Tuesday, March 22, 2011

Restoren Baru di Kuantan - Monrods restaurant

Jalan-jalan cari makan episod kali ini membawa anda ke Bandar Kuantan yang aman dan menenangkan (tanpa jem yang teruk)..ahaks..intro tu dah leh gantikan pengacara Jalan-jalan cari makan tak?

Ibu nak bercerita tentang restoren baru di Kuantan, baru di buka kalau tak salah awal Febuari 2011. Restoren ni yang pertamanya di buka di sebelah utara,  di Kuantan ini di buka secara franchise dan dimiliki oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Berhad (KPKP). Nama MONRODS itu asal usulnya adalah dari 2 orang pemuda Melayu yang menggunakan nama Mat Saleh..seorang Mon dan seorang lagi Rods = Monrods begitu mengikut intro yang terpapar di restoren mereka..huhu) 

Oleh kerana dimiliki penuh oleh KPKP, maka terdapat keistimewaan untuk pegawai kerajaan dan pesara k..10% diskaun gitu..tapi ibu tengok semua menu yang di sediakan adalah dengan harga yang sangat berpatutan..tak mahal pun..dan pelbagai menu yang di sediakan dari malay hingga ke western cuisine..:)

Apa yang menarik di restoren ini adalah bagi kaki karaoke, korang leh la berkunjung ke sini selalu k. Sambil makan korang leh karok secara FREE..Suasana dalam restoren pun leh di katakan menarik n konsep restoren adalah secara open kitchen. So korang leh la tengok kekalutan chef menyediakan juadah pilihan hati korang. Restoren ini mempunyai 3 tingkat, tingkat ketiga adalah hotel.

Baru kali pertama ke restoren ni semalam, penilaian setakat ini adalah baik coz ibu suka kalau restoren tu bersih dan pekerjanya peramah selain makanan yangs sedap, bertambah selera nak makan. Cuma suasana sedikit bising dengan bunyi teriakan dari dapur, mungkin selepas ini perlu duduk di meja yang lebih jauh dari kaunter dapur..hehe..


si kecil dan ayah :)

Monrods iced blended dan tutty fruity blended..suggestion oleh pelayannya..not bad, nanti nak oder lagi :)

Nasi ayam di madu..nasi ayam di sini banyak choice k..

Ibu dan ayah kebiasaannya ke kedai makan yang sama tiap kali makan di luar..so after this, Monrods leh masuk dalam senarai kedai makan pilihan..huhu..


12 comments:

wahida said...

korang punya ice blended tangkap leleh wa ckp lu!!

ko kijammmmm!!

Mrs Hakim said...

Salam kenal tuan rumah...org kuantan ke?? kite pun dok kuantan ni juga...Monrods tu yg kat depan taman kerang kan..dh perasan 2 minggu lepas cume tak sempat nak singgah lagi...ok, pas ni blh la singgah..hehehhe..n i follow u yea...

kayzie said...

balas dendam dgn perbuatan akak 'melelehkan' sy sblm ni..hhahhaha(gelak jht)hehe

kayzie said...

salam kenal jugak..lupa lak btau lokasi dia eh..hehe..monrods dpn HSBC yg dkt msjid ktan..thanks sudi folo..:)

arixzorn said...

i akan ke kuantan i akan try restauran ni
mcm best je...

arixzorn said...

mcm menaril reatauran nie

kayzie said...

fifi: tak amik pic deko..tp mmg menarik jugak la..sila la cuba..huhu

sweetlavender86 said...

ahhhhh terliurrrr tgk ice blended!!kak kayzieeee,zuraa nakkkk!!hahaa.dtg kl bwk la ;p.haish.ni kene pegi kuantan lgi nie.jln2 carik mkn.

kayzie said...

kalo zura ngidam kompem org bawakan..tp smpai sana dah cair la..haha..jom..jom dtg ktan lg..janji kali ni andak tak jd tok pghulu dah..huhu

Unknown said...

cam cdap jer mkn kat c2 kan,,ngat nak wat sprise clbrate 4 my hbby kat c2,,ssuai x???

kayzie said...

celeb bday ke?sesuai jek kot..leh nyanyi kat kroke nnt or suh pelayan tlg nyanyi skali coz sume ramah2..hehe

SMH said...

dulu pergi makan masa 1-2 lepas dia baru bukan (2-3 kali jugak lah makan kat situ),makanan agak kureng sikit rasanya.dan lambat amat (dr pkl 1pm,2:15pm baru dapat). Tapi mungkin sbb baru buka kot.time tu, ingat nak blacklist selamanya dah. tapi ni dah ada good review, kena cuba semula la pulak.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang