Thursday, January 26, 2012

CNY @ Waterfall

Salam..

Tahun ni kami 'beraya' di kampung. Sepanjang cuti (weekend + CNY) di habiskan bersama keluarga ibu dan ayah secara bergilir. Syukur bertemu jodoh dengan orang dekat, tak perlu berebut untuk tentukan 'turn' balik kampung..hehe..

Banyak cerita dan gambar tersimpan dalam lappy, ntah kemana semangat menaip dan mengarang ibu. Semangat 'upload' gambar pun nampaknya semakin pudar..huhu..So sementara 'rajin' masih bercebis ni, ter'update' juga lah blog ni..Just berkongsi cerita 'sambutan' CNY kami. Kami bercuti bersama keluarga nenek (ibu kepada ayah) di Waterfall Panching, Kuantan. Cerita banyak tadak guna..jom tengok gambar..hehe

 Anak ibu panaskan badan kejap, sampai dah menggigil berendam


 Faris dan sepupunya, Aqila..seronok main dalam 'kolam' ciptaan diorang..huhu

 Nenek pun join berendam..kawasan ni airnya memang cetek, sesuai untuk kanak-kanak

 Kurang sebulan je lagi anakanda genap 2 tahun..terasa anakanda terlalu cepat membesar..:)

 Praktis beranak dalam air..huhu..



 2 beradik, Azer dan Aqila..seronok main pasir

 Kami berempat..ibu yang semakin tembam..hohoho

Antara yang join 'family day' kecil-kecilan..huhu..Ayah Chik dan Ayah tak masuk dalam gambar

Waterfall ni bagi ibu memang sesuai dijadikan tempat berkelah sekeluarga, kami sediakan juadah yang simple sebelum ke sini. Sandwich, mi goreng, keropok dan jagung rebus untuk santapan. Semuanya di habiskan dengan jayanya sebelum dan selepas berendam..huhu..Korang perhatikan gambar, nampak waterfall di belakang kami? Sangat syok k mandi manda di waterfall tu, cuma sayang takde gambar di situ. Ibu dah beritahu ayah, nanti kena datang lagi..huhu, memandangkan tempat ni dekat je dengan rumah kami.


Sunday, January 15, 2012

First Night

Salam...

Haishh apa la korang ni..korang tak pikir ibu nak tukar blog ibu-anak ni kepada blog 18sx kan?Huhu

Ini masih lagi cerita anak bujang ibu. Hampir sebulan yang lepas ayah  dan ibu decide tuk set up bilik bujang tuk anakanda..So far, hiasan dinding je yang belum selesai..=)             

Malam tadi adalah malam pertama anakanda di tinggalkan tidur sendirian dalam bilik dia. Sebelum ni ibu dah pernah cuba bawa Faris tidur dalam bilik tu tapi ibu temankan.

Tujuan kami adalah tuk biasakan Faris tidur sendiri sebelum adik 'join the family'..hehe..Sebelum ni Faris tidur dalam bb cot yang kami letakkan dalam bilik kami. So sebelum berlaku rampasan kuasa oleh adik dia, kami berikan sesuatu tuk abang dulu..huhu

 ok tak?impian ibu dan ayah masa kecil tuk abang

 
 lena abang tdo..kul7 pagi dengar dia menjerit 'ibu......'..hehe

 p/s: entry ni ibu tulis semalam..so kelmarin la perkara ni berlaku k..cuma atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, terpaksa tangguh dan publish hari ini..

update status blog: (sejak bila lak blog ada status??huhu)..ibu baru dapat tenaga selepas pitam hari Jumaat lepas, hari ni baru mampu nak berdiri lama dan jalankan tugas di rumah cam biasa..hehe..punca masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya..;p

Wassalam..

Monday, January 9, 2012

Abang Faris 22 bulan ++

Salam..

 
  Latest picca anakanda..gambar kelmarin 7/1/2012 @ rumah nenek..1 tahun 10 bulan..lagi 10 hari genap 1 tahun 11 bulan..

rahsia kulit kekal lembut..haha..hari-hari pun nak berendam cam putera..ahaks

Hari ni setelah sekian lama tak bercerita tentang anakanda, ibu nak update serba sedikit tentang abang Faris..:). Pagi tadi bawa Faris check up bulanan di Klinik Keluarga, nurse tanya dah pandai minta susu atau sebut perkataan tak?soalan nurse tu terjawab dengan jayanya apabila Faris pula yang bertanya bermacam soalan pada nurse.  "Doktor (nurse) buat apa?","Doktor nak bagi makan ubat ke?" antara pertanyaan anakanda kepada nurse..huhu..

Anakanda walaupun sudah hampir mencecah usia 2 tahun, berat hanya 9.5kg..huhu..lama tak update berat anak ibu ni..Ringan sebab halus je orangnya. Cuma banyak beza dari check up bulan lepas, 8.7kg. Perlu ke ibu risau dengan berat Faris walaupun Faris kuat makan?Semangkuk bubur / nasi paling kurang 2 kali sehari, buah memang jadi kegemaran dan hidangan wajib dia setiap hari dan sepanjang selang masa antara makan nasi, pelbagai lagi maknan seperti bijirin dan biskut yang anakanda makan. Memang menurun ibu kot..huhu..Ibu syukur anakanda membesar dengan cerdas dan sihat. Alhamdulillah semenjak berhenti dari taska lebih kurang 4 bulan yang lepas, anakanda sihat dan jarang di jangkiti selsema atau demam. 

Semenjak keluar dari Taska, anakanda bergilir duduk di rumah dengan atuk atau di hantar ke rumah nenek dan aki. Tetapi bermula hari ini, anakanda di hantar ke rumah jiran sebelah rumah kita yang kebetulan terbuka hati tuk mengasuh Faris..hehe..Alhamdulillah..ibu lega sangat. So harapan ibu, semoga Faris di senangi dan di sayangi oleh nenek (pengasuh) dan sentiasa di pelihara ALLAH SWT.

Wassalam..

Wednesday, January 4, 2012

Amalan Bulan ke5 Mengandung

Salam..

Sedar tak sedar dah 21 minggu rupanya baby dalam perut ibu ni..Ibu salah kira, so agak terkejut masa last check up (minggu lepas) nurse beritahu usia kandungan dah masuk 20 minggu. Check up lepas saiz perut jadi isu lak, boleh pulak nurse kata perut ibu besar dan tak percaya usia kandungan ibu baru 20 minggu. Katanya usia kandungan sudah 23 minggu berdasarkan saiz, ishh..ibu tak main tipu dengan tarikh last haid ibu k..hehe..

Tapi lepas details check up, barulah nurse percaya..Alhamdulillah semenjak 2 hari lepas anakanda semakin aktif 'menggolakkan' perut ibu..Sejak awal bulan ke 4 anakanda dah mula 'mengetuk', sekarang dah terasa pergerakan yang lebih aktif. Teringat masa abang Faris dalam perut ibu, 1st time pergerakan seperti itu, ibu terlalu excited sampai terus on video call dengan ayah yang berada di Brunei ketika itu..:)

Abang Faris pun excited dengan baby, kerap dan rajin berbual dengan adik..semua yang di makan dan di buat di kongsikan dengan adik. Ibu dapat bayangkan kalau adik dah keluar nanti, sure semua makanan yang di makan abang di suap kepada adik..huhu..

Ibu baru membeli sebuah buku bertajuk "Doa dan Zikir Khusus Wanita" yang di tulis oleh Muhammad Alcaff: Semua doa dan zikir di dalam buku ini adalah yang telah di ajar oleh Nabi Muhammad SAW kepada puteri tercinta baginda, fatimah Az-Zahra r.a. So ibu nak kongsikan amalan semasa mengandung bulan ke 5

1. Membaca surah al Fath pada setiap hari Khamis dan Jumaat
2. Membaca surah An-Nashr dalam solat
3. Makan kurma secukupnya
4. Meletakkan tangan di perut sambil membaca azan dan iqamah
5. Mengambil satu biji telur sebelum sarapan yang terlebih dahulu di bacakan surah Al- Fatihah


Tuesday, January 3, 2012

Salam 2012

Alhamdulillah dah 3 hari melangkah ke tahun baru. Bertambah tahun makanya bertambah la umur, tanggungjawab pun bakal bertambah. Semoga di berikan rahmat dan keberkatan yang berterusan dalam menjalani hari-hari mendatang. Harapan untuk tahun baru ni, semoga ALLAH menjadikan ibu orang yang lebih baik tak kira sebagai anak, isteri, ibu, pekerja dan juga yang paling penting hambanya..so usaha untuk menjadi yang lebih baik harus di pertingkatkan..hehe..

Semoga tahun baru juga memberi lebih keberkatan kepada sahabat-sahabat semua..InsyaALLAH..:)

Sebelum tahun baru aritu ibu dah siapkan satu 'wishlist' untuk memastikan ibu dapat mengawal bajet dengan jayanya..haha..Al maklumlah bakal menerima ahli keluarga baru di pertengahan tahun nanti..

Alhamdulillah juga dengan rezeki yang ALLAH berikan..semoga kita tidak lalai dengan hak dan tanggungjawab terhadap rezeki yang ALLAH turunkan..

So, walaupun agak terlambat..selamat menempuh hari baru anda dengan lebih keberkatan..:)

Wassalam

p/s: seronok tengok rakaman zizan dan ustaz azhar idrus di youtube semasa malam tahun baru..:)


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang