Wednesday, October 19, 2011

Bukan Wordless Wednesday

Salam..

Tiada WW hari ni coz ibu rasa nak berceloteh..banyak kategori nih..kita tengok satu persatu k..eheh

Mood
ok..yang ni kategori pertama, coz tanpa mood memang tak kemana. Al kisahnya, kalau masa pregnant Faris, mood menulis sangatlah berkobar-kobar, sehingga terciptanya blog ini. Tapi sekarang? Mood dah jauh melayang bersama bayang-bayang, di terbangkan layang-layang..ahaks..Mood membaca masih ada, sebab tu blog kawan-kawan still ibu kunjungi walaupun ibu sudah lebih seminggu sepi tanpa entry..huhu

Penyusuan
Ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan Faris setelah ibu mengandung lagi sekarang. Target ibu mahu menyusukan Faris sehingga 2 tahun, bak kata Ummu Muhammad untuk dapatkan PHD, tapi setelah di berikan rezeki anak ke2 ini, ibu tidak dapat menjanjikan PHD kepada Faris. Hanya ALLAH yang mengetahui setakat mana penyusuan ini akan di teruskan, ibu hanya berserah. Kalau pada ibu, selagi ibu larat dan tidak memudaratkan, ibu akan terus memberikan yang terbaik buat anakanda. Setakat ini, Alhamdulillah rezeki anakanda masih ada, cuma kadang-kala yang menjadi halangan adalah keadaan ibu. Alhamdulillah sekali lagi coz ibu tidak mengalami alahan kuat, hanya pening dan kurang selera makan. Namun mungkin kerana hormon, ibu merasa sakit setiap kali Faris menyusu lama. Mengikut pembacaan ibu, nipple akan menjadi lebih sensitif ketika hamil, mungkin itu puncanya.

Pam Beralih Tangan
Ibu sudah mula berhenti mengepam sejak Faris berhenti dari sekolah dan kembali tinggal di rumah dei bawah jagaan atuk. Setiap waktu tengahari ibu akan pulang untuk menyusukan Faris memandangkan stok sangat tidak memberangsangkan (boleh bajet kan sampai mana tempoh penyusuan ini :(..). kebetulan ada ibu baru di pejabat ibu, yang bersungguh untuk memberikan susu ibu kepada anaknya, tetapi di sebabkan ketiadaan pam yang sesuai, dia tidak dapat menyediakan stok yang mencukupi. Akibatnya, dia menggantikan susunya dengan susu lain untuk anaknya. Ibu dengan rela memberikan pam ibu kepadanya, akan rasa bersalah kalau tidak cuba membantu sedangkan ibu mampu untuk membantu. Sayang, kerana ibu tersebut punya tekad, Alhamdulillah kini anaknya kembali di bekalkan dengan susu ibu dan tidak perlu bekalan tambahan selain susu ibunya.

Pengajaran untuk bakal ibu juga, seperti yang ibu beritahu kepada sahabat ibu..persediaan itu penting, jika tidak mampu membeli pam sebelum bersalin, mungkin sebagai alternatif, lengkapkanlah diri dengan ilmu seperti 'Teknik Marmet'. Tekad sahaja tidak menjamin kejayaan tanpa ilmu pengetahuan.

20 bulan
Alhamdulillah..anakanada ibu Faris Amsyar genap 20 bulan hari ini (berbaki 4 bulan tuk melengkapkan 'pengajian dan mendapat PHD). Setakat ini, ibu cukup bersyukur dengan perkembangan anakanda. Petah berkata-kata, dan jarang perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat ibu faham kerana sebutannya jelas. Hampir tiada langsung 'pelat'. Faris dan kebanyakan kanak-kanak sememangnya di anugerahkan dengan ingatan yang kuat, syukur Alhamdulillah kerana nikmat itu sangat membantu untuk ibu mengajar Faris. Cepat mengenal barang, mengingati nama dan mengenal huruf sudah cukup buat ibu rasa sangat bersyukur dan bertuah. Sekarang, Faris selesa di panggil abang..seronok tengok riak wajah dia bila menyebut dirinya sendiri sebagai 'abang Faris'. InsyaALLAH anak ibu akan menjadi abang yang baik. Kadang-kadang perkembangan Faris membuatkan ibu terasa seperti masa terlalu cepat berlalu, semakin lama semakin hilang 'baby' ibu, kerana Faris semakin membesar. 

4 kategori cukup lah kot..hehe..panjang pula coretan kali ini. Memakan masa lebih 2 jam untuk mengarang, coz mood on n off..hehe..

Wassalam...*_*

8 comments:

Unknown said...

alhamdulillah kayzie..anak2 susu ibu mmg terbukti bijak, punya iQ yg lebih tinggi. take care ye..teruskn menyusu Faris.

NM02 said...

dari dulu saya suker nama amsyar

Izwa Kamaruddin said...

insyallah semua akan dipermudahkan :)

kayzie said...

ummi ummair: alhamdulillah kak..insyaALLAH akan di teruskan selagi daya..:)
nm02: hehe..leh la tuk bb boy akak lak nnt..:)
kak izwa: thanks..amiin

wahida said...

wahai mood, kembalilah dikau pada kayzie...

Unknown said...

akak rasa boleh dan tak mustahil sampai PHD tu...insyaAllah

sbb akak sendiri macam tu...
ngandungkan Rifqi masa umur Rayyan 1 tahun 3 bulan dan tetap maintain breastfeed Rayyan sampai adik dia keluar malah siap terlajak ke umur rayyan 2 tahun 2 bulan, sorang sebelah nenen....hihi

byk2 doa yea Kay...
tpi klu tak larat jgn paksa diri tau :)

anamizu said...

semoga segalanya under control :)
mood on off xpe..yg penting akak
jage kesihatan :)



luv,
cik ana

@LeenShamsh said...

insyaAllah semuge anakanda faris terus boleh menyusu walau perlu tanpe FM..yg penting kite sedie dgn die..along faris hebat! adik dalam perut pun hebat!

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang