Thursday, August 16, 2012

Ahmad dan Hafizi

Salam..

Pagi ni masa masuk office kebetulan kawan ibu pasang Hotfm, dan terdengarlah suara comel menyanyikan lagu Balik Kampung (sama cam abang Faris nyanyi..:)).. Korang kenal tak dengan pelakon cilik n comel dari iklan raya bernas ni?Rupanya pagi tadi diorang di jemput ke Hotfm. First time ibu tengok iklan ni masa menunggu waktu berbuka minggu lepas. Bergenang air mata part Ahmad keluarkan gambar mak dia di katil (**teringat kecik-kecik dulu suka tengok hujan sambil ingat arwah mak** :)). Seyes sedih. Lagi sedih bila tonton iklan tu sampai ke akhirnya. Pandai Ahmad dan Fizi memainkan watak masing-masing. Banyak pengajaran daripada iklan tu tapi yang pastinya ia mengajar kita untuk bersyukur..

Semoga kekurangan yang ada pada kedua-dua anak kecil ini akan menjadi kekuatan untuk mereka sentiasa berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Terhibur melihat wajah keduanya walaupun masih tak tahu kisah sebenar kehidupan diorang.


Untuk anak-anak ibu (ibu tak pandai bermadah)..

Jangan pernah rasa kita yang paling malang
Jangan pernah rasa kita yang paling kurang
Jangan pernah mengeluh dengan apa yg kita tak dapat
Jangan pernah mengeluh dengan apa yg kita hilang

Kerana kita bukan yang paling malang
Allah dah berikan secukupnya tiada yang pernah kurang
Biarkan yang kita tak dapat, gunakan sebaiknya yang kita miliki
Kerana itu adalah tanda syukur kepada pemilik abadi


Kepada semua yang sudi membaca..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

4 comments:

@LeenShamsh said...

kayzie ahmad dgn hafizi tu sebenarnye mmg special ke lakonan?

kayzie said...

Ummu Muhammad: aah..diorang memang kanak-kanak OKU..dan mereka sangat special..:)

Izwa Kamaruddin said...

sedih kannn :(

maya amir said...

sedih kan iklan bernas.. amek kanak2 yang mmg OKU lagik terkesan di hati..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang