Monday, February 28, 2011

Sickness

hari ni sepanjang hari aku mengalami berbagai sickness..huhu..kalau rindukan mak ayah n adik beradik di rumah di panggil homesick aku lak rindukan sahabat handai..dan bolehkah ianya di panggil friendsick???huhu..hopefully minggu depan tiada halangan tuk aku berjumpa dengan my girlfriend..windu dengan mama Faris..windu jugak dengan suasana masa belajar..ini semua gara-gara bergurau senda di kelas kitchen bersama pelajar tadi..teringat jek waktu dulu-dulu..nak marahkan pelajar yang nakal tapi dalam hati berkata 'aku pun camni gak dulu'..huhu..kalau tak. idak lah tak dapat masuk kelas kitchen  dulu kan?dah la waktu tu belajar wat pizza..di sebabkan itu sampai sekarang tak pandai wat doh pizza..ahaks..kena mengena kah??pendek kata aku rindu segala-galanya waktu dulu..ramai lagi kawan2 yang membujang tapi semuanya jauh..geng baidurian..owwhh..u noe who u r..tak perlu ku sebutkan satu persatu..walau pape pun..aku doakan semuanya sihat sejahtera dan berbahagia dengan tugas masing-masing..hehe..semoga berpeluang tuk berjumpa dan bermesra seperti dahulu kala..

rindu gak time pregnant..haha..br pas layan gambar preg dulu kala..wink**

Sunday, February 27, 2011

Mari Belajar - makan

Hari minggu kebiasaannya ibu akan biarkan Faris makan sendiri bubur dia..part of self learning process. Lepas makan selalunya kompem kena mandikan n tukar baju n seluarnya..jom tengok camne dia makan..hehe

ibu kena cari sudu len tuk kasi dia coz sudu hijau tu ada sumting di belakangnya n buatkan dia lebih tertarik tuk masukkan dalam mulut bahagian belakang sudu

bukan atas meja jek sepah..habis satu muka dia penuh nasi..sudu biru tu sudu ibu gunakan tuk suapkan dia..takleh nak let him feed himself 100% coz nanti leh kira butir nasi yg masuk mulut..hehe

good boy..sepah pun takpe la..coz matlamatnya nak Faris belajar cara menyuap aje..:)

seronok lak dia men sudu tu..pantang ibu letak terus sambar..perhati betul2..kat hidung tu nasi or **** ******..huhu..


p/s: abaikan pemandangan yang tak berapa indah di belakang itu k..hehe

Sedetik lebih

Korang suka lagu Anuar Zain tak?me likeeeee it sooooo much..syiok layan kan?sebenarnya berangan kalo hb ku nyanyikan lagu ni tuk isteri tercintanya..huhu..tapi terima la kenyataan hb ku bkn mat lagu..dia dlm kategori mat bunga coz suka kasi bunga..hehe..industri hiburan ni dia sangat la tidak mengikuti..tanya siapa Ayu Raudhah yang cantik tu pun dia tak kenal..huhu..

Opps..dah lari tajuk..just mau ajak korang semua layan kan lagu ini di tengahari ahad yang indah ini..:)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ima tujukan lagu ni tuk abang..dan untuk anak ibu tercinta...love u with all my heart

Wednesday, February 23, 2011

Pam mana bagus? (special after 1yr)

Assalamualaikum..

dah puas berkalut-kalutan di office pagi ni..masa tuk santai-santai sekejap..hihi..
ok..back to reality..berkenaan dengan tajuk di atas..kebelakangan ni banyak pulak orang bertanya pada ku tentang pam (susu k) dan jawapan ku..

ibu pengguna setia avent..kenapa di katakan pengguna setia?kerana ibu menggunakan avent sejak Faris di lahirkan sehingga lah sekarang

ibu hanya menggunakan avent..maka dengan itu tak dapat la nak di nyatakan perbezaan antara avent dan pam lain

tetapi..pada firasat ibu..bagus tak bagus pam itu adalah bergantung pada diri kita sendiri..pam tu buatan manusia..sebagus mana pun pam itu, kalau kita tak betul2 manfaatkan maka kita tergolong lah dalam golongan orang yang rugi..ahaks..maksudnya di sini..apa pun pam yang kita gunakan, berapa pun harganya hendaklah kita rajin menggunakannya..coz tujuan kita tuk memiliki pam itu adalah 1..untuk memastikan kita dapat memberikan yang terbaik dan memenuhi keperluan anak tercinta kan?kan?

ada jugak yang bertanya, banyak tak susu pakai pam tu?owhhh..sukar tuk di jawab tu..pada firasat dan pembacaan ibu..asalkan kita rajin mengepam bila berjauhan dengan anak dan direct bf setiap kali bersama anak (pam jugak walaupun di rumah) InsyaALLAH susu akan sentiasa ada..of course ada naik turunnya tapi i'ALLAH takkan sampai terputus bekalan kering selagi rajin itu ada..ibu dah mengalaminya selama setahun, InsyaALLAH selagi ada permintaan,supply akan berterusan..just think positive..pam sebagai pemudah cara, tapi tetap usaha dan tawakal dari kita yang menetukan segalanya..:)

*maklumat adalah hasil pendapat, pengalaman dan pembacaan penulis sendiri..rujukan dari sumber tambahan untuk info yang lebih mantap sangatlah di galakkan..:)

wassalam..

teman setia ku..setahun bersama seabad terasa..ahaks..selama mana lagi kita kan bersama?semoga ALLAH memudahkan cara..

semua untukmu sayang..

Tuesday, February 22, 2011

Majlis Aqiqah

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Aqiqah Faris yang diadakan serentak dengan hari ulang tahun kelahirannya yang pertama pada Sabtu lepas..niat asal nak buat aqiqah waktu Faris dalam hari lagi..tapi apakan daya, ayah bertungkus lumus menguruskan hal pindah rumah waktu tu n setel pindah rumah kena lak naik laut menangkap ikan..hehe..

Majlis ringkas jek..di mulakan dengan..


Bacaan yasin, doa selamat dan selawat sempena Maulidur Rasul


diteruskan dengan..



acara makan-makan..
menu:
nasi beriani / putih
gulai kambing
ayam masak merah
keropok dan papadom
bubur pulut hitam
buah-buahan
triffles
cupcakes

seekor kambing di golek dan seekor lagi di gulai...

seterusnya..setelah birthday boy bersedia..

thanks to kak jue 4 dis cake..sodap n cute


acara memotong kek..

pastu birthday boy moody sebab mengantuk..

Alhamdulillah selesai sudah satu kewajipan ibu n ayah..pasni majlis berkhatan lak...hahahahhahah

Sunday, February 20, 2011

Setahun sudah

setahun dah berlalu..terasa baru semalam menahan sakit tuk lahirkan Faris..tapi hari ini anak ibu dah pandai mengadu sakit, dah pandai tarik orang ke bilik air tuk mandi, dah pandai tarik ibu ke pintu sambil pegang kunci tuk ajak keluar rumah, dah pandai ambil shoe sendiri bila nak keluar, dah pandai gigit ayah n ibu, dah pandai tolak makanan yang Faris tak suka, dah pandai selak baju ibu bila nak neneng, dah pandai panggil ayah n ibu, dah pandai kiss ibu, dah pandai jeles bila ibu pegang bb lain..semua tu dah cukup tuk sedarkan ibu yang anak ibu semakin besar..

baru semalam rasanya ibu perlu dukung Faris ke bilik air, ibu perlu dukung Faris tuk naik tangga, ibu perlu jemur kain sambil dukung Faris, ibu perlu pangku Faris dalam kereta, ibu perlu suapkan makanan ke mulut Faris..sekarang semua tu Faris dah boleh belajar buat sendiri dah leh jalan ke mana-mana sendiri..anak ibu semakin membesar..

setahun sudah ibu berjaya menyusukan Faris sepenuhnya dengan susu ibu..tak sangka walau selepas beberapa kali melalui saat-saat hampir terpaksa redha..Alhamdulillah..Allah kurniakan kecekalan tuk ibu terus berusaha memastikan hanya susu ibu untuk Faris..thanks tuk ayah atas support yang tak pernah putus..sayang boleh minum selama mana yang Faris mahu..selagi Faris suka susu ibu..selagi itu ibu akan terus mengepam..

ibu doakan agar Faris membesar menjadi anak yang soleh..ibu mohon semoga ALLAH sentiasa tunjukkan ibu jalan terbaik tuk didik Faris..tuk jadi contoh yang terbaik tuk Faris..semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik tuk anak ibu..



ayah n ibu love u so much Faris Amsyar..

setahun yang lalu..20.02.10, sehari selepas Faris di lahirkan


kini dan selamanya..baby ibu..

Monday, February 14, 2011

Resepi dari Faris

Dah lama ibu tak update sal makan-makan bersama Faris..hari ni nak share salah satu resepi tuk Faris..kompem tak jumpa kat tempat lain coz ini hasil campak-campak ibu..hehe..yang penting air tangan ibu kan?Faris memang sejak mula-mula start makan (6 bulan) sampai sekarang memang wajib 2-3 kali sehari makan nasi..bubur nasi la..bezanya awal2 dulu blend hancur tapi sekarang tak perlu hancur coz anakanda dah ada gigi nak mengunyah..nak kasi makan dak kecik ni memang sangat la senang..hulur jek sudu, dia akan ngap sampai habis semangkuk..mesti sebab ibu masak sedap kan?ahaks..sebab itulah ibu tak risau dengan berat badan dia, walaupun ringan tapi ibu tau Faris cukup makan n nyusu..budak aktif + baka kecik memang susah nak naik berat kot..ok..panjang lak ibu mengomel..just nak share salah satu menu Faris..tuk simpanan buat anak ke2 nanti..ahaks

Bahan-bahan:

Bawang besar di cincang halus
Butter
Olive oil
Sayur-sayuran cincang halus
  ibu pakai carrot n capsicum or lada benggala (ramai yang tatau, walaupun namanya lada, tapi tak pedas k, tak igt la pulak kandungan khasiat dia..nnt if ingat ibu share kan..Faris dah start makan capsicum ni masa umur 7 bln lg)
Daging cincang halus or gunakan minced meat yg di jual di pasaran

Cara Masak:

Mula-mula panaskan olive oil, kemudian masukkan sedikit butter. Bila butter dah cair sepenuhnya, masukkan bawang yang di cincang halus. Masak sampai naik bau kemudian masukkan daging. Bila daging dah masak leh la campakkan sayur-sayuran. If nak berair sikit leh campurkan sedikit air or stok ayam or sayur. Sudah siap, leh la di hidangkan bersama bubur.

Bubur lak ibu masak kosong jek, just letak halia sedikit.

Makanan Faris belum di campur garam, sebab tu ibu tak perasakan..selalu kalau bubur nak berperasa ibu masukkan bilis yang di goreng dan di blend hancur..if nak rasa manis-manis leh letakkan kismis..:)

nak try? silakan..tapi cuba cek semula umur berapa yang sesuai makan daging, coz Faris masa umur 8 bulan (nurse kata leh kasi daging)ibu try kasi makan daging, hasilnya dia sembelit. So umur 9 bln ++ baru start makan daging semula, itupun sekali seminggu jek..hehe..

tak hebat mana tapi sharing is caring...


gembira n berbaloi kalut memasak bila tengok si kecil tu makan..


ibu dah masak so makan dengan ayah lak..

Saturday, February 12, 2011

Hujung minggu yang lalu

Banyak cte yang nak ibu hupdate sebenarnya..tapi...masa tak mengizinkan. kesibukan melanda di office dan rumah semenjak minggu lepas. so di kesempatan ini (ahaks) ibu nak update sedikit semua kisah minggu2 lepas tentang anak ibu n kejadian-kejadian yang perlu ada dalam lipatan sejarah blog ibu (kenapa lak ayat aku cenggini??..layan jek la)

Minggu lepas ibu di landa badai oleh sahabat bulanan ibu..ingat entry ini? ku kira tiada lagi senggugut itu..tapi salah sangkaan ibu..akibatnya, orang lain start bercuti tuk CNY hari khamis tapi ibu dapat cuti awal sehari..redha jek la kalau dah memang dia tak nak tinggalkan ibu kan?ok habis pasal tuh..

Hari khamis kami sekeluarga pulang ke Chenor, kg halaman yg sangat ku rindui, atuk Faris aka bapak ibu dah memang tinggal dengan ibu di Kuantan so sangat jarang la ibu balik ke kg. Minggu lepas balik sempena pertunangan mumy Faris,..InsyaALLAH En Abd Rahman akan menerima menantu kedua tak lama lagi..sangat la sibuk memandangkan kami adalah keluarga kecil yang tak punya ramai saudara mara, kalut la dengan macam-macam perkara..walaubagaimanapun Alhamdulillah majlis dapat di sempurnakan dengan sebaiknya..

gambar ats sebelah kiri adikku aka mumy Faris bersama ibu saudara kami aka satunya kakak bapak aka atuk Faris
atas sebelah kanan : mumy Faris bersama En Abd Rahman bapak kesayangan kami 4 beradik
bawah sebelah kiri : pok su, mumy, pak long n ibu
bawah sebelah kanan : sepupu ibu sekeluarga bersama mumy..adam yg sgt pndai berceloteh bersama ibunya n hawa yg sangat baik n shumel di riba ayahnya


ibu yang mendapat kritikan hangat pada hari itu (semua tegur kenapa kurus?..haha), ayah n Faris yang memberontak tak mau duduk

Hal anak ibu pulak..dah hampir nak masuk setahun dah ni..start melangkah sendiri dalam rumah pada 27 Januari yang lalu..2 hari jalan2 sendiri, masuk hari ke3 dah tak nak jalan lansung lak..apa ke hal nye kami pun tak pasti..puas umpan suruh jalan tapi langsung taknak..nk pimpin tangan orang jugak if nak kemana-mana, padahal sebelum tu dah berjalan sendiri. Tetapi selepas semua usaha mengumpan tak berjaya, masa di kg tiba-tiba pulak Faris bangun dan berjalan semula..Bermula dari itulah dah tak boleh biarkan pintu rumah terbuka, kalau tak laju jek Faris keluar rumah. Berjalan pun dah macam berlari, susah nak kejar, kalau berlari ni rasanya Watson Nyambek (tul ke eja nama dia ni?) kalah..haha..Sekarang dah pandai, bila nak keluar ibu n ayah akan suruh Faris cari shoe, terkedek-kedek la Faris datang bawa shoe dia tuk di pakaikan..So sekarang tiap petang rutin harian ibu lepas balik kerja, kasi Faris neneng n bawa dia keluar. selagi tak keluar selagi tu la dia bergayut kat pintu rumah tu sambil merengek. Bila dah keluar bukannya nak main kat halaman, terkedek-kedek dia mengahala ke playground hujung taman perumahan nih..fuhhhh..fenat kejar dia hari-hari..

Feveret word Faris sekarang 'tak payah'..ada apa-apa yang dia tak berkenan mesti dia cakap 'tak payah'..tatau la dari mana dia belajar cakap camtu..bunyi baru belajar, 'bunyi senapang atuk'= popow..huhu..betul la org kata budak besar ni macam sponge, cepat jek tiru apa org dewasa buat..so better be a good example ok..

si kecil tu tengah tidur..sejak dari kul9am selepas ayahnya keluar tuk servis kereta..ibu nak out dulu tuk wat persiapan masak tuk lunch sementara dia still lena.chow sin chi...


Tuesday, February 8, 2011

Astro First..Tengkiu

Akhirnya..ibu dan ayah berjaya jugak dapat tonton Hantu Kak Limah Balik Rumah, cerita yang menjadi bualan ramai orang di sekeliling kami..best katanya..berkali-kali dah pergi ke kedai dvd..tapi tak de lagi kuar dvd cetak rompak untuk cerita nih..kalau cte mat saleh tu banyakla..so tiap kali pergi mesti bawa balik cte len..selamat industri perfileman negara kita dari pengguna cetak rompak..ahaks..

Semenjak adanya si kecil permata hati ibu tuh tak pernah la lagi ibu n ayah ke pawagam. Ibu beria ajak ayah tapi ayah tak mau coz kesiankan Faris katanya..bunyi bising n bila di pikir2kan bukan kesian Faris tapi kesian ayah nanti. Kompem akan berlakunya pembaziran wang..hehe coz tak dapat tengok cite sampai habis. Kompem anakanda wat show sendiri sebelum cerita habis..huhu

so hanya dengan RM15 kami menonton dari astro first jek..ayah kata rugi coz beli semalam leh tengok sampai esok jek..tapi bagi ibu dah ok coz dvd yg beli sebelum ni pun takde nye pernah nak ulang tgk..tengok sekali pun dah cukup puas..

ini langkah untuk melanggan k..





if rasa tak clear, sila cek di sini..tapi kalo korang tak cek pun, just buka jek chanel 480 tu kan..korang sure lagi pandai..ibu jek yang gatal nak ngajor..ahaks..

p/s..sonok bila ayah di rumah..dapat ibu melayan cte di tv..hehehe..








Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang