Tuesday, September 13, 2011

Beraya di Luar Negara

Salam..

Ada ke antara kawan-kawan yang beraya di oversea tahun ni?kami sekeluarga sempat beraya di luar negara beberapa jam..hehe..jam?pelik tak?pelik tapi benar dan sememangnya tak mustahil k..

Nak tau kemana kami pergi?..kami ke Thailand..hehe

Alkisahnya, pada raya ke3 kami sekeluarga bersama aki, nenek dan adik ayah ke Kelantan melawat saudara mara di sana. Kebanyakan keluarga aki Faris semua masih di Kelantan, negeri asal aki. Perjalanan ke Kelantan pada hari raya sangatlah mencabar, ayah memandu kereta berseorangan, ibu pun rasa kesian coz keadaan jalan yang sesak. Perjalanan pergi kami mengambil masa hampir 12jam hanya dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah. Perjalanan pulang pula kami stuck selepas Pasir Puteh selama 5 jam untuk perjalanan sejauh 15km. Terlalu banyak kenderaan punca kesesakan. Ramai pula yang kurang sabar, memotong dari sebelah kiri hinggakan sesak pabila mereka cuba kembali untuk masuk ke jalan yang betul, betul-betul menguji kesabaran, nasib baik anakanda banyak tidur kerana kebosanan.

Pada keesokan harinya (raya ke4) kami ke Mundok Thailand, bukan kerana melawat saudara mara tetapi pergi untuk 'shopping'. Sempadan berdekatan dengan Rantau Panjang juga (sowi, tak tau lokasi sebenar..hehe). Seronok juga ke sana, kerana barang yang di jual sangat murah. Sekilo ikan bilis di sana boleh di dapati dengan harga RM20, kalau di sini ibu beli 100gm pun dah RM3++. Menurut mak saudara yang menjadi penunjuk arah kami, orang tempatan selalu ke Munduk untuk membeli barang keperluan harian. Bagi kami yang first time pergi ni, teruja juga dengan pelbagai barangan lain yang di jual murah, terutamanya tudung. Itu je yang menarik perhatian ibu sebenarnya. Kami hanya berada di sana selama 2 jam. Cuaca sangat panas so tak elok tuk anakanda.

Jom layan gambar

 bot yang membawa kami ke seberang
 Kaya pengusaha bot tu, ramai sungguh orang..

 yang dalam botol tu minyak motor tau..penunggang motor just tuang ke dalam tangki je..hehe..suka lak tengok

 ayah yang pada awalnya cuak tengok bot yang kami bakal naiki. Bot kecil tapi muatannya macam dah terlebih je. Kami tunggu sampai tak ramai orang nak naik baru kami naik..:)


 with ma..ma banyak shopping

Faris suka sangat naik bot..dapat main air, walaupun perjalanan tak sampai 5 minit. Tambang RM1 seorang

Selepas 'beraya' di Munduk, kami beraya pula di Rantau Panjang, cuaca sangat panas, ibu pula terlupa bawa topi anakanda, so belikan topi Bruno ni tuk anakanda..huhu..


wassalam..

7 comments:

diana said...

teringin nya nak pi..
tak pernah ke sana..

mamaNoriz said...

wah bestnyeeee..

last akak ke sana 11 tahun lepas, lama giler...huhuhu

ewah, bukan main bergaya bujang kecik dgn topi baru, leh arr nyanyi cma nabil tu...ekekekee

mummy2k said...

eh..kebetulan..kiter pun pegi tau tp raya yg ke11 dah masa tu...giler betul kan?rambang mata..klau bawak seratus dua pn,dh dpt bnyk mende...

Ummi Ummair said...

akak yg asal kelantan pn x penah ke munduk.hihi..
time raya mmg kelantan akan jem yg teramat! nk ke mana2 pn kna fikir byk kali.huhu

NM02 said...

kite teringin nak pegi kg adik ipar kite.. tapi kite takut... hehehe

wahida said...

bestnya naik bot mcm tu...kalau anak2 aku pun sure suka tu...

~izan~ said...

wah,terlepas sempadan ni ehehe... meriah kemain bershoppingraya hehe

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang