Thursday, March 17, 2011

Kenapa ada lagi yang kata tak cukup?

Salam..

Sebak betul rasa dada..rasa nak menangis dan menjerit..ibu berbual dengan seorang rakan, katanya dari hari pertama anaknya dah di berikan susu formula. Ibu sebak bila bertanya 'kenapa?'..sebenarnya tak perlu pun rasa begitu coz itu anak dia 'setiap ibu akan buat yang terbaik untuk anaknya kan?'..tapi berhenti sebelum mencuba itu bukanlah 'yang terbaik'..ringkas je jawapannya 'susu takde'..sebenarnya kawan ibu tu bukan orang yang pertama, dah banyak kali dengar alasan tak menyusu di sebabkan susu tiada..sedih..puncanya..salah satu punca utama sebab kurang ilmu didada sebelum bayi di lahirkan

so..bakal-bakal ibu, ibu MERAYU korang gali lah ilmu sedalam mungkin..tanpa ilmu ibu pun mungkin gagal menyusukan Faris sehingga ke hari ini. Tapi alhamdulillah setakat ini,ibu leh jawab if orang syko ibu dan hadapi cabaran-cabaran yang datang. Hari-hari pertama kelahiran, tanpa ilmu ibu pun akan kalut nak sediakan susu formula untuk Faris, risau sebab susu tak keluar. Seingat ibu sampai hari ketiga pun susu belum lancar, bila balik ke rumah pada hari ke3, mil dah minta suruh bancuh susu tepung coz Faris sentiasa nak menetek dan kerap menangis walaupun baru lepas menetek..bayangkan ibu melahirkan anak secara pembedahan..hari ke3 perut masih sakit lagi, dengan segala kepayahan even nak bangun ibu tetap menyusukan Faris..

Tapi..Alhamdulillah..ibu tahu..hari-hari pertama susu takkan keluar sampai menitik dan mengalir coz yang ada hanyalah kolestrum (kalaulah kawan ibu tu tahu perkara ni sebelum melahirkan..:(..). Ibu cekalkan jugak hati kasi Faris hisap coz kolestrum tu sangat lah berharga, baca di sini..cecair yang keluar pada hari-hari pertama bayi di lahirkan mengandungi antibodi yang paling berharga untuk anak kita.

Jangan di sebabkan anak menangis ibu-ibu kalah,terus katakan tak de susu coz banyak lagi sebab punca anak menangis. Bagi ibu, anak yang baru keluar dari perut ibunya, mungkin panik dengan keadaan dunia barunya. Mungkin menangis kerana tak selesa dengan pakaian atau lampinnya, bukan semestinya kerana LAPAR semata-mata.

Banyak amalan daripada zaman ibu-ibu kita dahulu kan? sejak dari mengandung sampai ke selepas bersalin dah terbiasa mengamalkan ilmu turun temurun sampai korang rasa tidak perlu untuk menggali ilmu baru. Sejak dalam pantang lagi pun ibu dah melalui perkara ini, orang tua-tua memang banyak petua, tapi kita sebagai ibu boleh menilai dan memikirkan semula mana yang baik dan mana yang tak perlu.

Kebiasaannya kalau ikut orang tua-tua, bila bayi kerap menangis bermakna anak lapar, bukan sahaja di suruh bancuh susu FM malah ada yang di suruh untuk bagi anak makan. Bayi yang baru dilahirkan memerlukan saiz atau keperluan makanan yang amat kecil cek di post ni, anak kecil tu mempunyai buah pinggang dan usus yang belum matang, janganlah di ganggu dengan makanan-makanan lain selain yang telah ALLAH syariatkan..

Ibu bukanlah sesiapa untuk bercakap tentang penyusuan susu ibu..Hanya seorang ibu yang baru menyusukan anak sulungnya selama hampir 13 bulan dengan hanya susu ibu..tapi ibu rasa tak sanggup bila tahu ada ibu yang melepaskan peluang untuk menyusukan anak. Menyerah terlalu awal, seawal hari pertama..sedeyy.. Kalau ikutkan banyak yang perlu di beritahu tapi ibu ringkaskan terutama untuk bakal-bakal ibu

1. Sejak dari mengandung tanamkan lah azam untuk menyusukan anak coz InsyaALLAH mind set akan membantu untuk kita jadi cekal dan nekad
2. Carilah ilmu tentang penyusuan. Zaman sekarang korang dah tak perlu ke kedai buku, susah payah cari buku. Klik-klik je di internet, pelbagai info yang ada.
3. Tak semua amalan dari mak-mak kita dulu masih valid tuk diamalkan, terutamanya tentang memberi anak makan seawal 3bulan or berikan air masak, pelbagai kajian dah dilakukan, bezakanlah mana mitos mana realiti.
4. Dalam pada excited cari barang baby, jangan lupa cari barang untuk penyusuan. Tak perlu yang mahal or ribuan ringgit. Dengan penggunaan yang betul, pam murah pun leh hasilkan susu yang banyak. Lebih bernilai dari wang ringgit :)
5. Didik lah suami, untuk para suami pula, support lah isteri.
6. Berdoa lah kepada ALLAH supaya perjalanan penyusuan korang sentiasa di permudahkan.
7. Tabahkanlah hati. Pekakkan telinga korang if ada yang katakan korang tiada susu or susu tak cukup untuk baby. Teruskan memenuhi keperluan baby. Dimana ada demand, insyaALLAH supply akan berterusan.
8. Belajarlah teknik lekapan dan cara penyusuan yang betul tuk memastikan baby dan ibu sama-sama selesa sewaktu sesi penyusuan.
9. Jangan biasakan baby dengan puting palsu di awal kelahiran. Korang akan menyebabkan baby keliru puting.
10. Jangan putus asa. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman dan dapatkan sokongan mereka.


p/s: tak perlu bebankan diri sendiri dengan aim ke 2tahun terus, cabar diri untuk breastfeed secara eksklusif (tanpa air masak or makanan lain) selama 6 bulan dulu, InsyaALLAH tekad dan nekad akan datang dengan sendirinya..

9 comments:

Anonymous said...

i like!~~ teruskan memberi sokongan pada ibu2 di luar sana...pondok ibu da bersawang..

kayzie said...

thanks mama..semangat tgh berkobar2 td..huhu..buang la sawang2 di pndok tu..i windu ur words

wahida said...

go bebeh go!!

Anonymous said...

bagus2..i rindu sangat nak menyusukan baby kecik...hehe..aisha dah besauuuu...ok mama, teruskan perjuanganmu k!!!! luv ya~~~~~~ <3

Anonymous said...

caya lah nurul!! chayokk!!!! *mili*

Unknown said...

ayat tkde susu mmg alasan yg popular kita dgr pd kebanyakan ibu2 yg tak tahu. mereka tak belajar n tkde ilmu.mksud sy ilmu bf..
mgkn mereka ingt di awal kelahiran susu perlu melimpah ruah, sedangkn perut bayi hanya sebesar biji saga. x perlu susu yg byk. air msk atau nestum lagilah x perlu.

btl kata kayzie, menangis bkn krn lapar je. bby tu mgkn perlu ms utk sesuaikn diri.yelah selama 9 bln di alam yg lain, di tpt yg gelap tiba2 keluar di dunia lain. mmglah memerlukan ms, btl tak?
teruskn perjuangan kayzie!

kayzie said...

kak wahida: go..go..algogo..hehe..tq

kayzie said...

mama n mili: teruskan perjuangan tuk anak ke2 dan seterusnya..hehe

kayzie said...

ummi ummair: tul tu..ramai yg terlupa nak mencari info sal penyusuan coz leka ngn info perkembangan bb jek..sepatutnya kenalah seimbang.kalo dr awl tak tau kompem ssh nak lalui saat2 awal tu kan?bl awl2 dah tgk susu takde,kompem pastu dah terbiasa dgn FM..:(

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang