Thursday, March 24, 2011

IIUM Educare di Kuantan

Salam..

IIUM Educare adalah salah satu taska dan tadika terbaharu di Kuantan. Boleh lah di jadikan salah satu pilihan oleh ibu-bapa di Kuantan ni..Sebenarnya IIUM educare bukanlah organisasi baru, boleh terjah website diorang di sini, cuma cawangannya di Kuantan ini baru di buka untuk orang luar. Sebelum ini, IIUM Educare hanya untuk staf atau pekerja IIUM (International Islamic University Malaysia) sahaja.

So far, selepas buat site visit, ibu sangat suka dengan semua kemudahan yang di sediakan, selamat dan selesa untuk anak-anak. Setiap aktiviti diadakan dalam bilik yang berlainan, contohnya bilik belajar, menonton dan tidur adalah berasingan. Kurikulumnya adalah di bawah seliaan IIUM sendiri. Stafnya pun ramah dan pandai melayan kanak-kanak. Kalau rasa nak tengok, boleh lah terjah ke sana, tak macam certain taska yang tak kasi ibu bapa masuk or kena wat temu janji tuk datang tengok (nak cover apa la kan?)

Persoalannya sekarang, adakah ini school baru tuk anak ibu?huhu..ayah decide tuk hantar Faris ke sana, tapi kata atuk 'Faris dah pandai, tak payah g sana pun boleh pandai ni'..hehe, ibu tahu atuk tak nak berpisah dengan Faris..hehe..Pada ibu, tujuannya satu jek kalau betul nak ke sana, ibu nak dedahkan Faris dengan orang luar, supaya boleh built up sifat tuk berdikari dan cara bergaul. Tambahan pula, anak ibu semakin manja..suka memanjakan diri sendiri coz dia tahu, dia adalah satu-satunya yang di beri perhatian di rumah. Sebab itu bila ada anak kawan yang datang, habis semua kena serang dengan Faris..huhu. Bukanlah tujuan hantar untuk lepas tangan atau lupakan tanggungjawab untuk mendidik anak ibu..

Masih lagi dalam pertimbangan. Apa-apa pun if betul nak daftarkan Faris, harap-harap kekal anak ibu di sana, tak seperti sebelum ini..haha..

9 comments:

USituKAMI said...

mesti atok xkaci..kihkih

kayzie said...

huhu..atuk wat tak layan kalo ibu cte2 sal ni..tp ayah cam dah nekad jek..

Mrs Hakim said...

kayzie, thanks bg info ye...kite byk kali lalu..tapi tak tahu pe bende educare kat IIUM tu...ingtkan utk staff2 IIUM je...

kayzie said...

mrs hakim: duk katne eh?yg di kuantan ni baru buka tuk org luar..:)

wahida said...

mmg duk taska mengajar anak2 rasa berdikari..mudah bergaul..so far, anak saya si abang tu bila dah duk taska, nak masuk pre school bila kena tinggal tak nangis, sbb boleh cari kawan baru sendiri...
ada yg saya tgk ramai anak kwn2 yg duk ngan atuk nenek dorang, bila time nak masuk sekolah, mesti jadi takut, sbb tiba2 tgk ramai org baru yg dia x kenal...then, mmg azab parent time tu kena teman anak sampai habis waktu kelas..makan berbulan2 jugak nak develop kendiri budak2 tu...itu pandangan saya lah...

kayzie said...

tu la kak..sy pun pk camtu..so far..faris ok jek dgn org luar..tp isau gak kalo lama2 nanti jadi taknk kan..hehe

Anonymous said...

hi...saya tengah mencari taska di kuantan nie..ada tak nombor tepon iium educare nie?n lokasi dia kat mana yer?dalam kampus tu ker?

kayzie said...

hi..leh kontek no ni 01998 65009..or leh trus je g ke sana..taska ni dlm uia..pas msuk pak gud belok ke kiri..

fiz azqa said...

hye.. thanks bg info.. memang tgh carik taska.. thanks banyak2..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang