Thursday, December 16, 2010

Jom kongsi doa untuk anak kita

::Baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“ Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”

~~Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. InsyaALLAH dapat membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran.


::Surah al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

~~Seeloknya di baca ketika memasak, diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


::Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak menelaah buku-buku dan membaca al-Quran.


::Surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:
“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”


::Doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,
“ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa”

Dan

::Surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:
“ Wahai tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”



Sebaik-baik memohon doa adalah diwaktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

p/s:  ada satu lagi amalan tapi tak ingat baca di mana. sentuh ubun anak, baca al fatihah dan selawat. Sambil tuh leh la 'nasihatkan' anak..

Selamat Beramal..=)

1 comments:

alinalan said...

nice! thanks for sharing & reminder

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang