Wednesday, December 1, 2010

Pengasuh or Taska what say u?

Dilema ibu bekerjaya selalunya tentang penjagaan anak (huh..intro dah macam intro artikel pama..kekeke). Betul kan?serba salah tul..bila di pikir-pikirkan kedua-duanya ada pro n cons, pilihan atas kita. Tentu la semua nak yang terbaik tuk anak kan? Situasi ibu sekarang, sangat la serba salah, tapi setelah di tapis dan di nilai akhirnya ibu pilih Taska. Pendapat ibu (setelah di survey di kaw sekitar..hehe)

Segala peralatan dan perabot di taska memang telah di sediakan untuk kegunaan dan keperluan anak kecil berbanding rumah (pengasuh) yang mempunyai banyak perabot tuk kegunaan keluarga. But still kita perlu pastikan Taska pilihan kita di daftarkan dan pekerjanya telah mendapat kursus asas penjagaan anak. Ibu dah terjah beberapa taska, tengok keadaan dan bagaimana penerimaan kanak-kanak tu terhadap penjaganya. Taska yang tak kasi ibu masuk dengan pelbagai alasan terus di reject secara automatik..hehe..InsyaALLAH anak kita akan dijaga di samping akan di ajar mengikut aktiviti yang telah di rancang berbanding di rumah, dan i'ALLAH kita kenal siapa yang menjaga anak kita. If di rumah (pengasuh) mungkin kita hanya kenal pengasuh tanpa tahu isi rumah yang lainnya.

Perbandingan yang ibu buat tu atas pandangan peribadi semata-mata, berdasarkan situasi dan penilaian ibu sendiri. Dah survey beberapa pengasuh tapi tak mencapai apa yang ibu harapkan. Lebih-lebh lagi sebab breastfeed, susah nak cari yang sanggup terima. Sampaikan ada pengasuh yang tanpa segan silu bagitahu ibu, nak kasi Faris air masak jek sepanjang waktu ibu kerja coz tak rela nak kasi susu ibu pada Faris..Bagus jugak dia terus terang, senang ibu nak reject..huhu..Mana pun pilihan kita, pastikan kita nilai setiap aspek,  bertuah bagi ibu-ibu yang dapat pengasuh yang betul-betul ikhlas menjaga anak kita seperti anak sendiri dan tak semua taska mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh JKM, so pilihlah yang terbaik. Selebihnya hanya perlu berserah kepada ALLAH, mohon perlindungan ALLAH agar anak kita sentiasa di pelihara. Setiap perkara perlukan pengorbanan, tak mungkin kita akan dapat segalanya tanpa perlu korbankan sesuatu kan? So pasrah n rehda jek..

4 comments:

Anonymous said...

betul tu..kalo akak.akak choose pengasuh..tp kene pilih gak...

kayzie said...

tul kak..apa2 pun kena tapis dl..

sweetlavender86 said...

klu nk pilih taska kene yg betul2 boleh jage n bertangungjwb kt baby kita.alhamdulillah taska yg adam duduk ni ok die jage adam.if ade ape2 yg jadi kat adam mmg diorg cepat2 call bgitau.rmai jugak ibu yg bekal kan susu ibu kt taska tu.mmg owner die pun kate bgus n xde maslh tuk diorg nk sedia kan susu kita bekal kan.zura pun slalu gak wat spot check.kdg2 balik tghari ke.bile balik amek adam dri taska,slalu zura check bdn die kot2 lah ade kesan pape ke.just nk make sure anak kita selamat jek.tpi yg bagus bile hntr taska anak kita pndai bergaul,die mcm cepat blaja n xtakut ngn org.yg xbgus nye baby cepat kene penyakit cm batuk,demam.huhu

kayzie said...

tul tu zura..mmg bkn sng nak bg kepercayaan pd org tuk jg anak kita..tp apa leh wat kan?nak taknak kena memilih jugak..area sni cam ssh nak cr pengasuh yg org leh percaya..mmg crewet sket bab nak pilih tmpat ni..huhu..semua taska org msuk tgk..i'Allah harap yg ni terbaik..mmg nak kena terjah gak sekali sekala..tatau la camne faris nnt coz dah kenal org br nak hntar ni..huhu

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang