Saturday, April 30, 2011

Happy weekend & labour day

salam semua.. Tahun ni kami menyambut hari pekerja di Bandung..boarding time @ 16.30 hari ini..doakan perjalanan kami selamat dan di permudahkan..insyaAllah..

Tuesday, April 26, 2011

Jom tidur @ Herbaline Beauty House

Dah lama menyimpan angan-angan nak ke Herbaline Beauty House nih..tapi asyik tertangguh jek. Leh kata hari-hari duk ngadu kat HB tak dapat g wat facial (padahal buat kat rumah jek pun leh kan?saja nak mengada)..Sekali sekala nak la juga manja-manja kan diri sendiri..so semalam termakbul la impian ku..bukan lagi angan-angan.

Best woo..ibu just buat facial je tapi experience selama 1 jam setengah itu sangat berbaloi-baloi..

korang rasa malas parking kereta?kasi je kunci pada car jockey..nanti nak balik pun dia iring ke kereta..

urutan di belakang badan, tangan, selain kepala yang kebiasaannya di buat waktu facial sangat menyenangkan

Fish spa..complimentary tuk setiap kali mendapatkan khidmat di sini..gemuk ikan-ikan tu kiss kaki ibu..hehe

sup halia+serai diorang ni best..di berikan selepas selesai sesi facial..leh try wat kat rumah nanti..





first step..selepas welcome drink..cuci kaki dulu k..

Then.."3 hidung masuk, 3 mulut keluar" kata awek herbaline tu la..sedut aromaterapi tuk menyerap segala aura baik..:)

Ini tempat 'sedutan' di luar bilik facial

Bilik treatment..dapat la sikat free untuk kenang-kenangan..sampai tertidur di sini..hehe

Di akhir sesi..fish spa

ini salah satu ruang menunggu..ada free wi-fi

lagi ruang menunggu

Ini minuman yang di berikan..dapat 3 kali minum sepanjang di sana..teh kurma (kalau tak salah la ek)


 
Sedikit info sal herbaline..
Facial pada hari biasa hanya RM 38 tetapi untuk first time sahaja, untuk hari minggu dan pengguna kali ke2 dan seterusnya harga biasa adalah RM 79 (still berbaloi)
Lokasi Herbaline di Kuantan adalah selepas traffic light Pasaraya Pantai Selamat, Jalan ke Teluk Cempedak.
Gambar tak berapa menarik kan? korang cek la picca di Fb diorang or check here

Gambar Faris di HTAA

Dah lama ibu berniat nak upload gambar-gambar ni..bukan gambar tuk pengalaman yang manis tapi perlu la ada dalam blog ini..dah namanya blog ni di dedikasikan untuk anakanda ibu kan?so biar anakanda dapat tengok satu hari nanti, kisah kali pertama Faris masuk hospital. Berapa dah entry sal ni jek kan?korang bosan ke?ada aku kisah??heehhe..jom layan gambar..(sume dari hp, cam melampau lak nak bawa dslr masa anak nangis-nangis nak kena cucuk kan?)


pukul 3 pagi ++..ini lah first time masuk drip tu..2 doctor tu baik je suh ibu tunggu tepi kalau nak tengok gak..Faris meraung-raung masa ni..Ayah tolong snap..


Malam pertama di HTAA..berpeluh-peluh tidur pas penat meraung..kira-kira pukul 4 pagi baru Faris dapat tidur

nak mandi, ibu sarungkan plastik supaya tak basah, if basah nak minta nurse tukar balutan dia meraung-raung lagi, so ibu balutkan jek..

Hari ke2 (Isnin), Selera makan bubur air tangan ayah

cek tekanan darah, hari Isnin dah tak menangis

Kelakar anak ibu, tangan yang ada drip tak sakit, tapi sibuk ngadu sakit tangan yang ada tag nama dia tuh..

Hope pasni anak ibu sihat sentiasa..di jauhkan dari penyakit dan di jauhkan dari orang yang berniat jahat..semoga anak ibu sentiasa di peihara dan di lindungi..Amiin

Thursday, April 21, 2011

Anak Demam Panas

Hari ini genap seminggu Faris keluar dari wad, waktu mula-mula keluar demam dia still on off..kebiasaanya badan dia akan panas menjelang malam (Alhamdulillah, dah 2 malam suhu dia normal). Kebiasaanya suhu mencecah sampai 38 ++..di sebabkan panas dalam badan tu mata dia selalu bertahi, ala-ala sakit mata (masih lagi). Di tambah pulak selesema dan batuk. Sekarang tiap kali batuk dia akan muntah, kadang-kadang ibu sengaja tekan lidah dia masa dia batuk dengan harapan kahak akan keluar. Ibu rasa lega bila dia muntah coz akan terkeluar segala lendir dan kahak sekali. Tapi ibu still mencari info dan bertanya betul ke amalan tu tidak mendatangkan bahaya pada Faris.

Bila anak demam, penting bagi ibu untuk kemana-kemana bersama termometer. Ibu beli termometer ni since Faris 2 bulan lagi coz in case kalau demam senang tuk ibu pantau suhu badan Faris. Untuk baby, suhu 38 darjah celcius tu dah di kategorikan tinggi, bahaya coz setengah baby boleh sampai kena sawan bila badan terlalu panas. Kebiasaannya ibu dan ayah akan basahkan badan dan kepala Faris tuk turunkan suhu. Amalan orang tua-tua, biasanya 'Jangan mandi kalau demam'..TIDAK BOLEH diamalkan untuk demam especially demam panas. Doktor memang nasihatkan supaya mandikan dan kalau boleh pakaikan pakaian yang boleh membebaskan haba badan dia dengan baik. Ibu perhatikan if Faris di pakaikan pakaian seperti baju lengan panjang dan seluar panjang, suhu badan dia akan cepat naik, mungkin sebab haba badan tak dapat di bebaskan.

Ada sahabat ibu yang bertanya, perlu ke bawa ke doktor coz anaknya demam on off dah hampir seminggu. Apa yang ibu amalkan, demam normal yang ibu boleh terima hanya 2 hari, suhu kurang dari 39 dan Faris masih boleh bermain dan makan seperti biasa. Maksud boleh terima adalah ibu just berikan ubat demam or bawa berjumpa doktor ke klinik biasa. If suhu mencecah 39 atau demam lebih 2 hari dan Faris berubah menjadi pasif ibu memang tidak teragak untuk bawa ke hospital atau berjumpa pakar. Sebab itulah Faris dulu di tahan di wad, ibu bawa Faris ke GH coz suhu mencecah sampai ke 39 walaupun selepas 2 jam di berikan ubat ikut bontot. Ibu rasa lega bila Faris di tahan dan di beri pemeriksaan penuh. Walaupun tiada apa yang mudarat, sekurang-kurangnya kita tahu kondisi sebenar anak yang memang tak mampu nak beritahu apa yang dia rasa.

Sekarang memang tengah musim demam kot, waktu Faris di tahan di wad HTAA, ramai kanak-kanak lain yang hampir sebaya Faris di tahan di wad kerana demam panas dan jangkitan kuman di paru-paru. Jangkitan kuman di paru-paru memang mudah menyerang kanak-kanak terutama masa mereka demam. Alhamdulillah Faris selamat dari kuman-kuman tu, cuma ibu risau macam mana nak deal dengan mata Faris tu.

So kepada ibu-ibu, pantau lah demam anak-anak anda k..Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dan aktif bermain kerana gelak tawa mereka adalah syurga kebahagiaan ibu-ibu..kan??
Anak ibu..hari dah genap 1 tahun 2 bulan 2 hari..:)


senang nak tau kalau ini budak tidak sihat..sebelum ni kalau demam pun still aktif cam tak demam, tapi kali ni demam melentok setiap masa..sekarang semakin pulih semoga cepat hilang semua virus-virus yang masih tinggal..

Tuesday, April 12, 2011

Kisah 1 malam di HTAA

ada ke sesiapa yang belum tidur?jom temankan aku..nak merepek sat sementara mengantuk belum menjengah..suhu terkini adalah 38.7..comfirm bukan suhu bilik..bukan jugak suhu badan anakanda Faris yang berada di wad tetapi suhu badan ibunya yang rasa seperti di bakar usop wilchair.. (mungkin aku mengarut ni ada kena mengena dengan suhu badan sekarang..layankan jek la eh,kalo rasa malas baca pun takpe,aku tak benci korang..) Just nak menceritakan kisah seram 1 malam di HTAA ni..kisah bermula pada jam 12.30 tengah malam Sabtu (serius aku dah tak ingat tarikh duk dalam wad ni)..kisah pertama..waktu kami (hb n me) bawa faris tuk berjumpa doktor,ada sedikit kekecohan yang berlaku di kaunter pendaftaran. Seorang ibu yang mendukung anak lelakinya (usia antara 3-4 tahun) bersama anak perempuannya menjerit mengatakan dia dan anak2 nya di culik,dan minta pertolongan polis yang mengiringi dia untuk menghantarnya pulang ke Mekah..korang seram tak?tak perlu k coz memang ini bukan kisah seram..:)..rupa-rupanya ibu malang itu di tahan dari rumahnya selepas cuba menyerang suaminya dengan parang selepas di tegur kerana meracau-racau..ibu itu telah di hantar ke wad psikiatri..semoga Allah berikan kekuatan kepada ibu dan anak-anaknya tuk menghadapi dugaan yang hebat itu..moral of the story: dari awal hingga ke akhir kisah ibu tadi, dia sentiasa mendukung anak lelakinya,peluk dan cium anak-anaknya..kasih ibu hingga ke mati kan?walaupun dalam keadaan separa 'sedar' (istilah aku), tapi ibu tetap ibu.. Kisah kedua: semasa menunggu untuk dapatkan rawatan,seorang ibu mendekati kami,dia menasihati kami supaya tidak membawa anak ke hospital kalau penyebabnya adalah demam.. "lebih baik bawa jumpa bomoh,anak akak semua macam tu,akak bawa jumpa bomoh je,bomoh bagi tali tuk ikat kat tangan,nanti dia ok la"..hb n me hanya senyum dan mengangguk je coz kami tak pernah kenal bomoh dan tak pernah terpikir tentang kuasa tali..hehe..isu ni aku tak mau panjangkan coz atas kepercayaan masing-masing.. aku think +ve je.." makcik ni nak suruh aku balik supaya kurang sorang pesakit dan anak dia leh dapat rawatan dengan cepat kot,"..hehe..coz kami pun menunggu hampir 2 jam sebelum di rawat.. kisah ketiga: aku 2 kali dapat 'pandangan sisi' dari doktor coz degil..(Faris 2 kali di pasangkan jarum di belakang tangannya)aku berkeras tak nak keluar dari bilik rawatan di wad semasa doktor nak pasangkan jarum di tangan anakanda (aku tatau apa nama kaedah jarum tu..:))..pasangan doktor pertama redha bila aku berkeras nak tengok juga proses tu,dengan penuh adab sopan berkata "ok puan kena tahan la sikit kalau nak tengok ya"..coz aku tau Faris akan menangis lebih kuat bila aku tiada..pasangan pertama ini kedua-duanya perempuan melayu,mungkin sebab itu leh terima dengan redha keputusan aku..pasangan doktor tuk kali kedua adalah lelaki cina dan perempuan melayu..selepas aku menolak tuk keluar dia leh sound aku lak kan?dah buat aku marah kompem la aku sound balik "anak saya kan?apa salahnya saya tengok"..bukan aku nak kacau or nangis dalam tu pun..tapi aku maafkan dia coz dia tak belajar hospitality..aku yang memang ada ijazah dalam hospitality ni tak lupa ucapkan 'terima kasih' sebelum keluar walaupun air mata bergenang coz kecik hati..hehe..ada kisah keempat tapi biarlah aku simpan nanti2..coz aku nak cuba lelapkan mata..adios.. p/s corak dan gaya ayat berubah sama sekali coz aku menulis sebagai aku yang tengah demam..mungkin sebab kepala panas,tapi ini tetap aku dari sisi yang lain bila bukan bercakap hal anak semata..:)wassalam..

Monday, April 11, 2011

Faris masuk hospital

salam.. anakanda ibu buat pertama kalinya di masukkan ke wad..Bermula pada hati Khamis,Faris demam dengan suhu 37++ je..Hari Jumaat ibu dapat panggilan dari teacher mengatakan Faris kena sakit mata..kesian ibu tengok keadaan Faris masa ibu datang ambil,suhu semakin naik 37.9,mata penuh dengan tahi mata sampai tak boleh buka mata. So ayah dan ibu bawa faris ke klinik pakar kanak-kanak,doktor kata bukan sakit mata just jangkitan kuman dari selesema. Ibu risau sebab hingus Faris terlalu pekat,sedikit berbau dan kehijauan..Doktor beritahu sebab tu selesema tu efek mata Faris.. Balik dari klinik demam faris semakin pulih,tapi keesokannya (Sabtu) suhu naik semula menjelang petang..ayah masuk ubat ikut bontot petang dan sekali lagi pada pukul 10 malam,2 jam selepas itu suhu meningkat tinggi sampai 39.8, mata pula semakin bertahi dan kemerahan..ayah dan ibu risau sebab suhu semakin tinggi..so kami terus ke hospital besar.. Faris di tahan coz demam dengan suhu yg tinggi,tonsil dan jangkitan pada mata. Menurut doktor, ada 3 penyakit yang menyerupai tanda-tanda yang ada pada Faris. 1. Ada kemungkinan campak,coz campak pun berkemungkinan bermula dengan demam,tonsil, dan merah di mata. 2. kemungkinan coxsackie tapi kemungkinan besar bukan coz Faris tiada bengkak pada hujung jari 3. penyakit yang ketiga ibu tak ingat..sowi..huhu so di sebabkan hari ini adalah hari ke 5 faris demam,doktor decide tuk mula kasi antibiotik. Hope dengan antibiotik ni Faris akan sembuh menandakan FAris tidak di jangkiti 3 penyakit di atas. Doakan anak ibu cepat sembuh..ibu berkampung di hospital memandangkan anakanda tak berapa nak makan coz sakit tekak,hanya susu ibu yang dia selera.. Thanks tuk doa kawan-kawan ibu di FB. Anak ibu kena cepat sihat k..anak ibu sangat anti dengan doktor dan nurse,nampak je doktor or nurse masuk bilik terus menangis..

Thursday, April 7, 2011

Promosi Stage | Outing with GF

Stage..salah satu jenama alatan menconteng wajah kaum wanita..hehe..semalam salah seorang kawan office menyuarakan hasrat nak ke stage..berbekalkan alasan lipstik yang dah hancus di korek anakanda ibu..ibu pun dengan sukerela nak follow..sebenarnya Stage ada sale sampai bulan 5 kalau tak salah ibu..kebanyakan produk di jual dengan harga yang sangatlah murah. Berbaloi la untuk kami yang make up ikut musim ni kan..


Promoter Stage yang kebetulannya seorang je masa tu terpaksa redha melayan kerenah kitorang..
kak Yana sedang di tambahkan ke 'gojesannya'..huhu 


lihatlah hasilnya..kurang jelas ek..picca dari handphone jek..sowi..

selain model stage di atas..ibu pun dapat test semua barangan yang kitorang usik, si promoter tu yang acu cuba try test di muka ibu..last-last keluar dari kedai dengan wajah baru..ahaks..malu nak letak gambar selepas di make up..ahaks..

 ini Puan Amizah, master untuk plan ke stage..menang besar hari tu..siap dapat buat kad ahli dan dapat voucher untuk free make up lagi..TAHNIAH!!
semua pulang bukan dengan tangan kosong k..5 orang yang pergi semuanya menyumbang kepada pendapatan Stage untuk hari itu..
ini memang makanan wajib setiap kali ke ECM..Hot & Roll..memang rasa nak makan sambil golek-golek..sedap :)

hasil pelaburan pada hari semalam di ECM..nasib baik muat bonet kereta Mijah..hehe

p/s dah lama tak outing dengan GF..korang memang rock..thanks

Monday, April 4, 2011

Faris masuk Universiti

Akhirnya..

Setelah di fikir-fikirkan dan di renung-renungkan ayah dan ibu membuat keputusan yang di kira terbaik untuk anakanda tersayang. Semoga anak ibu dapat sesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, dapat belajar berkawan dan belajar benda-benda baru dengan suasana baru.

Hari pertama Faris di IIUM Educare, sure atuk rasakan kesedihan yang ibu rasa sekarang. Mungkin apa yang atuk rasa lebih dari apa yang ibu rasa coz selalunya waktu siang atuk di habiskan dengan melayan Faris. Tapi demi kebaikan Faris juga, terpaksa lah ibu abaikan perasaan sendiri. Kata atuk pada mummy 'mungkin lepas ni dah sampai masanya Faris pulak balik kampung jenguk atuk'..

Ibu doakan semoga anak ibu sentiasa dalam lindungan  ALLAH, janganlah peristiwa Faris di taska or pengasuh sebelum ini berulang. Semoga ALLAH menjauhkan Faris dari manusia yang berniat jahat.

Nota 1/2 akhirku: Kagum dan tabik spring, sampai tahap kalau leh nak kasi hadiah pada ibu-ibu yang cekal, tabah, berani, kental tuk hantar anak ke taska seawal 2 bulan, bukan senang rupanya..ibu belum cukup kuat, harus belajar lagi..:)

Nota akhirku: semoga ALLAH panjangkan umur ibu supaya dapat hantar Faris masuk Universiti betul-betul nanti..:)

ini gambar ibu snap masa datang tengok waktu lunch hour..elok je bermain, tapi bila nampak ibu terus meraung..huhu


kusyuk bermain..sebelum ibu ambil tuk bawa balik, still sama, bila nampak ibu terus meraung nangis, peluk ibu kuat sampai taknak masuk kereta

sayang..esok g school lagi k..jangan nangis..Faris kan dah besar..:)

Friday, April 1, 2011

Ibu dan Faris terkena April Fool

hohoho..April Fool la sangat kan..korang tau kan tak elok meng'April' Fool kan orang kan?hehe..rujuk sini..ada sedikit info tentang sejarah April Fool nih..

Alkisahnya kenapa ibu katakan ibu dan Faris terkena April Fool bermula begini..
Semalam adalah hari jadi aki Faris..so kami sekeluarga pulang ke kampung selepas magrib (bunyi cam jauh..cuma 25minit perjalanan..hehe) tuk meraikan birthday aki..sebelum meneruskan perjalanan ayah singgah di stesen minyak berdekatan dengan rumah..kebetulan Faris dan ibu duduk di belakang, sambil menyusukan Faris di belakang ibu beritahu ayah..

ibu: ima nak keluar amik duit (ada mesin atm di stesen minyak tersebut)
ayah: tak payah la..(cakap cam main-main tak de la tegas mana..tapi tetap 1 arahan dari suami kan?huhu..)

ibu keluar jugak bawa Faris sekali (degil..hehe)..ibu masuk ke stesen minyak tu dan beratur di depan atm mesin..bila sampai giliran ibu, ayah dah pun siap isi minyak..

dah siap urusan ibu, ibu pun keluar mencari kereta ayah..hujan waktu tu..so bila tak nampak kereta ayah ibu pikir ayah pusing ke jalan berdekatan sambil menunggu ibu dan Faris..10 minit menunggu baru ibu call ayah..ayah jawab 'tunggu..abg pusing kat jalan belakang'..

10 minit lepas tu baru ayah sampai..bila masuk dalam kereta

ayah: masa bila ima keluar?
ibu : masa abang keluar la..ima lalu depan abang masa abang bayar minyak
ayah: abang tak perasan pun..abang terus jek jalan tadi tak sedar ima takde kat belakang
ibu:abang tinggal kitorang????????????????????????????????? sampai hati..:(

adeiii..kecewa rasa hati di tinggalkan oleh suami..rupanya ayah tak perasan ibu tiada di belakang..ayah bajet ibu tengah nenengkan dan tidurkan Faris sebab tu diam jek kat belakang..bila ibu call baru ayah tau ibu takde dalam kereta..tapi..padan kan muka ibu kan?(ya..ibu tau ibu salah) kan arahan suami tu wajib di ikuti..selalunya ibu skema..even nak keluar lunch ibu akan mesej or call ayah..tapi kenapa arahan ayah kali ni ibu ignore??leh pulak terkena..insaf..hahaha

p/s: jadikan pengajaran ye kawan-kawan..huhu
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang