Wednesday, February 22, 2012

Breastfeeding journey n weaning off process

Salam..

Apa eh istilah graduation Faris untuk penyusuan?hehe..Walau apapun istilahnya, Alhamdulillah anakanda dah genap 2 tahun, walaupun sudah pun merasa FM sebelum usia 2 tahun, tapi sehingga sekarang Faris masih lagi melekap dengan ibu..

Alhamdulillah tuk nikmat ALLAH, memberikan keizinan kepada ibu menyusukan Faris secara eksklusif (penyusuan susu ibu tanpa makanan lain termasuk air masak) selama 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga usia 1 tahun 6 bulan, sebelum belajar menerima susu lain coz ibu sudah berhenti mengepam. 

Cabaran
Kalau nak di imbas, memang banyak dugaan dan cabarannya. Kehabisan stok EBM, kurangnya hasil mengepam dan kekangan masa untuk mengepam..semua tu dugaan kecil yang sudah pun ibu lalui. Kenapa ibu katakan kecil?coz ibu boleh melepasi semua saat-saat tu, so insyaALLAH semua orang boleh menghadapi perkara seperti itu dengan mudah. Tertekan? kompem la kan..kalau tak percaya cuba baca kisah panik ibu ni dan yang ni. Apa pun, semoga dengan segala rintangan yang sudah ibu hadapi sepanjang menyusukan Faris, perjalanan penyusuan anak ke2 ibu akan terasa lebih mudah dan dapat mencapai 2tahun BF sepenuhnya.insyaALLAH..hehe

Cubaan 'weaning off' kerana pregnant
Entry ni ibu buat coz ramai yang bertanya tentang cara ibu berhentikan BF faris. Sepanjang 2 tahun ni, Faris hanya ditinggalkan tanpa neneng selama 9 hari sepanjang ibu berkursus pada Disember lepas, niat asal nak menggunakan masa berpisah tu sebagai cara tuk weaning off, tapi tak tertanggung rasa kerinduan dan kesedihan tuk berpisah susu..huhu..(tak besedia sebenarnya). So bila berjumpa dan Faris minta neneng (walaupun dengan muka malu-malu) ibu terus berikan. So sehingga sekarang masih lagi menyusu. Bezanya, dia tak perlukan candunya selepas waktu tidur, means malam dia akan tidur nyenyak tidak lagi terjaga untuk minta neneng sehingga pagi

Cara BUKAN PILIHAN 
Cara yang ibu senaraikan ni antara cara yang pernah ibu dengar:
i. Menyapu nipple dengan perasa yang kurang enak, contohnya: minyak cap kapak dan garam
ii. Jampi pisah susu
iii. Pertolongan bomoh

Ibu bukan senaraikan ikut apa yang terpikir, tapi ada antara 3 senarai itu yang di cadangkan kepada ibu dan sebahagiannya pula yang di amalkan oleh orang-orang terdekat. Ada seorang ibu yang buat cara ni dan beritahu ibu untuk JANGAN lakukan kesalahan yang sama seperti dia. Menyesal katanya, coz hasilnya anak seolah-olah merajuk, langsung tidak mahu bermanja dengan ibunya. Pada pendapat ibu, seperti mana kita mengajar anak-anak mengamalkan sesuatu, kita juga perlu bersabar untuk mengajar dia meninggalkan amalan biasa dia. Kejam dan sangat salah sampai mencari bomoh semata-mata tuk weaning off (tak pernah kenal mana-mana bomoh..huhu).  Sebab itu, cara yang di atas bukan pilihan ibu, ibu biarkan ia berlaku dengan sendiri secara natural. 

Mengajar Faris
Cara ibu dengan Faris, oleh kerana anakanda sudah pandai berkomunikasi dan boleh faham dengan setiap arahan dan kata-kata ibu, so ibu buat secara lisan. Setiap kali Faris nak neneng, ibu akan katakan 'neneng ibu sakit', itu cara ibu. Anakanda sangat memahami, minta nak tolong ubatkan lagi dan ayat kebiasaannya 'nanti baik ya' or 'nanti malam baik ya bu'. So bila malam dia minta ibu akan kasi. Sekurang-kurangnya ibu dapat kurangkan sedikit waktu kebiasaan dia untuk neneng. Selain daripada cara alihkan perhatian dia dengan aktiviti lain seperti aktiviti 'berkuda' dengan ayahnya (ayah jadi kuda, Faris panjat belakang..huhu).  Bila dia terlalu kusyuk menyusu, cara untuk hentikan ibu akan katakan 'neneng ibu sakit' or 'ibu nak g toilet', alhamdulillah anakanda terus lepaskan neneng..:). Setiap kali menyusu ibu akan bisikkan pada dia, lepas ni susu kena share dengan adik tau. Ibu tak sampai hati nak cakap 'susu adik punya' risau kalau anak yang sudah memahami tu akan kecil hati, semua hak dia di rampas..huhu. 

Respon Anakanda
Kadang-kadang anakanda akan buat tunjuk perasaan, mengamuk bila tak dapat neneng, or menangis tanpa henti  bila terjatuh. Semua tu sebab nak menarik perhatian ibu atau meraih simpati supaya di berikan 'upahnya'. Ibu ikut situasi, kadang-kadang bila badan tengah penat, malas nak melayan kerenahnya ibu berikan supaya dia senyap. Tapi kekadang, minta ayah alihkan perhatiannya.

Pada yang bertanya dan yang minta pendapat, itulah cara ibu, yang ibu amalkan setakat ni., mungkin bukan cara yang terbaik dan mungkin tidak sesuai dengan semua ibu, so tapislah mana yang patut..:)..Alhamdulillah  untuk ibu, dalam 27 minggu mengandung dan menyusukan Faris, kesihatan baby dan ibu tidak pernah terganggu. Semoga ALLAH terus memberikan nikmat kesihatan ini kepada kami dan mempermudahkan segalanya demi kedua-dua anak ibu.

Bagi pembaca lain, entry ini bukan untuk mengajar, just sharing cara dan pendapat sahaja k..Maaf sekiranya ada penulisan yang membuatkan anda berkecil hati..peace no war..hehe

Untuk ibu-ibu lain mungkin di sini ada fakta yang boleh membantu anda..SILA KLIK http://sajirahazlan.blogspot.com/2012/02/panduan-menceraikan-susu-ibu.html

8 comments:

anisalya said...

saya berhentikan Kak Long frm breastfeeding masa umurnya 2thn 7 bln. ms tu dia dah ada adik. dgn dia sy ckp malu kalau org tau menyusu lg. tak lm lepas tu dia tak minta lg dh. sm mcm faris sbb dia dah faham arahan dan dgr apa kita ckp.

maya amir said...

alhamdulillah..spjg menyusukan faris, sumenye berjalan lancar.. *tetibe akak jd miss masa susukan airell dulu*..mmg byk cabaran, especially dari org keliling..semua perlekehkan bile akak pump susu kat ofis.. tapi bak kata kayzie, yg penting, kene kuat mentally..insya Allah

kayzie said...

anis: alhamdulillah bila dia dh paham,mdh sket nk btau kan..org pun tak kisah kl ad adik nnt dia still nk bf,biar dia btol2 puas..cuma kena bersedia nak melayan nnt..huhu
kak maya: mmg rndu bl di kenang kan?kl time sy pun still ad org pndg semacam,time akak dl mati lg rmai kan?apa2 pun thniah tuk akak dh mll dgn jayanya..:)

wahida said...

ko mimpi aku? kehkeh...ko mimpi apa nok? cer citer...

ieda said...

alhamdulillahh
akak berhenti breastfead masa mereka usia 2 tahun genap .. alhamdulillah susu ibu nie besar ertinya dlm tumbesaran mereka .. ;)

NoRazUraShIma said...

kz..ak pon blom mahu stop bf rayhan wpon die da 2 tahun..hehe...camne ntah nak tetapkan hati ni..mama die plak yg berat hati..sebab cuddle diorg release all the tense=)

kayzie said...

shima: btol..kl ms diorg nyusu tu rasanya cam kasih syg pun mengalir dlm drh diorg..huhu..(over)..tp sgt stuju ngn statement ko tuh..sbb tu la lum ad kkuatan nk stop kn dia..

mamaNoriz said...

akak bercerai susu anak 1st masa baby 2nd 3 months, sementara tu dua-dua akak susukan serentak...huhu

otomatik si abg kasi laluan pd adik dia..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang