Sunday, February 20, 2011

Setahun sudah

setahun dah berlalu..terasa baru semalam menahan sakit tuk lahirkan Faris..tapi hari ini anak ibu dah pandai mengadu sakit, dah pandai tarik orang ke bilik air tuk mandi, dah pandai tarik ibu ke pintu sambil pegang kunci tuk ajak keluar rumah, dah pandai ambil shoe sendiri bila nak keluar, dah pandai gigit ayah n ibu, dah pandai tolak makanan yang Faris tak suka, dah pandai selak baju ibu bila nak neneng, dah pandai panggil ayah n ibu, dah pandai kiss ibu, dah pandai jeles bila ibu pegang bb lain..semua tu dah cukup tuk sedarkan ibu yang anak ibu semakin besar..

baru semalam rasanya ibu perlu dukung Faris ke bilik air, ibu perlu dukung Faris tuk naik tangga, ibu perlu jemur kain sambil dukung Faris, ibu perlu pangku Faris dalam kereta, ibu perlu suapkan makanan ke mulut Faris..sekarang semua tu Faris dah boleh belajar buat sendiri dah leh jalan ke mana-mana sendiri..anak ibu semakin membesar..

setahun sudah ibu berjaya menyusukan Faris sepenuhnya dengan susu ibu..tak sangka walau selepas beberapa kali melalui saat-saat hampir terpaksa redha..Alhamdulillah..Allah kurniakan kecekalan tuk ibu terus berusaha memastikan hanya susu ibu untuk Faris..thanks tuk ayah atas support yang tak pernah putus..sayang boleh minum selama mana yang Faris mahu..selagi Faris suka susu ibu..selagi itu ibu akan terus mengepam..

ibu doakan agar Faris membesar menjadi anak yang soleh..ibu mohon semoga ALLAH sentiasa tunjukkan ibu jalan terbaik tuk didik Faris..tuk jadi contoh yang terbaik tuk Faris..semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik tuk anak ibu..



ayah n ibu love u so much Faris Amsyar..

setahun yang lalu..20.02.10, sehari selepas Faris di lahirkan


kini dan selamanya..baby ibu..

5 comments:

USituKAMI said...

tq utk atok juga sbb sngup jg faris..

Anonymous said...

sob sob sob.....syahdu rasanye...huk huk...faris...mama..huk..mama...tak mampu untuk menulis ape2 lg...teringat perkara setaun yang lalu.........

wahida said...

hepi belated birthday faris..semoga jd anak kebanggaan keluarga...

auntie sayang faris!! mmuaahh!!

kayzie said...

yes..atuk sgt bnyk jasanya..hukkk
mama: nnt faris g lawat mama k..sebak gak..hukkk

sweetlavender86 said...

semoga faris menjadi anak yg soleh,jage ibu dan ayah bile dah besar nnti.takmo nakal2 ye!muax

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang