Friday, September 9, 2011

2 Tahun Sudah

Happy Birthday to you
Hari ini genaplah kamu berusia 2 tahun
Tanpa di sangka 2 tahun lalu pada tanggal yang sama 9 September, kamu wujud dalam hidupku..
Terima Kasih kerana muncul dan menjadi temanku
Semoga segala memori yang ku simpan bersamamu akan kekal hingga ke akhirnya
Agar kau dapat menjadi pencerita aku suatu hari nanti..

::Khas untuk blog ku..ahaks...::

Tak sangka ibu dapat bertahan berblog sehingga ke hari ini. Daripada awal kemunculan dulu hanya 1 entry sebulan, sekarang dah bertambah dan semakin berkembang maju. Walaupun tak berapa maju dan berjaya setaraf dengan blogger-blogger glamour seperti kak wahida da story teller dan punyai ramai follower seperti kak diana senyum sokmo tapi ibu cukup sayaaaaaaaaaang pada blog ini.

Ibu mula berblog semasa mengandungkan Faris, pada masa itu ibu selalu melawat blog ibu-ibu untuk menggali ilmu keibubapaan dan ilmu tentang penyusuan bayi. Blog kak sarah adalah blog pertama yang ibu jumpa dan ikuti sehingga sekarang. Tertarik dengan kemampuan dia untuk menyusukan anak pertamanya dahulu, kemudian ibu jumpa dengan blog lain seperti ummi ummair. Cukup memberikan manfaat yang berharga dalam memastikan ibu berjaya untuk menyusukan Faris dari awal kelahiran. Alhamdulillah..

Blog ini lah yang memperkenalkan ibu kepada kawan-kawan maya ibu seperti kak yus, kak izwa, kak maya, dan ummu Muhammad dan ramai lagi (sorry tak dapat nak type semua) . Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi melalui penceritaan dah cukup membuatkan ibu rasa rapat dan menghargai mereka seperti sahabat lain. Sebab itu kalau ibu tiada entry baru, ibu hanya membaca cerita-cerita mereka untuk melengkapkan hari ibu.

2 tahun usianya bersama 102 follower..ahaks..jangan gelak k..secara jujurnya, ibu tidak kisah dengan jumlah follower tetapi yang penting ibu berharap dapat mencatatkan segala kenangan ibu bersama keluarga kecil kita agar suatu hari nanti, Faris dapat membaca semula segala coretan ibu.

Kepada yang sudi follow dan tanpa jemu memberikan komen pada setiap entry ibu di ucapkan Terima Kasih, belum pandai nak buat giveaway tu semua, mungkin akan belajar selepas ini supaya dapat ibu hargai jasa mereka yang sudi menjadi teman tapi mesra ku..hehe

Sekian sahaja ucapan hari jadi untukmu wahai blogku..insyaALLAh kalau ada kerajinan yang lebih ibu akan cuba mengubah rupamu nanti, touch up sikit2..huhu..

wassalam...


eh kenapa masa 1st year dulu takde camni ek?huhuhu...



5 comments:

ummu muhammad said...

hahaha! mase mule2 bace ingat kan faris ke ulangtahun perkhwinan ke rupenye kesayangan yang ke3 selepas ayah n faris hehe

samelah kite! sgt bersyukur bertemu dgn rmai org baik2..ukhuwwah fillah ye kayzie..!

wahida said...

alhamdulillah...dah dua tahun ko berblogging...aku suka masuk sini sbb ada cerita pasal faris yg hensem tu...

ko teruskan berblogging yer...

p/s: terkejut ko sebut blog aku tu...tanjat gegirl...hehe...anyway tengs...

ieda said...

dah 2 tahun kan ..kejam celik x sangka kan :)

belum berkesempatan kenal adik dengan dekat .. next gather harap dptlah berjumpe :)

~izan~ said...

ingat anak awak dik hehe...slmt ulangtahun la kat blog ni..nnt ajak tuan blog potong kek hehe..

akak yg 5tahun ni pun followers ciput je sbb dulu2 tak ramai yg ada blog,akak tak tahu nak g mana kat alam maya hehe

MommyAqil said...

congratzz ibu...ingatkan birthday Faris...hihihi..ibu ni buat suspens je tau..Semoga Ibu terus berjaya dlm dunia Blogging!!hihihi..Suka masuk blog ni juga...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang