonymous said...

Semalam bru sy dpt tau sy pregnet.ank 1st bru 1sebulan.tkut rasenye coz bru je lps besalin ceaser..harap2 dipermudahkn

Anonymous said...

Salam....sy juga baru habis bsalin ceaser 09/10/12 2 bln lepas....tp baby meninggal coz terlambat oprit ... Risau gak mgandung dlm masa terdekat ni coz x de mrancang...tp kalau Ada sy trima syukur rezki Allah bg...semoga d permudahkan n semua slamat...Amin

Anonymous said...

Salam...masalah awk sama dgn sy terlmbt operate bb meninggal...skg dh msk 5 bln...agak2 leh x sy mengandung lg...yg meninggal nie bb yg kedua..

Anonymous said...

bayi saya sekarang baru genap 4 bulan.. dan kini hamil 6 minggu. boleh ke saya teruskan? ank pertama saya dilahirkan secara pembedahan

Anonymous said...

salam. . Sama mcm sy juga. . Sy bersalin anak pertama 6.10.12. Tp skrg mengandung lagi. Tkt jak sbb sy ceaser. . moga2 d permudhkn sgala uran

kayzie said...

salam puan anon semua..1st mohon maaf coz lmbat respon stiap komen wpun berkesempatan tuk approved..thanks coz sudi berkongsi pglaman semua di sini..takziah utk pn anon yg melahirkan ahli syurga..in shaa Allah akn ad rzeki lain kelak..utk ibu yg sdng preg..alhamdulillah tahniah smoga anak n ibu sihat sntiasa..bnykkan berdoa n positifkan minda utk apa yg kita mahukan..all da best..:)

Anonymous said...

Salam sis, TQ for sharing.. Alhamdulillah sye da merase kedua2 nya, normal & ceaser.. slepas bace ni, excited nk pregnant sebab sye fikir, kena jarakn 3 tahun slpas ceaser..slepas ni nk rapatkn jarak sebab anak yg 1st, jarak 5 tahun(normal).. Rugi rasenya.. TQ ye sis.. :)

kayzie said...

salam sis..jarak tu mmg penting spy kita bkn saja bersedia dr segi fizikal..tapi yg lbh penting mental..ye la, bila ahli bertambah tggjwb pun bertambah, masa tuk anak lain pun kena korbankan :)..apa2 pun setiap anak membawa rezeki kan?all da best

Anonymous said...

SLM..sya takut le..baby Bru 5 bln..skrg sya dh rasa mcm mabuk pulak..mgkin dh 4w..baby first yg 5bln sya bsalin czer Dan baby pramatang..Msa bsalin 34w..baby songsang Dan jln dh bkak 4cm..bleh bg x pe2 petua nk bg rahim kuat..

Anonymous said...

as salam..
saya ingin berkongsi pnglman saya,saya bersalin secare caesarean pd july2012 krna baby lemas dan heartbeat sgt lemah..tetapi ternyata Allah terlalu sygkn baby... baby saya lahir waktu pg dan meninggal dunia pd waktu ptg hari yg sama.. saya hanya dpt berjumpa baby buat kali pertama dan terakhir semasa baby hanya tinggal jasadnya..alhamdulillah sokongan dr suami dan keluarga membantu memulihkan semangat saya walau xdpt nk syg gmbrkn hibanya saya dan suami..sehingga skrg jika teringat.. saya akan mengalirkn airmata..tetapi saya redha kn pemergian dia..sesungguhnya Allah mengetahui sesuatu yg mane terbaek utk kiter..semasa pantang ayah saya mencari ikan haruan utk saya mkn hari2 semasa berpantang,dngrnye ikan haruan bagus memulihkan luka pembedahan..suami pula memberi saya jeli gamat..pada jan2013 saya berjumpa doc swasta utk scan sbb saya masih rasa sedikit sakit walau luka pembedahan saya tlhpun pulih luarannye..alhamdulillah doc mengatakn rahim saye telah tercantum dgn baik...doc kate pd saye mungkin 'mind' saye yg 'sakit'..bukannye jahitan di perut saye...mungkin juga sbb setiap kali saye sedih teringatkn arwah baby,terase saket di perut.. so saya simpulkn mungkin 'mind'saya belum 'sembuh' sepenuhnya..jadi saya mengoggle mencari semua info berkenaan caesarean utk bg 'mind' saya 'sembuh' supaya bila mental n fizikal sudah sembuh barulah memudahkn proses mengandung semula..sesungguhnya saya tidak sbr utk mengandung semula..semoga Allah memberi rezki kpd saye.. ader ibu2 yg mempunyai pengalaman yg lebeh pahit dr saye..dan saye sedih membace kisah2 mereka.. apa yg dpt saya katakan..kpd Allah jugalah kite berserah..dr ape yg dpt saye pelajari..jgn takut jika mengandung semula slpas caesarean kerana Allah akn menjage kite semua.. saye berdoa semoga saye dikurniakn rezki pd mase terdekat ini.. aminnn.. maaf ya terpanjang sgt cerita saya..oh ya..saya dngr madu dpt menguatkn rahim.. xsalah mencuba.. insya Allah..tp dptkn nasihat dr doc juga..

Anonymous said...

Saya Mendoakan Yang Terbaik Untuk Awak Semua Amin...Yang Mana Tengah Mengandung Lagi Mintak Dipermudahkan Semua Urusan.Yang Mana Masih Menanti Saya Doakan Supaya Awak Semua Hamil Cepat.

Anonymous said...

Salam...coretan saya sekadar pengkonsian...saya pun mengalami peristiwa yg sama dengan penulis yg menulis pada 31 march...cuma beza anak saya meningal pada hari keempat dan permata hati yg pertama. Selama sy mengandungkan anak saya saya tiada apa masalah hingga skrg sy masih menunggu kptsan DR. sy sangat fobia dgn hospital kerajaan sy tak tahu punca kematian anak saya...Dr masih berdolak dalih apabila sy tyn anak saya lemas ke DR. Pada 23 march 2013 tarikh saya melahirkan adam zafran pada mula sy bersalin normal namun 1 jam meneran anak masih tidak dapat keluar...30 minit sebelum 1 jam saya meminta Dr membedah saya...kerana sy bimbang anak saya lemas...tapi procedur hosp kerajaan kena juga tunggu sejam...hati ibu mana tak risau apabila anak masih tak boleh...walaupun ada bukaan sy tak tahu adakah tulang punggung saya tak terbuka...selepas 1 jAM SY TERPAKSA dibedah...knp dr baru wat kptsan...dalam hati saya berdoa agar semua selamat...semasa meneran dr kata jantung anak saya ok...saya dibius penuh dan tak tahu apa terjadi...apabila bangun saya bertanyakan anak saya tapi tiada sorang bagitahu...hingga berjumpa suami dahulu bahawa anak saya mula keluar tak menangis dan bernyawa selepas buat cpr ada sikit pergerakan jantung dan dibawa kecemasan....sy sempat bersama anak pd hari ketiga dan kempat disbbkan pembedahan...saya redha ketentuannya cuma masih tak pasti adakah anak saya lemas.......dr bg mcm2 alasan.......dr ckp nanti tgk kptsan darah takut penyakit dlm perut...tapi sy selalu wat pemeriksaan anak sy sgt aktif ketika dlm kandungan ...sudah 34 hai berlalu tapi sy masih takut n fobia....adakah saya boleh bersalin normal lepas...kata dr kalau dah kena bedah lepas ni anak kena bedah gak ni kata dr hospital...mungkin tak nak amik risiko...tp bila sy minta 30 minit sy nak bedah tak dihiraukan...sy dimarahi supaya tak minta n berdoa mcm tu tapi firasat saya dpt rasakan sy tak dapat rasa kesakitan yg amat pada semua bahagian mcm mana sy nak teran...saya byk mencuba...tanya kawan2, ibu sakit bersalin mcm nak terkeluar semua tp saya sikit saya takut tulan punggung tak buka...apa pun sy tak salahkan sesiapa cuma sy tak nak ia berulang...hospital buat diam kata 2 minggu smp skrg tak cal...nak tunggu appoinment saya masih lambat.....sy takut n fikir macam adaka lepas ni sy akan dikurniakan lg anak....sy mampu berdoa pada Allah agar memberi saya berelar mama umi ibu pd anak saya...sekadar coretan seorang ibu

kayzie said...

Salam..sis anon...salam takziah untuk sis dan keluarga, saya tau berat ujian yg ALLAH turunkan tapi sis anggaplah sis orang yg bertuah kerana terpilih utk menghadapi ujian ini. ALLAH berikannya pada sis, insya ALLAH ada hikmat yg tersembunyi di sebaliknya. Sekadar pendapat, sis perlu kuat dan rehatkan diri.supaya bila sis betul2 sihat dan bersedia, sis boleh berjumpa sendiri dengan doc tersebut untuk dapatkan penjelasan. Alasan dan dalih hanya akan menambah resah hati kita sebagai seorang ibu kan?Mungkin penjelasan itu nanti juga dapat menghilangkan trauma sis.Saya doakan sis dan family tabah..Take care

umiaini said...

Saya bersalin anak pertama secara c-section pada jun 2013..setelah 6 bulan saya hamil anak kedua dan kini usia kandungan 33 minggu...
Saya terima berita kehamilan kedua dgn gembira TAPI ramai yg bertanya boleh ke hamil ni sebab baru je kene bedah...
Bertanya saya pd yg pakar iaitu dr O&G di hosp swasta...dr kata tiada masalah utk hamil selepas 3 bulan dibedah kerana luka telah sembuh...cadangan waktu 2 tahun bg jarak kehamilan adalah utk persediaan mental dan fizikal ibu itu sendiri selain perhatian kpd anak kecil..
Yg utama...anak adalah anugerah penyeri kehidupan...ramai yg tak diberi rezki anak diluar sana..

Anonymous said...

Salam,

Jom follow blog saya untuk kongsi tips dan pengalaman saya bersalin normal selepas csect!

http://adwazeye.blogspot.com/2011/11/my-birth-ball.html

Anonymous said...

Assalamualaikum
Saya dikurniakan dua orang putera comel.. kedua-dua nya dilahirkan cesarean. .. yang sulung skang umur 2 tahun 8 bulan... yang second skang umur 5 bulan lebih.. tapi sekarang ni saya pregnant lagi... happy berbaur risau...kerana sebelum ni telah menjalani cesarean dua kali... yg merisaukan anak baru je 5 bulan tp saya dah mengandung lagi...huhuhu.... semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga...

PRODUK KOSMETIK DAN KESIHATAN said...

salam, saya dah 4 kali bersalin secara pembedahan dan tidak pernah bersalin secara normal..Alhamdulilah anak2 smua sihat.Pertanyaan, bolehkah saya bersalin untuk kali kelima, ini keran saya masih berminat untuk menambah zuriat, anak keempat dha pun berumur 6 tahun. Tolong bg info sikit. Terima kasih

Unknown said...

salam....nk minx pendapat sahabat semua....baby sy bru meninggal n rasa nk mngandung lg selepas 6 bln...bole ker ye??

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya lela, sy baru bersalin czer 8.8.2014...rancangan sy ingin mengandung semula selepas ank pertama nie(nak cepat sebab faktor usia sekarang dah 33thn)..tp ramai yg ckp kena tunggu 2 thun tuk pregnant semula, ini membuatkan sy sefih..tp semangat tu ada semula bila jumpa blog nie...Alhamdulillah...apa2 pun kita hanya merancang...tqvm...

Anonymous said...

bla jmpa blog ni,rasa mcm ramai yg blh share cerita.. sy phm perasaan awk tu.. sy pun bersalin czer gak.. anak pertama.. ayh & abah mentua meninggal masa hari nikah dan hari sanding sy.. masa tu perasaan jgn ckp la.. bila sy disahkan hamil,bhgia rasa..mgkin tu penggnti utk kesdihan kami suami isteri.. lps lahir,anak sy masuk icu,selama 26 hari.. baby girl.. risaunya sy masa tu,allah je yg tau.. x terucap.. masuk icu sbb gula dia drop.. sy ingtkn ok.. doc ckp,ok lps ji da blh blk dah,baby da makin smbuh.. sy x putus2 cuba utk dapatkn susu bdn walaupun mula2 xda.. gigih,sbb doc dgn nurse di icu msg2 bg smgt,ckp susu ibu yg plng baik utk smbuhkn ank.. setiap hari sy akan ulang alik sebyk 3 4x utk hntr susu kat anak sy kat icu.. 1 hari,tghri tgh siap2, sy dpt call ckp suruh dtg cpt ,sbb anak sy dah nazak.. hancurnya ht sy masa tu.. mcm nak pngsan rebah kat situ jgk.. bla smpai tgk doktor smua tgh cuba nak selamatkn ank sy.. bla sy tny apa puncanya,diorg ckp,tba2 tekena jngkitn kuman.. meraung sy kat situ.. diorg cuba selamatkn ank sy.. ckp doc pakR akn smpai utk operate esk pg.. mlm tu berkmpg kat icu sy,sbb dpt blk.. sebak bla ingt.. allah lg syg ank sy.. sy x dpt terima.. smpai jatuh skt.. hmpir 3 bulan.. ulang alik pegi berubat.. pegi jmpa psikiatris.. sampai la sy pulih.. sy hrp sy dikurniakan pnggti puteri sy scpt mgkin.. walaupun doc psn suruh tnggu 2 tahun,sbb czer. tp sy sbnrnya x blh nak thn perasaan bla tgk baju ank/sy..tilam yg sy da jahit sndiri.. baju yg hmpir stiap hari bli,snggup x bli brg sndiri.. dan sy berharap sy akn dpt mengndung smula dlm masa terdekat..

kayzie said...

MasyaALLAH lama sgt tak bukak blog..tak sangka banyak yg berkongsi cerita dan pengalaman tuk rujukan bersama..tuk Pn Siti Baya n cik myra, saya tak layak nk menjawab soalan tu..hehe..boleh rujuk doc kot tuk lbh selamat..Alhamdulillah..thanks tuk semua yg berkongsi cerita

Unknown said...

Salam.nak share pengalaman sy da suami.sy bersalin ank 1st secara czer pada 19/5/2015, overdue 6 hari. Kisah baby kami, diberi nama Emma Raina bermule bila sy balik Muar untuk bersalin plus pantang kat sana. Proceed for final check-up before bersalin. And tiba2 doctor detect baby Raina ada Patau Syndrome, and akan hidup for few hours or max 1-2 days. Hancur hati kami, sedangkan sepanjang mengandung, doctor x detect ape2 problem kat baby Raina. Kami buat keputusan utk balik KL, dan bersalin kat KL. Selepas bersalin, baby Raina dimasukkan ke NICU. Alhamdulilah Allah bagi 17 hari untuk kami peluk cium baby Raina. Allah lagi sayang dia. Cantiknya baby Raina. Anak syurga. Harap ada rezeki anak lagi dalam masa terdekat. AMIN.

PEMUDA HEBAT said...

Thnks

PEMUDA HEBAT said...

Thnk

PEMUDA HEBAT said...

Thnks comen yg membina

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

Madam Surianie Samsudin said...

follow blog saya yer..
madamsurianie.blogspot.com

saya juga suka berkongsi tips tentang kehamilan dan berpantang....harap dapat follow blog saya

Unknown said...

Saya bersalin anak pertama pd 22 feb 2015 .. skarang usia baby 6 bulan.. dan saya ingin hamil lagi.. tapi sayà masih takut2..saya cari info2 berkaitan dan jumpa blog ni.. terima kasih atas perkongsian semua...

Unknown said...

Salam
Baby 1st skg 9bulan.persoalannye boleh ke sy nak hamil lagi..baby 1st tu caesar..masalahnye..umur semakin mningkat..sy tringin nak anak lagi..tapi tgok perut bekas caesar masih berlipat .mcner tu ?

Cici said...

salam semua . saya suka ayat puan - jangan takut dengan manusia tidak mendatangkan faedah.

saya lewat period (supposedly 18hb) dan sangat sangat sangat stress sampai nangis nangis. google itu ini, terfikir nak makan nenas muda lah, kunyit lah. anak pertama saya berumur 2 tahun 5 bulan(normal 3rd tear) dan anak kedua 13 bulan(czer). kami suami isteri merancang sendiri. stress betul macam mana boleh pregnant. tapi saya ada baca forum, ada mengalami benda yang sama

lepas buat urine test, saya mula redha. rezeki Allah. saya berniat nak teruskan kandungan ni walaupun ramai akan mengata. btw saya baru berusia 24 tahun.

rupanya ramai yang mengandung kurang drpd dua tahun. tapi saya tak sanggup nak dengar bebelan nurse/doc =.=''

Unknown said...

Salam
Blh x wasap sy
Nk tny psal hamil lpas czer ptma kali
0132234749

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam
Blh x wasap sy
Nk tny psal hamil lpas czer
0132234749

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
mamoru said...

Alhamdulillahh..
baca komen2 dan pengalaman ibu2 dalam group ni buat saya lega sikit.
Dah lama dah tarikh komen2 kat atas..
macam amna nasib inu2 kita..
semua ok kew..
jadi tertanya2..

Unknown said...

Assalamualaikum..
Sy bru berusia 23 tahun, bru 2 bln 14 melahirkan secara ceaser. Sy x mkn perancang,tp risau sangkut n x twu sbb sy mkn jamu. Bahaya x? Rse tkot klau ttbe preggy lg sbb bru jer 2 bln lbih.

Unknown said...

Assalamualaikum...
Sy bru 2 bln 14 hari ceaser.
Sy x mkn perancang, risau preggy tp x dpt kesan.
Sy mkn jamu plak tu tkot mmbahayakan sbb jamu pnas klau sy preggy. Cmne eah?

nesa said...

Hi, I nk kongsi sikit pengalaman I bersalin czer. I'm a diabetic mum. Pregnant for my first baby and it was a baby boy. Pada 16.6.16 I kena buat emergency czer sbb heartbeat bb x stabil. Doctor pun dah keluarkan bb, tapi bb x is not crying. Baby kena masuk NICU. Hanya husband shj tahu the real situation and he doesn't want to tell me. He only says bb is getting better. On the next day 17.06.16, I di bawa masuk utk jumpe bb I, hanya tuhan shj tahu perasan I masa tu bila tgk bb I. Dia x diletak dalam incubator tapi seluruh badannyer disambung dgn wayar and cucuk jarum. Badannyer bloated sbb minum air ketumban n mkn najis sendiri dlm perut. Penisnyer pulak bengkak. Dia x nangis n x urine. Doc ckp baby I kena hydrops fetalis, masa itu I x paham. Doc bagitau Mcm2 sbb kemungkinan berlaku hydrops fetalis ini. Best part, it seems my first pregnancy, only me n my husband staying alone mak mertua x tinggal sama. I langsung xtau yg I nie kena contractions n tu la masa utk bb nk kluar. Nurse kat hospital bgtau bila perut mengeras tu bermaksud bb is ready untuk keluar. I dah seminggu rasa mcm tu n bila tanya kat doc. Doc said its normal. Mayb tat could be a reason also my bb kena hydrops. After 2days, lepas I minta kebenaran pihak hospital untuk jaga bb I di NICU ward 6D sepanjang masa dia pulih, x kisah pasal diri I walaupun kena czer, hati I mendesak utk jaganyer. On the same day, ade call dr ward 6D mengatakan keadaan bb kritikal. Dlm perjalanan ke ward, suami minta I untuk tabahkan diri n terima shj apa yg berlaku. Masa kami masuk ward 6D, doc pakar tgh cuba utk slmtkan bb,mereka tgh pump jantung bb. I minta mereka utk stop pumping n bg bb I untuk dukung buat kali terakhir. Kami terima shj pemergiannyer sbb tuhan lebih sygkan dia dr kami. Tp bila terkenang balik, i hanya mampu utk menitiskan air mata utknyer. Sehingga kini kami masih x diberitahu sbb bb I kena hydrops fetalis ini. Adakah sbb diabetic,kumpulan jenis darah yg berbeza (parents), persekitaran, pemakanan or wat?? Kami tunggu shj keputusan postmortem dr doc. So pesanan utk ibu2, selain dari water bag burst, kluar darah mcm period, sakit pinggang yg amat sakit, perut mengeras pun adalah salah satu symptom utk bersalin x semestinyer kena tunggu sampai sakit. Different mum different symptoms.
Tapi nk tanya apa pantang larang utk czer tp xde anak? Adakah pantangnyer sama mcm ibu yg ade baby?

Faiz Saaid said...

tips yang bagus dan info yang bermanfaat, sokong

zulie89 said...

Salam.. hi.. sy 1st bersalin cser.. ank bru 8 bulan.. n sy ngandung 5 minggu.. Saya risau boleh ke?? N sy rs skit di tempat jahit sy.. minx pndpt..

Siti said...

Salam sis...nak tanya jarak umur antara no 3 dan no 4 berapa yer?...sepanjang pregnant yg no 4 ada apa2 masalah berkaitan rahim? Baby? Tahap kesihatan sis?...tq for sharing the info sis...

AnnamTilljannah9 said...

Wa'alaikumussalam wbt..
Rasa nya tiada masalah tu puan..
Saya pregnant kan anak num 4 sy ketika ank num 3 sy baru 8bulan..
Jangan risau sgt.. tentang sakit tu.. jgn di ikut kan sgt rase.. sbb tu pkiran kite jer.. just bnyk kan berdoa semoga semua nye baik2 n di permudahkan... Aamiin..
Tetap semangat ye momy.. 😉

Unknown said...

Boleh ke??saya risau...sbb sy czer duli,beby bsr...risau yg akan dtg xboleh normal...😔

myself said...

Assalam,
Anak pertama saya lahir czer sebab songsang. Cukup 8 bulan saya mengandung anak kedua. Memang byk yg marah sbb kata pasni mesti kena czer lagi.
Sedangkan masa czer anak pertama tak tau kenapa klrga family suami sy pndg rendah. Tapi bg sy asal anak sihat. Org bising2 knpa tak tgu 2 tahun la, tp jumpa dr check dahla nak marah pun.
Skrg sy dah 37 minggu.saya tak takut czer, sy teringin beranak normal, in shaa Allah....esok jumpa pakar yg akan bagi tau keadaan mcmmana.
Tak kisahla beranak normal ke, czer asal sy sihat anak sihat....

Anonymous said...

Salam...zulie89..sy pon sama..ank baru nk msuk 10 bln..czer..tp ni rase xsdp hati sb period lmbt 10 hari..tkutla xready lg nk mgdung..puas nangis2 sb xperiod
.mkn nenas smpi skit 1 bdn tahan je...mnum coke la...setiap saat xsng ati..ank kcik lg..

Unknown said...

Akak nk tnye.. Ms pregnant kedua rs ngilux dkt luka ceasar ?

kayzie said...

wan nasuha..ada jugak masanya rasa nyilu kat tempat luka tu..tapi bila scan dengan doc,doc kata takde pape..

Puteri Nur Hasya said...

Tula saya pn bersalin pembedahan ni tengah risau sbb mengandung ank bru nk msk setahun bln dpn

Unknown said...

salam..sy skg mngandung ank yg kedua,yg pertama da berumo setahun 4 bulan..tu pn cezer sb die songsang..hrap yg kdua ni normal la.Amin...

Pn Huda said...

akk nk tanya..ada tak yg perut dia after deliver jadi nipis sgt dan mengandung semula. sy dah dua org anak.slps deliver anak kedua..tummy jd nipis sgt rasanya..sbb anak kedua perut agak besar. jika ada pengalaman ini..boleh kongsikan.tq ye.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang