Thursday, March 3, 2011

Mari Belajar - Bahasa

Salam semua..

Jiran ibu pernah tanya..lebih kurang cenggini la ayatnya..namun maksudnya tetap sama k..
"eh nurul,macam mana Faris leh cepat bercakap dan berjalan?selalunya budak ni cepat jalan lambat cakap n kl cepat cakap lmbat jalan, nurul ajar macam mana ek?"

makcik ni bakal menerima cucu sulung..ibu rasa terkompius kejap dengan soalan tu (bukan mitos ke nih?) coz makcik lbh berpengalaman, tapi dapat la ibu pikirkan jawapan yang sesuai..maka ibu berkata..

"ntah la makcik ***..agaknya sebab saya selalu bercakap dengan dia dari dalam perut kot..sekarang pun selalu sembang ngan dia,masa nyusu pun borak ngn dia..tapi kalau bukan ALLAH nak bagi tak dapat gak kot makcik" dengan rasa penuh rendah diri..seyes!!

Alhamdulillah memang ALLAH bagi Faris cepat jalan n ringan pulak mulutnya ngomel macam-macam..tapi banyak gak yang Faris lambat berbanding baby lain..contohnya..Faris lambat merangkak berbanding kawan-kawan sebaya dia, lambat gak naik berat badan..huhu..jangan terkejut..anak hamba 1 tahun beratnya hanya 7.9kg (setelah di bundarkan)..haha..menurun ibunya la tuh kan..

Lambat ke cepat progress anak..jangan kau risau jebat..kecuali kalau dah melebihi paras normal kompem kena bawa jumpa pakar tuk dapatkan nasihat..ibu memandang semua bayi sama..kalau cepat 1 benda ada la benda lain lak yang dia lambat..no big deal..yang penting kita sebagai ibu bapa kena memainkan peranan tuk mendidik dia dalam masa pembesarannya

otak baby macam span..korang tau ni kan?banyak dah sumber yang mengkaji pasal ni..lagi banyak perkataan baru yang dia dengar dari persekitaran dia, lagi membantu perkembangan otak dan kebolehan dia..so apa lagi yang perlu kita buat?banyakkan la berbual dengan dia..ibu paling suka berbual dengan Faris masa tengah menyusu..momen yang sangat indah..walaupun dia tak jawab tapi mata dia akan terkebil-kebil macam cuba nak pahamkan ayat ibu..huhu..kalau dulu masa pregnant, Faris la jugak tempat mengadu coz kami selalu di tinggalkan..:)..so terbawa-bawa la sampai sekarang..pernah jugak ibu terbaca, kita boleh perkenalkan 6 perkataan berbeza setiap hari..sebut dengan jelas pada anak kita, lagi bagus kalau dapat tunjukkan sekali objek sambil sebut dengan jelas..

walaupun anak masih belum boleh bercakap, ibu selalu amalkan tuk gunakan perkataan please, thank u n sorry..biasakan supaya anak pun tak janggal tuk sebutkan pabila perlu nanti..

Biasakan guna simple English..ibu percaya pendedahan awal tu membantu penguasaan di kemudian hari. Ibu pun takde la pengguna bahasa inggeris tegar (kadang-kadang ayah sound coz tak betul sebut..haha). Tapi ibu cuba jugak gunakan simple english bila bercakap dengan Faris..ada lagi ke orang nak kata kita berlagak if speaking dalam zaman ni?abaikan..so tak payah malu-malu..jangan nanti anak dah masuk taska baru dapat dengar perkataan thank you, sorry, please dan sebagainya..cuba perkenalkan ball, cat, towel, eat, sleep, school, dan work berbanding bola, kucing, tuala, makan, tidur dan sekolah..senang kan?

baru baca PAMA keluaran baru..ransangan masa pregnant pun membantu..so berbuallah dengan bayi anda sejak dia dalam kandungan lagi..peace no war..


4 comments:

wahida said...

kita mmg kena rajin berckp ngan anak2....

lain budak lain pembesaran dia kan..

kayzie said...

betul kak..:)

Unknown said...

1 tahun 7.9kg? Hmm..anak akak Arif pun 7 bulan baru 6.4kg. Semua cakap dia kecik, tp ligatnya...

Semua baby memang lain tumbesarannya kan, yang penting dia sentiasa sihat dan cergas.

kayzie said...

faris 7 bulan dah 7kg kak..tapi pastu tak naik bnyk..sampai la setahun ni..coz dia sgtla lasak + sbb mak ayah mmg kecik kot..huhu..takpe la kak asalkan diorg sihat n cergas..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang