Entry kali ni ibu nak menceritakan macam mana bermulanya sesi breastfeeding untuk anak kesayangan ibu Faris Amsyar..Sejak dari awal kehamilan ibu banyak membaca dan mengumpul maklumat tentang penyusuan susu ibu..ibu kagum, dan kasi tabik spring pada ibu-ibu yang masih menyusukan anak mereka terutamanya mereka yang bekerja..kecekalan dan nekad mereka itu sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri ibu..mungkin masih awal untuk ibu katakan ibu berjaya..tapi ibu akan lakukan yang terbaik untuk memastikan impian ibu tercapai..chaiyukkk ibu..hehe
ok..ibu ceritakan dulu macam mana mula2 ibu ajar Faris menyusu..pernah satu artikel yang ibu baca menceritakan bahawa bayi baru lahir mempunyai deria atau secara semulajadinya akan mencari sumber makanan dia bila kuar dari perut ibu..so sebab itulah bila kita letakkan bayi di *b* kita bayi tahu sendiri apa yang dia perlu buat iaitu menyunyut..(*b* ibu gunakan untuk breast k)
ibu lahirkan Faris secara pembedahan so hari pertama selepas pembedahan terlalu sukar untuk ibu gerakkan badan..ingat lagi betapa sakitnya bila nak duduk atau baring..tapi ibu cekal kan hati semata-mata nak pastikan Faris mendapat hak Faris..
KolEstrum
Kepada ibu-ibu yang ingin memahami kenapa penting menyusukan bayi kita sebaik dilahirkan leh baca di sini. Menurut artikel dalam PAMA Feb 2010 pula (Kenali Cecair Emas Berharga) kolestrum mula keluar pada hari pertama kelahiran sehingga hari ke3 dalam kuantiti yang terhad..cecair berharga ini mengandungi semua zat yang di perlukan oleh bayi baru lahir malah lebih kaya dengan protein dan antibodi jika di bandingkan dengan susu matang.
iBu susuan
Sepanjang 3hari di hospital Faris di tempatkan di nursery KMC..tapi waktu siang Faris akan berada di bilik ibu..ibu mula belajar menyusukan Faris pada pagi Sabtu walaupun dengan kesusahan untuk bangun..Alhamdulillah ibu ada penyokong kuat iaitu ayah..jadi kami sama2 belajar dan mengajar Faris cara untuk menyusu..betul lah apa yang ditulis dalam artikel tu..bila di suakan jek *b*, Faris dah tau apa yang perlu di lakukan..ingat ye ibu2..bukan sahaja putingnya tapi sebahagian aerola juga perlu masuk ke dalam mulut bayi bagi mamastikan bayi dapat susu tu..(mahu belajar?). oh ya Faris ada ibu susuan..mama zima tolong susukan Faris sepanjang dia berada di kuantan..tujuan ibu??supaya Faris dan Aisha leh jadi cam adik beradik dan juga tuk mengurangkan keperluan susu formula..thanks to mama zima..sanggup datang ke hospital dan stay lama lak tu bagi memastikan Faris di susukan sehingga kenyang setiap 2jam sekali..tapi ibu pastikan sebelum Faris menyusu dengan mama, Faris dah menyusu dengan ibu walaupun pengeluarannya limited..hehe
JauNdis
Hari ke 4 (22.02.10) Faris di sahkan mengalami jaundis pada tahap 186..ibu dan ayah panik sebab sehari selepas pulang dari hospital Faris lansung tak popoo..sampai kan pada 24.02 jaundis Faris meningkat kepada 246..masa ni ibu menghadapi sedikit tekanan kerana ibu tahu Faris tak popoo di sebabkan susu ibu yang limited..walaupun ibu susukan Faris setiap sejam sekali tuk pastikan Faris tak lapar tapi itu belum cukup tuk buatkan Faris popoo..so apa yang ibu n ayah buat adalah:
kerapkan susukan Faris dan mula mengepam
Mula mEngepam
Ayah betul2 semangat membantu..setiap kali ibu susukan Faris ayah akan tolong pamkan sebelah..huhu..hasil pam tu nnt ayah suapkan untuk faris..alhamdulillah setelah 2-3 kali pam..susu mulai banyak terhasil..dan dengan izin Nya Faris sembuh dari jaundis..dari apa yang ibu alami..ketahanan mental dan sokongan orang sekeliling sangat lah penting..setiap kali nak susukan Faris ibu akan duduk di tempat yang tenang dan sunyi supaya dapat tumpukan perhatian sepenuhnya pada penyusuan. ibu ketepikan kata-kata sesiapa pun yang meragui kebolehan ibu dan selalu bertanya terutama pada kawan2 ibu zima dan mili..thanks korang..memang tak dinafikan mental kena kuat..terutamanya bila fil n mil ibu bukan lah dari golongan yang sedar tentang kepentingan susu ibu..tapi dengan adanya sokongan ayah dah cukup untuk ibu..sampai ke hari ini ibu akan pam kan susu sebagai stok penyimpanan susu bila ibu dah mula bekerja nanti..
CaBaran
Mengikut pengalaman ibu yang tak seberapa ni..cabaran yang paling utama adalah pada awal percubaan menyusukan Faris..masa tu susu belum banyak risau kalau faris lapar..ibu dapatkan nasihat dari nurse yang membuat pemeriksaan pada 3 hari pertama ibu di rumah..menurut nurse tu..tak perlu risau kerana susu awal cukup tuk keperluan baby..cuma kerapkan menyusu (kalau boleh setiap jam)..jadi ibu nekad tak campurkan dengan susu formula..
cabaran ke2 adalah antara pengetahuan dan pengalaman..ibu dan ayah mempraktikkan apa yang kami tahu melalui pembacaan dan maklumat yang telah kami kumpulkan sejak awal kehamilan..yakin dan nekad dengan apa yang kami tahu...jadi terpaksa menggunakan pelbagai helah untuk meyakinkan fil n mil yang dah berpengalaman luas membesarkan anak-anak..lebih-lebih lagi fil n mil tidak memandang kepentingan susu ibu sepenting yang ibu dan ayah tahu..awal-awal lagi dah cari botol tuk letak kan air masak..ayah yakin kan mereka bahawa air masak tak diperlukan kalau bayi menyusu badan..untuk lebih meyakinkan fil n mil ayah bertanya pada nurse yang datang melawat.selepas mendengar jawapan dari nurse tu lah baru fil n mil yakin..huhu..ayah n ibu tahu egala yang di fikirkan oleh fil n mil itu adalah untuk kebaikan cucu mereka juga..
Kesimpulannya..
::Mental memang kena kuat..sangat kuat n kental..walau apa pun terjadi yakin lah bahawa susu kita dapat memenuhi keperluan bayi kita
::Jauhi lah stress dan pastikan kita dapat menyusukan anak dalam keadaan yang tenang supaya susu dapat di hasilkan dengan baik
::Sokongan orang sekeliling terutamanya suami sangat lah penting
::Sokongan orang sekeliling terutamanya suami sangat lah penting
::Doakan lah ibu dapat menyusukan Faris selama mana yang boleh..
::Terima kasih kepada abang atas sokongan yang tak terhingga..
*akhir2 ni entry aku selalu jek panjang menjela..harap kamu dan kamu tidak bosan membaca kisah ku ini kerana tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka..ekekke...
0 comments:
Post a Comment