Tuesday, November 20, 2012

Cara melegakan batuk dan selesema baby

Salam...
 
Ingat lagi entri sal ibu kena berkursus tuh?cer klik SINI kalau dah lupa...hehe..
 
Alhamdulillah kali pertama tinggal anak semua urusan di permudahkan oleh ALLAH, anak sulung dulu tak pernah berenggang or di tinggalkan even di rumah atuk n aki nya..huhu..
 
Mujurlah anakanda Ayman tabah, tak gelabah cam ibunye..hehe..
 
ok, point sebenar entri ini adalah tuk berkongsi ilmu yang ibu dapat sepanjang kursus tersebut..lama dah terbenam dalam kepala..ilmu or perkara yg baik seharunya di kongsi kan??hehe..
 
 
Penceramah waktu kursus tu adalah orang yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan pertolongan cemas...jadi banyaklah kami perserta kursus yang kebanyakannya adalah kaum ibu dan bapa mengutarakan soalan tentang penjagaan anak-anak..eh..eh..melalut lagi..
 
ok..ini tips yang boleh di aplikasikan dan insya ALLAH boleh melegakan batuk dan selesema anak-anak kita terutamanya baby (tuk elakkan dari ubat-ubatan)
 
MELEGAKAN BATUK
 
1.  Baringkan anak secara mengiring
2. Tepuk di bahagian sisi badan anak / rusuk menggunakan tapak tangan kita
3. Ulang tepuk pada bahagian sisi sebelah lain pula
 
**tujuannya adalah untuk membantu kahak yang 'melekat' pada paru-paru anak untuk 'jatuh'. Kahak ni nanti mungkin akan keluar melalui muntah atau najis anak...
**JANGAN tepuk selepas anak menyusu k, jarakkan mungkin selepas 2jam anak menyusu
**bentukkan tapak tangan dalam keadaan 'kosong/ berlubang di tengah' /  sewaktu menepuk sisi badan anak
 
MELEGAKAN SELESEMA
 
1. Sediakan semangkuk air suam
2. Masukkan beberapa titis minyak cap kapak / vicks
3. Letakkan di dalam bilik tidur
 
**Kaedah ni ala-ala aromaterapi gitu..bau bilik pun menyegarkan jadi dapatlah membantu melegakan pernafasan anak-anak..
 
**untuk Ayman, nak legakan selesema dia, ibu asahkan kunyit hidup dan sapu pada batang hidung..Taska pun akan tegur nape hidung Ayman kuning..huhu..Tapi kunyit ni memang cepat keringkan hingus...cubalah...huhu

4 comments:

Lynn Huraiza said...

tips yang sangat berguna...tq for sharing...

Izwa Kamaruddin said...

good sharing ni!

maya amir said...

lagi satu petua kan kayzie, waktu anak tidur malam2, sapu vicks kat tapak kaki & pakaikan stokin.. tips ni juga sesuai utk org dewasa kalau batuk/selsema.. jgn sapu vicks kat dada, baca somewhere tak digalkkan sapu kat dada..akak mmg buat gitu utk diri sendiri & anak2 kalau nak tidur mlm2..hehehe

kayzie said...

thanks kak maya...memang ada terbaca gak vicks tak elok letak di dada..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang