Wednesday, August 15, 2012

Anak-anak Ibu :)

Salam...

Hari ni ramadhan yg ke berapa???susah ek nk kira..k ubah soalan..berapa hari lagi nk raya??oo..cpt jek kira ek??hehehe..bahang raya dah terasa..Kesukaran tuk shopping sangat terasa bila ada anak kecil..nak berpusu-pusu di tempat orang ramai sangatlah tak sesuai kan?So terpaksalah shopping berperingkat..hehe..

Debaran raya kami sekeluarga yang paling utama adalah untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru. Adik ibu (mummy Faris dan Ayman) bakal melahirkan anak sulungnya..anytime from now..haha..due nya adalah pada hari raya ke3. Tapi sekarang dah stand by di rumah ibu coz dah ada tanda-tanda pelahiran. Kepada yang mengenali, doakanlah yang terbaik dan semoga di permudahkan segala urusan untuk Mummy dan baby. Ibu sangat excited coz ini adalah anak saudara pertama ibu..hehe..

So kemungkinan besar kami sekeluarga beraya di Kuantan je tahun ni..Pada ibu, raya di mana tak penting, yang penting bersama orang yang tersayang..kan?

oppss..hanyut ke tengah lautan dah pulak..ahaks..langsung tak kena dengan tajuk entry. ok. Hari ni genap 3 bulan anakanda di lahirkan, dan sudah 3 hari ibu kembali bekerja. Alhamdulillah dapat menjalankan kerja di office dengan lebih tenang coz anakanda Ayman dan Abang Faris dah di latih untuk tinggal di Taska 2 minggu sebelum ibu bekerja. Hopefully, mereka sentiasa di lindungi di sana. Anakanda Ayman masih belum pandai meniarap, lambat berbanding Abang Faris..:). Berat sekarang 5.2kg dan Alhamdulillah di kurniakan dengan kesihatan yang baik walaupun abang Faris sudah lebih seminggu mengalami selsema.

 Pernafasan 'Berbunyi'
Semalam ibu bawa Ayman tuk check up di KMC kerana Ayman mempunyai sedikit masalah bila bernafas. Ada bunyi pelik setiap kali Ayman bernafas dan kadang-kadang sampai mengganggu tidur dan penyusuan. So ibu putuskan tuk dapatkan pandangan pakar. Risau kalau perkara tu memudaratkan. Selepas berjumpa pakar dan di rujuk kepada bahagian fisioterapi, keputusannya tidak membimbangkan. Masalah berpunca daripada saluran hidung kiri Ayman yang agak sempit dan tidak dapat di tembusi dengan tiub. Jadi berkemungkinan masa Ayman di lahirkan, lendir tidak dapat di sedut habis. Bunyi tu datang dari lendiran yang terperangkap di rongga antara hidung dan mulut Ayman sebab tu ianya mengganggu anakanda bernafas. Oleh kerana ahli fisio pun tak dapat nak masukkan tiub dengan tujuan membuang lendir, doktor putuskan supaya ibu hanya menunggu masalah itu berakhir sendiri. Apabila tempurung kepala membesar seiring dengan pembesaran anakanda, saluran hidungnya pun akan turut membesar dan melancarkan pernafasan anakanda. Benda ni normal untuk bayi baru lahir, even Abang Faris pun mengalami benda yang sama cuma bunyinya tak begitu kuat dan hilang bila mencecah usia 2 bulan.

Karakter Abang
Abang Faris akan genap 2 tahun setengah pada 1 Syawal akan datang, di sebabkan ke'becok'kan mulutnya ramai yang tak percaya dengan umur Abang Faris. Hari kedua ibu hantar anakanda ke Taska, teacher beberapa kali minta kepastian umur Faris. Ibu jawab dengan dahi berkerut 'betullah umur dia 2 tahun'. Ibu pelik coz takut kalau-kalau tersalah isi borang. Rupanya teacher tak percaya sebab Faris lancar bercakap dan banyak 'mengajar' teacher dan kawan-kawan di taska..hehe..siapa yang selalu bersama dengan Abang Faris pasti tau karakternya sebagai 'penghibur' dan kelakar. Anakanda ibu ni juga seorang yang sangat penyayang dan romantik..:)

Puan A: abang..aunty ambil adik ye
Faris : tak boleh
Puan A : bolehlah aunty pinjam
Faris : tak boleh..janganlah, nanti abang sedey...(menangis)

**itu satu lagi karakter Faris Amsyar..cepat sangat tersentuh dan mudah menangis..hehe..



Ayman (atas) vs Faris (bawah) 1bulan
 


semoga semua anak ibu membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat..amiin..


Wassalam...

7 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

amin :)

♥ ROS ♥ said...

Btul.. Dugaan bershopping bsama anak.. Hahhaa.. Anak ros xpandai ckp lagi..sedihhh :(

Ummu Muhammad said...

samelah muke diorng kayzie..cepatnye abg faris dpt ckap..muhd masih few words ;)

samelah dgn Abdullah nafas bunyi..skag standby je kalau die bersin..hari tu dapat tangkap 'isi' hidungnye yg besa mungkin dari dalam..pahtu bersin keluar yg ijau pulak..rasenye sume tuh dari dalam..bau diepun hamboiii hehehe

kayzie said...

ros: jgn sedey..lain anak lain pkembangannya..ayman n faris pun beza..
ummu muhammad: ayman ni dh puas sedut tp takde yg kluar,tatau la apa yg blocking..kesian kan?bgus lah ad hsil yg kluar..huhu..faris ni ringan mulut..tak pelat n lncar.smalam pas beli ksut br dia selamber leh lari kat ibu smbil tny 'mana kasut buruk saya?'..huhu..mentanglah mmg ksut tu dh sgt uzur..

Ummu Muhammad said...

hahaha faris ni kelakalah..suke tgk die syum sokmo ;)

Ummu Muhammad said...

kayzie baru perasaan..tgk puting si ayman, org tue kate adik die laki lagi..sebab takde belah..mcm abdullah jugak..diorg tgk kalau adew adik lg boboy lagi heheh

kayzie said...

ummu muhammad: yeke?huhu..kump hero lg la kita..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang