Monday, October 31, 2011

Faris 20 bulan | Budak kampung

Salam..

Dah lama rasanya tak menulis atau update perkembangan Faris dengan entry khas untuk anakanda seperti ini. Selalunya cerita perkembangan anakanda di selit dalam entry lain. Untuk kali ni ibu buat entry khas pula..

20 Bulan sudah usia anakanda, kurang 4 bulan genap 2 tahun..


Alhamdulillah, syukur sangat kerana pada usia belum mencapai 2 tahun ALLAH berikan pelbagai kepandaian yang sesuai dengan usia anakanda ketika ini..

*huruf A, B , C, W dan O..:)..pelik kan kenapa W dan O? huruf lain Faris masih ingat-ingat lupa, untuk W dan O, anakanda memang hafal mungkin kerana bentuk yang lebih mudah di ingati. Ibu suka gunakan buku bergambar untuk memperkenalkan huruf. Menulis huruf di kertas dan meneka huruf bersama-sama sudah menjadi aktiviti wajib setiap hari kami bertiga.

* Faris sudah boleh mengira 1 - 10 tetapi hanya mengenal nombor dalam bahasa inggeris sahaja. Cuma mood mengira tak selalunya ada. Bila ada mood, anakanda akan mengira, tapi bila di suruh, Faris akan mengira main-main pula..
Ibu selalu mengira jumlah kenderaan yang kami nampak di jalan raya sekiranya ke mana-mana, tanpa di sangka suatu hari anakanda mengira sendiri.."one car, two car..."..Alhamdulillah

*Huruf jawi anakanda baru mengenal Alif, Ba dan Ta. (Ibu perkenalkan dengan sebutan baris atas.)
Mengajar anakanda megaji memang mencabar, sesi membaca iqra' ibu dan ayah bergilir menjadi tok guru selepas solat Maghrib, sengaja biasakan jadual sebegitu sejak kecil walaupun hanya dapat beberapa minit dan kekadang saat untuk menarik perhatian anakanda supaya duduk diam
Tampalan flash card huruf jawi di bilik Faris dan penggunaan buku bergambar juga membantu. Cara pengajaran sambil main-main sangat sesuai untuk usia Faris kerana sangat mustahil untuk dapatkan fokus anakanda.:)

* Surah Al Ikhlas anakanda dah boleh sambung dari bacaan ibu, tak sabar untuk mendengar Faris membacanya dengan lancar. InsyaALLAH tak lama lagi..Ibu usahakan supaya anakanda dapat menghafal surah al Ikhlas dan Surah Al Fatihah sebelum mnginjak usia 2 tahun..Semoga ALLAH memberkati usaha ibu dan ayah.

*Anakanda dah ada 12 batang gigi, gigi taring dah cuba menampakkan diri, so kena semakin rajin menggosok gigi. Ibu masih menggosok gigi anakanda tanpa penggunaan ubat gigi

*Anakanda sangat petah bercakap, kalau ke mana-mana mesti akan ada yang terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya..kadang-kadang ibu pun kembali berfikir dari mana perkataan itu di pelajari.
contoh beberapa hari lepas
Ibu: Faris sayang ibu tak?
Faris : entahlah..
ibu tak pasti Faris faham atau tidak dengan maksud 'entahlah' tapi kebiasaannya Faris akan menjawab 'sayang'..:)
Seronok melayan Faris bercakap coz selalunya perkataan yang keluar akan membuatkan ibu dan ayah tergelak, tak menyangka perkataan itu keluar dari mulut anak kecil kami :)

*Berat badan anakanda..oh sangatlah ringan, hanya 8.8kg. Anakanda sangat kuat makan tetapi aktif. Tidak dapat di sangkal lagi, anakanda mengikut gen ibu, tahap metabolisma tinggi..hehe :)

* Faris sangat kuat mengigau, bercakap dalam tidur. Mungkin kerana terlalu keletihan di siang hari sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..:)

* Faris sangat suka menulis dan melukis

* Sejak bayi sehingga sekarang (masih bayi kan?) anakanda takut dengan bunyi dari blender, vakum dan mesin-mesin. 

Itu yang boleh ibu kongsikan setakat ini..dan gambar ini pengubat rindu ibu kepada anakanda..
Aktiviti anakanda bila balik ke kampung atuk, kampung sebelah ayah aktiviti agak terhad coz kekurangan ruang tanah, bila balik ke kampung ibu, Faris seronok 'mengotorkan' diri. Ibu suka Faris berpeluang bermain tanah dan kotoran seperti ibu zaman kanak-kanak dulu..:)


Ini aktiviti semalam, sibuk dengan chain saw atuk, mengikut atuk ke kebun getah orang untuk mencari kayu api persediaan untuk kenduri mumy tidak lama lagi. walaupun baju kotor dan penuh kesan gigitan nyamuk di tangan, kaki dan kepala tetapi anakanda memang tak nampak penat langsung..



Tiga gambar di atas adalah aktiviti semasa balik raya lepas, bermain tarik upih bersama sepupu dan pak long..di rumah sendiri tak merasa aktiviti seperti ini..:)

Wassalam..

Sunday, October 23, 2011

Menyusu semasa hamil

Salam..

Jumaat lepas baru ibu di berikan kekuatan untuk berjumpa doktor. Sebelum tu, dah beberapa kali ayah minta dan bawa ibu ke KMC, untuk check up dan dapatkan pengesahan dari doktor, tapi ntah kenapa tuk 2nd time ni, debaran tu melebihi masa pregnant kan Faris..huhu..

Jumaat lepas, ibu decide untuk ke poliklinik, so alhamdulillah, sure la +ve pregnancy test. Mengikut perkiraan doktor, hari ini ibu genap 10minggu, expected due date 23 Mei 2012. Then, peluang ini  ibu gunakan untuk bertanya kepada doktor berkenaan breastfeeding. Kata doktor, 'no problem, u still can continue coz sampai satu tahap, susu akan berubah rasa, kadang-kadang ada anak yang stop sendiri bila tak berkenan dengan rasa susu tu, tapi ada juga yang terus menyusu', itu lebih kurang ayat doktor tu. 

Pernah seorang kawan nasihatkan ibu untuk berhenti menyusukan Faris atas alasan ' kesian kan baby', menurut doktor tu, tiada istilah kesian coz yang supply zat sume adalah ibu, so ibu perlu ambil suplemen seperti kalsium 1200mg sehari (doktor bekalkan ibu tablet 300mg, so makan 4kali sehari) dan start dengan obimin bila masuk 3 bulan sebagai sumber zinc etc. So rasanya tak timbul istilah abang curi zat adik..hehe..Sorry kalau penerangan ibu buat korang kompius, kalau nak lagi jelas better dengar sendiri apa doktor cakap coz maybe lain orang, berbeza kondisi, dan tak mustahil kalau lain doktor, lain pandangannya.

Ada juga yang takut dengan risiko keguguran, ibu pernah baca tapi lupa nak simpan sumbernya, risiko keguguran untuk bf semasa hamil sangat rendah. Bf memang boleh menyeababkan pengecutan rahim kan? Tapi mengikut sumber tu, ada beberapa kondisi yang meletakkan kita sebagai berisiko tinggi, salah satunya adalah kalau pernah mengalami keguuguran, 2 lagi faktor mereka yang berisiko ibu tak ingat..huhu..camne ni?info pun tak berapa lengkap..ibu nak cakap banyak pun risau kalau ada yang kata ibu memandai kan?So better rujuk pada yang lebih pakar untuk lebih jelas..:)Wallahualam..

Faris memang ibu dah ajar dengan FM, standby untuk siang hari coz ibu takut kalau sumber kalsiumnya tidak memenuhi keperluan seharian. Tapi setakat ni, dia memang tak berkenan dengan FM, lebih rela minum air masak dan tunggu kepulangan ibu. Tapi pelik, ibu tak rasa apa-apa bila tengok pembaziran FM tu, sebotol atuk sediakan langsung tak di minum berbeza perasaannya kalau tengok Faris tak habiskan EBM yang ibu tinggalkan dulu..hehe..Alhamdulillah ibu masih lagi berdaya untuk memberikan haknya. Ibu perasan sekarang, kalau neneng pun, Faris tak neneng lama, seolah-olah hanya untuk melepaskan gian sahaja. InsyaALLAH bila masuk 3 bulan nanti, ibu akan berjumpa pakar pula untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan memastikan yang terbaik untuk kedua-dua buah hati ibu..:)

Kesimpulan mengikut pandangan ibu yang kurang arif ini, sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan kepada baby dalam kandungan, anak dan ibu, ibu boleh teruskan menyusu. Tapi kalau memudaratkan, ibu pun akan memilih jalan untuk stop..:)

Ibu harap, ALLAH sentiasa permudahkan segalanya, lindungi anak dalam kandungan ini dan memberikan ibu kekuatan untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat Faris dan adik..:) Ibu hanya mengusahakan apa yang terdaya dan berserah.

p/s: sekadar perkongsian dan juga ilmu untuk mendidik diri sendiri. Feel free tuk berikan pendapat sekiranya ada pandangan lain yang boleh di kongsikan untuk manfaat bersama..Thanks..

Sejak akhir-akhir ni, entry bosan jek kan?tanpa gambar lagi..hehe..

Wassalam..

Thursday, October 20, 2011

Header Baru ;p

Salam

Akhirnya..ada juga perubahan pada blog ibu...Tengok blog orang lain tiap-tiap bulan bertukar, touch up sana sini, blog ni masih di tampuk lama..ahaks..nak buat camne kalau dah tuan empunya blog 'terlalu kreatif' bab men'design' dan meng'edit' gambar..haha. Seriously memang ibu tak pandai nak edit gambar, bukan edit aje, amik gambar pun selalu fail..hehe..dah ramai blogger yang ambil tempahan buat header kan? Tapi belum sempat ibu nak mencuba, cuba main-main sendiri dulu ni..hehe

So dengan adanya header baru yang tak seberapa ni (di harap korang tak gelak)..haha..berubahlah sedikit pemandangan blog ibu..:)

Ada sedikit masalah yang memerlukan bantuan kamu yang pakar..camne nak 'centre' kan header tu ek??senget camtu rasa cam tak siap jek (terlalu ke kiri)..So please kalau ada yang pndai..TUNJUK AJARKU SIFU...

p/s: edit cam kanak-kanak jek rasanya..huhu..tapi halal la ek..janji header baru..ahaks..

Wednesday, October 19, 2011

Bukan Wordless Wednesday

Salam..

Tiada WW hari ni coz ibu rasa nak berceloteh..banyak kategori nih..kita tengok satu persatu k..eheh

Mood
ok..yang ni kategori pertama, coz tanpa mood memang tak kemana. Al kisahnya, kalau masa pregnant Faris, mood menulis sangatlah berkobar-kobar, sehingga terciptanya blog ini. Tapi sekarang? Mood dah jauh melayang bersama bayang-bayang, di terbangkan layang-layang..ahaks..Mood membaca masih ada, sebab tu blog kawan-kawan still ibu kunjungi walaupun ibu sudah lebih seminggu sepi tanpa entry..huhu

Penyusuan
Ada yang tertanya-tanya bagaimana dengan Faris setelah ibu mengandung lagi sekarang. Target ibu mahu menyusukan Faris sehingga 2 tahun, bak kata Ummu Muhammad untuk dapatkan PHD, tapi setelah di berikan rezeki anak ke2 ini, ibu tidak dapat menjanjikan PHD kepada Faris. Hanya ALLAH yang mengetahui setakat mana penyusuan ini akan di teruskan, ibu hanya berserah. Kalau pada ibu, selagi ibu larat dan tidak memudaratkan, ibu akan terus memberikan yang terbaik buat anakanda. Setakat ini, Alhamdulillah rezeki anakanda masih ada, cuma kadang-kala yang menjadi halangan adalah keadaan ibu. Alhamdulillah sekali lagi coz ibu tidak mengalami alahan kuat, hanya pening dan kurang selera makan. Namun mungkin kerana hormon, ibu merasa sakit setiap kali Faris menyusu lama. Mengikut pembacaan ibu, nipple akan menjadi lebih sensitif ketika hamil, mungkin itu puncanya.

Pam Beralih Tangan
Ibu sudah mula berhenti mengepam sejak Faris berhenti dari sekolah dan kembali tinggal di rumah dei bawah jagaan atuk. Setiap waktu tengahari ibu akan pulang untuk menyusukan Faris memandangkan stok sangat tidak memberangsangkan (boleh bajet kan sampai mana tempoh penyusuan ini :(..). kebetulan ada ibu baru di pejabat ibu, yang bersungguh untuk memberikan susu ibu kepada anaknya, tetapi di sebabkan ketiadaan pam yang sesuai, dia tidak dapat menyediakan stok yang mencukupi. Akibatnya, dia menggantikan susunya dengan susu lain untuk anaknya. Ibu dengan rela memberikan pam ibu kepadanya, akan rasa bersalah kalau tidak cuba membantu sedangkan ibu mampu untuk membantu. Sayang, kerana ibu tersebut punya tekad, Alhamdulillah kini anaknya kembali di bekalkan dengan susu ibu dan tidak perlu bekalan tambahan selain susu ibunya.

Pengajaran untuk bakal ibu juga, seperti yang ibu beritahu kepada sahabat ibu..persediaan itu penting, jika tidak mampu membeli pam sebelum bersalin, mungkin sebagai alternatif, lengkapkanlah diri dengan ilmu seperti 'Teknik Marmet'. Tekad sahaja tidak menjamin kejayaan tanpa ilmu pengetahuan.

20 bulan
Alhamdulillah..anakanada ibu Faris Amsyar genap 20 bulan hari ini (berbaki 4 bulan tuk melengkapkan 'pengajian dan mendapat PHD). Setakat ini, ibu cukup bersyukur dengan perkembangan anakanda. Petah berkata-kata, dan jarang perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat ibu faham kerana sebutannya jelas. Hampir tiada langsung 'pelat'. Faris dan kebanyakan kanak-kanak sememangnya di anugerahkan dengan ingatan yang kuat, syukur Alhamdulillah kerana nikmat itu sangat membantu untuk ibu mengajar Faris. Cepat mengenal barang, mengingati nama dan mengenal huruf sudah cukup buat ibu rasa sangat bersyukur dan bertuah. Sekarang, Faris selesa di panggil abang..seronok tengok riak wajah dia bila menyebut dirinya sendiri sebagai 'abang Faris'. InsyaALLAH anak ibu akan menjadi abang yang baik. Kadang-kadang perkembangan Faris membuatkan ibu terasa seperti masa terlalu cepat berlalu, semakin lama semakin hilang 'baby' ibu, kerana Faris semakin membesar. 

4 kategori cukup lah kot..hehe..panjang pula coretan kali ini. Memakan masa lebih 2 jam untuk mengarang, coz mood on n off..hehe..

Wassalam...*_*

Wednesday, October 12, 2011

Siapalah Aku?

Salam..

Hari ni sesaja rajin nak lawat nuffnang, bukan nak tengok hasil kutipan tabung blog coz dah tahu tak mencapai lagi tahap meriah cam orang lain. Bila duk tengok statistik terus tersengih sendiri. Nak tau sebab apa?

Mai tengok nih..


Terharu pun ada..ada yang cari blog ni dengan kata kunci 'blog kayzie'..hehe..sure kenalan ibu tapi lupa nama blog kan? Thanks kerana gigih gak cari gunakan kata kunci begitu, pasni ibu nak try search dengan kata kunci yang sama coz nak tengok hasilnya..:)

Kata kunci lain yang membawa trafik ke blog ini kebanyakannya tentang Bandung, sejak dari ibu up kan cerita tentang tu sampai sekarang. Tapi jumlah pengunjung tu takde lah seramai mana..hehe..


Yang ni pun rasa nak gelak, selalunya dari Indonesia jek, tapi kali ni dari Sudan dan US pun ado..hehe..info apalah yang dapat membantu mereka ya? Ikhlas dari hati, tak mencari publisiti atau nama coz ibu menulis kisah hidup dengan anak, suami dan keluarga tercinta sahaja. Namun bila ada yang sudi membaca dan menjalin silaturrahim di dunia maya ni, ibu sangat-sangat bersyukur dan menghargainya.. THANKS again

 Sabda Rasulullah SAW
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..."
InsyaALLAH semoga kita tergolong dalam golongan itu..:)
Blog ni nak dikatakan ilmiah sangat tu tidak lah, tapi ibu harap sekurang-kurangnya ini bukan penulisan yang sia-sia, dapat memberi ilmu atau info walau sebesar zarah..InsyaALLAH 

Wordless Wednesday - Mengimbau Kenangan



Ambil mood..huhu..leh kan?

Tuesday, October 11, 2011

Risiko Mengandung Selepas Cesarean

Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..


Jarak kehamilan selepas cesarean 


Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ?misalnya enam bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.

Bolehkah saya melahirkan secara normal berikutnya?

 Sebenarnya selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.

Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan (rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan lebih cepat dan baik.

Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan berkembang di sana.

Bahagian bawah rahim mula berkembang pada tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika hendak bersalin.

Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

Satu lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik (uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun. Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu tinggi.

Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~

Masa yang paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.

Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.

Jangan gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.

Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218 
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html

"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."

Wallahualam..

Monday, October 10, 2011

Berita baik itu

Salam semua..

Happy working di pagi Isnin..:)

Still ingat berita gembira yang nak ibu kongsikan tu?
Ramai yang teka ibu pregnant..apa la korang ni..
sebenarnya..


















Korang memang pandai..haha (beria jek enter bebanyak..haha)
Alhamdulillah bakal berempat tahun depan..di jangka hujung Mei 2012..
Doakan kesihatan ibu dan baby ya..

So..
Faris Amsyar bakal jadi abang..hehe
Alhamdulillah setakat ni cuma menghadapi pening-pening dan kesukaran memilih makanan yang dapat memenuhi selera..
Ibu harap ibu akan sentiasa sihat dan kuat, tak kena alahan yang kuat supaya dapat tumpukan perhatian pada keluarga..

Happy sangat
coz kali ni ayah ada dengan ibu dari awal pregnant, masa pregnant kan Faris, dari mula tahu pregnant ibu tak jumpa ayah, share berita baik itu pun melalu phone dan chatting sahaja. Ayah betul2 tinggal dengan kita selepas ibu mengandungkan Faris 6bulan..
sekarang zaman offshore dan training dah berlalu..Alhamdulillah..:)
So kali ni, lega sikit coz ayah leh tolong mana yang patut..:)

Faris dah tahu 'dalam perut ibu ada baby'..so pantang tengok ibu baring..mesti dia cakap
'sian ibu..ibu sakit'..hehe


Faris dah nak jadi big brother..:)

Alhamdulillah..

Thursday, October 6, 2011

Nasyid | Doa Dhuha


Sebelum ni dapat dengar di IKIM masa hantar Faris ke school..sekarang tak dapat dah dengar radio waktu yang sama. Lama ibu mencari nayid ni coz tatau kumpulan mana yang nyanyikan..Alhamdulillah hari ini dapat, nak share dengan kawan-kawan. Doa dhuha yang di nasyidkan. Semoga kita bersama mendapat manfaatnya..

*kalau ibu tak salah, doa yang di tulis dalam jawi itu ada sedikit kesalahan, so mungkin bila nak baca dari tulisan itu kena berhati-hati coz macam ada 'baris' yang tertinggal kalau ikuti betul2 bacaan dari UNIC sendiri..

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday - Anak Soleh



Thank You ALLAH

*__*

Tuesday, October 4, 2011

Cuti-cuti keluarga


Salam..

Entry ni sepatutnya di publish minggu lepas, tapi selepas selesai aje upload gambar, dapat call dari atuk Faris, beritahu Faris menangis tak berhenti sambil cakap sakit telinga..itulah permulaan bagi kes warded minggu lepas..mujur ibu tinggalkan anakanda dengan atuk (tak pergi school) coz minggu sebelum itu anakanda dah tunjuk tanda-tanda awal jangkitan telinga tu.

Kami ke Mersing pada 16 dan 17hb Sept lalu sempena majlis pertunangan ayah teh (abang ayah), hampir semua adik beradik ayah join sekali kecuali ayah de yang berada di Rawang tak dapat nak join..So sebelum majlis pertunangan buat majlis ala-ala Family day lah pulak..huuhu..Bukan senang nak bercuti ramai-ramai memandangkan semua dah ada commitment kerja dan keluarga masig-masing..

Kami menginap di Homestay Air Papan..harga dan keadaan bilik memuaskan hati. Selesa dan bersih, itu yang menjadi keutamaan..:)

Kebetulan view homestay ni adalah pantai Mersing, maka syok la anak-anak dan mak anak tak kurang bapak-bapaknya sekali nak terjun pantai. Anakanda yang masih selesema kami hadkan aktiviti airnya. Tak mungkin dapat halang terus kan bila dah nampak 'kolam' dia terbentang luas depan mata..hehe

Jom layan gambar mandi-manda..gambar homestay langsung tak ambil..coz kami antara keluarga yang lambat sampai, so bilik kami dah penuh dengan barang persendirian dan hantaran, tak sampai hati nak ambil gambar..hehe

Antara yang semangat nak mandi..nenek siap beli seluar baru lagi coz tak bawa seluar spare tuk mandi..huhu




Ayah ibu dan Faris..kompem la lagi semangat kalau dengan laut ni..hehe











orang lain dah start main air, ayah layan Faris main ball dulu..so takde la lama sangat Faris berendam nanti..hehe


ayah ngah demam..so just dating bersama mak ngah di tepi pantai..hehe



suka-suki


kami lagi


dah bosan di Pantai sambung di swimming pool lak..kebetulan keluarga kami je waktu tu..Ibu dah tak join coz dalam cubaan memujuk anakanda naik cepat..

Balik dari Mersing, dapat good news..hehe..nanti kita share k..

wassalam..

Monday, October 3, 2011

Penyakit M

Salam..

Lama rasanya tinggalkan blog ni, selalunya kalau tak update pun, ada gak masa nak berkunjung ke rumah kawan-kawan, tapi minggu lepas rasa cam banyak sangat tanggungjawab kepada negara yang perlu di uruskan sampai langsung tak sempat nak menziarah..huhu..ok tipu, jangan percaya..

Sebenarnya ibu di serang penyakit, buatan orang..ahaks..tipu lagi..penyakit M = Malas..malas nak menghadap laptop mahupun handphone tuk menjengah blog..hehe

Akibatnya, banyak la berita gembira orang yang baru ibu tahu hari ini, orang dah habis senyum, ibu baru nak tersengih-sengih hari ini. Akibatnya lagi,'ter'belated dah birthday beberapa sahabat blog dan banyak ketinggalan berita sensasi dan terkini sahabat-sahabat.

Di samping penyakit malas tu, anakanda ibu warded lagi minggu lepas..dari Isnin- Sabtu (26hb Sept hingga 1 Okt) kami bercuti di KMC kerana anakanda kena jangkitan telinga..Alhamdulillah anakanda dah sihat dan semoga ALLAH sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada anakanda. Semoga sentiasa di pelihara dan di lindungi dari segala penyakit dan kejahatan.

So itu lah antara punca blog ini semakin menyepi..semoga masih ada yang sudi berkunjung..huhu..alamak..penyakit dah datang..huhu..so babai for now..

wassalam..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang