Monday, August 27, 2012

Kemeriahan Aidilfitri 2012

Salam..

Alhamdulillah..dapat kekuatan tuk kembali bekerja selepas bercuti seminggu sempena Hari Raya..hehe..walaupun hanya jasad yang berada di office..(buktinya sekarang saya sedang menulis entry blog..keh..keh)

Mengikut perjanjian (hehe), tahun ini adalah 'turn' beraya di kampung ibu. Memandangkan Mummy (adik ibu) tengah sarat dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak sulungnya, maka kami hanya beraya di Kuantan. Semua ahli keluarga kita berkumpul di rumah kita di Kuantan pada malam raya pertama. Sedikit terkilan bila pak su terpaksa balik ke kampung selepas berbuka puasa terakhir. Maka pagi raya 2012 adalah raya pertama tanpa pak su (walaupun paksu masih bujang..means tiada keluarga lain..ermmm).Juadah raya pertama adalah nasi impit dan kuah kacang, rendang daging, lemang (import dr kampung) dan ketupat palas (beli).

Raya ke2 awal pagi ibu bangun tuk siapkan nasi dagang dan sup tulang. Masak dengan banyak coz planning kami nak balik hari ke kampung, tahlil untuk arwah mak. Tengah syok memasak 2-2 hero lak bangun, so ibu minta bantuan mummy tuk tengokkan anak2. Tapi mummy lak bagi kejutan, dah turun tanda (darah) dan rasa sakit-sakit katanya. Terus cancel plan nak balik kampung. Dari pagi menahan sakit di rumah, pukul 3 petang baru ke hospital. Dalam pada kalut-kalut tu tak sempat dah ibu nak pikir nasib makanan yang ibu dah siapkan. Padahnya, balik kul3 pagi ke rumah, nasi dagang dah basi..huhu. Tapi apapun Alhamdulillah coz mummy selamat melahirkan hero kecil ke tiga pada malam tu dan cucu ke3 atuk ni berkongsi tarikh hari lahir dengan atuk..:)
Meriahkan raya tahun ni?nasib baik ibu sempat tunaikan permintaan mummy tuk makan nasi dagang dan puding roti. Baju raya ibu hanya siap sepasang, mummy n daddy pun hanya sempat membeli sepasang baju raya. Hikmah di sebalik tu rupanya anakanda nak keluar pada hari raya ke2..hehe..

So 2 hari kami beraya di hospital, mummy keluar tengahari pada hari raya ke3. Alhamdulillah baby keluar time raya so ramai saudara mara yang dapat berkunjung ke rumah kita dan ziarah baby baru. Sampaikan tahun ni kita tak bermalam di kampung ayah (sowi sayunk). Cuma sempat balik hari melawat nenenk dan aki pada hari raya pertama dan ketiga (mujurlah kg dekat kan?). InsyaALLAH kita gant balik masa yang dah terbabas tu pada Hari Raya Aidiladha nanti..:)

**tak sabar nak menulis pengalaman sebagai 'pemerhati' menyambut kelahiran dan 'pemerhati' kepada ibubapa baru..InsyaALLAH harap di berikan kesempatan supaya dapat share kisah tu..

Sebelum tu..layan gambar raya kami..hehe

 Mummy dan Pok Yi bersama Ayman pada hari Raya pertama..:)

 Kiut sungguh anak ibu dengan samping labuhnya tu..huhu

 Tahun ni kaler Hijau..hehe

 Ustaz Ayman...:)..Thanks nenek tolong jahitkan baju Ayman

  
Red Warriors..posing raya di hospital..hehe

 
 Abang..


 Baju Ayman dan abang adalah hadiah dari mama..thanks mama

Hero Syawal..:)

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

selamat hari raya :)

sweet je berbaju hijau!

Ummu Muhammad said...

ha'ah comelnyeeee sume orang dalm pics tu..suke dtg sini tg 4 beranak yg tak pernah lekang dgn senyum..bahagie je..sukeeee...

anak mummy nampak panjanglah..tu kepale vakum ke forcep?mcm same je kejadiannye dgn abdullah heheh

♥ ROS ♥ said...

Kiut sgguh ayman.. Anak sedara ros pun lahir mlm syawal, kalut jgak nk zakat ari tu.. Hahhah... :) suka hijau tu..cntik :)

kayzie said...

ummu Muhammad n Abdullah: pndaila..mmg vakum pun..senasib dgn Ayman jugak..:)..huhu..sj taknk bg details coz nak biarkan mummynye cte sndiri nnt..
ros: last mnit decide kaler tuh..bju pun siap last mnit..haha..sonok la bb dpt duit ry ek..hehe

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang