Menatap mata Faris
Pukul 1pagi @ KMC..sejak ibu lahirkan Faris ibu hanya berpeluang tengok anu Faris yang doktor tunjukkan di OT sahaja..selepas di hantar ke bilik dan Faris di bawa ke nursery ayah hanya tunjukkan gambar Faris dari handphone dia jek..ibu betul-betul tak dapat nak tidur dan memaksa ayah bawakan Faris..Alhamdulillah dapat tengok anak ibu..ibu sebak..menangis dalam hati dengan senyum di bibir
Faris senyum
ibu baru jek angkat Faris dari bb cot..Faris senyum pada ibu dengan mata terbuka..mata kita bertentangan..ibu ingat lagi..25 feb 2010 pukul 11.30mlm..sayang anak ibu
Ibu cuci popoo Faris
Selepas seminggu ibu lahirkan Faris baru la ibu berpeluang cuci popoo Faris..huhu..sebelum ni semuanya ayah yang uruskan..tapi kebetulan pada hari ke 7 itu hanya ibu dan Faris di rumah..
Ibu susukan Faris
Hari ke2 Faris lahir ke dunia ni ibu dah ajarkan Faris untuk menyusu..sejak dari awal kehamilan ibu dah tanamkan tekad hendak susukan Faris dengan susu ibu..i'ALLAH selagi ibu terdaya..ibu akan berikan Faris hak Faris tuk menyusu sepenuhnya..banyak yang ibu nak kongsikan tentang 1st time breastfeeding ni..so ibu akan buat satu entry khas tuk topik ini nanti
Faris tido lena malam
26hb Feb..selepas seminggu..mungkin Faris baru jek dapat biasakan dengan keadaan sekeliling..malam tadi Faris baik sangat..bangun untuk menyusu dalam pukul 1.30pagi..ibu susukan Faris selama sejam..lepas menyusu Faris merengek-rengek..ibu ingatkan Faris belum kenyang rupa-rupanya anak ibu popoo..ibu cucikan dan Faris tido semula hampir pukul3pagi..selepas itu Faris hanya terjaga pukul6 pagi..baik sungguh anak ibu..berbanding sebelum ini setiap jam Faris terjaga sampai ibu dan ayah tak dapat tidur malam..
Ayah mandikan Faris
Pulang dari KMC pada hari Ahad 21 Feb 2010..ayah mandikan Faris petang tu..ayah memang bagus(hehe..kembang la kalau ayah baca nih)..ayah belajar cara nak mandikan Faris masa Faris di nursery lagi..ayah request nak belajar dari nurse yang jaga Faris..sebelum ni dah pergi kursus tapi tengok cara mandikan anak patung jek..hehe..semuanya ayah yang uruskan..tiada lagi yang petama kali untuk ibu..belum berpeluang..i'ALLAH ibu sihat nanti ibu akan mandikan Faris pulak
Tali pusat Faris tanggal
Pagi tadi masa ayah nak mandikan Faris..alhamdulillah dah tanggal tali pusat pada hari ke8..ayah lambat sangat bawa FAris ke toilet pagi tadi sampai Faris sempat 'menyirami' ayah dengan air suci Faris..huhu..nakal anak ibu
Tali pusat Faris tanggal
Pagi tadi masa ayah nak mandikan Faris..alhamdulillah dah tanggal tali pusat pada hari ke8..ayah lambat sangat bawa FAris ke toilet pagi tadi sampai Faris sempat 'menyirami' ayah dengan air suci Faris..huhu..nakal anak ibu
ini baru permulaan setelah 8 hari Faris melihat dunia..ibu percaya selepas ini lagi banyak perkara yang akan buatkan hari-hari ibu dan ayah lebih berharga, bahagia dan bermakna..akan ada pelbagai lagi memori indah yang Faris akan tinggalkan dalam kotak memori ibu dan ayah sepanjang membesarkan Faris..dan itu bermakna bertambah lah lagi coretan dan nukilan ibu tentang Faris dan keluarga kecil kita..ibu doakan anak ibu akan menjadi anak yang soleh..sentiasa di berkati dan di murahkan rezeki..Thank You ALLAH for this perfect life...
0 comments:
Post a Comment