Banyak cte yang nak ibu hupdate sebenarnya..tapi...masa tak mengizinkan. kesibukan melanda di office dan rumah semenjak minggu lepas. so di kesempatan ini (ahaks) ibu nak update sedikit semua kisah minggu2 lepas tentang anak ibu n kejadian-kejadian yang perlu ada dalam lipatan sejarah blog ibu (kenapa lak ayat aku cenggini??..layan jek la)
Minggu lepas ibu di landa badai oleh sahabat bulanan ibu..ingat entry ini? ku kira tiada lagi senggugut itu..tapi salah sangkaan ibu..akibatnya, orang lain start bercuti tuk CNY hari khamis tapi ibu dapat cuti awal sehari..redha jek la kalau dah memang dia tak nak tinggalkan ibu kan?ok habis pasal tuh..
Hari khamis kami sekeluarga pulang ke Chenor, kg halaman yg sangat ku rindui, atuk Faris aka bapak ibu dah memang tinggal dengan ibu di Kuantan so sangat jarang la ibu balik ke kg. Minggu lepas balik sempena pertunangan mumy Faris,..InsyaALLAH En Abd Rahman akan menerima menantu kedua tak lama lagi..sangat la sibuk memandangkan kami adalah keluarga kecil yang tak punya ramai saudara mara, kalut la dengan macam-macam perkara..walaubagaimanapun Alhamdulillah majlis dapat di sempurnakan dengan sebaiknya..
gambar ats sebelah kiri adikku aka mumy Faris bersama ibu saudara kami aka satunya kakak bapak aka atuk Faris
atas sebelah kanan : mumy Faris bersama En Abd Rahman bapak kesayangan kami 4 beradik
bawah sebelah kiri : pok su, mumy, pak long n ibu
bawah sebelah kanan : sepupu ibu sekeluarga bersama mumy..adam yg sgt pndai berceloteh bersama ibunya n hawa yg sangat baik n shumel di riba ayahnya
ibu yang mendapat kritikan hangat pada hari itu (semua tegur kenapa kurus?..haha), ayah n Faris yang memberontak tak mau duduk
Hal anak ibu pulak..dah hampir nak masuk setahun dah ni..start melangkah sendiri dalam rumah pada 27 Januari yang lalu..2 hari jalan2 sendiri, masuk hari ke3 dah tak nak jalan lansung lak..apa ke hal nye kami pun tak pasti..puas umpan suruh jalan tapi langsung taknak..nk pimpin tangan orang jugak if nak kemana-mana, padahal sebelum tu dah berjalan sendiri. Tetapi selepas semua usaha mengumpan tak berjaya, masa di kg tiba-tiba pulak Faris bangun dan berjalan semula..Bermula dari itulah dah tak boleh biarkan pintu rumah terbuka, kalau tak laju jek Faris keluar rumah. Berjalan pun dah macam berlari, susah nak kejar, kalau berlari ni rasanya Watson Nyambek (tul ke eja nama dia ni?) kalah..haha..Sekarang dah pandai, bila nak keluar ibu n ayah akan suruh Faris cari shoe, terkedek-kedek la Faris datang bawa shoe dia tuk di pakaikan..So sekarang tiap petang rutin harian ibu lepas balik kerja, kasi Faris neneng n bawa dia keluar. selagi tak keluar selagi tu la dia bergayut kat pintu rumah tu sambil merengek. Bila dah keluar bukannya nak main kat halaman, terkedek-kedek dia mengahala ke playground hujung taman perumahan nih..fuhhhh..fenat kejar dia hari-hari..
Feveret word Faris sekarang 'tak payah'..ada apa-apa yang dia tak berkenan mesti dia cakap 'tak payah'..tatau la dari mana dia belajar cakap camtu..bunyi baru belajar, 'bunyi senapang atuk'= popow..huhu..betul la org kata budak besar ni macam sponge, cepat jek tiru apa org dewasa buat..so better be a good example ok..
si kecil tu tengah tidur..sejak dari kul9am selepas ayahnya keluar tuk servis kereta..ibu nak out dulu tuk wat persiapan masak tuk lunch sementara dia still lena.chow sin chi...
3 comments:
bkn damiala..hawa..hahhaa
adeii..camne leh salah nih..huhu..tak pasan salah type
betullah budak2 cepat jekk ikut ape kite buat.klu kite pukul die,die pukul kite balik,ikut je ape org buat.haish.bahye nie.huhuhu
Post a Comment